Followers

Monday, February 11, 2013

Tips Memilih Warna Cat Rumah Yang Sesuai


assalamuaLaikum...

Tak sabar nak tgk rumah umi cikgu di make over....mula la cikgu pun berangan nak make over umah sendiri hihi......
tangan pun mula la gugel sana...gugel sini.....susah jugak yer nak decide warna yg sesuai utk rumah idaman hati.....tengok rumah org cat putih, hati rasa berkenan, tgk umah lain cat kaler kelabu, pun hati rasa berrkenan. tengok org buh cat kaler peach pun , hati rasa suka....aduhhh peningggg. Tu belum masuk bab nak pilih wall paper....ada sape2 yg ada masalah mcm cikgu  tak...?kalau ada cer  try tengok tips ni kot2 la membantu...

Antara panduannya ialah: 
      ~Tanya semua ahli keluarga mengenai warna pilihan mereka sebelum membuat keputusan membeli cat atau kertas hiasan dalaman.

      ~Dapatkan rasional mengenai pilihan warna yang dibuat, sama ada ia bersesuaian dengan warna perabot, fungsi bilik atau ruang serta kehadiran tingkap untuk cahaya. 

      ~Teliti katalog warna jenama cat yang dipilih dan sesuaikan dengan pilihan keluarga.
      Biasanya, warna putih, kuning cair dan biru pucat digunakan untuk mewarnaikeseluruhan ruang luar dan dalam kediaman.

      ~Warna biru boleh menampakkan ruang atau bilik yang sempit menjadi lebih luas, selesa dan nyaman.
      ruang tamu ruang makan warna baby blur baby turquoise credit to adiemran.blogspot.com

      ~Elak menggunakan warna putih untuk bilik anak-anak yang masih kecil kerana ia mudah kotor akibat contengan kreatif mereka. Sebaiknya gunakan warna garangseperti oren, kuning dan merah di dinding bilik anak-anak supaya bersesuaian dengan sifat semula jadi fizikal dan mental mereka.

      ~Warna putih dalam kebanyakan hal memberi kelebihan kerana ia akan menjadikanbilik semakin cerah pada waktu malam dan membuat ruang kecil tampak lebih luas. Selain menampakkan kebersihan, mudah disesuaikan dengan apa jenis perabot dan perhiasan rumah.

      ~Warna garang seperti kuning, oren dan merah dikatakan dapat merangsang selera makan dan sesuai melatari dinding ruang makan. Biru laut serta warna pastel sesuai untuk bilik tidur kerana ia mendatangkan kesan kesegaran dan ketenangan.

      ~Jika pejabat anda dicat dengan warna garang, elakkan menggunakan warna garang untuk rumah anda kerana otak anda akan terus `dipaksa’ bekerja secara tidak langsung dan membuatkan anda rasa letih atau tertekat

      ~Warna Untuk Anak Hiperaktif
      Oleh kerana anak hiperaktif bermasalah untuk memberi tumpuan pada sesuatu perkara maka terapi warna adalah salah satu cara mengatasinya.

      Bilik untuk mereka sesuai dicat dengan warna-warna sejuk atau dingin seperti biru muda, hijau, ungu.


      ~Warna Untuk Anak Autisme

      Jika anak anda menghadapi masalah autisme, psikologi warna yang boleh menstimulasi mereka adalah warna-warna hangat atau panas seperti oren, kuning dan merah.

      17 comments:

      nea lopah said...

      saya suka purple n pink tapi suami kata tak sesuai, so pilinh olive green.

      nea lopah said...

      Tq share info ni..hehee

      OneSimpleMother said...

      putih memaaaaang cepat kotor. kepingin nak buh wallpaper macam gambar yang last tu. maybe 3,4 tahun lagi kot... langsir kena tukar kaler hijau yang bright sikit baru naik. hehehe.. haish..nafsu nafsi ni..

      Jemarisuri said...

      samalah kite ...suka tengok cantik...hihi

      CeqGu said...

      Nealopah: suami nealopah mesti teror bab deko2 ni

      Js: hihi kannnnn.....

      Cik mas: putih mmg cpt kotor tp snang nak match mcm2

      Mimi Azirah said...

      suke sgt rumah tamu mcm no 1 tuh

      zahirian said...

      kak ceqgu..sy segan nak publish gambar dapur..tp kaler putih memang senang nak match..

      Ummi Iman said...

      Suka dgn warna yg last tu. Kalau ada duit mmg nk ubah bg cantik. Nak cantik budget pun kena cantik ;)

      Yong Is My Name said...

      Ceqgu,

      nak bagi luas & senang apply cream colour jea instead of white.
      pilih jea yang boleh hilangkan pakai kain n sabun
      incase si kecik buat karya kat dinding
      no hal punyer

      CeqGu said...

      Mimi: kita punya taste yg sama hihi

      Zahirian: alaaaa tempek laaa....anggap jer atas permintaan kwn2

      Yong: rumah cikgu skrg pun ala2 cream, tu yg rasa nak tukar kaler lain plak hihi

      Ummiiman: betul betul betul.....tu yg duk berangan jer dulu hihi

      MaMa Rey said...

      betul..kaler putih skrg ni tak sesuai guna dlm rumah sy..
      byk cap jari anak2 melekat didinding hehe

      Nora Karim said...

      semua gambar tu menarik... ish... tergoda... bila la nak dok umah sendiri... adeh..

      wan nurul hezrina abd halim said...

      semuanya nampak kemas n tenang=)suka dengan hiasan dalaman=)tapi kalau ada anak2 lasak sepah jugak,huhu

      Kesuma Angsana said...

      tq share tips yg bagus ni ye

      izan mama mia said...

      kalau dah ada rmh sendiri,..mmg part cat rumah paling best

      Admin said...

      bagus tips nih.. tgh cari cat nih

      Liya Iglesias said...

      Pening xtaw nak pilih wana pa ..tgok hok nu berkenan.hok ni berkenan ..adoi pening-2 .

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...