Followers

Friday, January 11, 2013

Tragedi Dalam Jamban

Assalamualaikum

Hari tu kan, cikgu n suami pi cari rumah sewa yang baru.
Ye kami bakal pindah lagi walau pun tak lama lagi cikgu akan balik menetap di Malaysia.
Suami nak cari rumah kecik sikit dari sekarang ni.
Yang sekarang ni pun tak der la besar mana pun, tapi kalau duk sorang2 rasa sunyi jugak.
Lagi pun rumah yg sekarang ni agak jauh dan jam utk en suami pi keje.

So kami pun pi la tengok2 sebuah service apartment kat bandar.
Agak mahal tapi dekat sesangat dengan ofis. Tak payah nak pakai kete, jalan 5 minit pun dah sampai.
Masa nak pi tengok rumah tu, tetiba jer cikgu sakit perut.
Kebetulan level tu ada kolam renang dan changing room. Cikgu redah jer masuk sebab dah tak tahan sangat.
Ada dua toilet kosong,yang lain semua ada orang. Riuh rendah gak la dengan remaja2 yg mandi la bergurau senda la

Dah jadi tabiat, sebelum qadha hajat mesti test dulu pam toilet tu. Karang tak berfungsi leh tukar toilet lain kan. Mujur la elok jer pam tu. Legaaaaa. Selesai qadha hajat segala, nak pam la kan. Sekali air yg kuar tu cikitttttt jer. Adoiiiiiii. Rupa2nya air yg masuk semula ke dalam pam tu sangat la slow. Guna getah air hala ke mangkuk tandas pun tak jalan jugak. Degil la pulak!! Adoiii la takkan nak berkurung lama2 dalam toilet tu. Dah la dengar cam orang makin ramai nak guna toilet. Hangin betuiiii la. Berpeluhhhh tau! Berpeluhhhhh!!

Last2 cikgu decide nak angkat jer penutup pam tu dan halakan getah air ke dalam pam. Sekali tak dapat pulak nak alihkan benda tu. Berat woooo. Try jugak.......berdentum kuat bunyi penutup tu berlaga, memang tak leh nak buka. Tetiba jer orang kat luar toilet terdiam.Terkejut bunyi kuat tu kot. Akhirnya terpaksa gak la bersabar pam dengan air pili tu. Lama giler baru misi berjaya. Mesti orang ingat berak batu ni hohoho. Dah selesai, rasa macam malu la pulak nak keluar dari toilet tu. Mesti semua orang duk tunggu nak tengok sape lah gerangan kat dalam tandas tu. Dah la lama, buat bising pulak tu koh koh koh. Tapi takkan la nak tunggu semua orang tak der baru nak kuar kan. So kuar la jugak dengan muka selamba badak. 

Fuhhhh lega, nasib baik tak dak orang tanya duk buat apa lama2 dalam tu hohoho. Bila nampak cikgu, en suami dengan muka heran tanya kenapa lama sangat. Dia kemain gelak bila cikgu cerita tragedi dalam jamban tu..............huwaaaaaa sampai hati tauuuu!!
Tak lama lepas tu en suami pulak yang sakit perut hik hik hik......kan dah terkena tulah heheheh.....kesiannn

13 comments:

Ummu Muhammad said...

haha! akak lagi sadis nis mase blaja matrikulasi dulu..masuk buang hajat TOILET LELAKI!!

CeqGu said...

Kah kah kah memang sadis betul ...errr btul ker kak ni,ntah2 sebaya, xpun anis lg tua....hihihi

umialya said...

ha3, no komen.. sambung gelak lg best..

CeqGu said...

Kak tini: huwaaaaa tak baekkk tauu!!

Jemarisuri said...

haha...sbb tu js suka cari jamban yg line clear...ataupun byk tandas jadi takde la org berebut2 tggu...hehe..

nurbijen said...

hehehe, mesti dah cuak sgt masa tu... rasa nak gelak jugak, tapi tak baik kalau gelakkan orang :)

CeqGu said...

Js: sama ler, tp bila dah xtahan redah saja hihi

Nurbijen: hehehe, dgn ceqgu nak gelak sampai tergolek pun tak per hihihi

Si Matatajam said...

Kalau M, mesti cuak sakan tu...sian CeqGu

Oyis said...

ingtkan berak dlm rumah baru. org tua2 kata, kalo masuk tmpt baru and ebrak, serasi dgn tmpt tu

intanfirdaus247 said...

hahaha..sy gelak kuat baca entry ceqgu n..kelaka la..duk imagin mesti ceqgu kelam kabut kan kan..haha

CeqGu said...

M: mmg cuak giler , nak biarkan ajer karang org tahu pulak harta peninggalan sape hihi

Oyis: yer ker....nanti pindah umah baru nak terus qadha hajat la hahaha

Intan: mmg kelam kabut sampai last2 pasrah dlm jamban hihi

ieda said...

ekekek yelah dikk
x kan nak kuar tanpa settlekan kan ..
tapi ada jee org macam tuu
tinggal aje .. pengotor lah tuu .. dah terbiasa kat rumah macam tuu gak agaknyee huhuh

CeqGu said...

kak ieda: betul kak, mmg ada! sakit ati betul kalau cepat2 nak terjah toilet tengok2 ada benda terapung. terus hilang hajat tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...