Followers

Sunday, January 6, 2013

Cantiknya Kampung Ayer di Atas Air

Assalamualaikum....


Ni nak tempek gambar-gambar terhangat di pasaran hehe......
Petang tadi kami pi minum petang bersama kawan2 en suami di Kopitiam, Waterfront....
Cikgu suka sangat pi situ sebab viewnya sangat la cantik.
Rindu nak makan keropok lekor jer, gerenti singgah situ.
Kat Brunei ni terkenal dengan Kg. Ayer.
Sape2 yg datang Brunei tak merasa naik bot pusing2 keliling Kg. Ayer ni sangatlah rugi.
Kat Kg.Ayer ni ada banyak rumah yang dibina di atas air. Bukan takat rumah ajer lah, masjid, sekolah, bomba, balai polis pun ada. Semuanya atas air. Kg. Ayer tu sendiri terdiri dari beberapa kampung pulak. Jom-jom layan gambar......................


tiang letrik gagah terpacak dalam air ^_^



senja mula berlabuh di Kg. Ayer.........errr ada sentuhan ala2 photographer tak gambo ni ? heheheh



Siap ada jambatan lagi tauuu


Sekolah pun ada.....





Masjid Kg. Ayer....


Masjid yg nampak sikit tu kalau tak silap namanya Masjid Sultan Omar Ali, ayahanda kepada Sultan Hassanal Bolkiah. Cantik wooo kalau malam. Kubah emas tu berkilau kilauan bila terkena cahaya lampu.







Susah betul nak amik gambar time ni sebab bot dah makin laju




Erkk ada jugak gambar si bujang ni..........still available, ada sape2 berminat ? hihihi



Sekolah.....rasa2 sekolah rendah ni....



Ada banyak jugak jambatan kat sini. Jambatan ni menghubungkan rumah-rumah di Kg. Ayer



Perati betul2.....ada satu kubah dan bumbung.....itulah Istana Nurul Iman, besarrr sangat. Memang dibina ditepi sungai. Len kali cikgu pi amik gambo depan pagar istana plak ^_^



orang2 Malaysia yang dah kawin..........opsss kecuali Firas....



Orang-orang Malaysia yang masih bujang............kecuali yg sebelah jejaka hencem tu. Yang tu bukan Malaysia mari..... :)

Kiranya orang yg tinggal kat Kg. Ayer ni kalau nak ke bandar terpaksala naik bot ni. Sampai malam tau bot ni beroperasi. Tambangnya murah jer, cuma $1 seorang saja. Tapi kalau nak ronda2 macam kami ni, kena bayar lebih lagi la. Tadi kami dikenakan bayaran $25 utk satu bot. Puas hati la sebab dari hujung ke hujung sungai dia bawak kami meronda.

Oh, ya Kg. Ayer ni wujud di sungai yer bukan kat laut. Dulu cikgu mati2 ingatkan laut tau sebabnya sungai ni sangat la luas dan lebar. Psssttttt ada buayeeee! Tapi rasanya tak pernah lagi ada kes kena baham buaya. Satu lagi, kena berani nak naik bot ni sebabnya memang tak der jaket keselamatan hihihi.....









8 comments:

Si Matatajam said...

Cantiknya view dia...Subhanallah..

umialya said...

cantiknya..

Kesuma Angsana said...

mmg cantik tq share ye

Mimie said...

cantiknya view die

yan's cottage said...

salam kenal...
singgah follow sini...jom singgah blog yan pula...

NoEn said...

cantik sangat2
tapi cam menakutkan lak naik boat xde life jacket...ai xreti berenang...huhu

ieda said...

aduhh bestnyaa
x dpt akk bayangkan
seharian atas air .. sure kita nak cari daratan kan ;)

CeqGu said...

yan: salam kenal juga....terima kasih singgah sini^_^

kak ieda : kalau ikut cerita en suami, katanya memang orang brunei ni asalnya tinggal di kg ayer tulah. daratan kepunyaan sultan. sekarang ni dah banyak tanah sultan bagi hadiah kat rakyat.

NoEn:memula memang takut...tapi bila dah syiok tengok view, terus lupa takut tu. pssttt anis pun tak pandai berenang kiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...