Followers

Monday, January 7, 2013

Tips Buat Roti Yang Lembut dan Gebu : Teknik Yang Betul

Assalamualaikum

Ni plak tips nak hasilkan roti lembut dan gebu. Cikgu dah try ikut terutamanya tips no 6. Memang menjadi tau.......

Jika menggunakan tangan untuk menguli :
1. Perkara pertama sebelum membuat roti, sediakan segala alatan dan bekas menguli, pemilihan bahan amat penting, bahan akan mempengaruhi, hasil roti yang dibakar nanti. Suhu air suam dan susu juga pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, kira suam-suam kuku lah, suhunye lebih kurang 30darjah.

2. Pilih tepung roti yang baik, jangan beli yang murah, sebab teksturnya tidak halus, sbb ros ade pengalaman, kononnye nak jimat, bila buat ape pun jenis roti semua tak jadi, walaupun doh tu dah habis lembut dan elastik.

3. Pastikan semua sukatan bahan tepat, tapi sukatan cecair tu boleh adjust, bahan yang lain kalau boleh jangan di tokok tambah lah, terutamanya sukatan marjerin atau butter, butter dan marjerin tak boleh lebih, sebab kandungan garam dlm dua bahan ini akan mematikan yis.

4. Yis perlu aktif, kalau nak selamat buat proses penapaian, caranya, ambil air suam dlm suku cawan, campur 1/3 sudu kecil tepung gandum dan 1/2 sudu kecil gula, masukkan yis dan biarkan seketika, jika yis berbuih maknanya yis aktif dan boleh terus dicurah di dalam adunan. tu cara selamat lah, tapi kalau confident boleh terus letak je yis kering dlm adunan.

5. Proses menguli, buat roti ni boleh terus lebur je semua bahan, tapi kalau ade penggunaan telur, telur perlulah di kocak sedikit menggunakan garpu, uli hingga menjadi doh,  uli selama 6 hingga 8 minit tanpa henti.

6. Tips yang ke-6 ni amat berguna bagi yang menguli tangan, setelah adunan menjadi doh, lumurkan sedikit doh dengan sedikit sahaja marjerin, dan masukkan di dalam plastik bersih, ramas-ramaskan doh beberapa minit, masa ni boleh duduk depan tv sambil ramas-ramas doh tu, ramas dan picit-picitkan doh tu selama mane yang anda suke, tapi ros buat lebih kurang 5-10 minit je, lepas tu keluarkan dari plastic dah uli balik di dalam bekas adunan. Hasilnya doh akan elastik dan lembut.

7. Proses pemerapan, pastikan doh di perap di tempat yang mempunyai cahaya matahari, jika duduk di luar negara musim sejuk, letak doh di sebelah heater, jangan biarkan doh di dapur, sbb doh perlu suhu yang agak panas untuk mengembang, dan tutup doh dengan plastic wrap ataupun kain bersih, s. Cara nak tau doh dah cukup diperap ialah, apabila kita tekan doh dengan jari, doh tidak akan memantul kembali.

8. Tumbuk-tumbukan doh bagi keluarkan angin, dan uli semula beberapa minit, kemudian bahagikan doh mengikut kuantiti yang anda suke, dan kemudian perlu juga rehatkan beberapa minit, lebih kurang 8 minit, baru dimasukkan inti ataupun di letakkan terus dlm loyang pembakar.

9. Setelah dibentuk kena perap lagi, bab ni kena jaga-jaga ye, jgn over perap, nnt liang2 roti jadi besar dah roti takkan gebu, ros dulu ingat klu perap lagi lama lagi sedap dan roti akan naik elok, tp ros silap, semua nye kena timing betul-betul. masa perap ni jgn lama, paling lama pun sejam, yang  paling elok hanya 40 minit, ataupun bila dah tgk naik dua kali ganda tu terus je boleh bakar.

10. Sebelum bakar, kena glis dulu , mengikut pemerhatian ros, untuk mendapatkan permukaan doh yang berkilat tu, kita kena campurkan telur, susu dan beberapa titik madu, gliss perlahan atas doh, dan terus bakar, jangan gliss terlalu awal, nnt rosak permukaan doh tu, make sure bila nak bakar sahaja baru gliss ya.

11. Masa bakar tu, bakar pada suhu 170 hingga 200 darjah, tapi ros selalu guna suhu oven 180darjah lah, bila nampak doh dah perang kt permukaan nye tu, terus buka pintu oven dah cover atas roti tadi dengan alumunium foil, pastikan permukaan roti betul-betul tertutup, kemudian tutup kembali pintu oven dan biarkan masa pembakaran selesai. Tips ini amat membantu untuk mendapatkan pemukaan doh yang tidak begitu perang.

kalau guna breadmaker pun kena jaga-jaga masa membentuk roti tu, klu bakar terus dalam breadmaker selalu nya takde masalah.

sumber : blog jintanmanis

kalau nak tahu tips2 pemilihan bahan yang betul untuk buat roti sila klik SINI

5 comments:

Ummi Iman said...

Nice tips

Sue Bee said...

datang melawat resepi roti..menceduk ilmu meroti..

Jun Cupcakekasih said...

Terima kasih sudi kongsi tips. Interesting...

Lenuseen said...

terima kasih atas pencerahan. izin dishare ilnunya.

Tya Rifzal said...

Nice tips. ..
Thanks y tipsnya berguna sekali. ..
GBU. ...:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...