Followers

Wednesday, February 13, 2013

Cara Nak Lindungi Gambar dan Hasil Tulisan di Blog | Disable Right-Click

Assalamualaikum.

Pagi tadi kawan cikgu ada tanya macam mana nak lindungi gambar2 yang ada dalam blog. Yerlah kalau kita selalu cerita tentang family, mesti la kita tempek gambar family kan. Takkan nak tempek gambar lesung batu plak hohoho.

Bila dah gambar family tu, tentu la kalau boleh kita tak nak orang copy sesuka hati. Yerlah, manusia ni ada yg niatnya murni macam minyak masak cap murni, ada gak yang tak berapa nak murni. Haaa yang tu risau banyakkk. Maklumlah dengan gambar ajer macam2 orang boleh buatkan. So hari ni cikgu nak share la cara nak lindungi gambar dan jugak hasil tulisan kat blog. Caranya ialah dengan disable right-click. Biarlah dah ramai yg tahu, selain share, cikgu nak simpan kot2 lupa cara nak disable right-click ni. Ada baik buruknya disable right-click ni.....nak nak kalau orang nak salin resepi, agak menyampah gak la kan nak copy tapi tak boleh. Sebab tu cikgu kejap enable kejap disable....haihhh susah jugak.

Ok cara-caranya ialah....

- Copy code ni dulu :

<script language=JavaScript>
<!--

//edit by unwanted


var message="Masukkan Mesej Anda Disini";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>

- Lepas tu buka Design > Layout > Add A Gadget > Cari HTML/JavaScript

- Nanti akan keluar satu kotak Configure HTML/JavaScript. Kemudian paste code tadi kat ruangan content. Title cikgu biarkan kosong jer.

- pada baris var message tu buh la ayat jiwang karat ker ayat hangin satu badan ke. Nanti bila orang right-click ayat tu ler yg akan keluar. Cer try test right click kat mana2 blog cikgu ni kalau nak tengok contoh. 

-Akhir sekali Save.

Psssttt.....sesetengah readers tak suka blog yg ada fungsi ni tau......so kalau tetiba rasa cam nak enable kan semula right-click..... just click remove kat kotak yang kita paste code tadi.

14 comments:

Mama Adam said...

Betul. Kadang2 x seronok bila ada ni. Tapi, kalo org nk copy jugak gambar tu, boleh print screen. Tapi, kalo copy, credit la kan...

Jemarisuri said...

js dh buat dh ni..agak2 ada lg x depa yg nk mai baca blog js...hehe

umi alya said...

wahhhhhh cikgu anis maju setapak lagi, tahniah...

susah2 nak copy paste, printscr jer, boleh tak?

hainom OKje said...

Ni memang betul betul cikgu yek.... He..he...tq ceqgu share benda ni...

CeqGu said...

Pssstttt sbnarnya kan, bukan takat printscreen.... tp memang ada jampi lain yg bleh membatalkan jampi disable right click ni.... jampi=kod html/javascript.
Cikgu pun nak disable kan sekejap jer....just nak tunjuk contoh kat kawan. Wlau pun benda ni tak de la membantu sgt tp bolehhh la utk security kecil2an hihi

izan mama mia said...

blog saya pun dah buat jampi serapah nie....

Tuan Juhaida said...

tqvm anis!

NoEn said...

xbuat lagi...bagus juga tuk protect gambar terutamanya

Kesuma Angsana said...

KA pun dh lama buat ni

wan nurul hezrina abd halim said...

ooo ada coding nyer ek..oklah kalau nak pasang nnt leh rujuk=)

intanfirdaus247 said...

kalau gambar saja boleh dak nak buat? x mau untuk tulisan

intan huwaina said...

mohon kebenaran . saya guna . terimas

Tina Jinun said...

terima kasih ye...ur entry betul2 membantu saya....yeay org dah xboleh copy entry di blog saya!!!!

Tina Jinun said...

terima kasih ye...ur entry betul2 membantu saya....yeay org dah xboleh copy entry di blog saya!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...