Followers

Friday, January 18, 2013

Bila Mama dan Papa Gaduh...

Assalamualaikum....

Hari ni cikgu nak share satu kisah pergaduhan yang hampir berlaku perceraian antara suami dan isteri sehingga anak2 terpaksa memilih untuk bersama ibu atau ayahnya. Kesian kat budak-budak tu,dah la kecik lagi terpaksa buat pilihan macam tu.......jomla cuba hayati kisah ni kalau nak tau siapa yg selalu jadi pilihan anak2 kalau perkara seperti ni berlaku.....




Suatu hari, sepasang suami isteri yang sudah dikurniakan tiga orang anak, bertengkar hebat.


Anak pertama berusia 5 tahun, anak kedua 3 tahun dan anak ketiga masih menyusu pada ibunya. Betapa hebatnya pertengkaran itu, habis kesemua pinggan mangkuk, gelas, cawan dan peralatan rumah yang lainnya berterbangan dan pecah.

Kerana sudah tidak tahan lagi dengan keadaan begitu, si isteri bersuara “Pa, kalau terus begini, lebih baik kita bercerai! Saya sudah tidak tahan lagi melihat tingkah laku Papa!”, seru isterinya dengan suara yang keras dan emosi yang tinggi sambil membaling pinggan ke lantai.

Tidak mahu mengalah dengan isterinya, si suami pun membalas dengan suara yang lebih keras dan dipenuhi emosi sambil memecahkan gelas ke lantai, “Baik.. Baik…! Kalau itu yang awak nak, saya akan ceraikan awak !! Tapi sebelum tu, mari kita tanya anak-anak. Dengan siapa mereka mahu ikut !! Saya atau awak !!!”.

Lalu si suami bertanya pada anak-anaknya sambil membentak dengan suara yang masih tinggi, “Ana.. Kamu pilih Mama atau Papa..?!”. Jawab si Ana dengan lembut dan sopan, “Ana ikut Mama..”. “Ani.. Kamu..?!”. Jawab Ani pula, “Ikut Mama..”.

Oleh kerana anak ketiga masih kecil dan tidak mampu berbicara, sambil membentak dengan penuh emosi, si suami berkata, “Semua ikut Mama, tidak ada yang ikut Papa..!! Kalau macam tu, Papa pun ikut Mama jugak lah !!!”. Isterinya terus pengsan apabila mendengar jawapan tersebut dari mulut suaminya.

Hehehe.............
Peace No War ! ^_^

** Smile Ya Mommies2.. Tak Elok Gaduh2 (^_^)v

4 comments:

nurbijen said...

hehehe, peace no war....
Bagus ayah mengalah :)

Umialya said...

kiranya si suami seorang yg penyabar le tu, xmo kecoh2, boleh lak wat jenaka

CeqGu said...

k.tini & nur:hehehe...moralnya,salah sorang kena mengalah la kot ye...anak2 jadi penyelamat hehehe

@LeenShamsh said...

heheh lelaki kene ade wanita disisnya heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...