Tuesday, January 1, 2013
Budak Lelaki Umur 13 Tahun Merogol Wanita?
MasyaAllah terkejut cikgu baca status kawan kat fb kejap tadi. Tak sangka tanah airku dah makin tak aman.
Katanya budak lelaki umur 13 tahun dah berani nak rogol wanita berbangsa cina kat dalam toilet stesen minyak shell (Jalan Munshi Abdullah). Dan yang paling sedihnya budak tu beragama islam. Apa nak jadi dengan moral manusia sekarang ni haaa. Memalukan agama jer! Berhati2 la kaum hawa ye, tak kira usia tetap kena waspada.
Kata mangsa peristiwa tu berlaku masa dia nak keluar dari tandas. Tiba2 jer budak lelaki tu tolak dia masuk semula ke dalam tandas. Mujur la tak sempat dirogol. Kata mangsa tu lagi, boleh pihak polis tanya dia sama ada nak lepaskan saja budak tu atau nak buat report polis. Bayangkan kalau benda ni berlaku pada kita atau anak2 perempuan kita? Nak lepaskan ke agak2? Budak macam ni boleh dikategorikan ada masalah. Perlu jalani rawatan!
Cikgu rasa ini mungkin ada kaitan dengan pengaruh CD lucah. Dulu pernah ada murid yg ada masalah dengan seks. Semuanya gara2 dia tengok cd lucah abang dia. Yang sedihnya, budak tu baru 8 tahun! Kerana cd lucah tu, budak tu cuba2 nak buat eksperimen kat tandas sekolah dengan jantina sejenis.
Ibu2 n bapa2 sekalian, tolonglah berwaspada dengan apa yg anak2 duk tengok. nak nak yg suka online sampai tengah malam tu. Tolonglah check selalu sebelum terlewat! CD-CD lucah tu, tok sah la 'terbeli'............jangan kerana kita yg dewasa ni, otak anak kita pula rosak. Satu lagi, kalau boleh jgn selalu izinkan anak perempuan kita tu keluar meronggeng dengan kawan2. Dunia sekarang dah tak selamat!
Pihak berwajib, tolonglah buat sesuatu tentang CD lucah ni. Kat pasar malam berlambak orang duk jual. Yang jual tu pulak budak sekolah rendah! Dengan muka tak malu duk offer kat orang suruh beli. Aduhaiii rakyat Malaysia ku, tanah airku.....
Labels:
Attention
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Astaghfirullah...Takutnya bila baca kes2 camtu..Moga dijauhkan la dr keturunan M
rasa cam tak caya jer sbb anak akak yg berusia 13 tahun, alahai.. cam budak2 lagi
M : aamin
kak tini: kena tengok persekitaran budak2 membesar. kalau elok persekitarannya, insyaAllah elok lah peribadinya, begitulah sebaliknya. kisah budak 8 thn tu kisah murid anis sendiri.
saya ada menonton rancangan Tanyalah Ustaz (bersama ust Haron Din) beberapa minggu lps... katanya... anak remaja yg bermasalah (seperti contoh Cikgu bg ni), adalah kerana tidak di AZAN @ di IQAMAT kan, sebaik dilahirkan... sebab tu Qarin (jin yg tugasnya membisikkan supaya sentiasa melakukan kejahatan), sejak dr baby lagi... moga keturunan kita dilindungi oleh Allah... InsyaALLAH...
saya rasa bukan sebab cd lucah jer..budak2 ni dah pandai hackkan komputer yang diberi oleh kerajaan untuk dapatkan bahan2 lucah di internet malah bukan itu saja...telefon mereka pun dapat meseg2 langanan gambar2 lucah kalau nak tau lah...so apa yang patut dilakukan sekarang? wajarkah budak2 sekarang didedahkan dengan dunia teknologi? kalau gurunya sendiri pun tak pandai menggunakanya....
pena :cd lucah tu antara contohnya. mmg btl kata pena tu internet,telefon dan macam2 lagi lah termasuk majalah dan buku pun ada benda2 macam ni. pd pendapat saya, bukan tak boleh dedahkan teknologi jika guru pun buta komputer, tp bagaimana kawalan penggunaan teknologi itu sendiri di sekolah dan juga di rumah perlu dititik beratkan. ada byk cara yg boleh dilakukan utk bantu guru buta komputer ni. sebab tu lah guru pun kena selalu belajar. sebenarnya kalau sistem pendidikan kita lebih menekankan tentang pendidikan agama baik di sekolah dan di rumah mgkin mslh ini boleh dikurangkan. tindakan dan hukuman yg sesuai juga perlu. hukuman tak semestinya berkait dengan denda or masuk penjara, tapi perlu ke arah bimbingan rohani...ni pendapat saya la :)
Post a Comment