Followers

Wednesday, February 20, 2013

Setuju?

Assalamualaikum...




Hurmm..... benarkah anda mahu cikgu buat begini?

Percaya tak kalau cikgu kata sebenarnya ibu bapa lebih garang dari cikgu bila mengajar anak2 di rumah.
Baru ajar 2,3 orang anak, suara mak dah high volume. Itu belum masuk bab ketap gigi dan cubit anak yg payah nak paham hehehe. Cikgu perlu berdepan dengan kira-kira 40 orang anak murid yg pelbagai karenah.
Ada 40 mulut, 40 pasang kaki , 40 pasang tangan dan 40 perangai yang perlu cikgu urus.
Kalau ada seorang murid selalu tak buat kerja sekolah dan malas belajar, cikgu senyum saja, maka ada 39 orang murid lagi akan ikut serta.
Ala tak buat kerja pun tak pe..............cikgu tak marah!
Ala malas belajar pun tak pe............... cikgu tak marah!
Agak-agak siapa yang jadi mangsa dan dipersalahkan ?
sebenarnya kan, cikgu tak marah pun baca isu kat atas tu. Tapi agak menyampah tang nak amik tindakan pada guru. Lepas ni tak der orang lah nak jadi cikgu kalau sikit2 nak ambil tindakan....


Dalam  mendidik ni perlu juga ada ketegasan. Mendidik dalam kelompok yang ramai bukan perkara mudah. Walau bagaimana pun kita sebagai guru pun harus selalu muhasabah diri. Rasanya sebelum kita marah2, denda dan sebagainya, kita praktikkan cara didikan Rasulullah yg lebih lembut , boleh rujuk kat blog ni http://parentinggayarasulullah.blogspot.com/
Cikgu sangat tertarik dengan cara Rasulullah. Sangat berhemah dan impaknya sangat besar.. Cuma cikgu cikgi kena sabar dan luangkan masa mendalami cara mendidik mengikut sunnah ni. Marilah kita sama2 menambah baik cara mendidik pelajar2 kita. Mungkin cara ini lebih membuahkan hasil yang lebih cemerlang dan gemilang ... :)....Pelajar suka, guru suka, mak ayah punnnn suka..... :) 




16 comments:

AtieYusof said...

Isu hangat keratan paper ni..hehe..
ntah lan mak ayah zmn skrg ni..nak anak pandai & berguna tapi bila cikgu jentik skit mula lah nak saman sana sini...baik ajar anak tu sndiri, tak payah sekolah kan klu tak mau anak ditegur:)
** sy sayang cikgu2 sy....

NoEn said...

sy pun xsetuju sikit2 amik tindakan...lepas ni cikgu pun xberani nk tegur kesalahan budak2...nudak2 pun dh tak takut/hormat cikgu...huhu

Umialya said...

ntah le, susah gak erk jika langsung xleh dimarah, dicubit apatah lg dirotan...

Unknown said...

antara zaman sekolah dulu dan sekarang mmg banyak bezanya.... cikgu dulu dan cikgu sekarang pun mesti ada beza...sebab anak2 zaman sekarang dah tak macam anak2 zaman dulu2...

Fiza Rahman said...

Setuju. Parents lagi garang drpd cikgu. Tapi saya tak setuju lah dgt statement kat atas tu.

Aisy Nasiha said...

haha..boleh ke nk komen sama ni, nanti ada yang kata sebab saya pun cikgu takleh pakai pendapat saya..

rasanya, senang cakap orang yang tak menjadi cikgu dia takkan tahu bebanan yang cikgu tanggung.. bukan mudah dnk didik anak orang 35-40 dalam sesuatu masa..

Unknown said...

camner cikgu2 nak mengajar kalau sikit2 nak ambil tindakan..
kalau setakat marah tak perlu la ambil tindakan undang2...

nurbijen said...

saya pun garang dgn anak2... sekali tgk ummi dia jeling jer, dah mula menikus... hehehehe

Sbb tu masa umur 18 tahun cita2 saya dah berubah dari cikgu ke pensyarah... penat sgt melayan karenah murid2 :)

CeqGu said...

nur: tu belum tengok jelingan cikgu anis lagi hehehe

mamarey: tu la pasal...mengajar tanpa mendidik ibarat bagi ilmu lepas tu lantak korang la nak jadi apa pun

aisy: psssssssst anis pun cikgu aperr....betul aisy, berat mata memandang berat lagi bahu memikul

Mia Kassim said...

Camna anak2 nak berdisplin macam tu kalau jentik pun tak boleh...boleh ambil tindakan kalau dah keterlaluan....

OKje said...

Betul tu Ceqgu okje mmg cepat naik darah kalau anak tak faham2..hehe...tapi sekarang dah penat nak menjerit... buat sakit jantung je haha...

Tulah OKje pun tak faham.... kenapa senario dia lain ek sekarang ni... cikgu tak boleh nak jentik langsung!
lain betul dgn zaman dulu

apa pun guru dan ibu bapa kena faham dan bertolak ansurlah kot...

ummiross said...

Terbaik N3 ni cikgu..

CeqGu said...

setuju tak kalau cikgu kata media massa salah satu punca kenapa senario ni berlaku.....media massa suka memperbesarkan benda yang belum tentu sahih. baru dengaar sebelah pihak, satu dunia dah tahu. tapi bila benda tu sah2 tak betul, jarang pulak media massa nak perbetulkan. sudahnya orang pandang cikgu ni macam pendera, bengis tak kena tempat. yang keduanya, sikap guru yg tak professional, kerana nila setitik, habis susu belanga jadi biru.

Anonymous said...

kalau KA setakat marah pukul tpi tidak memudaratkan dan atas sebab2 yang boleh diterima pakai ok aje..

Nora Karim said...

parents tak boleh nak manjakan sangat anak2... takut nanti anak2 hilang respect pada cikgu...

intanfirdaus247 said...

.zaman dulu naper ramai org boleh berjaya..cikgu garang2... ingat lagi kalau balik ngadu kat mak, lagi kena teruk...huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...