Followers

Thursday, February 21, 2013

Padanan Warna Dinding Rumah Dengan Langsir dan Perabot



Assalamualaikum,

hari tu cikgu balik ke shah alam. Sedih tengok langsir pun dah hampir2 nak reput. Mula la hati rasa nak tukar langsir baru. Langsir sekarang ni kaler coklat. Dinding rumah cikgu pulak kaler kuning cream gitu. Perabot pun banyak yang kaler coklat. Rasa dah bosan pulak nak beli langsir kaler coklat.


Petang tu terus pujuk en asben pi kedai langsir yang harga bajet hehehe. Malas nak beli hak mahai-mahai sebab lepas ni kami ada plan baekkk punya. Itu pun kalau duit tabung dah cukup la kan. Dalam kepala teringin nak cuba langsir yg warna lain plak.....memandangkan rumah cikgu banyak earth colour (errr yer ker orang panggil earth colour, belasahhh jer la kekeke) so cikgu decide nak beli kaler hijauuu pulak. Tapikan jenuh cari kaler hijau yang cun, tak jumpa la pulak. Semua yg cikgu tunjuk en asben kata nehi nehi......hurmm last2 kami terbekenan kat satu langsir warna ala2 gold. Sekali kain tak cukup la pulakkk. Tak jadi la beli. Pastu balik rumah duk pk, hurm coklat dengan gold tak der la jauh beza mana pun kan.............hurm warna apa lagi agaknya yg sesuai dengan warna rumah dan perabot cikgu tu....?


Di sini cikgu nak share artikel mengenai padanan warna dinding dengan perabot dan langsir,


sumber :http://hiasanrekaindah.blogspot.com/


Hijau
-sesuai di padankan dengan warna hIJAU(LIGHT), COKLAT, HITAM, KELABU & PUTIH. Di bawah contoh beberapa padanan untuk dinding warna hijau




 padanan dengan perabot warna hitam ia dapat menonjolkan suasana
ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat dan sesuai untuk menonjolkan bentuk perabot untuk di gunakan




padanan dengan perabot warna putih mewujudkan suasana yang tenang dan dengan keserlahan warna dinding





Biru
-sesuai di padankan dengan perabot/langsir berwarna BIRU (family), KUNING, JINGGA, CREAM, COKLAT, & PUTIH. Di bawah contoh beberapa padanan untuk dinding warna hijau



Jika ingin lebih mudah cuba bermain warna perabot/langsir dengan BIRU (family) ia kelihatan spektrum biru dapat dilihat di mana-mana, ia mampu menyuntik ketenangan ketika berada di rumah



















jika inginkan kelainan cuba padankan perabot atau langsir dengan warna terang seperti kuning ia lebih menonjolkan aksesori seperti langsir atau perabot dan ia juga membantu meningkatkan energi dan aktiviti mental serta meringankan fikiran.



Merah
-jika ingin dinding warna merah pastikan jangan satu rumah bewarna merah, pastikan salah satu feature wall itu berlainan dengan warna merah seperti kelabu atau hitam jika ingin suasana tak terlalu terang, atau combination dengan warna cream atau putih jika ingin suasana terang di ruang tamu. Aksesori perabout atau langsir sesuai dengan warna putih, cream, kelabu dan hitam


24 comments:

Mia Kassim said...

Saya punya dinding ruang tamu warna hijau camtu...emmm dah ada idea nak deco2 ni...(^_^)

umi alya said...

jelesnya tgok umah org cantik, akak jenis tak berseni, hancur semua

CeqGu said...

mia: hehehe selamat berdeco2

kak tini: kak, anis berseni dalam mimpi jer....realiti hancusss gak hahaha

hainom OKje said...

Selamat pagiiii ceqgu!
Cikgu OKje mmg suka warna hijo tu hehe... dinding rumah OKje pun hijo dan coklat jugak.... ( tah apa combination pun okje tak tau belasah aje le hehe) tapi mmg suka yg earth colour gitu...

sekarang ni pun lagsir OKje warna hijo + coklat...gasaklah dia hehe

Cho Zila said...

akak tang padankan warna memang gagal... tapi akak suka gak tengok warna dinding hijautu.. tak pernah terfikir.. tapi dinding blog akak hijau...

Mama Zharfan said...

umah me tema merah putih :) featured wall kaler pink sbb me suka pink ;)

fieda said...

seronok dapat deco2 umah sendiri.

azeanty anuar said...

wah ceqgu... mood deco2 rumah arini... hehhee

Kakzakie said...

Porch kakak pink, hall kuning, bilik cream tapi kakak tak kisah padanan betul ke tak janji mata kakak nampak ok buat aje.

iietamalek said...

Yang merah tu cantik..langsir purple pun cntik kan...

MaMa Rey said...

thanks info ini CeqGu..kaler dinding rumah saya warna biru...nak cuba padankan warna coklat dan cream..

ummiross said...

Cantik2nya CeqGu, ummi paling suka yang padanan putih tu, oohhh..sungguh menawan!

Jemarisuri said...

yg hijau tu pun cantik...^^

yan's cottage said...

ruang tamu yan warna hijau juga...tapi gabung dengan kuning...

CeqGu said...

warna hijau memang menawan kan kan kan....cikgu pun suka hik hik hik

mamarey: sama2, selamat berdeco deco mama

kak zakie: wah temah calourful gitu

CeqGu said...

cho zila: hahaha...ok la tu dinding blog kaler hijau, nanti hiaaas dengan bunga2 putih hehe

mama zharfan: peminat pink rupanya:)

iieta: cikgu takut nak guna kaler merah, tp tengok dalam gambar tu cam cantik plakkan

azeanty: cikgu kan suka berangan bab deco2 ni...tapi rumah sendiri cam belacan jek rupanya hua hua hua

Kesuma Angsana said...

hijau mmg terbaik for KA hehehe

aTieYusof Family said...

Suka tgk yg colour hijau tu..nampak sejuk je mata memandang klu hijau:)

Ummi Iman said...

Ruangtamu saya picture wall merah.. yg lain offwhite. Langsir dah malas nak basuh dan tukar. Kurang rajin ;) tgh bercadang nak pasang venetion blind. Rmh pun tak gelap nanti. Yg penting tak perlu basuh. Rmh dekat dgn jln cepat berhabuk langsir :( tingkap rmh saya kecik2 je ;)

Skrg suka warna merah... hijau dan biru dlm bilik ;)

Nora Karim said...

ha ah la cikgu... gold ngan coklat tak jauh beza... huhuh nasib baik tak beli... kalau tak rugi je...

intanfirdaus247 said...

anis, umah intan x ada tema..hahaha..belasah je semua

QasehnyaRania said...

umh saya cat putih..masuk je semua langsir.. hihi

aura said...

jemput la tgk http://www.facebook.com/langsir.aida?ref=hl

Haryanti Shukor said...

warna langsir raya tahun ni jingga...so padan x dengan warna ruang tamu sya yang berwarna biru laut? Hope dapat idea utk deco rumah saya utk raya nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...