Followers

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Kuzi Ayam Berjala dan Sosej Bersos Tiram

Assalamualaikum

Hari ni saja nak tayang roti jala dan kuah kuzi ayam kat kak kak jemah.
Pernah makan kuzi ayam tak? Haaa ni masakan kelate mari. Opsss jangan tanya resepi sebab seumur hidup cikgu anis, cikgu tak pernah masak kuzi ni. Yang kat dalam gambar ni kawan cikgu yang bagi. Murah rezki kami anak beranak semalam keh keh keh. Tenkiu yer Kak Ni. Sedap 'sengoti' kuah kuzi Kak Ni ni.



Plan asalnya nak menjala roti pagi ni. Tapi semalam dah terima kuzi ayam yg marbeles tu, cikgu terus tukar plan menjala di malam hari. Nasib ler si bujang kecik tu lena diulit mimpi. Kalau tak, mau koyak rabak jala cikgu huhuhu. Tak sangka la menjadi jugak menjala di hotel kikiki.

Kuzi ayam ni selalunya jadi hidangan utama di pagi raya. Dibuat makan bersama roti kosong atau pun roti jala. Nak buat kuzi ayam ni memang renyah kak kak jemah oiii. Errr itu pada orang yg agak malas dan kurang pandai masak macam cikgu ni la. Orang yg pandai masak tu tentu ler kata elehhhh petik jari tingggg terus jadi kuzi ayam kan kan kan. 



Haaa yang ni pulak menu breakfast di kala malas. Ni bukan kuzi sosej yer kak kak jemah. Yang ni soses bersos tiram nama diberi hehehehe. Sonang jo nak buatnya. Tapi rasanya sedapppp! Ni cilok idea adik cikgu punya hehehe. 
Caranya senang jer, sosej tu dikelar2. Pastu goreng ler dengan sedikit mentega/minyak masak. Dekat2 nak masak, buh la sos tiram kat sosej tu. Kacau2 sekejap, taruk ler bawang besar. Dah agak2 bawang tu layu, bleh ler angkat dan ngapppppppp.....Burrpppp!! Kenyang perut hehehehe

Ok tu jer nak citer....

Wednesday, April 3, 2013

kek coklat kukus yg moist dan sangat sedap

Assalamualaikum

Adik cikgu yg tgh berpantang ni tetiba request nak makan kek coklat. Errr tak tau lerr org tua2 bg makan ke tak. Umi cikgu ni jenis yg xpantang sgt. Maklum ler nurse. Umi cikgu kata kalau makan sikit pastu rasa xsedap badan ker baru ler kena elak makan benda tu.

Jadi cikgu pun google la. Intai2 resepi kek coklat kukus yang paling ramai orang komen sedap. Jeng jeng jengggg jumpa la resepi ni kat myresepi . Katanya resepi asal bakar, tp dia try pulak kukus sbb oven dah rosak. Rupa2nya resepi ni lg sedap bila dikukus. Eeeee tak sabo nak try ni. nak2 esok besday anak bujang cikgu.

Check bahan2, aiseyyyy butter yillek, susu coklat pun yillekk......huhuhu. nak mintak ayah pi beli, ayah tgh sakit gout pulak. Jalan pun terhinjut2. Kesian sungguh. Errr ada ke sesapa yg sakit gout? Nak buat mcmana ek utk redakan sakit gout tu?

Walaupun xdan lagi nak buat, cikgu nak tempek jugak resepi ni kat sini. Biar ler tajuknya mcm tak leh blah hihihi. Kiranya cikgu buh tajuk berdasarkan komen org yg dah pernah buat kek ni kiki, boleh la yer.Bila dah menjadi kek, cikgu akan update ...

update !!

Tadaaa inilah hasil kek coklat kukus yg sangat moist gedevas gedevus tu.... comel tak ai deco kek ni? Itu jer bahan yg ada....nasib lerrrr hoho..... texture kek memang padat tak macam kek yg biasa cikgu buat. 



Kat bawah ni rupa kek yg baru siap kukus...

Kek kukus memang tak kembang macam kek yg dibakar tau. So kalau guna sukatan kat bawah ni, jgn gatai pi guna loyang besarpulak, karang nipis jer kek tu. Nak tau masak ke tak, cam biasa ler, kasi cucuk dengan lidi or pisau

Bahan-bahan ( size loyang 18cm ) :
 - saiz kek utk sukatan ni memang kecik tau, kalau nak besar sikit, sila doublekan sukatan kat bawah ni

1 cawan tepung gandum
1/4 cwn serbuk koko van houten - cikgu letak hampir separuh cawan
1 sudu kecil baking powder
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size M)
1 cawan gula halus - cikgu buh 3/4 cawan jer
1/2 cawan butter - cikgu guna lebih kurang separuh buttercup
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak
esen vanila

TOPPING
3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko van houten
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar

Cara-cara:

-Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanil n pukul lg.

-Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan. (memula cikgu ikut kaedah ni, pastu cam tak sebati jer, nak cepat cikgu hentam dgn mixer kekeke)

-Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.

-Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....

Thursday, February 14, 2013

Kepah Berlada Menu Lunch Di Hari Jumaat

Assalamualaikum...

Masak apa ari ni wehhh........hehehe
Orang kat sebelah pantai timur tentu duk ketung ketang ketung ketang ketuk kuali nak masak
untuk tengahari. Maklum ler ari Jumaat tak keje.

Dah dua hari cikgu lunch kat luar. Arini umi n ayah cikgu tak keje so Umi nak masak sup ayam, cikgu pulak nak masak kepah berlado. Biasa lerrrr tukang masak amatur, nak masak benda senang pun sibuk tekan laptop nak cari resepi kikikiki.

Gugel sana gugel sini.......teng teng tengggg terjumpa satu gambar kepah berlada yg nampak macam sodap. Terus terjah ler kak jemah oiii........ check check tengok rupa2nya resepi dari Dayang Jack. Selalunya resepi dia memang marbeles dan tak mengecewakan. Berdezupppp masuk dapur dan mula ketang ketung sambil kepala duk berdenyut2. 

Dan inilah hasilnya................ tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

***update : tadi tempek resepi ni hanya tukang masak jer yang test rasa. Ni nak update komen para juri lepas makan resepi ni. Semua kata sedap, makan menambah belaka. Tak caya cuba la masak hehehe

Photo: Kepah berlada 
Cikgu nak buat kering sebenarnya, tapi air kepah tu keluar masa duk masak terus jadi berkuah cenggini huhu. Mungkin masa masak tu kalau cikgu tak tutup kuali dengan penutup, mungkin tak berkuah sangat kot. Walau macam mana pun kesedapannya masih terserlah ewahhhhh........masuk bakul angkat sendiri nampaknya cikgu anis ni hehehehe.... 

KEPAH BERLADA

Bahan-bahan:

1 kg kepah/lala
2 batang serai - diketuk
1 inci halia - resepi asal ketuk, tapi cikgu tumbuk sampai separa lumat.
2 sudu besar cili merah yang dikisar
3-4 tangkai cili padi - cikgu tak bubuh pun
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah dimayang - cikgu tambah, tak letak pun sedap jugak
3-4 helai daun limau purut
daun sup
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato - cikgu letak dua sudu besar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
kiub ayam - cikgu tambah, guna sikit jer tak sampai separuh kiub pun
sedikit air asam jawa - cikgu tambah sebab rasa cam manis

Cara-cara:
- tumis bawang, halia dan serai hingga wangi
- masukkan cili kisar + cili padi, kacau
- masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap, kacau. Kalau kering sangat tambah sikit air. Jangan banyak sangat sebab nanti kepah akan keluarkan air waktu masak. Karang jadi berkuah macam cikgu punya tu. Tapi tetap sedap kikiki.
Kalau rasa manis, tambah air asam jawa cikit.

-masukkan kepah,  daun limau purut, garam dan gula jika perlu. Bila kepah dah terbuka, masukkan daun sup. Gaul dan siappppp. Mmmmm sedapppp !

Friday, February 1, 2013

Ikan Bilis Asam Belimbing

Assalamualaikum...

Motif petang semalam main teka teki ialah sebab nak share masakan ni.....


Masakan ni nenek kesayangan cikgu yang ajar. Diperturunkan kepada anakanda2nya pastu dituntut plak oleh cucunda2nya. Nenek cikgu orang Acheh, so banyak resepinya Acheh style la. Menu kat atas ni,   namanya Ikan Bilis Asam Belimbing. Err macam ni ke sambal hitam yang Kak Tini dan Nea Lopah maksudkan ? cikgu google nampak cam sama jer rupanya. Cuma famili cikgu panggil masakan ni ikan bilis asam belimbing.

Family cikgu memang suka dengan menu ni. Kalau makan dengan nasi panas panas aduhh mak jemah lalu pun tak perasan tau hehe. Selalu kalau masak menu ni, memang cikgu masak lebih sebabnya sebelum hidang atas meja tu, mulut duk krup krap krup krap ratah ikan bilis ni kat dapur hehehe. Sedap tau!! masam belimbing buloh kering bila bersatu dengan manis bawang tu perghhhh.......sangat lah mabelesss........

Kalau sesapa ada stok belimbing buluh kering kat dapur, bleh ler try menu ni.....sambil pejam sebelah mata pun boleh buat......senang sangat2...... kalau ada yg belum kenal dengan belimbing buloh kering/rebus/jeruk/asam (hahaha byk betul namanya) ni bleh refer gambarnya yg penuh pose bergaya kat SINI ^_^

IKAN BILIS ASAM BELIMBING

bahan:
2 genggam ikan bilis
1/2 biji bawang besar - kalau kecik sgt buh la sebiji
2-3 ulas bawang merah - nak lebih lagi pun boleh
1 tangkai cili merah - dihiris
cili padi - dihiris, kalau nak pedas berapi buh ler
asam belimbing buloh / belimbing buloh kering 
daun limau purut -optional
garam, gula
minyak

Cara:

- bawang besar dan bawang merah dihiris nipis. Bawang kalau lagi banyak lagi sedap.
- campurkan semua bawang, cili, asam belimbing buloh, garam dan gula ke dalam ikan bilis
- pssstttt kalau suka dengan daun limau purut, bleh try buh jugak, hiris nipis2.


- ramas bahan2 tu dengan penuh senyuman.
- test rasa sama ada sudah memenuhi piawaian lidah masing2 ke tak


- goreng sampai ikan bilis masak dgn api sederhana.



Tadaaaaa............eh eh ada pulak cili merah bertenggek kat situ hahahaha........cili merah tu mintak izin nak interprem dalam blog ni..............kasi can la kan walau pun tak bergaya langsung hehehhe

psssttt : tadi check resepi sambal hitam pahang, rupa2nya nak sama tapi tak serupa. Resepi nenek cikgu ni tak der tumbuk2 dan tak taruk kicap......cara buat belimbing tu pun mcm ada lain skit. Tak kisah la kan yg penting bahan asasnya si belimbing buloh kering/rebus/jeruk/asam tu ada dalam stok.

Tuesday, January 29, 2013

Di Sebalik Mee Goreng Lembap.... Rupanya Ada Ayam

Assalamualaikum...



pagi tadi cikgu goreng mee basah jer. Kalau kat Melaka, sebut mee goreng basah, gerenti berkuah la mee tu.       Kena sebut mee goreng lembap baru ler mee goreng tu dimasak tak kering macam mee mamak.  Cikgu suka resepi mee goreng ni. Amik di My Resepi tapi cikgu dah ubahsuai ikut selera juri segak bergaya dan juri taj berganjak.

Asalnya resepi ni utk mee basah yang ada kuah tu. Sedap tau. Tapi kalau buat berkuah nak kena makan segera sbb takut kembang. So cikgu ubah skit jadikan mee goreng lembap. Kalau nak resepi, blh tgk kat bawah entry ni. Kali ni cikgu goreng tak pakai mee kuning biasa tau. Tapi guna stick noodle mcm kat dlm gambar ni.....



cikgu tak sure kat malaysia ada ke tak mee ni.......... yg ni sebenarnya produk singapore. Tapi ada jual kat brunei. Bila dah rebus, rupa mee ni sebijik rupa mee kuning.... Ni rupa stick noodle yg dah selamat digoreng.



Tadaaaa....................rasanya saling tak tumpah dengan mee kuning biasa tu.......Pssttttt sengaja tabur cili hijau sbb nak cover mee gorenng tanpa sayur.....stok sayur dah abishhhh........cikgu selalu guna resepi ni sbb juri segak bergaya suka yg amat. Nanti cepat jer ibu jari si juri segak ni tegak berdiri, thumbs up ler tu hihihi



RESEPI MEE GORENG BASAH/LEMBAP ALA CEQGU.....

600g mee kuning
ayam/seafood/daging
3 ulas bwg putih - tumbuk pecah. kekadang cikgu buh 1 labu. Sedap dan wangiii gitu
sebiji tomato - belah 6
1 sudu besar pes lada kering/cili boh
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
1-2 sudu besar sos tomato - xbuh pun tak per
1/2 sudu besar kicap pekat
kicap manis sesedap rasa
1 cawan air panas- kalau nak berkuah, buh 3 cawan air panas, sukatan bhn lain tetap sama.
1 kiub ayam knorr - tak buh pun tak per
sawi
garam, gula
daun sup - cikgu potong kasar mcm potong sawi

Cara-cara:

- Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan cili boh, tumis sekejap then masukkan tomato.Kacau
- Masukkan ayam/seafood. Buah tomato tu masak biar hancur.
- Masukkan sos tomato,sos cili, sos tiram, kicap pekat, kicap manis, garam dan gula. Kacau
- Masukkan air panas dan kiub ayam knorr. Biarkan mendidih dan pekat sedikit.
- Masukkan daun sup dan batang sawi. Kalau agak kering, tambah air.
- Masukkan mee kuning dan daun sawi.Kalau suka boleh juga buh hirisan cili merah. Kacau.
- SIAPPP!!!










Tuesday, January 22, 2013

Kek Pisang Berchocolate Chips


Assalamualaikum...

Ini ler resepi kek pisang yg cikgu kata sedap tu. Amik resepi ni dari Che Mat Gebu yg femes tu. Resepi dia selalunya tak merobek hati la. Nama asal kek ni kek pisang chocolate urai ke kalau tak silap. Tapi cikgu tak der stock chocolate rice tu so ganti la dengan chocolate chips. Maka seperti biasa, nama pun ejas la skit. Bahan2 yg lain tetap asli. Sedap tau. Cuma kalau guna chocolate chips ni, sukatan gula elok kurangkan skit, sebab chocolate chips tu dah ada rasa manis, pisang pun manis jugak.

Kenapa kek ni lain dari kek pisang biasa ? 
Sebabnya ada hirisan pisang yg tak dilenyek dalam kek ni. Bila makan pergghhhh memang menusuk lidah lah hehe. Nak2 ada plak rasa coklat....huihhh.....sedap! Pastu rasa lemak2 manis gitu sebab adanya susu segar dalam bahan nak buat kek ni.....



udah ler kualiti gambar kurang elok, bentuk kek plak tak berapa nak cantik sebab loyang yg cikgu guna tu berlekuk2 tang tepi....


lembap dan lembut jer texture kek ni......harus cuba kalau tak percaya hehehe


BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit)
200 gram tepung kek - che mat guna tepung naik sendiri, cikgu pun guna tpg ni jugak
1/4 camca teh soda bicarbonat - disatukan dan diayak
100 gram gula perang - resipi asal 150 gram gula kastor
3 biji telur
100 ml susu segar
100 gram pisang, dilecek halus - cikgu tak de alat timbang,so guna dlm 3 biji pisang
Beberapa titik esen pisang
50 gram coklat urai (chocolate rice) - cikgu tak der stock, ganti dengan coklat chips
1/3 cawan pisang yang didadu besar - cikgu guna sebiji pisang
1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya - cikgu guna kacang almond

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.

~Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata

~Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.

~Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. 

Tadaaaa dah siappp.....


Komen juri segak bergaya : dia lebih suka kek pisang biasa
komen juri tak berganjak : belasah jer apa mama masak hahaha....
komen tukang masa : sedappppppppppppp !!



Saturday, January 19, 2013

Resepi Char Kuey Teow dan Tips Masak Char Kuew Teow Sedap

assalamualaikum...

hari ni nak share resepi char kuey teow bogel cikgu kat entry sebelum ni ....
resepi ni cikgu cedok dari blog Potret Kasih . Komen juri tetap yg segak dan tak berganjak (suami dan firas ler), katanya sedap,menjadi ler paste kuey teow ni hehehe. Tak tau la kan puji sekadar nak amik ati bini dia yang tak pandai masak ni ker atau memang sedap. Kat mulut cikgu tu rasa macam ok dah, kalau nak sedap lagi terpaksa la korang pi bagi emas seketul kat mana2 tukang masak char kuey teow yg korang suka. Kot2 ler depa nak pecah rahsia camne nak buat kuew teow mabeles kan hehe. Pssssttttt jangan lupa share dengan cikgu plak ye kui kui kui.....



Layan ler gambo kuew teow bogel ku yang sama macam kat entry sebelum ni muahahaha....... semalam buat lagi tau, tapi cikgu kurangkan sukatan cili kisar, juri segak komplen awat tak merah macam semalam.terlebih kicap ke huhuhu....ceq tak mau bagi pedas la,kesian kat juri tak berganjak nak makan. ngadu pedas memanjang........ tapi mulut gigih duk nganga suh suap. Sedappp ler tuuu hihihi


Resepi Char Kuey teow
  • 200 g kue teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
  • 1 sudu makan cili kisar
  • kerang ( tak de… so tak buh)
  • taugeh dan kucai
  • 1 biji telur
  • 4 sudu besar paste char kuey teow (klik SINI untuk resepi paste char kuey teow)

Cara untuk masak Kuey Teow
1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4  sudu besar paste tadi.INGAT... !! api mesti mau besar aaa...
2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh. Kasi ketuk2 sikit kuali tu biaq happening skit hehehe.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak2 kering, tambahkan lagi paste char kuey teow tu. Ingat, tak perlu masak lama2 sangat,nanti kering kontang ler char kuey teow tu. Biar basah2 skit sbb char kuey teow ni cepat meresap

Ni plak tips nak masak kuew teow sedap......

~Char kuey teow ni kalau nak sedap siapkan pastenya lebih awal. Maknanya jgn nak masak kul 8 mlm, 7.45mlm korang baru nak buat paste ni. Masak la awal sejam ke, tak pun awal sehari ke. Tak pe lagi awal pun sebab pasni bleh disimpan lama dalam peti

~Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. Kalau guna api besar tp actionnya macam siput, gerenti hangus ler kuey teow korang tu...... huhuhu

~kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini  kalau 2 orang makan 2 kalilah masak…. Char kuey teow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!! 

Homemade Paste/Sos Char Kuey Teow

Assalamualaikum....

Kesedapan char kuey teow ni sbenarnya terletak pada paste nya. cikgu rasa paste yg cikgu amik resepi kat Potret Kasih ni pun dah sedap rasanya. try ler,mana tau kot kot bleh buat meniaga hehehehe.....





bahan paste
  • 200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! ) 
  • 250 ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk-ada yg suggest mesin/tumbuk lumat
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat - tak der so cikgu tambahkan sukatan kicap manis
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis– cikgu guna kiub pati ikan bilis sbb petis tak der
  • 2 sudu kecil garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan 1 sudu )
  • 1 sudu makan gula-cikgu sesuaikan dengan sedap mulut. 
*** tangan cikgu gatal pi tambah sos tomato cikiiiitttt jer. Korang rasala dulu paste tu. dah agak2 ok dengan selera,insyaAllah sedap la tu. 

Cara penyediaan untuk paste
1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam petisejuk supaya tahan lama.
*** Paste ni seelok2nya sediakan lebih awal sebelum nak goreng char kuew teow. Katanya lagi sodapp la kalau sediakan awal2 dari masak waktu nak goreng char kuey teow tu.

*** sukatan untuk resepi ni cikgu guna untuk 2 orang makan. Ada baki dan cikgu masak pulak untuk esoknya. Kiranya boleh masak untuk  lebih kurang 4 orang la kalau ikut kepekatan yg cikgu buat nila.

*** Paste yg cikgu buat ni pekatnya lebih kurang macam sos tiram yg tak simpan dalam peti . Ada yg cikgu tengok tu pastenya tak berapa pekat dan tak cair. terpulang la suka yg mana. Kalau cikgu suka yg pekat skit. Sebab nanti dalam resepi goreng kuey teow tu ada nak masukkan air cikit. Tapi kalau buat banyak untuk simpan dalam peti, rasanya jgn buat terlalu pekat kot. Biasanya kalau simpan dalam peti, sos akan lebih pekat kan. Wallahua'lam.

Untuk nak goreng kuey teow dan tips-tipsnya sila klik SINI

Tuesday, January 15, 2013

Brownies Chewy Gooey Yummy- Sangat Sedap!!!

Assalamualaikum


Dah lama tak tempek resepi kat blog cikgu ni. Hari tu cikgu ada cerita tentang kesedapan satu brownies yang cikgu baru try. Cikgu tertarik nak cuba sebab terjatuh hati kat namanya. Nak tau apa nama brownies tu??? Ni ha namanya.........................Brownies Chewy Gooey Yummy hehehe. Tak ker terasa cam nak makan jer tengok namanya tu. 

Tengok comment orang yg dah buat brownies ni semua kata SEDAP! cikgu pun buat ler utk nak bawak makan2 kat hotel. Tapi cikgu terlanggar pantang la pulak. Konon2 guna loyang non-stick kalau tak guna alas pun tak per la kot. Pastu malas pulak nak sapu marjerin kat loyang tu. Sudahnya melekat la wehh brownies ni kat loyang. Masa nak keluarkan dari loyang tu, terburai la brownies yg memang sedap ni. Hancur hati tau, tapi terubat sekelip mata bila masuk dalam mulut jer, subhanallah memang la sedap. Lebih sedap dari brownies yg cikgu pernah buat sebelum ni.

Kalau nak tau, brownies ni lagi sedap dimakan keesokan harinya. Seriuss.....texturenya lagi padat dan moist gitu. Sangat la yummy yummy. Tak caya tanya la firas. Makan semulut, syedapp, makan lagi, dapppp, makan lagi, mmmm dappppppp hehehe. Try ler, tak susah mana pun, resepi jer nmpak berjela, tp mudah jer nak buat.



this pic was taken pada hari pertama brownies ni dibuat. The next day texture dia jadi lebih padat dan lembap.

Sumber : kongsiresepi.com

Penyediaan:
Panaskan oven pada suhu 160c.
Sediakan loyang 11"x11" bersama alas dan griskan
boleh jugak guna loyang 10"x10"

Bahan A:
250g butter
400g coklat masakan

Cara A: Double boil hingga cair, dan ketepikan biar suam sedikit.
------------------------------

Bahan B:
6 biji telur - if guna telur gred A, pakai 5 biji jer
340g gula perang - cikgu guna 290gm
2 tsp esen vanila
20g choc emulco/paste (boleh guna 1 tbsp)

Cara B: Buh semua bahan B dalam bekas dan pukul hingga gula hancur dan sebati dgn hand whisk.
Kemudian  masukkan adunan bahan A tadi dan digaul semati oppss sebati ;p

--------------------------------

Bahan C:
80g tepung gandum + 60g serbuk koko }di ayak, 
140g kacang walnut/pecan/almond (ikut citarasa) - bakar sebentar. cikgu just tabur badam kat atas adunan. Next time nak try buh chocolate chips la plak.


Cara C: Gaul kacang bersama campuran tepung dan koko yang telah diayak.
Kemudian masukkan dalam bancuhan A+B tadi dan gaul rata tetapi jangan terlalu lama.
Kena cepat2 skit gaul campuran tepung ni sebabnya kalau coklat dah sejuk, agak susah nak gaul.
So cikgu biarkan ajer bekas coklat cair tu terendam dalam air panas yg kita double boil tu. Api cikgu padamkan.So masa gaul tu tak der la coklat tu cepat sejuk.
Tuang dalam acuan dan bakar pada suhu 160c-170c selama 50minit-1 jam.
Setelah masak, biar brownies dalam acuan hingga sejuk.
Lebih sedap jika disimpan semalaman.
Enak dimakan begitu sahaja atau dituang Chocolate Ganache.
Boleh dihidang bersama aiskrim.-makan saja pun sodapp!

Resepi Chocolate Ganache

Assalamualaikum.....

Cikgu tak pernah buat chocolate ganache. So nak simpan resepi ni utk rujukan di kala datang mood rajin nak main masak2 hehehe..... biasa ler orang tak pandai masak. Yang simple2 pun nak kena google kih kih kih. Ok la kan dari tak cuba langsung. Anak2 murid cikgu, nanti kita main masak2 yer. Tunggu cikgu balik tauuu....hehehe


Choc Ganache

Bahan:
250g choc masakan
1 tbsp marjerin/mentega
1/2 cwn fresh cream/whipping cream

Cara:
Cairkan choc secara double boil, angkat dan masukkan whip cream dan mentega.
Kacau hingga sebati. Tuang atas brownies.

Thursday, January 10, 2013

Daging Goreng Kelantan yang Simple dan Lazat

assalamualaikum

Masak aper tuuuuuu??? hik hik hik....
semalam cikgu masak daging goreng, lawan dengan kuah singgang sedap woooo.

close-up cikit hehehe.....


Photo: Daging goreng kelate


Aduh seksa sungguh la haiiii bila laptop tua tu tak sihat. Guna note tak reti pulak camno nak copy paste. Try upload gambo cam biasa, tak mau pulak jadinya. Last2 pinjap mac en suami. Dah tak ingat pulak macam mana nak save gambo atau copy paste. Ada sape2 boleh ajarkan tak, cam mana nak copy paste kat galaxy note. sama tak dengan galaxy tab?  Mencabar kesabaran betul la. Apa pun sila la jamu mata dengan lauk daging gorengku hehehe......peberet cikgu ni.....sedappp sangat! Nak masak punya la simple.....meh meh nak ajar.....


bahan-bahan untuk perapan : daging lembu (orang brunei panggil sapi) + bawang putih kasi lebih. Cikgu suka ketuk dan potong kecik2 bawang putih tu  +  serbuk kunyit  +  garam  +  serbuk perasa kalau suka. Kasi gaul semua bahan2 tu biar depa beramah mesra dalam bekas ^_^.

Perap la 30 minit kalau nak sedap. Lagi lama lagiiii sedap. Biar meresap betul2 dalam daging tu. 
Bila makan akan terasa kesedapan bawang putih tu..........perghhhhh sedappp!

Next step.....



lepas perap, goreng daging tu tanpa minyak. Tujuannya nak keringkan air daging tu. Setengah orang terus gorengkan..........cikgu selalu buat macam ni, nanti daging lagi lembut jadinya. Satu lagi tips nak lagi lembut, kena la pandai potong. Kena pandai tengok urat kata umi cikgu. 
Jangan tunggu sampai daging kering kontang tau. Masa memula goreng tu, air daging keluarkan. 


 
Bila dah start mengering macam dalam gambar kat atas tu, Terus buh minyak masak. Walau pun air dah kering, daging still nampak lembap2. Jgn tunggu sampai daging pun nampak kering. Tak sedap, daging jadi keras.


Lepas tu goreng sampai nampak daging dah masak. Cikgu tak suka terlalu garing, nanti jadi keras jugak. Dah puas hati buh bawang besar banyak2 dan cili. Suka hati ler nak buh cili merah ke hijau ke. 
Gaul2 kejap. 
Dahhh siap. Senangkan......hehehe

Tuesday, January 8, 2013

Ayam Kicap Jawa yang Sedap

Assalamualaikum...........

Korang masak apa tengahari ni? Cikgu ingat nak buat sambal telur jer. Versi tak pedas hehehe. Kalau buat pedas karang si bujang teruna tu tak leh makan plak. Cikgu perati dia suka lauk yang kaler2 merah ni. Patut la warna merah ni dikatakan pembuka selerakan.

Semalam cikgu pestaim masak Ayam Kicap Jawa. Ish boleh tahan sedap rasanya. Lain sikit dari yg pernah cikgu buat. Ayam Kicap Jawa ni ala2 kering skit, manis2 masam dan berempah. Memang sedapnak nak makan dengan sambal belacan. Perghhhh . Kalau nak tau macam mana cikgu buat sambal belacan, klik SINI.  Sedappp wooo....


Kalau belum ada idea nak masak menu lunch hari ni. Bleh cuba masak resepi Ayam Kicap Jawa ni.......






Resipi Ayam Masak Kicap Jawa

Bahan-bahan :-

Bahan A
1/2 ekor ayam - cikgu goreng dulu. resepi asal tak goreng pun

Bahan B
2 sb ketumbar - digoreng tanpa minyak @ dikisar
1 sb jintan manis - digoreng tanpa minyak @ dikisar
1 1/2 sb lada hitam - dikisar
1 sb lada putih  - dikisar

Bahan C
4 biji bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih  - dihiris
3 inci halia - dihiris
Bunga lawang/kayu manis

Kicap 
2 sb gula
Garam
Asam keping
Minyak untuk untuk menumis- jgn banyak (diulang kata)
Cara-cara:
  • Kisar bahan B - ketepikan
  • Tumis bahan C - sehingga layu atau kekuningan
  • Masukkan bahan A - ayam dengan ditambah sedikit air selama 4 minit
  • Masukkan bahan B - gaul sehingga sekata ayam tadi
  • Kemudian baru masukkan kicap, gula, asam keping kedalam periuk ayam tadi masaklah sehingga mendidih 
  • Matikan api dan boleh lah dihidang

Rahsia Sambal Belacan Sedap


Assalamualaikum



Eh eh ehhhh......apa kes ni sambal belachannn pun nak tempek resepi jugak hahaha.
Ini sambal belacan jangan dibuat main main aaaaa...................sedap ni. Kalau balik kelate, umi cikgu selalu suh cikgu buatkan sambal belacan ni hehe..............pada hal sama jer dengan ummi punya. Errr entah2 ummi cikgu saja psiko nanak sulong dia ni supaya  ringan tangan tumbuk sambal belacan hehehehe.........Sekarang tak main tumbuk2 lagi...............blend jer, habesss crite! Cepat dan baju pun tak kotor, yer tak?


Rahsia nak sambal belacan ni sedap yg pertamanya belacan mesti la beli yg baekkk punya + Kedua, kena pandai seimbangkan masam manis sambal tu + Ketiga, seeloknya selepas buat dan sebelum nak hidang tu simpan dulu dalam peti. Biar bahan2 tu betul2 sebati, insyaAllah sedap sambal tu nanti.

Pakcik cikgu pun suka sambal belacan cikgu ni. Pakcik ni pendiam jer orangnya. Bila kena dengan sambal ni, tak berenti mulutnya berbunyi hehehe.......sedap katanya. Manis-manis masam. Makin dimakan, makin nak tambah...........errr tak tau la ikhlas ke idak pujian itewww hehehe

Sambal Belacan 

Bahan-bahan:
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi - tambah ler lagi kalau nak berasap telinga
  • seketul belacan- belacan tanjung dawai yg sangat la sodap
  • limau nipis
  • 2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
* sukatan utk gula,garam dan limau nipis tu kena pandai agak2 sendiri, kadang boleh kurangkan, kadang kena lebihkan

Cara-caranya :
  • Patah-patahkan cili merah dan cili padi
  • Masukkan dalam bekas blender kering bersama belacan, gula dan garam. Blend
  • Blend kejap jer tau.
  • Perahkan jus limau nipis. Slelaunya cikgu akan perah sampai sambal tu nampak berair cikit.
  • Gaul dan rasa.
  • Kalau masam sangat, tambah gula cikit. Kalau termanis sangat tambah garam dan jus limau cikit. Alah pandai2la ejas. Korang kan teror masak, cikgu amatur jer. Mak budak baru belajar la katakann hehehe

sebelum dihidangkan simpan dulu dalam peti. Kalau nak makan tengahari, pagi cikgu dah buat sambal ni. Lebihan sambal ni boleh disimpan dalam bekas bertutup. Seminggu pun sodap lagi hohoho







Monday, January 7, 2013

Rindu Nasi Goreng Ayah

Assalamualaikum...



Haiii nasi gorengg.....haii bubur kacang.......ewahhhh
nyanyi pulak pagi2.......zikir cikgu ! zikirrrr.......itu lebih baik.....
Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar!
time berbelog pun kena ingat Allah tau ^_^ 

Pagi ni cikgu goreng nasi jer.......
sangat la sempoi nasi goreng ni. Sempoi2 pun en suami, MIL dan keluarga cikgu suka tau dengan nasi goreng ni. Firas pun makan sampai tak dan dan nak suap ^_^. Nasi goreng ni tak pedas. Memang sesuai untuk budak2. Tak payah nak berlesung batu bagai. Just campak2 jer bahannya........

Kalau nak tau resepi ni ayah cikgu yang ajarkan hehehe......so cikgu namakan nasi goreng ni Nasi Goreng Ayah. Umi cikgu pun angkat ibu jari kalau makan nasi goreng ni hehehehe....... Pssttttt walau pun senang jer nak goreng nasi, tapi cikgu baru jer pandai buat tau huhu. Bila dah kawin baru sibuk nak menuntut ilmu nasi goreng dengan ayah huhuhu....tak per la kan....kata omputih better late than never kannnn!

Bahan-bahan nak buat pun sikit jer. Kalau untuk dua pinggan nasi goreng ni cikgu buh 3 ulas bwg putih 

(diketuk &   +  beberapa hirisan bawang besar (cikgu suka buh bawang byk2, nanti terasa 

kemanisan bawang tu)   +   telur hayam sebijik, carrot (cikgu parut jer,senang keja) + sos tiram + 

sedikit air   +    kicap manis   +   garam   +   sedikit gula (optional)   +   lada sulah (optional)

caranya senang jer..................... guna minyak masak sikit jer tau, tumis bawang putih dan bawang 

besar sampai wangi   +   masukkan carrot dan pecahkan telur   +   kacau telur sampai hancur 

bersama bawang dan carrot   +   masukkan sedikit sos tiram, kicap manis dan sedikit air  +   

kacau sebati   +   masukkan garam & sedikit gula jika perlu   +   masukkan nasi dan gaul. Siap!!!


Resepi Roti Kosong (Soft Honey) Yang Gebu dan Sedap

Soft Honey Loaf  hehehe.............. asal namanya Soft Honey Bun...............tapi dah cikgu buat roti bentuk loaf, jadinya kenala tukar nama kikiki.

Resepi cedok dari blog jintanmanis

Honey Soft Loaf

Bahan-bahan
250gram tepung roti
1 1/2 sudu kecil yis - cikgu guna yis mauripan
2 sudu besar marjerin/butter/shortening - cikgu guna marjerin jer
1 sudu besar susu tepung - tak guna sebab tak der
2 sudu besar madu - cikgu guna 2 sudu besar madu + 2 sudu besar gula icing
150ml susu segar atau air suam - cikgu guna susu segar pada suhu bilik
2 sudu besar water roux - sila klik SINI cara nak buat water roux
1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya (untuk yang uli dengan tangan)

1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.
2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh macam kat bawah ni. Time ni memang melekit2 skit.
 


3. bila dah jadi doh, masukkan dalam plastik bersih, tak kisah la plastik apa pun plastik 'rokrak' ke'plastik gelenya' ker hehehe. errr tu istilah utk orang kelate........ cikgu guna plastik bungkus makanan/sup/air cam kat dalam gambar ni.
 4. Sila ramas dalam 5-10 minit. cikgu ramas2 10 minit jugak tadi. Sesambil tengok Mickey Mouse Clubhouse dengan firas hehehe...



5.Selepas meramas, letak doh dalam bekas. cer banding rupa doh ni dengan gambar doh yg belum diramas kat atas nun (gambar pertama) Yang ni nampak lagi cun kandan texturenya lagi lembut.


6.kemudian letak  didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap atau kain lembap yg bersih. Rehatkan 40 minit -1jam. atau hingga doh menjadi dua kali ganda mcm gambar kat bawah ni.

7. bila dah kembang dua kali ganda macam ni. tumbuk2 kat doh tu kasi keluar angin. Pastu uli lagi.

8. Lepas tu pindahkan doh ke dalam loaf pan (cikgu griskan sikit loaf pan tu) dan rehatkan lagi selama 40minit - 1jam dan tutup dengan plastik wrap atau kain lembap. Jangan lebih dari 1 jam. Kalau lama sangat nanti roti jadi tak cantik, berlubang besar2. Kalau nak buat bentuk bun. kena bahagikan doh kepada 12 doh kecik2.



9. selepas 40 minit-1jam rupa doh akan kembang macam ni....

10. untuk nak lagi cantik,gliskan/sapukan bahagian atas doh ni dengan campuran telur,susu segar dan beberapa titik madu. lepas glis terus masukkan dalam oven. jangan buh awal2 nanti permukaan roti rosak.
Bakar pada suhu 160-180 darjah celcius selama 20 minit. (cikgu guna suhu 160 darjah celcius selama 40-50 minit) Kalau tak nak permukaan doh terlalu gelap, pada pertengahan masa membakar,balut permukaan roti tu dengan aluminium foil. Cikgu tak buat pun.Malasssss hehehe....



11. Dah masak, dalam keadaan panas2, sapukan merjerin. selain nampak berkilat2, bleh kekalkan kelembapan roti tu sendiri.Selepas tu simpan roti dalam bekas kedap udara. Kalau tak nanti roti akan jadi keras. 

Tadi cikgu biarkan roti tu sejuk dulu baru simpan dalam bekas bertutup. Tak sabar punya pasal terus potong roti ni dan ngapppp......sedappp wehhh! hehehe




cara untuk yang guna Bread Maker :

1.Masukkan semua bahan  ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12     bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.
3. Bakar dalam oven pada suhu 170C ke 180C selama 22 – 25 minit. Gliss  mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.

Klik SINI untuk tahu tips memilih bahan buat roti yang betul.
Klik SINI untuk tahu tips-tips bagaimana menghasilkan roti yang lembut dan gebu.

Tips Buat Roti Lembut dan Gebu : Pemilihan Bahan

Assalamualaikum.

Hari ni cikgu nak try buat roti lagi. Sebelum buat try cari tips2 untuk hasilkan roti yg lembut dan gebu macar Gardenia. Tengah duk belek terjumpa tips ni kat forum ratu hati.com yang dikongsikan oleh UMMI. Mintak izin tempek kat sini yer. Senang tuan blog nak refer dilain hari hehehe......terima kasih banyak yer UMMI.

TEPUNG - High Protein Flour
Tepung Roti (TR) berbeza dengan Tepung Kek (TK). Didalam kandungan TR terdapat bahan2 pelembut yang dikawal oleh KPDN & HEP, dimana pelembut ini akan membuatkan roti menjadi gebu dan lembut. Tetapi bahan tersebut kurang berkesan kerana pengguna perlu membuat penambahan bahan pelembut(Bread Improver) agar roti yang dibuat menjadi lebih berkualiti lagi.

Di dalam pasaran sekarang terdapat beberapa jenis Cap TR yang digunakan dalam industri Bakeri.

Antaranya:-

Cap Bangau- Cap Timbang* Biasa digunakan oleh kedai Bakeri (Harga pasaran RM 64/25kg)-

Cap Diamond- Cap Gunung Mas* Biasa digunakan dalam sektor perhotelan (Harga pasaran RM 66/25 kg)

Cap Kuda (Untuk pasaran Sabah, Labuan & Serawak)

*Nota : kalau buat roti guna tepung selain dari yg terdapat diatas, roti akan menjadi keras.


GULA
Gunakan gula halus atau PX sugar, kalau rajin "Blender" gula tu agar semasa membuat adunan, gula akan hancur. Jika gula tidak hancur, dough roti akan jadi mengerutu dan apabila dibakar roti akan jadi keras.

YIS (Ibu roti)

Kebanyakan industri pengeluaran roti menggunakan Yis kering kerana senang dikawal proses pengembangan dough. Kalau guna Yis basah kena timbang 2 kali ganda berat dari Yis kering.Kalau belajar di Bakeri Ria Academy, Yis keluaran syarikat Mauri akan digunakan

BREAD IMPROVER

Digunakan untuk melembutkan dan meringankan roti.

Nama lain bagi Bread Improver adalah:
1. Bread Softner
2. Softner
3. Modular Softner
4. Magi Pro
5. S 5006. Voltex (cecair)

Untuk makluman semua, pihak pembekal akan menjual Bread Improver dengan nama yang berlainan. Jadi pengguna boleh memilih senarai nama di atas, semasa membeli Bread Improver.
* Selain penggunaan bread improver di atas,boleh juga guna Water Roux. Boleh buat sendiri jer. Sangat senang,just guna tepung gandum dan air sahaja. Sila rujuk kat SINI


MARGERINE/BUTTER/SHORTENING

Penggunaan bahan tersebuat adalah untuk menambat ikatan struktur dalaman dough, agar menjadi roti yang berkualiti apabila dibakar. Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan disini, mengenai roti jika menggunakan bahan2 tersebut:*

Margerine - kebanyakan pengusaha bakeri menggunakan margerine apabila membuat Bun dan menggunakan Shourtening untuk membuat Sandwich Bread. Jika menggunakan Margerine, pengguna tidak perlu menyapu telur pada dough sebelum dibakar, selepas dbakar, dimana Bun masih panas, sapukan Butter atau Appricot glaze, untuk mengilatkan Bun sebelum di pamerkan.


* Butter - Pastinya sedap dimakan Bun apabila resepinya menggunakan Butter, tetapi para pengusaha bakeri tidak menggunakan Butter kerana kos nya yang mahal. Anda boleh menggunakan Butter jika hasilan bakeri untuk kegunaan sendiri atau keluarga.

* Shortening - Lemak Sayuran. Kebanyakan pengusaha bakeri menggunakannya apabila membuat roti besar seperti Potatoes Braed, Garlic Bread, Sandwich Bread atau Whole Meal Bread. Sebelum dibakar, hendaklah dough roti tersebut disapukan Telur agar hasilan nya tidak kelihatan pucat.


SUSU TEPUNG
Pengguna boleh menggunakan Susu Tepung anak seperti Dutch Lady, Lactogen dll, untuk menghasilkan Bun atau roti yang enak dimakan. Tetapi banyak pengusaha bakeri menggunakan Susu Tepung timbang dimana yang dijual pada harga murah. boleh juga menggunakan UHT Milk (Yg cair-sejuk) yang akan mengahasilkan Bun lebih sedap lagi

TELUR

Kebanyakan pengusaha bakeri menggunakan telur yang kulitnya berwarna putih. Untuk pengetahuan semua, telur jenis ini mengandungi kandungan air yang tinggi. dan dijual pada harga yg murah. Biasanya pengusaha bakeri menggunakan telur gred B, untuk membuat roti atau kek.

Kalau nak tahu cara nak hasilkan roti yang lembut dan gebu sila klik SINI

Resepi Homemade Bread Improver/Pelembut Roti - Water Roux


credit to kak ros dari blog jintanmanis

Water Roux
sejenis bahan pelembut roti/bread improver.
Water Roux ni tak der bahan kimia tau. So sangat bagus berbanding bread improver lain.
Cumanya ia hanya tahan disimpan dalam peti selama 2 hari saja. So buatlah water roux ni ikut keperluan saja.

Bahan-bahan :
25 gram tepung gandum - cikgu just guna 2 sudu besar
125 ml air - cikgu  agak2 jer, lebih kurang dalam 30ml kot

caranya:
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Sumber : Blog jintanmanis 


 Yang ni rupa Water Roux yang cikgu buat. Nampak lain skit kan, kenapa ekk?. Tak kisah la yg penting roti cikgu memang gebu. Lebih gebu dan lembut dari roti yg pernah cikgu buat.Happyyyyyyyyyyyyyy sangat! sangat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...