Followers

Wednesday, January 30, 2013

Blogger Kena Saman ?

Assalamualaikum



Terbaca kat satu blog tentang saman menyaman blogger ni. Tak tau la cerita ni tahun bila berlakunya.
Saja la nak ingatkan diri sendiri dan kawan2 supaya lebih berhati2 nak hebahkan satu2 cerita terutamanya kisah2 retis ni. Menyebarkan cerita yg kita sendiri tak tahu kesahihannya  dah dikira menyebarkan fitnah tu. Dan fitnah tu lebih teruk dari membunuh...... masyaAllah mintak jauh la kan. Semoga kita lebih prihatin lepas ni. Pendek kata kena pk betul2 apa yg nak dishare dan diluah. Jgn pk traffic semata. Kerana kuasa menulis ni sangatlah hebat. Mata kursor itu lebih tajam dari mata pedang !! Sebaris ayat yg kita tulis, akan ada bermacam komen yg turut menyokong dan menambah asam garam serta ajinomoto sesedap rasa. Padahal tukang komen pun tak tahu menahu hal sebenar hehehehe...... termasukla tukang yg sdg menaip ni hehehehe, sila lah ingat pesanan ini sampai bila2 ye cikgu anis !!.....



"KUALA LUMPUR: Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya 
Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lalu melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan. 
Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.
Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin. 
Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes. 
Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. 
Noorfarashikin mendakwa pada Januari lalu defendan melalui laman web ohbulan menerbitkan satu artikel. 
Beliau berkata, artikel itu antara lain bermaksud beliau adalah seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia. 
Wanita itu berkata, reputasi peribadi dan profesionalnya rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu.   - BERNAMA "



10 comments:

Aisy Nasiha said...

tulah, banyak bahaya kalau tulis tak siasat dulu betul ke salah..

Mama Zharfan284 said...

memang kena hati2 kalau nak tulis apa2 yg ada unsur fitnah

miss yatie said...

sekarang mana boleh main2 tulis je..cepat sangat saman menyaman ni..apa2 pun terima kasih atas peringatan dr cikgu

Umialya said...

Kalu gitu baik akak tulis kisah2 Alya jer sampai le teman2 naik 'JEMU', asyik2 cerita anak jer..

Psssttt: ok jer, line clear..

CeqGu said...

aisy,KY,mamazharfan: betul tu kena hati2

kak tini: hahaha, akak ni....bukan ler itu maksudnya. cerita2 artis ni nak kena bertapis gak. ambil langkah berjaga2 jer....takut tetiba dapat surat saman jek

NoEn said...

senang cerita, jangan tulis kalau xpasti..xkirala kisah artis ke sape ke..boleh jadi fitnah kalau bende tu xbenar...xpasal2 dpt dosa free..huhu

OKje said...

HIsh menakutkan kalau cam tu ceqgu... mana nak cekau duit bayar saman hehe... tak yah le cite pasal depa... pasal diri sendiri... tak de sapa nak saman...kan Ceqgu

Fiza Rahman said...

Banyak tu nak kena saman. Kena berhati dgn apa yg kita tulis.

CeqGu said...

Noen,Okje,fiza: sama2 la kita berhati2......

Mimie said...

tuh la sebagai blogger kne ati2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...