Followers

Saturday, February 23, 2013

Benarkah Sakit Itu Indah?

Assalamualaikum

Maaf kawan2, semlm cikgu xmenyinggah kat mana2 blog.
Cikgu tetiba diserang sakit belakang. Risau juga takutnya ada kaitan dgn saraf.
Maklumlah rasa kebas2 ala letrik tu masih ada dan xbrkurang.
Mungkin jugak posture badan mengadap laptop tak betul menjadi punca sakit blakang ni.
Apa pun cikgu berharap ujian ini berakhir segera.

Pagi ni seawal subuh ayah cikgu terima brita sedih tentang pemergian bosnya.
Arwah bukan saja bos tp kawan lama ayah cikgu.
Memang ayah cikgu nampak sedih dan terkejut trima berita tu.
Katanya semalam arwah segar bugar kat ofis. Tahu2 pagi ni ayah trima berita arwah dah takder.
Katanya kena serangan jantung. Walhal arwah xpernah ada masalah jantung sebelum ni.
Kiranya pemergian arwah ni adalah kematian mengejut.

Biar hanya kenal nama, tp cikgu tetap rasa sedih.
Trrkenang umi ayah cikgu yg semakin hari semakin tua.
Dan paling gerun, ajal x mngenal usia.
Dengan berita ni, cikgu tiba2 faham kenapa bila sakit kita diminta bersyukur.
Sedar x bila kita sakit, byk keinsafan yg hadir dlm diri kita.
Secara xlangsung kita cuba perbaiki kekurangan diri dan pertingkatkan hubungan kita dengan Allah.....
Tapi sekiranya allah ambil nyawa kita tanpa sebarang warning, alangkah ruginya kita mgkin tak sempat nak bertaubat pun

Alhamdulillah...alhamdulillahhhh allah uji dgn kesakitan.
Betapa indahnya sakit itu hingga saban waktu kita pasti mengadu dan mengingati Nya

Al fatihah untuk arwah pakcik Wahab Patelo. Semoga rohmu bersama orang2 soleh...amin

9 comments:

umi alya said...

al fatihah buat arwah

ieda immi said...

tulah dik ...
jika kematian dtg mengejut nie , memang sesuatu yg susah utk kita terima .. nak2 kalau org yg pergi adalah org yg kita kasihi dan kenali uhuhu

semoga arwah tenang disana

Aisy Nasiha said...

dugaan sakit ni memang berat utk dihadapi...
banyakkkan zikir n doa ye..
selagi diduga kena kita usaha utk ubati
takziah ats kematian pak cik ni ye....

QasehnyaRania said...

semoga cikmanis cepat sembuh ye..

innalillah....

iietamalek said...

Alfatihah buat arwah pakcik itu...

hainom OKje said...

Betul tu ceqgu...kalau tidak didatangi sakit atau musibah...amatlah jarang kita ni nak 'beria' mengingatinya... supaya jangan kita tergolong orang yg lupakan ceqgu....

Kesuma Angsana said...

sakit sedikit ujian buat kita.. & salam takziah & alfatihah

Fiza Rahman said...

Al-fatihah buat arwah.

Tuan Juhaida said...

Betul tu anis.kalau kita sihat ja kita cepat alpa dan mudah lupa diri serta tak bersyukur.kita jauh dr allah.ujian allah tu tanda dia sayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...