Followers

Wednesday, February 20, 2013

Jiwa Kacau!

Assalamualaikum...

Tengok Firas lena, air mata ni mula nak menitik lagi.
Tinggal beberapa bulan jer lagi Firas akan merasa pelukan mama dia 24 jam.
Lepas ni cikgu dah start keja balik dah.

Sebenarnyakan, bukan Firas yang tak bersedia nak berenggang dengan mama.
Tapi mamanya ni yang belum puas nak tatap, nak bebel, nak tengok kerenah dan nak bagi susu kat dia.
Cikgu yang sebenarnya belum bersedia nak berenggang dengan anak teruna yang satu tu.
Sebab tu lah masuk je tahun 2013 ni hati cikgu sedikit emosi, takut nak tengok kalendar.
Firas tak pernah berenggang dengan mama. Tak pernah walau sekejap!
Dari sejak dia lahir, hingga lah dah nak masuk dua tahun, Firas membesar dalam pelukan mama.
Tidur bawah ketiak mama. Nangis mama yang pujuk. Mandi mama yang jiruskan.
Makan pun mama yang suapkan. 
Tapi lepas ni, terpaksa cikgu serahkan Firas pada tangan lain.
Harapnya dia sayangkan Firas macam mama.
Dan harapnya dia lebih sabar melayan karenah Firas yang sejuta macam lebih dari mama yg macam singa ni

Cikgu paling resah kalau-kalau dia meraung bila cikgu start enjin keta nak pi keja.
Cikgu takut cikgu yang tak kuat. Tentu sampai kat sekolah ada cikgu yang mata merah bengkak2.
Mana nak semunyikan mata yg macam tu.
Kekadang terasa kejamnya peraturan dan undang2 yang manusia buat.
Tak fikir ke susah payah ibu dan anak nak berpisah.
Tak fikir ke jauh dekat orang yang mohon cuti.
Jejak kaki jer terus kena lapor diri dan keja. Nak amik cuti pun belum layak.
Mujur lah cikgu kat Brunei jer. Orang yang ikut suami kat tempat yang jauh jauh tu lagi la susah.
Dengan jetlag belum hilang, dengan urusan anak belum settle.....tahu tahu kena terus pi keja.
Aduhh hanya yang merasa tahu berat tak berat nak pikul. 
Mungkin orang yang buat peraturan tu tak pernah rasa kot....wallahualam.

semoga Allah kuatkan semangat cikgu, gembirakan hati Firas dengan penjaga yang keibuan dan permudahkan urusan cikgu dan suami....aminn

13 comments:

Kuazue Mohd said...

be strong..kita ni mak ...penat or sakit..boleh harung punya...boleh...yakin boleh...

Shamsiah Abdul Rahman said...

Been there done that.
Jgn fikir sgt.. nnt kita tensi.
Dh sampai masa "tu" nanti, baru kita buat apa yg patut.
Sementara tu.. layan dia 24/7..

Ummi Iman said...

Bila tak pernah berenggang mmg susah nak renggang. Saya pun duk fikir2 mcmana lah nak berpisah jika terpaksa.

umi alya said...

akakpn faham sbb pernah berada di dalam situasi tu, lagi2 anak sulung.. memang tantang sehabis mungkin, kalau boleh seminitpun xmo berenggang..

tuntutan kerja, sabar erk..

nurbijen said...

amin... mama yang kena kuat, be strong dear :)

Aisy Nasiha said...

mula2 tu mmglah akan rasa sedih, tak sampai hati dan rindu ank..
tapi inn shaa Allah, akan dapat atasinay tu pelan pelan.. apa nak buat, dua2 pun kewajipan kita...kena tabahkan hati.. banyak ganjaran Allah akan bagi, selain bagi peluang Firas berdikari dan belajar pengalaman lain juga...
u can do it..

hainom OKje said...

He..he... Ceqgu..Firas mmg beruntung sebab dapat manja dgn mak dia 24 jam sekarang ni... hehe.... tapi ceqgu kena faham walau macamana pun dia kena belajar berdikari tak boleh duduk bawak ketiak mak dia aje... (pandailah OKje nasihatkan... kalau dia sendiri sure sama mcm ceqgu ni hehe)

Tak de bendalah ceqgu... kadang2 budak lagi suka sebab dapat kawan main....

CeqGu said...

kuazue: thanks kuazue...yup yakin boleh!! hehe...muah sayang kuazue

k.tini : betul tu kak tini...anak pertama dan tak tahu akan ada yg kedua ketiga dan seterusnya. Sebab tu perasaan ni mudah ter emo bila teringatkan firas

okje: thanks okje.... cuma perasaan tu terasa risau tambah2 suami akan terus kerja kat brunei. tu yg rasa lemah skit

aisy: terima kasih darling....rasa lega skit ....anis kena yakin firas boleh hidup tanpa mama disisi kan kan

kak shamsiah:thanks kak, tu yg asben selalu marah anis. suka pk bukan2, buat sakit jiwa jer kan...dah sampai waktu tu, insyaAllah semuanya akan ok kan

ummiIman: hakikatnya kita tetap kena berenggang huhuhu

nur: thanks...yup mama kena kuat, baru firas pun kuat kan...insyaAllah

Kesuma Angsana said...

KA will always pray for u ye, moga dipermudahkan semuanyer

Mia Kassim said...

Kuatkan semangat yek..... :-)

QA's ~ mamapapa said...

Bykkn brsabar dan kuatkn hati ye cikgu..tawakkal & serahkan Pada Allah..inshhaAllah prjalanan hidup kita juga adalah sbhagian ketentuanNya..inshaaALLAH SEMUA AKAN baik2 saje :)

Nora Karim said...

mama Firas... kuatkan semangat ok... insyaAllah semuanya baik2 saja...

hainom OKje said...

Oh... suami kat Brunei? memanglah tak suka ...kalau camtu...huhu...mintak Tok mi teman le kalau cam tu... Tok ayah pulak nak tinggal mana...hish penin ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...