Followers

Showing posts with label anugerah. Show all posts
Showing posts with label anugerah. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

setelah 6 bulan...

Assalamualaikum!
Tak jawab dosa...kalau jawab dapat pahala hihihi...
teringat masa kecik-kecik dulu...
tu ala-ala budak laki nak ngorat budak pompuan...
tapi pernah ustazah utarakan (cewah..perktaan skema gitu) dalam kelas tentang bab ni..
apa nak buat kalau ada orang buat macam tu...?
kata ustazah..jawab je ler dalam hati..
karang kalau jawab betul2 dikata gatal plak...

opsss...terlebih sudahhh..
arini cikgu tak nak sedih-sedih lagi..tak nak pk yang bukan-bukan lagi...
selagi tak jumpa doktor pakar dan tahu keputusan kesihatan cikgu..
cikgu nak buat dekkk je
lagi pun jauh di sudut ati ni..insyaAllah sangat yakin...cikgu sihat wal afiat...jauh dari penyakit berbahaya...
cukup2 lah nanges...dah penat nak bazirkan air mata..
kesian firas, produk susu pun menyusut bila mama terlebih emo..wal hal hujung pangkal belum tahu...
cuma satu je yg cikgu takkan berhenti ..iaitu DOA!..
cikgu akan tetap berdoa agar dikurniakan kesihatan yang berpanjangan..
dan harap kawan2 serta sanak sedara pun sentiasa doakan cikgu sihat ye...
terima kasih kepada kedua orang tua cikgu yg mintak ahli jemaah masjid buat solat hajat..
terharu rasanya...

arini cikgu nak cite tentang firas yg baru je genap 6 bulan 5 oct lepas.
sambut je besday terus kena cucuk..kesyiann dia..
ni kali pertama firas ambik suntikan imunisasi di brunei..
kat sini kena pi cucuk kat klinik kesihatan komuniti.
kalau di malaysia kita p klinik kesihatan atau klinik ibu dan anak..
sori ler tak sempat nak amik gambar kat klinik tu..maklum ler time tu emosi sangat2 terganggu...
pepaham je ler..
yg bestnya kat hospital dan klinik kerajaan brunei ni....kita tak payah risau nak dapat doktor laki ke pompuan..di brunei, kalau pesakit perempuan selalunya akan diperiksa oleh doktor perempuan.
so begitulah yg sebaliknya..

firas hampir2 nak lena waktu nak kena cucuk tu..
so tak de la dia meraung bagai..nanges skit je pastu terus tido...senang keja mama nak oii
syabbas betaaa...

walau umo dah genap 6 bulan...
firas masih lagi belum nak meniarap...tak reti ke malas ke..ntah ler
cikgu rasa lebih kepada malas dan tak yakin
nak kata tak reti ..hari tu boleh jek dia pusingkan badan dia..
of course la cikgu bantu cikit...i tolak kaki dia je..badan, dia pusing sendiri..
tu maknanya dia boleh la kan kalau dia cuba...
dah la tu nak kena umpan baru nak pusing2kan badan..
bila nak pusing2 tu , cikgu sengaja jauhkan skit alat menan tu..saja nak suh dia cuba meniarap...
tapiiii...
hurm...dia buat dekkk n terus baring buat tak tahu..
sabo je lah...

aktiviti yang dia suka buat sekarang ni..
berdiri tepi meja sambil tangan sibuk nak tarik itu ini..
last2 semuanya jatuh bersepah kat bawah meja hihi..
sape nak kemas tu??
mama la jugakkk...huhu..

satu lagi firas sangat suka main dengan kotak tisu yg saiznya
separuh dari badan firas..pastu dia suka tarik2 tisu..
dah tarik tisu..dia koyak-koyakkan plak tisu tu..
tak pe tak pe..mama tak marah
sebab apa?
sebab mama tahu anak mama belajar teknik mengoyak..
satu kemajuan tu ye ibuk ibuk bapak bapak..
tu latihan menguatkan psikomotor jari anak ye..
termasuk la aktiviti merenyuk kertas..


errr... ni bukan gambar firas ye...
sila fokus pada alat mainan tu..
ni kita panggil baby playgym..kat luar sana nun
ada macam2 jenis playgym yg dijual
yg firas punya sebijik sejibun cam dalam gambar kat atas nuu...
bagus tau benda ni..
bleh latih koordinasi kaki tangan, mata dan telinga
memula dulu firas tengok aje benda alah ni..
kuis sikit2 dengan tangan dia...
tapi sekarang ni..huyooo excited bebenor kalau
dapat main benda alah ni...
bukan takat tangan. kaki pun terkuis2 benda yg tergantung tu
Sangat la chumill tengok firas tergolek2 main playgym ni..
kekadang sampai badan berpusing 360 darjah..

sekarang ni firas mula belajar makan bubur..
cikgu just bg bubur nasi kosong yg di blend.
firas mcm tak suka jek..
so cikgu campurkan ikan bilis..
baru ler makan banyak skit..
sesape ada resepi lain utk baby bleh ler share dgn cikgu ye..

satu lagi kemahiran firas ialah mencubit dan memukul..
pukul meja,pukul laptop dan termasuklah pukul muka dan cubit lengan mama huhu
bola yg bulat tu pun firas dah boleh pegang.
mulut dia skrg pun dah makin bising.
pagi tadi bunyi baru yg dia sebut ialah 'mmmma ma ma pa pa pa'
pastu tetiba jek ayah firas kata..
err...kalau mcm tu tukar panggil papa lah hahaha..
jeles ke bang???hihi
tp mulut dia ni bisingnya waktu subuh je...kekadang kul 2,3 pg..
hadoiii tak kena waktu la nak oii

oklah itu je nak tulis..bye

Thursday, September 22, 2011

15 Perkara Tentang Anak Bujangku

Kejap je anak bujang aku ni dah masuk 5 bulan...jap lagi pejam celik, pejam celik....opsss dah nak dapat menantu...hik hik hik....jauhnye la mama firas berangan...siap skip banyak benda..
tup,tup,tup dah pikir nak dapat menantu...apoo daaa..

apa-apa hal pun sila layan gambo raya tahun ni kat bawah ni ye...tema biru youuuuuuuu...
abis kedai aku pi tilik baju biru...biasa la kan..time yg kita nak tu...susah bebenor nak jumpa yg terlekat di hati...dua negeri aku cari tau..
last2 beli kat shah alam ...baju ala2 pelangi biru gitu...


 Tahun ni raya bertiga ye...tahun depan berempatkah?? hohoho..

aisey susah betul nak amik gambo raya yg superb...udah la si kecik ni kejanya toleh kanan toleh kiri tiap
kali nak bergambar...tengok2 ada pulak gambo pakciknya firas kat belakang tu...
huhuhu...anggap je lah itu sekadar photo background ye...


aiyokkk punya la panjang intro..sebenarnya ari ni aku nak buat catatan tentang perkembangan anak bujang yang dah semakin bulat ni..ngeee

 baju raya sekadar untuk berposing depan kamera..hihi


Sejak umur firas dah cecah 5 bulan ni....

1. mulut makin petah dengan bahasa aliennya...biasanya di subuh hari...nak kejut mama la tu..;p...bukan takat mulut ler...selagi tak bangun...ditendang2nya badan mama dgn kaki kecik dia...pastu jari2 montel tu siap korek2 mata mama...yg paling tragis...hidung n pipi mama kena jilat huhuhu

2. tidur tak tetap pendirian..keh keh keh...dasyat punya ayat...laki aku kata tidur lesak...orang kampung aku kata...tido buahhhh...kalau boleh satu katil tu firas sorang yg nak tido..hamboiiii manyakk cantik!!!

3. dah pandai main mainan..sangat teruja dengan menan yg gantung2 dan ada lampu...juga sgt hepi kalau dapat pegang kertas or buku yg bersaiz besar....

4. dah ada perasaan perasan hensem...asal tengok cermin je...tersengih sampai telinga..kalau tgh nanges pun bleh berenti kejap utk senyum...pastu sambung nganges balik huwaaaaaaaa

5. ada hobi baru iaitu tarik spek mata bonia mama...pantang nampak mesti nak tarik...nak suh mama pkai lens kaler biru le nak oii

6. makin pandai berpura-pura....depan mama buat buat isap menan...belakang mama...tu diaaaa... hisap jari noooooooo...haipppp!!!!

7. suka buat mama terjerit beruk setiap kali menyusu....tu lum ada gigi...dah ada gigi tak tau la cam ne sakitnya huhuhu...firas plak layan gelak...tak baik tauuuu...kesyian mama...

8. makin pandai bergurau....contohnya kalau dia main sesuatu, aku buat2 terkejut...pastu firas akan sengaja buat lagi supaya aku terkejut utk kedua dan ketiga kalinya...pastu dia gelak...agaknya muka aku ni cam badut kot bila buat2 terkejut...hurmmm huduhnya

9. dah boleh mengiringkan badan kiri kanan....setengah baby dah bleh meniarap kan...firas lum ada tanda2 nak meniarap...tapi menyusu dalam keadaan meniarap boleh pulak...huk alohh ganazzzz anak aku ni...menyusu ala2 style rambo mengendap musuh gitu...

10. suka menyusun langkah...hamboii ayat...ala2 nak bertatih gitu...tambah2 kalau nampak benda yg dia suka...mama dia la jugak yg jadi mangsa kena pegang ...sakit pinggang mama nak oii

11. dah pandai main air...sekarang kalau time mandi kakii tgn takleh duk diam...bila buka baju n seluar...hati berbunge2 sbb tau nak masuk jakuzi sinki..yeaaa blh main air

12. suka panjat perut mama smpai la ke bahu..kekadang muka mama pun kena penyek (antara sebab perutku tidak diratakan hihi...hanya alasan semata)...pastu tersengih puas hati mcm orang berjaya tawan gunung kinabalu kekdahnya

13. berebut nak guna laptop dengan mama...pantang aku tekan keyboard...dia pun nak tekan jugakk..adehh...

14. dah tahu tunjuk perasaan tak puas hati bila mama tak bg main benda yg dia suka ...

15. dah ada keinginan nak makan macam orang dewasa....nanges2 kalau tak dapat...saboo ye nak...bulan depan mama bagi firas makan bubur ye...kena ikut cakap doktor...


 baju raya yg lebih besar dari tuan baju...tahun depan pakai baju ni lagi la nampak gayanya


haaaaaa...tengah buat apa tuu!!!

Wednesday, September 14, 2011

Blogger Kecik Menaip

ic  ..l    oo/                 fffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffff
ffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffff         
?  .feeeeeeeeeeeeeee/....l,.....,lllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll., b
                                 0oooo0popop088opiippppppppppppp00""""""
'j                        jkc  
      ,                      

apo ko bondo tu..??sebenarnya tu hasil taipan anak bujang cikgu..dia pun sibuk nak menaip gak...ada sape2 paham ke cerita firas kat atas tu..jangan mengumpat hal mama dia sudah hihi

Sunday, September 11, 2011

bikin PANIK wal HARU BIRU..

Adehh baru jer nak start mengumpat tentang firas...dak kecik ni dah celik mata la plak...cam tau tau jer ekk.... pedulik haperrr...nak citer gak walau hanya sebelah tangan jek bleh menaip...hihi...

setelah seminggu melepak (cewahhh melepak la plak) kat singapore...semalam kami pun pulang semula ke pangkal jalan...opppssss balik Brunei daaa.. entry kali ni cikgu belum nak cerita tentang syedut2 angin di singapore...ni kiranya entry lompat...bukan apa...gambo2 belum transfer..pastu nak kena hengat balik info2 penting supaya dapat dijadikan panduan kat sape2 yg nak pi syedut2 angin kat singapore..amboi baiknya hatiku...



Airport Changi..ihsan en Google

semalam flight cikgu 9.20 pm ...dari hotel sampai la ke airport Changi ,Firas layan tido dalam cab ...syukur..berbaloi ada en stroller....maka lena la si bujang teruna tu kat dalam stroller waktu nak pi check in...cikgu dah berkira2 nak jadi photographer tak bergaji...teruja tengok airport changi yang besau gedabak ni...dah la lawa......tapi malangnya hasrat terbantut...anak raja kecik tu terjaga la pulak...sudah la celik mata...merengek pulak...tanda tak nak duk dalam stroller..adehh dukung la jawabnya..

selesai check-in..kami tiga beranak pi cari surau....cari punya cari...tidaklah jumpa...di mana ye....rupa2nya ado kek dalam balai berlepas...mak datinn balai berlepas ke... mall ni?...macam macam kodai ado...melilau gak cari surau..tengok peta...tak jumpa plak gambo kubah ....erkkk depa guna gambar tangan cam ala ala amik wudhuk gitu...tengok peta tu kat bahagian tengah airport..(airport ni memanjang gitu).....gate berlepas gate F60..last punya gate...surau plak kat bahagian hujung satu lagi...mak datukkk penat giler nak kena jalan pi mai pi mai dari hujung ke hujung....habehh la lemakku....firas cool jek..mama n ayah firas cam nak tercabut kaki dibuatnya...

elok sampai jek kat surau...Firas sambung merengek la pulak....hadoiii...serba tak kena..makin lama makin kuat pulak dikir barat dak kecik ni...bagi susu tak mo...dukung nehi nehi...semua gaya tak jalan...en asben dah habis solat pun firas still nanges...pastu cikgu perasan cam hidung firas berhingus...dah cuci hidung...Firas cam ok skit...so turn mamanya plak pi solat....elok je angkat takbir...tu diaaaa firas meraung sakan...adehh...anak raja kecik ni kalau dibiarkan nanges lelama lagi la susah nak pujuk...meleret leret nanti nangisnya..




selesai solat, cepat2 pi tengok firas...bedak ke ..lipstik ke langsung tak sempat nak tempek ( tak pe...natural beauty itu lagi ada umphh hehe)....muka en asben masa tu dah ala2 traffic light gitu (hehehe jgn mare ye bang)....cikgu amik n hug dia kemas2....nangesss jugakkk...adoyaiii tak tau nak pujuk macam mana lagi dah......mama n ayah dah panik...pak cik mak cik, abang kakak yang tengok firas nanges  bg petua macam2...tapi tak jalan daaa...ni kali kedua dia nanges beriya2...so cikgu assume..maybe dia sakit perut....cari minyak angin dalam handbag ..sekali tak jumpa plak dah....sabo je la...

pastu cikgu terpk ...adakah  hidungnya yang problem??....picit je hidung Firas...keluar ler hingus pekat...pastu reda la skit tangis yg mendayu2 tu...staff kat airport tu pun kelam kelibut tolong pi cari minyak angin...dah sapu kat tempat2 sepatutnya...Firas akhirnya tertidur kat bahu mama....tak berani nak letak kat stroller..risau karang dia meraung balik...malu wooo staff dari tingkat bawah pun bleh dengar suara Firas...kuatttt kalau sekali dia meraung...well anak lelaki..suara jantan bebbb!! hehe....
panik satu airport Firas oiiii....

so dari surau sampai la ke gate F60 cikgu dukung firas sambil peluk kemas2....jalan macam lipas kudung sebab dah lewat...adeh cam nak tercabut segala sendi dan urat kaki...tuhan saja yang tahu...


Royal Brunei Boeing 777..juga ihsan en google..

Alhamdulillah...masuk je dalam perut kapal terbang...Firas layan tido selena lenanya....fuhh lega betul...penat tak terkira..perut lapo pun dah tak heran..rasa nak lena gak macam Firas...tapi jakun punya pasal naik kapal terbang besau....mata plak tak mau lena...sempat layan lagu raya lagi kikiki...sape suh bagi headphone...kulayan la lagu raya...sesambil dengar lagu raya...cikgu pekena chicken pasta...nyum nyum sedap...bayangkan la makan sebelah tangan je...kemain susah nak makan...tapi licin gak bekas pasta tu hehe....

jam 11.30pm flight kami selamat mendarat di Airport Bandar Seri Begawan...firas tetap gak lena dalam pelukan mamanya...masalah Firas selesai...sekali stroller yang sepatutnya staff airport letak kat pintu flight tak de la pulak...tunggu berbelas minit gak...kiranya sampai pilot pun dah nak balik, kami still tercegat kat pintu kapal terbang ni....sekali lagi traffic light di wajah en asben kelihatan...kali ni siap ada kilauan lampu kereta polis lagi huhuhu...ye la...lama giler kami berdiri macam tiang lampu tapi sorang staff pun tak datang bagitau tak jumpa stroller Firas...akhirnya kami ler orang paling last masuk ke balai ketibaan...

bila dah masuk dalam perut kereta ...rasa tak sabarnya nak sampai ke rumah...sekali en asben baru teringat...alamakkkk...kunci pagar dengan kawan dia daaaaaaa....adesssssss..camno ni...???nak call pun masa tu dah kul 12 mlm...camno nak masuk dalam rumah ni....hurm mujur ler pagar rumah ni tak sempurna...bleh le kami mengecilkan diri masuk kat bahagian yang tak berpagar..kete parking je kat luar pagar....masuk rumah terus tidur...habes citer...
-TAMMAT- (ikut style citer itam putih kat tv)

Friday, June 24, 2011

Kereta Mewah Idaman Firas

Amboii kecik kecik lagi dah ada kereta mewah ke nak oiii...?? kereta idaman Firas la konon...padahal si omak eh yang duk berkenan...kereta F1 ke...bukan! bukan!...tapi kereta ni ha...



Terduga jugak la si omak Firas nak memujuk si apaknya beli kereta mewah ni....rega mahal mesti la alasan mau kukuh dak gitu ?? berbulan2 si omak Firas selidik dan buat kajian tentang stroller MacLaren ni....siap menemuramah lagi pengguna2 MacLaren sekali si apaknya,atuk n neneknya Firas suh beli yang jenis lain...huwaaaa....

dek kerana nafsu yang tak boleh disekat, si omak Firas menyusun strategi nak memujuk si apak eh...lagi la hati ni tak keruan bila customer2 yang datang ke kedai Mothercare aritu semuanya mempunyai nafsu yang sama terhadap MacLaren (fuyyoo ayat kemain bernafsu gitu hahaha)...datang sorang sapu MacLaren, datang dua orang songlap MacLaren gak...apa lagi  si omak Firas ni ...lagi ler meronta2...nak MacLaren jugak! nak jugak...tak kira nak jugakkk...hahaha hamekk kau..dah ngalahkan budak kecik...si Firas elok jer tido....lantak la si omak n apaknya nak beli keta jenis apa...ada aku kesahhhh???? yang penting...syusyu mesti ada naaaaa...perut mesti mau kenyang...

si omak Firas cepat2 lambai tangan kat sales girl Mothercare tu...depa pun bagai tak cukup lengan tangan nak layan customer aritu...ramai sungguh yang duk bertanya itu ini...si omak Firas memula bagai nak nangis sebab tak de sorang sales girl pun nak layan...si apaknya plak dah hampir2 nak beli brand lain...tak syuke tak syuke...

mujur ler ada kata2 nasihat yg berguna dari cik sales girl ni ttg MacLaren...sehingga en asben akhirnya terpujuk nak buang duit utk beli kereta mewah ni....huhuhu...anak yang nak guna, si omak eh yang terlebih2...hehe...tapi rasanya tak rugi pun...sebab MacLaren ni ringan..pastu kurang makan space kat dalam bonet keta...dan yg paling bagus...mudah utk travelling...haaa gamaknya alasan tu ler yg tersangkut di hati si apaknya..tak pun ada kemungkinan...si apaknya dah malas nak tengok muka sutun kurita si omak Firas kui kui kui..

Jakun seketika naik kereta mewah hehe

Dah hepi..mau tak hepi ..kering wallet si apak beli stroller ni

Terima kasih ayah...len kali beli la keta yg ada stereng plak..kui kui kui


Perasmian kereta mewah Firas di KLIA hehe


Aik sapa yang nak pi Brunei ni? Ayah?Mama? ke Firas?








Aik sejak bila ayahku beranak kecik ni...??

siapakah gerangan di kereta mewah firas ni?

si Firas ni kalau stroller tak bergerak tak tahannya dia nak duk lelama kat dalam stroller tu...last2 si sepupunya amik alih....tak ler sia sia tolak stroller kosong kan kan kan....lena betul wafa dalam stroller Firas....

Monday, June 13, 2011

Sepetang Di Tesco Bersama Si Bujang

Hohoho...dah lama cikgu tak bawak Firas keluar jenjalan...asyik terperap jek kat dalam rumah...
Lama tak lama, sampaikan anak bujang cikgu tak dapat nak celik mata sebab tak tahan silau..
ingatkan tidur rupanya menahan silau kekeke...sian Firas...nanti pasni kita ajak ayah jenjalan tetiap ari ye..

Arini cikgu pujuk pakcik Firas yang bongsu bawak kami pi menebar jala di Tesco hehe...
Macam dah tak de tempat lain mama Firas ni nak bawak jenjalan kannnnnnn...
Memang ponnn hahaha...Bukan apa, sekarang ni kan panas...
rasanya lebih baik la bawak Firas pi tempat yang berekon...lagi pun sesambil tu bleh la ajar Firas berbelanja dengan berhemat..wakakaka...iyo sangat la tu...
Cikgu memang jarang2 shopping...tapi sekali shopping,...hamikk kauuu...segala mak nenek terasa nak beli...
pastu bila tengok bil....macam tak percaya jek...siap kira balik tau...hehe...padahal dah betul..
opssssss...bukan cikgu terlebih berbelanja...tapi barang sekarang ni memang mahal..betulll..tak tipu!!!

Masa nak pi Tesco, Firas sebenarnya tidur...tapi cikgu tak kira...nak pi jugak Tesco...so terbangun la anak teruna tu...sib baik tak nangis..cam tau tau je nak pi jenjalan...Sampai kat Tesco nampak troli yang ada seat utk baby.....wahh dah terbayang di mata  mama Firas...seronoknya bershopping tanpa lenguh tangan mendokong si bujang tu...harap2 Firas nak la duk kat seat tu.....dan hasilnya...

Firas diam jek kat seat tu...

Syukur la si kecik ni tak meragam...masa pakcik bujangnya tolak troli ni...Firas cam jakun 10 saat hehe..pastu dia ok je...
Senyum walau pun mengantuk...syabass betha!!

Ingatkan Firas akan tidur bila ditolak dengan troli...sekali dia hepi daaaa...biarpun mata tu dah berat nak terkatup...tapi still bagi pose yang hencem...susah woo nak snap gambar dia senyum...

Apa la yg geli hati sangat tu nak oiii??
Nak pulak dia gelak-gelak...duk kat rumah moody jer...senyum macam ni la baru hensemm...dah dah la nangis....Firas dah besar...tak elok asyik nangis je...nanti semua awek lari...hihi...dek kerana tadi Firas sangat sporting...ada sorang awek ni siap datang kiss anak cikgu.....hishh tak mintak izin pun hehe...

Sape lagi ensem?? Doraemon sempat kenyit mata tu..
Aihhh dah macam besprenn la plak...Harap2 Nobita tak marah lah Firas bergambar dengan Doraemon...hehe...bergambar jek..tak beli pun...beli pun bukannya Firas reti nak main...tunggu anak mama ni dah besar skit baru kita beli ye...


Alamakkk!! Apa dah jadi ni??!!

Hahaha....i'm sorryyyyyy.....kecian Firas kena dera dengan mama....nak jadi anak soleh punya pasal, Firas dengan rela hati membiarkan apa saja si omak eh buat kat dia...sporting la anak mama ni...comel lak tengok giraffe ni....tak beli jugak pun...hanya layak untuk diambik gambar je hehe...mama Firas shopping apa ekk??? Bak kata Dato Siti...Biarlah Rahsia hahaha...dah penat duit mengalir masuk ke mesin Tesco...moh ler kita balik ke rumah...

Lena di seat troli nan empuk...
Haaa tu dia....dah sampai kat parking lot baru si kecik ni tidur...masa kat dalam Tesco yg berekon sejuk dingin tu tak nak plak dia lelap...kat tempat panas ni senang plak dia pejam mata...tidur sampai senget2 badan...ada aku kisahhh??? (firas yang cakap bukan mama dia yg cakap)

Thursday, June 9, 2011

InI BuDaK 60 HaRi SuDahhh...


entry ni sebenarnya dikarang pada 5 jun...tapi asyik tak sempat nak post sebab si hero tu selalu ngaco...baru je nak sambung karang...dah nanges...jeles la tu huhu...

Pejam celik pejam celik rupanya hari ni dah 60 hari umo Firas...
maknanya dah 2 bulan hero cikgu di luar perut mamanya..
walau pun dah 2 bulan , hobi Firas masih lagi sama...suka nanges huwaaaaaaaa..
nape la nak oii gemor bebenor nangesnya...
cuba belajar baca quran plak...kan sodap telinga mama mendengarnya huhu...

Firas diusia 2 purnama
Firas diusia 1 purnama....

27 Jun ni akan bermulalah semula cikgu mengajar di sekolah terchenta...
itu pun kalau cuti tanpa gaji cikgu belum di approve..
hajat di hati habis je cuti bersalin ni nak sambung terus dengan cuti tanpa gaji tu..
tak tau la diluluskan ke idak...doa2 la ye supaya cikgu bleh sambung cuti lagi..
cikgu amik unpaid leave ni sebab nak ikut en asben yg kena transfer ke Brunei..
alangkah bagusnya kalau cuti tu bersambung terus dengan cuti bersalin..
so tak payah la cikgu memberatkan kepala nak cari nursery/baby sitter utk Firas..
Lagi pun hati ni rasa berat je nak letak Firas kat nursery...
Risau kot2 penjaganya tak tahan dengan fiil Firas yg kuat nanges ni...
Rasa kesian dan tak sampai hati pun ada gak...huhu kesyian Firas..
Ni yang tetiba jek rasa cam nak berenti keja..huhu...bolehkah en asben???

18 Jun ni plan nak balik Shah Alam..rasa sedeyyy la
Ni lah susahnya bila berlama-lamaan di kampung...
Sedih nak tinggalkan keluarga..umi..ayah..adik..
Atuk Firas pun asyik duk ulang ayat sedih jek...lagi la buat cikgu rasa nak berayaq mata..huhu
Kesian atuk n tok mi Firas...pasni mesti rindu kat cucu2...
Penat2 depa jaga cucu...sampai masa cucu di bawa jauh..
Kata atuk Firas...sunyi tanpa tangisan cucu...
tak dapat dah nak main main dengan cucu lepas balik keja
ai sedih tau bila terkenangkan semua ni..
pagi2 buta sebaik ayam berkokok...atuk n tok mi Firas mesti datang intai cucu dalam buai
kalau cucu dah celik mata, mesti cepat2 tok mi n atuk angkat n cium pipi bucuk masyam cucu yg lum mandi...
sebelum pi keja pun sama gak...balik keja plak terus cari cucu..
memalam buta plak kalau Firas nanges tak leh tido..
atuk n tok mi la yang bantu mama Firas pujuk dan tidurkan Firas sampai lena..
Bila Firas dah balik ke Shah Alam...rumah atuk n tok mi ni akan kembali sunyi...
kata atuk Firas lagi...lepas ni tak de lagi suara kuat Firas bertempik2 kat rumah ni..
kesiankan dekat atuk n tok mi...huhu...mama Firas plak terlebih2 sendu dok tahan ayaq mata nak mengalir ni..huhuhu...

cikgu pun dah berjangkit dengan cik mas..mesti nak tempek gambar anak bujang yg kian teruna tu hehe...jom layannn..mana la tau kot2 ada yg tersangkut nak buat menantu hehe...beruntung ni sape dapat Firas..suara kemain kuat n nyaring...sesuai jadi muazzin hehe


Kopiah ke topi tukang masak ni?


Close up skit ...aihh dah macam rupa chef la plak..siap pakai 'glove' tu keke


Apa jeling2?? ada utang ke??

Tuesday, May 31, 2011

Hasil Tangkapan Mama Firas

2 hari berturut2 cikgu bawak firas pi makan angin kat shopping complex yg glamer kat kota bharu ni...tak lain dan tak bukan KBMall,,...err glamer keeeeeeeeerrr? glamer la kot nooo sebab nya kat sini la berlakunya kejadian kereta jatuh dari tingkat paling atas ke tingkat paling bawah sampai berlakunya kehilangan nyawa...pastu yang terkini ada remaja nak bunuh diri plak...haishhh macam macam....

setakat ni alhamdulillah la Firas tak de la meragam sangat...maybe kat sini ber aircond...sejukkkk tak panas macam kat rumah...so Firas bantaiii tido jek...time melepas sisa toksid baru ler dia merengek...kali pertama cikgu sempat rembat diapers Mamy Poko,tuala kecik dan 2 pasang baju Firas ...kesian dah banyak baju anak bujang cikgu ni yang tak muat...sementara ayah si Firas balik ke kota bharu...apa lagi paw ler cukup2 hihihi....

 
lena ...maklum ler baju baru...hihi

esoknya...pepagi buta Firas naik kete pi hantar ayah balik KL....tak mandi tauuuu...mama dia mandi ler...nak kejar masa punya pasal...hehe...jom layan gambar menyentuh perasaan semasa kat airport...tadaaa...



"Jadi anak soleh ye sayang....jangan lupa mimpikan ayah malam nanti tau.."



ayah : "sssaaaayangggg dia.....erkkk bau apa ni???...Opsss anak ayah belum mandi rupanya.."
firas : eeeeeeeeeeeeeeeee gelinya kepala ai terkena misai ayah...............................................

sape lagi hensem????





ayah,mama n firas....

oppsssss citer belum habis...lepas ayah firas selamat kat dalam perut kapal terbang...kami pun jalan2 perabis duit kat kbmall lagi....konon2 nak cuci mata jer...sekali terbeli benda ni haa....
*
*
*
*
*
handbag rucini jer...tak mampu nak beli bosnia..upsss bonia...




macamana bleh terbeli ekkk....hurmmm...hurm.....hurmmmm.....sejak ada anak kecik ni...handbag comel cikgu tu tak muat nak isi diapers, botol susu n mcm2 lagi la...sesambil berjalan melenggang kangkung nak balik....mata terpandang plak kat  beg yg kecantikannya ditahap biasa2 jer...tapi terbekenan plak sebab saiznya lebih besar dr beg cikgu yang lama..pastu banyak 'bilik' untuk semunyi2 barang keh keh keh...pastu sendiri pening nak selongkar beg bila barang hilang ..ngeeeeeeeee..


size doesn't matter...errr ye kerr???



haa tu dia bilik-bilik untuk main semunyi2 dengan tuan beg...kalau tak silap ada 5 bilik besar dan 3 bilik kecik...dah rupa saiz sebijik banglo ni hehehe....

peneman setia mama mengarang blog
 ini budak sangat susah tidur...tapiii bila diriba...gerenti tidur lena..ikut ler gaya apa sekali pun.....letak jer kat tilam mata otomatik celik semula huhuhu



Firas kawan Luqman
Luqman kawan Firas
Firas dan Luqman masih belum berkesempatan utk bertentang mata.....moga kedua2nya jadi sahabat yang baik dan saling melengkapi...tak gitu cik mas???...amin



Tuesday, May 24, 2011

AJAIBNYA TANGAN IBU

sajak ni cikgu dapat daripada fb dato' ustazah siti nor bahyah ...tersentuh hati,bergenang air mata...memang benar kata orang...seorang ibu mampu jaga walau 10 anak, tapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu...


AJAIBNYA TANGAN IBU
Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

Checklist 50 Hari

hari ni firas genap 50 hari di luar perut cikgu...setakat ni firas....

# dah pandai senyum dan gelak...gelak tu kadang je....senyum tu sangat kerap tapi sayangnya time mata dah kuyu nak tido

# makin kuat menyusu...susu ibu tak cukup terpaksa top up dgn susu mak lembu...memula beli susu mak lembu brand snow...tak sesuai....sekarang try anmum...nampak cam ok

# sangat susah tidur malam...selalunya jam 2-3 pg baru lena....sementara nak tidur menangis meraung sampai berpeluh ketiak la nak memujuknya

# baju saiz s hampir dah tak muat.... stokin saiz new born pun dah tak muat..

#  kaki kecik comel tu makin kuat menendang...time mama sibuk membedak pipi montel firas,kaki kecik tu sibuk menendang mama...naughty betul..

# rambut yang dicukur 1 may aritu dah start tumbuh balik...dah nampak hitam2 kat kepala yg licin tu

# kalau nangis sebab lapar or mengantuk, suara tu mesti tahap maksimum

# tak tahan basah....sekarang dah mula cerewet...baru kencing skit je dah nangis...kalau dulu diaper dah berat dengan air kencing pun firas tak heran

huh menyampah betul...!!! dah berkali kali try upload gambar...tapi semua kene reject dengan server...dengki la tuh..huh!

Saturday, May 21, 2011

Aku Yang Tewas!

huhuhu...sedeyyy....sesedih tajuk entry...
hari ni genap umur Firas 48 hari....dan dah tiga hari Firas mula minum susu mak lembu moo moo ..sedihhhhhhhhhhh..sedihhhhhh!!!!!!....ai tak rela you....tapi apakan daya...tak sampai hati tengok dia kelaparan...sebenarnya dah lama susu formula tu bertenggek kat dalam almari...tapi cikgu masih nekad takkan sekali kali mengalah pada mak lembu...namun akhirnya cikgu tewas jua ....susu cikgu tak cukup utk kenyangkan perut Firas...tu teori tok ayah Firas...sebabnya dia asyik nak menyusu ..sangat kerap tp Firas tetap jugak nangis2...tidur pulak tak sampai satu jam..nanti nangis lagi..bila disuakan susu...memang Firas isap...tapi lepas tu dia menjerit marah...sebab susu tak keluar....so apa lagi jalan yg ada selain bagi Firas minum susu mak lembu moo moo...hancusss hati cikgu tengok Firas meneguk laju susu pak lembu moo moo....menitis air mata ai..youuuu....!!!!

  
Firas tengah syok menikmati susu mak lembu...huhu
so sekarang ni FIras minum dua dua susu...seboleh bolehnya cikgu bagi Firas minum susu mak lembu seminimum mungkin...sekarang ni cikgu gigih mengepam susu semula...biarlah setiap kali pam dapat kumpul 1 oz susu je....pam tetap pam...tapi kekadang tu datang jugak rasa malas nak mengepam...huhu...

hari ni cikgu kesian sangat tengok Firas...dari pagi tidurnye kejap2 aje....tak tahu la kenapa....nak kata susu asli tak cukup cikgu tengok cam ok je...rupa-rupanya Firas sakit perut nak membuang air yg amat besar....dari wajah meneran yg merah padam tu cikgu boleh agak Firas susah nak berak...dua tiga kali dia meneran sambil nangis2.....bila check najis Firas sedikit keras daripada biasa tp tak der sampai sembelit...ni lah bahana minum susu mak lembu....huhu...kesian anak mama....menangis sampai teresak2....

 ni dia wajah hero cikgu yg kekenyangan selepas penat nangis sakit perut..



nyenyak tidur atas bantal gebu tok mi sebelum sakit perut


bleh jadi model ketiak licin tak acik2 sekalian? sila vote ye hihi...

Tuesday, May 17, 2011

Tanda2 Gangguan Makhluk Halus Pada Bayi dan Cara Merawatnya

Semalam cikgu tersangatla susah hati kerana hero kecik cikgu ni menangis tengah2 malam...tak pernah pernah la hero kecik ni menangis bagai nak rak macam ni...dua jam menangis teresak-esak...hati cikgu dah tak keruan dibuatnya..ummi dan ayah cikgu pun turut sama memujuk hero kecik yang tiba2 menangis kuat ni...semua orang panik...nak kata sakit..perut firas dah tak kembung...tak tau la kalau kalau ada sakit lain...tiba2 cikgu teringat...adakah 'sesuatu' telah mengganggu anak cikgu..??

tengahari semalam,cikgu bawak firas pi makan kat tepi pantai yang dah bertambak sebagai meraikan tamatnya tempoh pantang (merdeka! merdeka! merdeka!) dan sebagai test power bawak Firas keluar....maklum ler dah lama memerap kat rumah tiba-tiba jer mulut ni terasa nak makan seafood bergoreng kat Pantai Cahaya Bulan....tak de sikit pun niat di hati ni nak pi pantai...cuma mulut ni meronta2 nak makan seafood kat situ...Maka pergilah cikgu dengan adik2 yang balik bercuti....Firas pun ok jek...tidur sepanjang waktu cikgu duk makan...balik rumah pun ok jek...so berjaya lah untuk test power bawak Firas keluar...tapi malamnya selepas jam 12 tgh malam firas menangis tak henti2...

ni nak share tanda2 bayi diganggu makhluk halus dan rawatannya...

1.Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. 
 
2.Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.
Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. 
 
3.Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.

4.Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

5.Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.

6.Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.


CARA MERAWAT :

1. dengan membaca surah al fatihah, ayat kursi, annas dan al falaq. hembus pada ubun2 bayi sebanyak 3 kali, atau

2. bacakan azan di telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri (sekali atau tiga kali), atau

3. ayat kursi, al fatihah, al kafirun, al ikhlas, al falaq dan annas









Thursday, May 12, 2011

MONOLOG DETIK 12.30 PAGI

Aku jeling jam di sisi....mak aihh dah pukul 12.30 am..
kenapa aku belum tidur....?? Tangan kiri sibuk mendodoi anak teruna, tgn kanan laju mengarang blog..
aii nyempat lagi mengarang blog...tak ngantuk ke???
ngantuk la....tapi nak tido pun tak syiok kalau setengah jam sekali si hero kecik tu celik mata balik...
kenapa nak oiii susah bebenor nak lena tidurmu....
ada setan iblis mengganggu kah....pelangkung karang baru tau...!!!!!!!
syuhhh syuhhhh pi jauh jauh...jgn ganggu hero kecik ku mau tidur!!!!!!!!!!!
tgn kananku gapai remote kaler biru...
ku tekan-tekan butang yg ada...ehh ada program Top Chef laa....layanlah kejap hehe

LENA DI DALAM PENIMBANG






Gambar ehsan En. Google..


Anak sapa la tu...seksinya...yang pasti ni bukan Firas ye tuan puan...Kenapa kali ni cikgu tempek gambar baby seksi ni? Sebenarnya cikgu nak tempek gambar alat penimbang tu haa...so sila abaikan gambar baby seksi tu ye...

Masa usia Firas 20 hari cikgu bawak Firas pi jumpa paed gara-gara badan Firas panas...kelam kabut oiii bila pestaim jadi mama ni...badan anak panas skit je dah risau tahap gaban...cepat-cepat bawak Firas pi jumpa doktor...sekali bukan demam daaaaa....kata doktor, suhu baby memang lebih tinggi skit dari orang dewasa...tambahan pulak sekarang ni cuaca panas...so suhu badan baby pun meningkat la jugak...ape pun rasa lega sesangat Firas tak demam...

sebelum balik, doktor baru teringat Firas belum ditimbang berat....sebelum tu Firas agak meragam...nak susu ler...segan jugak nak menyusu depan doktor lelaki...tapi dah si kecik ni tak dan dan..maka bagilah jugak....hero cikgu ni kalau dah nyusu....nak berentinya kemain susah...doktor pulak mintak nak timbang berat FIras....adehh cam no ni nak pujuk si kecik ni biar berenti sekejap menyusu...macam biasalah, bila tak puas menyusu suara nyaring Firas berlagu tanpa diminta...dah la si kecik ni mengantuk....lagi la kuat dia melalak huhuhu......cepat2 cikgu letak kat atas penimbang yg mcm kat dlm gambar tu....nak tau apa jadi?? letak je.....mata firas terus tertutup.....lorrrr tidooo la pulak....udah la terlelap...siap berdengkur tu hihihi...doktor pun gelak tgk firas.....aduiii buat malu mama je la firas ni...








Tuesday, May 10, 2011

Botak Chin!

Ada sesapa ingat dengan Botak Chin...haa ni antara penjahat yg glamer suatu ketika dulu....masa cikgu kecik-kecik dulu...cikgu sangat ler anti dengan orang yg berkepala botak....nampak je orang kepala botak, satu badan menggigil..pastu rela pi sembunyi belakang ayah kalau terserempak dengan orang yg kepala licin...tak tau la kenapa...tapi pada cikgu..orang kepala botak ni macam orang jahat...kekadang tu sampai nanges2..punyala takut...pada hal orang tu tak buat apa pun kat cikgu...sib baikla tak terbawa2 sampai besar hik hik hik...kalau tak sure cikgu takut nak dekat dengan Firas ;)

1 mei yg lepas kepala bulat Firas telah selamat dicukur licin oleh mak tok sedaranya...majlis ni dibuat selepas solat subuh...hampir 30 orang jemaah masjid yg hadir...pepagi buta buat majlis sebab time solat subuh lah jemaah plg ramai....cikgu plak mengantuk yg amat sebab mlm tu firas tidur kul 2 pg...kul 5 pg dah nak kena bangun siapkan anak bujang ni memandangkan subuh awal skrg ni....aduiii la...

mujurla sempat gak salin baju firas..udahla hero kecik ni tak mandi...takkan nak pakai jer baju tido yg sedia di pakai ...dalam duk kejar waktu tu...firas dah comel berbaju baru berbedak putih tiba2 mengeluarkan tembakan berdas das..alahaiiii berak besauuu la pulak anak mama ni ...aii nampaknya tak sempat la mama firas nak mandi n pakai baju lawa2 ..lepas mencuci apa yg patut...akhirnya cikgu pass je Firas kat ayah dia...cikgu pi mandi...karang malu plak jiran2 datang mama firas masih bermuka sembab...

Ohhh tidakkkk...jangan botakkan kepala ai.....Firas tengah tunggu saat rambut dicukur...


 
Firas dipangkuan ayahanda terchenta....lena diulit alunan selawat 
 mama firas tumpang se'tangan'...hehe


 mat botak chin! 

bahan yang diperlukan untuk majlis bercukur....air zam-zam dan kurma


 one hepi family....



kejap adaaa....

kejap tak derrrr.....hihi comelnya anak mama mandi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...