Followers

Friday, February 1, 2013

Ikan Bilis Asam Belimbing

Assalamualaikum...

Motif petang semalam main teka teki ialah sebab nak share masakan ni.....


Masakan ni nenek kesayangan cikgu yang ajar. Diperturunkan kepada anakanda2nya pastu dituntut plak oleh cucunda2nya. Nenek cikgu orang Acheh, so banyak resepinya Acheh style la. Menu kat atas ni,   namanya Ikan Bilis Asam Belimbing. Err macam ni ke sambal hitam yang Kak Tini dan Nea Lopah maksudkan ? cikgu google nampak cam sama jer rupanya. Cuma famili cikgu panggil masakan ni ikan bilis asam belimbing.

Family cikgu memang suka dengan menu ni. Kalau makan dengan nasi panas panas aduhh mak jemah lalu pun tak perasan tau hehe. Selalu kalau masak menu ni, memang cikgu masak lebih sebabnya sebelum hidang atas meja tu, mulut duk krup krap krup krap ratah ikan bilis ni kat dapur hehehe. Sedap tau!! masam belimbing buloh kering bila bersatu dengan manis bawang tu perghhhh.......sangat lah mabelesss........

Kalau sesapa ada stok belimbing buluh kering kat dapur, bleh ler try menu ni.....sambil pejam sebelah mata pun boleh buat......senang sangat2...... kalau ada yg belum kenal dengan belimbing buloh kering/rebus/jeruk/asam (hahaha byk betul namanya) ni bleh refer gambarnya yg penuh pose bergaya kat SINI ^_^

IKAN BILIS ASAM BELIMBING

bahan:
2 genggam ikan bilis
1/2 biji bawang besar - kalau kecik sgt buh la sebiji
2-3 ulas bawang merah - nak lebih lagi pun boleh
1 tangkai cili merah - dihiris
cili padi - dihiris, kalau nak pedas berapi buh ler
asam belimbing buloh / belimbing buloh kering 
daun limau purut -optional
garam, gula
minyak

Cara:

- bawang besar dan bawang merah dihiris nipis. Bawang kalau lagi banyak lagi sedap.
- campurkan semua bawang, cili, asam belimbing buloh, garam dan gula ke dalam ikan bilis
- pssstttt kalau suka dengan daun limau purut, bleh try buh jugak, hiris nipis2.


- ramas bahan2 tu dengan penuh senyuman.
- test rasa sama ada sudah memenuhi piawaian lidah masing2 ke tak


- goreng sampai ikan bilis masak dgn api sederhana.



Tadaaaaa............eh eh ada pulak cili merah bertenggek kat situ hahahaha........cili merah tu mintak izin nak interprem dalam blog ni..............kasi can la kan walau pun tak bergaya langsung hehehhe

psssttt : tadi check resepi sambal hitam pahang, rupa2nya nak sama tapi tak serupa. Resepi nenek cikgu ni tak der tumbuk2 dan tak taruk kicap......cara buat belimbing tu pun mcm ada lain skit. Tak kisah la kan yg penting bahan asasnya si belimbing buloh kering/rebus/jeruk/asam tu ada dalam stok.

16 comments:

Aisy Nasiha said...

resepi warisan ni macam menarik je... saya nak cuba kalau ada belimbing buluh nanti..

umi alya said...

ylh hmpir sama, cuma bezanya sambal itam itu bahan2nya di tumbuk kasar2, tiada daun limau purut.

ummiross said...

Boleh bayangkan memang sedap makan dengan nasi panas2 ni, tak cukp seoinggan nasi jawabnya Cikgu..

Mama Adam said...

suka! tapi, saya mmg kalah dgn belimbing ni. angin! bukan nk terkentot2 atau sendawa, tapi sakit2 badan.

tapi, memang sedap la makan =)

Kakzakie said...

Rumah kampung kakak banyak belimbing buluh tapi biasa kakak masuk kalau masak sardin ke, masak lemak cili dgn ikan - lain kali kalau kakak balik lagi kakak nak cuba yg ini.

izan mama mia said...

jakunnya saya xpernah makan walau didepan rumah saya kat kampung tuu..belimbing buluh sampai ke tanah buahnya

QasehnyaRania said...

as-salam..sedap ni mkn dgn nasi panas kan

CeqGu said...

Ciksu: wsalam...mmg sedap mkn dgn nasi panas2 dan sayur tumis

Kak tini:daun limau purut tu anis gatal tambah sendiri, tp rasanya sedap jugak

Kakzakie: pasni nak try la buh belimbing dlm luah sardin

Izan: kalau umi cikgu nampak belimbing tu gerenti dia buat belimbing kering...lama skit bleh simpan

Ma: ye ler...sia MA xdapat makan manan sedap ni

Ummiross:mmg pun...Sben siap ratah lg hihi

hainom OKje said...

Sedapnya ceqgu macam nak jilat je lappy ni...hehe... ni okje tiru komen cik azlijah tau...mana pegi pengantin baru tu tah lama tak muncul hehe..

CeqGu said...

Okje: ada2jer okje ni hahaha

IntaNBerliaN said...

wah mcm best je kalau meratah ni.. hihii

Kasih Salina said...

terliurnya cikgu, mesti sedap ni tambah lagi masam2 belimbing tu..

intanfirdaus247 said...

anis...sedap kan belimbing buluh..umah di kg sampai skarang ada lagi pokok tu..berbuah lebat tau

Ummu Muhammad said...

nis balik maleysie silelah ajak kahmi makn1 di rumah ye..aduhaiiii pg2 tgk makanan..

azeanty anuar said...

wah nk try la mlm nie.... thanq for the resepi...=)

Kesuma Angsana said...

mmg sedap ni kan ! terliur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...