Assalamualaikum...
Hari ni cikgu ada nak share satu kisah benar yg berlaku pada kawan cikgu beberapa hari lepas. Harap dapat la korang luangkan masa baca benda ni sebab ianya SANGAT PENTING!! Ia nya berkaitan dengan FACEBOOK dan juga KAD KREDIT.
Semalam kawan cikgu duk buat announcement dia dah buka akaun baru dan suh unfriend fb dia yang lama. Bila cikgu tanya kenapa, maka terkejut bosar lah cikgu dengan kejahatan manusia pada zaman teknologi serba canggih ni.
Katanya dia terima mesej dari sepupu kat fb. Dalam mesej tu sepupu dia tanya nak tengok tak gambar eksiden kawan dia dan tolong komen katanya. Kalau nak, sila klik kat link pada mesej tu. Kawan cikgu pun klik la link tu sebab teringin nak tengok. Bila dah klik dan varify tup tup tak leh bukak pulak gambarnya. Tak lama selepas tu bank pun hantar sms mengatakan kad kreditnya telah dicaj sebanyak beberapa ratus pound sterling. Terkejut 'blue hippo' la member. Dia terus call bank untuk cancel kan kad. Sepupu dia plak tak tahu menahu tentang mesej tu. Maknanya hackers punya kerja la tu!
Kata member cikgu lagi hackers tu siap amik alih facebook dia . Dia sampai tak bleh access langsung fb tu. Hacker tu pulak akan pilih kawan2 dalam friend list fb tu untuk kenakan orang lain pulak. So kawan2 tolong hati-hati bila nak klik apa2 link dan jgn cepat2 nak verify. Kalau yg hantar link tu orang yg dikenali sekali pun, tolong sms balik kat kawan tu utk make sure link tu bukan dihantar oleh mana2 hackers. Kompem kan betul2. Kalau link tu dihantar oleh orang yg tak dikenali, baik tok sah la jari tu duk tekan link tu. Biarlah di offer sejuta pound sterling sekali pun, tok sah la tekan.
Selain tu, lebih baik korang elakkan declare orang ni sepupu ke/kakak ke/abang ke/ suami ke atau sape2 lah kat dalam fb. Kan kita boleh buat list family apa semua tu kan kat dalam fb. Haa sila elakkan. Hackers mungkin akan guna maklumat tu utk kenakan sedara mara/adik beradik kita. Well sedara mara/adik beradik tentu lah kita yakin dengan mesej diaorang kan. Tau2 kita dah terkena...............ohhh tipah tertipu rupanya!
Cikgu tanya lagi kat member, camno plak hackers tu bleh tau maklumat kad kredit dia. Yg tu dia pun tak tau nak cakap, tapi dia kata asben dia pernah beli software secara online. Mungkin dari situ hackers tu dapat maklumat kad kredit dia. So sekali lagi hati2 beli barangan online nak2 yg luar negara.
So waspadalah yer kawan2 dan sedara mara. Tak kiralah ada kad kredit ke tak der ker..............orang kalau dah berniat jahat, ada ajer taktik tak senonoh yg diaorang nak pakai....Wallahua'lam
8 comments:
tkasih banyak2 dikk atas kata2 adik .. akak hargai sgt2 .. sedu membacanya ...
insyaallah akak masih terus berdoa ..moga2 doa akan dimakbulkan allah , namu keputusan harus dibuat ..
pray for me to be strong into decision ..
kak tini, noen: semoga allah jauhkan kita dari manusia yg jahat2 ni
kak ieda:insyaAllah kak.....aaminn
Adakala kemudahan menyusahkan juga
Ya Allah camtu ka! Nanti kena lebih berhati2 ni..
Cikgu Anis
kita serumpun tp akak merantau ke Phg, cari rejeki..
Terima kasih. Sgt berguna pada org yg selalu travel dn beli brg melalui internet. Kita harus waspada
ummi iman : orang2 yg berniat jahat ler yg selalu menyusahkan kemudahan
M & amirini: yup kena hati2. dunia sekarang mcm2 ada
kak tini:oo sama la kita cari rejeki di tempat orang
Post a Comment