Followers

Sunday, January 20, 2013

Siapa Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Pendakwah ?

Assalamualaikum...

saja2 nak share tentang ustaz kesukaan ramai ni..........

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.



Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.


Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga


wallahua'lam

sumber :http://www.ohbelog.com

17 comments:

MaMa Rey said...

baru tau pula..

best ustaz ni bagi ceramahkan..

Nurul Ain Zulkarnaind said...

nice entro

Nurul Ain Zulkarnaind said...

nice entri

kak nora said...

oo begitu sejarahnyer UAI..suke sgt dengar ceramahnyer santai..

Kuazue Mohd said...

semoga klita mendapat manfaat bersama..

QasehnyaRania said...

layan je kan bila dengar ceramah ustaz.
semalam baru je dengar..

morning cik manis ;D

jom like fb ciksu, boleh?
http://www.facebook.com/pages/Qasehnya-Rania/202226283197791

izan mama mia said...

owh..br tau...mmg suka sgt dgr ceramahnya tuu..best walau loghat ganunya ada yg tak faham..

CeqGu said...

mamaRey:yup,gelak jer dgr ceramah UAI ni

nurul ain:thanks:)

kak nora: yer kak nora ...sangat santai.sekurang2nya makin ramai anak muda rajin nak pi dengar ceramah agama kan

kuazue & ciksu:insyaAllah

izan: lama2 nanti izan pun bleh cakap loghat tganu sbb rajin dengar ceramah UAI hehehe

Mimi Azirah said...

baru tahu...huhuhu

Fiza Rahman said...

Suka dgr cd UAI. Bley hilang stress di buatnya.

Kesuma Angsana said...

mmg suka dgr ceramah UAI ni

aTieYusof Family said...

Minat kat UAI..
sangat berkenan dgn cara dia menyampaikan ceramah2 beliau..:)

ummiross said...

bagus ustaz Azhar ni, dapat tarik golongan muda.

CeqGu said...

mimie;cikgu pun baru tahu huhuhu

fiza,KA,Atie,ummiross: betul tu,gelak memanjang dengar ceramah dia.dalam lucu ada isi:)

hainom OKje said...

Patut pun masa dgn jozan hari tu uai main gitar...dg agak mmg dia dia ni refer...

Ummu Muhammad said...

bile Allah nk bg taufik dan hidayah tnpe kire sape..mereka semua lebih hebat!

CeqGu said...

um: betul tu

okje::)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...