Followers

Thursday, February 7, 2013

Brunei Dulu dan Kini

Assalamualaikum....

Ingat lagi tak hari tu cikgu pi tengok sukan air (REGATA). Lupa nak mention, sukan air tu diadakan di Sungai Brunei. Kat sungai ni la wujudnya Kg. Ayer. Besar tau Kg. Ayer ni. Sape nak tengok Kg. Ayer jarak dekat klik SINI. Yang terkini siap ada deretan rumah teres dua tingkat lagi kat Kg. Ayer ni. Muzium Kg. Ayer pun ada, tp cikgu pun tak pernah pi situ hehe. Kalau korang nak tau, Sungai Brunei ni luas dan sekali pandang macam laut gitu. Psssttt ada buaya! hehehe...

Lepas tengok REGATA tu, cikgu singgah ke mini muzium di waterfront. Kat situ ada pameran tentang sejarah REGATA dan juga sejarah Negara Brunei. Cikgu paling suka tengok gambar perkembangan bandar Brunei. Sat gi pakat tengok na.....payah tau nak jumpa gambar2 ni (errr cikgu agak ler.....tak caya try google hehehe......sekali bertimbun pakcik google tunjuk hahaha). Sebelum dapat nama Bandar Seri Begawan, nama asalnya kalau tak silap ialah Bandar Brunei. Lupa dah tahun berapa ditukar nama baru. Cikgu lagi suka nama yang baru ni... Bandar Seri Begawan....perghhhh hihi

Jom tengok perbezaan Bandar Seri Begawan dulu2 hinggala era 2000...


TAHUN 60-AN :


TAHUN 70-AN


TAHUN 80-AN


TAHUN 90-AN:


TAHUN 2000

Rasa cikgu, sekarang ni pun lebih kurang ja macam dalam gambar ni. Korang nampak tak rumah2 kat atas air tu. Haa tu la view sebahagian Kg. Ayer. Luaskan Sungai Brunei. Itulah tempat asal rakyat Brunei. Sekarang dah ramai yg berpindah ke darat. 
Kalau singgah kat bandar, korang akan nampak banyak bangunan lama yg masih digunakan. Sekarang ni cikgu perasan, kerajaan tengah giat membaik pulih bangunan lama. Haaa cun dah la skit  hihi

20 comments:

Yong Is My Name said...

Lama ker CeqGu kat Brunei?

CeqGu said...

Cikgu dah 2 thn kat sini.....tp bln mei ni balik msia dah la

umi alya said...

baik beli aset kt Brunei.. (boleh ke??)

Jemarisuri said...

hurmm...byk jugak perubahan kan..cuma js nk tanya lah kalau dtg brunei biasa dia org p lawat kt mana ye...kalau blh citer...hehe

RedRose said...

bangunan lama? still nampak cantik la cikgu. neway, Brunei mmg cantik. beruntung cikgu dapat merasa berhijrah ke negara orang.

Ummi Iman said...

Menarik tgk kg ayer tu. Diorg ada bot sendiri atau ada disediakan pengangkutan untuk ke sana ke mari. Tak dpt bygkan rmh atas air dgn ada anak kecil ;)

CeqGu said...

K.tini: xboleh k.tini....nak mohon kerakyatan pun susah kat sini....

Js: hihi itu yg susah skit.....tp selalu diaorg pergi pusing2 kg ayer, cuci mata kat hotel empire...masjid

Redrose: bangunan lama bukan beerti buruk, cuma kalau nak tgk bangunan canggih2 tu xbykla :)

Ui:ada yg bot sdiri,ada yg bot tambang....diaorg dah biasa,naik perahu goyang2 pun rileks jer...cikgu ni sampai terbongkok2 kontrol takut jatuh haha

hainom OKje said...

Memang byk perubahannya....semakin maju untung org tu duk Brunei

ummiross said...

CeQgu.. nanti dah balik Malaysia mesti terkenang2 kan juga Brunei kan, mesti ada pahit manis pengalaman untuk dikenang. Macam ummi duduk di Sarawak dulu, memang nak balik sangat Semenanjung, tapi kenangan disana masih kekal indah.

Tengok gambar2 ni teringat waterfront Kucing dan regatta nya juga, kan ummi dah kata, ada nostalgia, hehehe...

Kesuma Angsana said...

sgt2 berbeza ye dulu & skang

CeqGu said...

Semestinya brunei akan jd satu nostalgia yg xkan dilupakan huhu....

Lain dulu lain skrg....akan dtg xtau mcmana plak rupa brunei

aTieYusof Family said...

Nampak betul perubahan Bandar Brunei ni kan.. dari dulu nak kesana tpi belum kesampaian.. InsyaAllah suatu masa nti..:)

*cikgu dah OK? ada pening2 lg?
moga semua nya baik2 je..

CeqGu said...

Belum ok lg atie....skrg ni bila malam jer kaki jadi sejuk mcm darah tak mngalir dgn betul....nak tido pun susah.....

ieda immi said...

cantiknya permandangan .. memang dah banyak beza
akak x tahu ler bila boleh sampai nie .. hurmm tgk pic2 dulu ;)

izan mama mia said...

ntah bl dapat g brunei

LYAfrina said...

padat gak bandar dia..

IntaNBerliaN said...

laaa ada kg ayer ke...

MaMa Rey said...

jauh berbeza betul kan..semakin maju..
kat Brunie pun ada kg Air pula ya..teringin pula ke sna..tak jauh dari sbah

wan nurul hezrina abd halim said...

duduk brunei mcm bestkan?hehe..dlu kalu terima tawaran kerja sana agaknya luas dah pengalaman ttg negara brunei=)hehe

intanfirdaus247 said...

anis...intan suka mcm n..kalau terlalu moden, kita akan lupa suasana dulu..jadi ini sangat balance

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...