Followers

Friday, January 11, 2013

Yer Ker Brunei Aman?

Assalamualaikum

Ramai sanak sedara dan kawan2 duk tanya cikgu soalan ni.
Alhamdulillah rasa cikgu jauh lebih aman lah dari tempat kita. Setakat ni tak pernah dengar lagilah cerita culik, bunuh tu. Pergolakan politik pun tak ada kat sini. Maklumlah la kat sini sistem pemerintahan beraja. So tak der la undi2 tu.
Rasanya tak pernah lagi la nampak peminta sedekah kat sini......
jauh sekali la kes2 peminta sedekah ber ejen ni....
Tapi kalau setakat cerita telefon kena curi tu ada jer masuk dalam radio hehehe
Betapa la tak der berita yang panassss kat sini.....hehehe

Tapi dalam aman aman tu, ada jugak kes rompak ni.....
Yang terkini kawan cikgu cakap, style pecahkan cermin kete belakang.....
Macam tulah bila dah selalu anggap satu2 perkara tu selamat.
Dah lupa nak amik langkah berjaga2. Bukan nak kata kat orang, cikgu pun sama.
Mentang2 la kat sini dikatakan selamat. Sesuka hati jer tinggal handbag kat dalam kete.
Bila dah tahu kes ni, tak berani dah la nak buat macam tu hohohoho....betulll tak berani buat dah.
Karang tak pasal2 nak kena ganti cermin kete ofis.........huhuhu melayang duit.

Kalau nak tau, banyak rumah kat sini tak pakai gril.
Pagar pun jarang bertutup. Beza betul dengan kita kat malaysia kan.
Rumah wajib ada gril, pagar tu pulak 24 jam bermangga. Psssttt bukan letak buah mangga macam entry yg INI..........hehehe...

Pendek kata sekarang ni, cikgu rasa penduduk kat sini pun dah kena waspada.
Cumanya, kalau korang nak datang melancong ke sini. Perasaan takut dengan peragut atau pencuri jalanan tu insyaAllah tak ada. Paling best, kat sini sangat la menghormati pejalan kaki. Kalau kat zebra crossing tu, tak payah toleh kiri kanan, jalan jer , kereta gerenti berenti! Yang tu satu memang cikgu sangat puji.
Oklah sambung len kali plak....karang ada yg muntah baca cerita basi cikgu ni hehehe....byeee

7 comments:

nurbijen said...

kalau handphone hilang pun dah masuk radio, mmg dah takde cerita sgt nak hebohkan :)

Kat Bradford ni, even polis asyik meronda jer selalu masih rasa tak selamat... pernah jadi kejadian tembak kat belakang jalan uni... gerun sgt bila dapat tahu :(

Tapi pasal zebra crossing tu mmg sama dgn sini.. berdiri jer kat kawasan tu, automatik kereta akan stop.... kita pula terkejut sbb mereka brek mengejut, ekekeke

Umialya said...

aman gitu..

CeqGu said...

Nurbijen: uiii gerunnye....kna waspada selalu la yer. Kat sini ok lg la buat masa ni

K.tini: alhamdulillah la tp apa pun cincin kawinku dah kena kebas huhu

ummiross said...

Salam cikgu..

Untung orang Brunei ye. Ummi pun pernah pergi rumah kawan kat Brunei, memang seronk jalan2 kat sana, tenang je.

Anonymous said...

ye kot wp js tak pernah smpi...hihi.

Mimie said...

teringin la nak gi Brunei...

Unknown said...

Sy pun teringin nk ke Brunei. Salam perkenalan. Jom singgah ke blog Sy. Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...