Followers

Thursday, February 14, 2013

3 Gaya Susunan Sofa di Ruang Tamu



Assalamualaikum...

Hurm pagi2 dah tempek tentang deko deko bersama cikgu anis hehehehe...... 
Gaya nak susun sofa ni pun selalu buat cikgu dalam dilema. Fuhhh dilema tu kikiki
Cikgu n asben memang suka rumah nampak luas, so selalunya sofa tu cikgu letak tepi dinding.
Tapi bila dah lama2, rasa bosan gak. Teringin gak nak ubah cekali cekala....
Ni cikgu share 3 gaya susunan sofa kat ruang tamu..... kot kot bleh bagi idea kat sape2 yg teringin nak deko deko rumah hujung minggu ni......

Gaya susun atur tempat duduk


Gaya dan susun atur tempat duduk ruang tamu memerlukan sentuhan kreatif dan beberapa kehendak praktikal perlu dipatuhi. Tiga gaya asas mengatur tempat duduk di ruang tamu ialah:


1.  Susunan segi tiga
Gaya susunan segi tiga membabitkan kedudukan tiga penjuru iaitu sofa tiga tempat duduk disusun mengadap meja kopi, diiringi sofa satu tempat duduk ditempatkan di kedua-dua penjurunya.
Gaya ini pilihan popular di ruang tamu kerana kedudukannya mesra selain memudahkan tetamu serta tuan rumah berbual juga mengatur kedudukan apabila hendak duduk.



2.  Susunan bulat
Gaya susunan bulat mengutarakan sofa berbentuk L dengan sofa satu tempat duduk tambahan ditempatkan di sisi manakala meja kopi diletak di tengah ruangGaya ini popular untuk ruang tamu moden kerana nampak santai dan sesuai bagi memupuk kemesraan keluarga.


3.  Susunan separuh bulat
Gaya susunan separuh bulat disusun dengan sofa dua atau tiga tempat duduk dijadikan fokal dan dikelilingi sofa satu tempat duduk serta meja kopi di tengah. Gaya ini agak formal iaitu tuan rumah duduk di sofa tengah dan dikelilingi tetamu. Gaya ini amat sesuai untuk tuan rumah memberi tumpuan kepada kesemua tetamunya.
sumber: tipshiasandalaman.blogspot.com

 

18 comments:

Mia Kassim said...

Saya yg bentuk L tu sbb tpt limited....hehe :-)

Chekgu Azrine said...

Semuanya lawa!ishh..xsaba nk dok.umh sendiri..huhu

RedRose said...

minat interior deco ye cikgu? huhuhu. tapi mostly married women mmg lah sukakan hiasan dalaman aite?
bila rumah cun...hati pun jadi cun nak duduk.

aizu's life said...

salam cikgu!!
perkara biase: susun sofa tepi dinding.. mmg dh jd tradisi kot.. nk2 bile ruang yg terhad..

Sweetamieda. Blo said...

wah, mcm ni kalah eric cantikkan cantikkan tu hihi

Umialya said...

alaaaaaaaaaa nak duit lagi, barulah deko2 menjadi secantik itu

Unknown said...

yang last tu cantik..

Unknown said...

kalau rumah besar boleh ubah2..kalau rumah comel cam saya ddk sekarang ni,..xboleh nak ubah dah..dah mmg tempatnya di situ...dok berangan balik kg nnt boleh laa buat...hihih

AtieYusof said...

wah...cantik!..suka tgk susun atur perabot tu.. klu rumah luas ok lah kan?.. mcm kami ni rumah sempit.. susah sikit nk deko2 rumah ni..hehe:)

yan's cottage said...

semuanya cantik2 tapi tak de yang sesuai untuk yan...yang suka english cottage.....he heee....

CeqGu said...

atie, izan, mia :kekadangkan cikgu rasa rumah yg tak luas lagi senang nak deco2. tak payah pening2 nak pusing sana pusing sini. pastu jimat duit tak payah nak beli macam2 hehehe...

redrose: minat tapi tak pandai2 gak nak deco rumah sendiri

kak tini: akak kan dapat banyak upah dari nuffnang....bleh ler guna duit tu hehehe

aizu: salam aizu, terima kasih singgah sini:)

Anonymous said...

semua nyer menarik !

Fiza Rahman said...

Bestnya klo dpt ruang tamu mcm ni.

sal ya said...

kalau kena cara dan gaya ruang sempit pun adi luas dgn susunan perabot yang minima kan?!

nurbijen said...

saya pun suka susun kerusi kat dinding.... senang anak-anak nak lari sana sini...
tapi mmg saya jenis tak de seni menghias pun, semua main belasah jer, ekekekke

QA's ~ mamapapa said...

Saya paling berkenan yg last tu :)

OKje said...

Alahai kalau dpt rmh cam tu..kan best Ceqgu...

CeqGu said...

okje: tu ler pasal....tak per la okje, rumah so so pun tak per yg penting isinya bahagia:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...