Followers

Wednesday, January 16, 2013

Tempat Menarik Untuk Bercuti : Sekin Fisherman Village Resort


Ehhh apa ni baru start sekolah dah nak tempek cerita cuti-cuti malaysia hehehe. Tadi tengok kat tv tentang tempat ni. Takut terlupa plak info2 penting tu share terus kat sini.

Tertarik pulak tengok satu resort di Sekinchan dalam Wanita Hari Ini tadi. Terus cikgu google. Nama resort tu ialah Sekin Hotel & Resort diusahakan oleh usahawan melayu, kalau tak silap tokey Restoran Ikan Bakar Sekinchan. Resort ni letaknya di Sekinchan, Selangor dan kalau tak silap telah mula beroperasi secara  rasmi pada November 2012. 


Kenapa Cikgu Tertartik?

~Suasana  resort:
Resort ni ala-ala kampung nelayan gitu. Eh bukan ala-ala tapi memang kampung nelayan pun hehehe. Kat resort ni kita bukan je boleh merasai suasana kampung nelayan, tapi boleh juga tengok sawah bendang tau. Kat resort ni jugak adanya Restoran Ikan Bakar Sekinchan.


Satu lagi tarikan resort ni ialah Menara Tinjau setinggi 24 meter. Nanti korang boleh nampak panorama sawah padi, laut, jeti nelayan dan pekan sekinchan. Eeee mesti cantik kan. 



perkampungan nelayan Sekinchan



~Aktiviti Resort:

-Pancing Ikan-
Bagi sape2 yg teringin nak pancing ikan, bayar RM15 jer dapat pancing 2 ekor ikan. Yang tak pandai dan tak der pengalaman pancing pun gerenti dapat punyalah sebab ada kira2 50,000 ekor ikan kat dalam kolam di resort tu. Yg bestnya harga RM15 tu siap termasuk dengan upah masak tau. Maknanya lepas pancing dua ekor ikan tu, hantar jer kat restoran resort suh depa masak. Tak kisah la nak masak apa pun. Tak ke murah tu....ish ish ishh

 tu ler kolam ikannya. Besarkan.

-Tangkap Ayam Kampung-
Haaa sape2 nak tau thrill tangkap ayam kampung, bleh ler try kat resort ni. Aktiviti ni dibuat waktu senja sebab katanya ayam rabun time tu. So senang la sikit nak tangkap hihihi

-Tangkap Ikan di Sawah-
Yang ni pun macam best jugak. Kita bleh tangkap ikan kat sawah bendang. Nak habaq awai2 naaa, tangkap ikan kat sawah ni tak pakai apa2 peralatan. Maknanya main tangkap dengan tangan hidup2 la........eeeeeee geliiii. Cikgu suka tengok je, bagi duit sejuta rupiah pun cikgu tak mau huhu

-Menjala Ikan-
Selain memancing, kalau nak rasa menjala ikan dengan nelayan pun boleh kat sini. Tapi kena inform dengan pihak resort dulu la supaya diaorang bleh arrangekan masanya. Eh eh dah macam tukang iklan resort ni la pulak hahaha. Cikgu tak der kaitan dengan resort ni yer. Just nak tolong promote. Promote tanpa sebarang bayaran hehehe.



Murah:
Resort ni bukanlah resort mewah. Tapi kalau tengok dalam gambar tu macam selesa jugak biliknya. Siap ada Astro, kipas siling, aircond, iron+iron board, shower air panas/sejuk dan peti sejuk mini. Harga pun tak mahal. Bayangkan Family Room baru harga RM180++. Kalau standard room plak harga RM89++. Murahkan


Resort in Kuala Lumpur, Resort near Kuala Lumpur,
standard room


Kalau nak tahu untuk fasa pertama ni, bilik penginapan ada 100 buah sahaja. Dalam fasa kedua yg dijangka siap jun 2013 nanti, akan ada 158 buah bilik penginapan dan 30 buah chalet tepi pantai. Lain2 kemudahan yang bakal ada ialah bilik mesyuarat, dewan dan surau. Tadi tengok dalam tv macam surau dah siap.

Kalau ada yang berminat boleh klik Sekin Fisherman Village Resort & Hotel untuk dapatkan maklumat lanjut.

Ni pulak alamat dan no tel resort :


No. 358, 
Jalan Pantai Redang,
Bagan Sekinchan,
45400 Sekinchan,
Selangor, Malaysia


Email.: sekinresort@gmail.com

Tel.:  +603 3241 8499 / +603 3241 8497
Hotline: +6010-338 2820/ +6010-33

11 comments:

Saya Disini said...

nmpk menarik

Anonymous said...

wah bestnyer.. kena keep ni in case berminat nk g nnti cuti2

Unknown said...

unik pula nama tempat ni..

banyak tempat2 di malaysia yg menarik dan nama2 pun menarik

CeqGu said...

Haah mcm menarik kan, tp buat masa skrg ni belum ada kolam mandi,dlm perancangan katanya

ain zulkarnaind said...

menariksss

Umialya said...

cam menarik jer

Anonymous said...

mcm menarik je tmpt ni..tp js takut nk msk bendang...hihi

Nora Karim said...

ha ah la cikgu... saya tgk dalam WHI tadi... ikan2 tu kemain melonjak2... mmg senang la nak pancing... biliknya pun cantik sangat... murah pulak tu...!

nurbijen said...

boleh masuk dalam senarai percutian ni.... sgt menarik dan unik

Mimie said...

nmpk menarik nih

Unknown said...

Salam, saya dh ke sana bln 2 yg lepas. Bilik mmg luas, harga berpatutan...bab makanan pn okay. Ikan kt kolam tu banyak giler...x pandai mancing pun rasa blh dpt kot (x sempat nk g mancing coz g sana coz nk attand kenduri kawin balik bilik dh maghrib....so sempat bg makan ikan je la..nak mancing kena sblm jam 7 pm kalau x silap, pas 7pm x leh mancing). Bdk2 dok minta duit nk beli makanan ikan je.....x puas2 tngk ikan berkerumun rebut makanan..habis dkt 50 gak kat makanan ikan tu.....ikan je la kenyang...kita mak bapak ni kenyang tengok........yg lain x sempat nk buat coz sok tu dh kena balik....bdk2 merengek suh stay lg...nak main pantai, nak mancing, nak panjat menara.....insyallah...nanti dtg lg....sempat dating dgn suami je kat luar bilik duk minum kopi tgh2 mlm buta.....romantik dgn suasana sepi dn freshair......adik2 yg kerja tu pun so sweet..x lokek senyum dn willingly bantu bila perlu......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...