Followers

Showing posts with label Humor. Show all posts
Showing posts with label Humor. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Berita Hangat : Cikgu Bertemu Dato' Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum....

Panasss panassssss...... apa yang panasnye?
Actually cikgu baruuuu jer terserempak dengan Dato' Fadzilah Kamsah dan isterinya kat brunei ni.
Tak sangka sungguh. Baru jer beberapa minit bersua muka dan sembang2 dua tiga patah.

Al kisahnya suami cikgu teringin nak makan eskrim. So kami pun singgah la kejap kat Restoran Season yang letaknya kat level 2 di hotel ni. Waktu nak bayar tu, terdengar suara orang malaysia duk cakap2, pastu pelayan restoran panggil orang tu dengan title Dato'. cikgu n suami pun cepat2 la intai siapakah gerangan rakyat malaysia yang berpangkat Dato' ni. intai punya intai , laaaaaaaa ehhhh rupa2nya penceramah motivasi paling hangat dan glamer kat malaysia. Rasanya satu malaya pun kenal dia. Orang tu tak lain tak bukan Dato' Fadzilah Kamsah. Eeeeeeee sukeee sukeee sukeeeeeeeee!!!

cikgu sempat gak la sembang2 dengan Dato'. cikgu tengok dia nampak lagi muda dari dalam tv. Wah kembang kempis hidung Dato' kena puji dengan cikgu anis kikiki. Dato' datang dengan isterinya. Sebelum tu memang cikgu ada selisih bahu dengan Datin. sebab tak pernah tengok isteri Dato' , so tak kenal la kan.
Lepas borak kejap, Dato' pun mintak diri. Kami pun nak balik ke bilik. Elok sampai dekat lif, nampak dato' n datin tgh masuk lif. Segan pulak cikgu nak naik sekali. Kami semunyi disebalik dinding takut dato' nampak kikikiki. Ntah kenapa tetiba rasa segan pulak, padahal dah rancak menyembang. Adakah itu bermakna cikgu laki bini jenis yg pemalu? auuuwwwwwwww!!

Terlupa pula nak tanya dato' stay kat hotel yg sama dengan cikgu atau kat mana. Tak per lah ...tak penting pun kan kan kan. Elok kami keluar dari lif nak menuju ke bilik. Tup tup ternampak kelibat dato' dengan datin. Laaaaaaaaaa dato' pun stay kat hotel ni rupanya. Dah la tu satu level pulak dengan cikgu. Cikgu dengan suami duk tahan gelak sbb tak sangka kami satu level. Cikgu n suami  jalan pelan2 di belakang dato' n datin. Sengaja nak tengok dato' stay kat bilik mana. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiii................... alahaiiii duk depan bilik cikgu rupanya wakakakaka. Cikgu laki bini gelak sakan. Tak tau pasai apa. Tapi terasa nak gelak jerrrr. Kata suami cikgu, esok pagi nak pi koje bleh la dia nak hai hai bye bye kat dato' yg glamer ni hehehehe.

ok itu jer cikgu nak cerita. Ish rasa nak pi ketuk jer pintu bilik dato' nak pi bagitau, dato' datin saya kat depan bilik jer. kalau datin bosan2 , mai la sembang kat bilik saya hohohohoho........ aci dak ? aci dak?

Sunday, April 28, 2013

Kisah Gelang Emas Berubah Kejadian

Assalamualaikum....


Hari tu kan heboh orang duk kata harga emas turun. Amboi tak senang duduk cikgu dibuatnya. Maklum ler orang pompuan ni  nak nak ore kelate pulak memang payah la nak pisah dengan emas. Cikgu tak der la minat giler2 dengan barang kemas ni. Tapi orang kata beli emas ni benda yg tak rugi. kiranya nak buat pelaburan esok hari la. 


Petang tu suami cikgu duk ralit main2 dengan firas sambil telinga tu duk tadah berita kat tv. cikgu pulak duk layan facebook. Terbaca la wall kawan cikgu tentang harga emas jatuh ni. Apa lagi teruja la ai khennn. Terus ler cikgu cakap kuat kuat kat en suami "Ehhhhh harga mas (emas) tengah murah la sekarang ni bang".
Sekali en suami punya respon sangat mengejutkan cikgu. Kemain dia teruja. Selalu dia layan tak layan jer, tak pun tukar topik lain yg sangat la tak best hahahaha. Saja la tu takut bini dia buat2 muka manja macam kucing, terus dia cair hehehe. So menukar topik lain adalah wajar gamaknya hehehe.

Tapi petang tu responnya sangat la lain. Sampai cikgu tak percaya tengok muka terkezut en suami. Haaaaa ada can nampaknya nak bergaya dengan gelang emas di lenganku ini hohoho. Hatiku gumbiraaaaaaaaa .....
Mungkin niat di hati nuraninya nak gantikan rantai tangan cikgu yg hilang kat singapore tu kot. Ya bedallll buduuuuuuu.

Pastukan dia tanya, "Mas pergi mana yang murah tu, cuba check tengok" soalannya penuh dengan keterujaan tahap kete lumba F1 vrrrrrrrrooooooooommmmmmmm!!! Tapikan soalan dia tu membuatkan cikgu terjaga dari mimpi yg sangat indah itu. Aikkk awat pelik benar bunyi soalannya. Cikgu jawab la jugak dgn nada konfius, " Errrr emas kat mana2 pun memang tengah murah sekarang ni"  

En. suami tak puas hati dengan jawapan cikgu tu, dia tanya lagi " Yer la, tapi mas offer murah ke negara mana. Cer spesifik sikit". cikgu tergaru2 kepala yg tak gatal. "Abang tanya apa ni, saya cakap tentang harga emas yg blink blink tu tengah murah sekarang ni ha"

"Laaaaaaaaaa abang ingatkan cakap pasal tiket MAS melancong kat mana2 yang murah."
Huwaaaaaaaaaa salah paham rupanya lakiku ini. Masa cikgu tgh cerita tentang emas murah tu kebetulan kat tv duk cerita pasal penerbangan MAS . En. suami pulak dengar gitu2 jer, so dia ingatkan cikgu mention tentang berita kat tv tu la. Hadoiiiiii la, berkocaiiiiiiiiii segala impian nak dapat gelang emas seketul hahahahahahaha.

PERHATIAN!
cerita ini adalah dengan izin suami dan gaya bahasanya telah ditokok tambah dengan garam dan gula juga sedikit asam jawa supaya lebih dramatik kekdahnya hahahahaha.

Friday, February 1, 2013

Jawapan Paling Tepat Ialah.......Jeng Jeng Jengggg

Assalamualaikum...

Tadi dalam badan tak berapa nak sedap, cikgu sempat ajak kawan2 blog teka apa yang ada kat dalam gambar ni.....


Dan ini pula jawapan2 yang cikgu terima............ tetiba rasa segar bugar badan baca jawapan2 ni hehehe...

KY : Asam keping  

Jemarisuri : Kurma yang dilecek 

Umi Alya : Belimbing rebus

Kakzakie : Kurma yang meragukan (sebab kakzakie tulis cenggini : macam kurma tapi eh entahlah) hihi

Kuazue : Belimbing buloh wat jeruk kering

Hainom OKje : belimbing buluh yg dijeruk

Nealopah : belimbing rebus yang orang buat sambal hitam


cikgu paling suka baca jawapan hainom OKje kat dalam kotak bawah ni hehehe....... nasib baik OKje perasan clue nya tumbuh-tumbuhan ....... kalau tak mesti lembu boikot dgn OKje hehehehe



ok jawapan yang PALING TEPAT  ialahhhh........ 

BELIMBING BULOH KERING/JERUK hehehe..... 

tepuk! tepuk! tepuk! untuk Kuazue dan juga Hainom OKje  kerana jawapan mereka adalah paling tepat.

Belimbing rebus pun betul jugak tapi tak memenuhi kriteria jawapan pemberi teka teki hohoho.....

Terima kasih sebab sudi bermain teka teki dengan orang yg demam hehehehe....






Saturday, January 19, 2013

Kat Malaysia Ada Tak Sign Board Ni ?

Assalamualaikum....

Tadi tengah godek2 gambar dalam simpanan, baru teringat nak tempek satu gambar ni.....


AWAS ! Kenderaaan Berpusing Di Hadapan.....!

hehehe pernah jumpa tak sign board yg tulis cenggini kat malaysia?
seingat cikgu macam tak pernah jumpa ...
tu yang gigih amik gambar 5,6 kali semata2 nak dapat imej gambar yg betul2 elok....
maklum ler cikgu pakai kamera henpon jer, pastu amik dalam kete yg tengah bergerak.
memang sangat la susah nak dapat yg elok macam ni
tak tau berapa kali en suami cuba slowkan kete bila nampak sign board ni...
tp cikgu asyik fail nak snap gambar ni..
ayah firas ni memang sangat sporting orangnya.....alhamdulillahhhhh

Agak2 apa la yang dimaksudkan dengan kenderaan berpusing di hadapan tu............. ada sape2 berani teka tak ? hehehe

Friday, January 18, 2013

Bila Mama dan Papa Gaduh...

Assalamualaikum....

Hari ni cikgu nak share satu kisah pergaduhan yang hampir berlaku perceraian antara suami dan isteri sehingga anak2 terpaksa memilih untuk bersama ibu atau ayahnya. Kesian kat budak-budak tu,dah la kecik lagi terpaksa buat pilihan macam tu.......jomla cuba hayati kisah ni kalau nak tau siapa yg selalu jadi pilihan anak2 kalau perkara seperti ni berlaku.....




Suatu hari, sepasang suami isteri yang sudah dikurniakan tiga orang anak, bertengkar hebat.


Anak pertama berusia 5 tahun, anak kedua 3 tahun dan anak ketiga masih menyusu pada ibunya. Betapa hebatnya pertengkaran itu, habis kesemua pinggan mangkuk, gelas, cawan dan peralatan rumah yang lainnya berterbangan dan pecah.

Kerana sudah tidak tahan lagi dengan keadaan begitu, si isteri bersuara “Pa, kalau terus begini, lebih baik kita bercerai! Saya sudah tidak tahan lagi melihat tingkah laku Papa!”, seru isterinya dengan suara yang keras dan emosi yang tinggi sambil membaling pinggan ke lantai.

Tidak mahu mengalah dengan isterinya, si suami pun membalas dengan suara yang lebih keras dan dipenuhi emosi sambil memecahkan gelas ke lantai, “Baik.. Baik…! Kalau itu yang awak nak, saya akan ceraikan awak !! Tapi sebelum tu, mari kita tanya anak-anak. Dengan siapa mereka mahu ikut !! Saya atau awak !!!”.

Lalu si suami bertanya pada anak-anaknya sambil membentak dengan suara yang masih tinggi, “Ana.. Kamu pilih Mama atau Papa..?!”. Jawab si Ana dengan lembut dan sopan, “Ana ikut Mama..”. “Ani.. Kamu..?!”. Jawab Ani pula, “Ikut Mama..”.

Oleh kerana anak ketiga masih kecil dan tidak mampu berbicara, sambil membentak dengan penuh emosi, si suami berkata, “Semua ikut Mama, tidak ada yang ikut Papa..!! Kalau macam tu, Papa pun ikut Mama jugak lah !!!”. Isterinya terus pengsan apabila mendengar jawapan tersebut dari mulut suaminya.

Hehehe.............
Peace No War ! ^_^

** Smile Ya Mommies2.. Tak Elok Gaduh2 (^_^)v

Wednesday, January 16, 2013

Kreatif atau Pelik?

Assalamualaikum...





Sanggupkah korang pi makan kat restoran jamban macam dalam gambar ni?
Aihhh hilang selera nak makan. Terus teringat kat Tragedi Dalam Jamban hohoho




Sanggupkah korang hias kete jadi taman macam ni?
Kalau cikgu sanggup jer. Kreatif ape hehehe 




Sanggupkah korang duduk atas kerusi pokok cactus ni?
Eeeee cikgu rasa macam geli plak nak duduk. Haii macam2 idea diaorang ni kan ...



Sanggupkah korang pakai pen drive jari yang kena potong macam ni?
Eeeewwwww kalau cikgu tak sangggupppppp.......ngeriiii  !!

Tuesday, January 15, 2013

Tersilap Kereta Punya Cerita




Assalamualaikum.....


Di suatu hari yang tenang penuh kedamaian.........cewahh
Cikgu berjalan-jalan dengan jari tanpa kaki ke rumah kawan2 di alam maya.
Lalu singgah sebentar ke rumah Intan Firdaus yg sama MUDA dengan cikgu.
Tergelak sorang2 baca nama2 kenderaan Intan. Kete dia nama Bekbi, kete suami dia plak Bekboy. Motor pulak nama Borhan Jantan kikiki.
So cikgu pun mintak Intan buh nama kat kete cikgu kat malaysia nun..... dah dapat nama yg cun, cikgu baru perasan ada KESILAPAN BESAR yang cikgu dah buat..... jom tengok apakah kesalahan ituuu....

jeng jeng jenggg...





Adoiii la ....
Baru cuti tanpa gaji 1 tahun 11 bulan, tp cikgu dah terlupa kat kete kesayangan di malaysia nun. 
Cikgu just pakai Viva jer. 
Entah macam mana hari tu tersilap mention kat IntanFirdaus247 cikgu pakai kete  MyVi hahaha. 
Lupa daratan sungguh cikgu ni kan............ 
Kecik hati Viva kalau dapat tahu ni ish ish ish. Nasib baik la tak kata kete BMW ke, Volvo ke Ferrari ke hehehe....
So cam ne Intan? Terpaksa la cari nama lain plak untuk cik Viva ni........hihihihi


Friday, January 11, 2013

Tragedi Dalam Jamban

Assalamualaikum

Hari tu kan, cikgu n suami pi cari rumah sewa yang baru.
Ye kami bakal pindah lagi walau pun tak lama lagi cikgu akan balik menetap di Malaysia.
Suami nak cari rumah kecik sikit dari sekarang ni.
Yang sekarang ni pun tak der la besar mana pun, tapi kalau duk sorang2 rasa sunyi jugak.
Lagi pun rumah yg sekarang ni agak jauh dan jam utk en suami pi keje.

So kami pun pi la tengok2 sebuah service apartment kat bandar.
Agak mahal tapi dekat sesangat dengan ofis. Tak payah nak pakai kete, jalan 5 minit pun dah sampai.
Masa nak pi tengok rumah tu, tetiba jer cikgu sakit perut.
Kebetulan level tu ada kolam renang dan changing room. Cikgu redah jer masuk sebab dah tak tahan sangat.
Ada dua toilet kosong,yang lain semua ada orang. Riuh rendah gak la dengan remaja2 yg mandi la bergurau senda la

Dah jadi tabiat, sebelum qadha hajat mesti test dulu pam toilet tu. Karang tak berfungsi leh tukar toilet lain kan. Mujur la elok jer pam tu. Legaaaaa. Selesai qadha hajat segala, nak pam la kan. Sekali air yg kuar tu cikitttttt jer. Adoiiiiiii. Rupa2nya air yg masuk semula ke dalam pam tu sangat la slow. Guna getah air hala ke mangkuk tandas pun tak jalan jugak. Degil la pulak!! Adoiii la takkan nak berkurung lama2 dalam toilet tu. Dah la dengar cam orang makin ramai nak guna toilet. Hangin betuiiii la. Berpeluhhhh tau! Berpeluhhhhh!!

Last2 cikgu decide nak angkat jer penutup pam tu dan halakan getah air ke dalam pam. Sekali tak dapat pulak nak alihkan benda tu. Berat woooo. Try jugak.......berdentum kuat bunyi penutup tu berlaga, memang tak leh nak buka. Tetiba jer orang kat luar toilet terdiam.Terkejut bunyi kuat tu kot. Akhirnya terpaksa gak la bersabar pam dengan air pili tu. Lama giler baru misi berjaya. Mesti orang ingat berak batu ni hohoho. Dah selesai, rasa macam malu la pulak nak keluar dari toilet tu. Mesti semua orang duk tunggu nak tengok sape lah gerangan kat dalam tandas tu. Dah la lama, buat bising pulak tu koh koh koh. Tapi takkan la nak tunggu semua orang tak der baru nak kuar kan. So kuar la jugak dengan muka selamba badak. 

Fuhhhh lega, nasib baik tak dak orang tanya duk buat apa lama2 dalam tu hohoho. Bila nampak cikgu, en suami dengan muka heran tanya kenapa lama sangat. Dia kemain gelak bila cikgu cerita tragedi dalam jamban tu..............huwaaaaaa sampai hati tauuuu!!
Tak lama lepas tu en suami pulak yang sakit perut hik hik hik......kan dah terkena tulah heheheh.....kesiannn

Wednesday, January 2, 2013

Tips Keselamatan : Mangga Rumah Terhangat Di Pasaran!


Sekarang ni banyk betul rumah dimasuki pencuri kan. Macam2 alat keselamatan dah kita guna, tapi masih jugak kena ceroboh. Jiran belakang rumah cikgu dulu siap pencuri tu angkat pagar lagi. Balik2 jer tengok pintu rumah dah ternganga, barang kemas habis lesap. Namanya pun pencuri kan. letak la mangga rumah sebesar penumbuk sekali pun, ada saje caranya pencuri2 ni nak pecahkan.Eeee jahat sungguh

Ni ada satu mangga rumah yang cikgu nak share dengan korang. Nak kata bagus sangat tu tak tau lah, kena cuba baru tau. Tapi sangatlah hangat di pasaran. Tip top gitu........Jom pakat cari mangga rumah jenis ni dan pasangkan kat rumah kita, mana tahu kot2 memang berkesan.......gigit jari ler pencuri2 lepas ni hohoho

*

*

*

*

*

*

*

*



jeng jeng jengggggggggggggg inilah mangga pagar rumah yg terhangat di pasaran.............keh keh keh..........jangan mareeeeeeeeeeeee, nanti cepat tuaaaaaaa
hehehe

mesti pencuri2 termenung jer tengok mangga jenis baru ni hehehehe..........silap aribulan siap berkampung depan pagar rumah makan mangga cicah kicap hohoho

Friday, December 28, 2012

Jawapan Lucu Lagi Menggelikan Hati ^_^



Adehhhh sakit perut cikgu baca jawapan ust azhar ni..................... Paling tak tahan jawapan ust untuk soalan 'Betul ke ustaz kata  pakai tudung tu tak wajib?'..............hadoiiii lawak betul, tapi jawapannya sangat la tepat hehehe...............

Photo: LAWAK USTAZ IDRUS.

doa-doa pilihan : http://ow.ly/f5LiV 
info menarik http://ow.ly/f7o7z
























Tuesday, December 25, 2012

Tips Melindungi Kereta Daripada Rosak Akibat Banjir

Assalamualaikum.

Sekarang kat Malaysia musim tengkujuh kan. Nak nak kat kampung cikgu. Tengok dalam paper rupa2nya dah banjir. Cikgu dah banyak kali merasa seksanya banjir ni. Bukan setakat barang rumah, silap ari bulan kereta pun boleh rosak. So untuk lindungi kereta daripada banjir, boleh ikut tips ni.........

*


*


*


*


*


*

jeng jeng jengggggg!



Silalah bungkus kereta korang dengan plastik macam ni kih kih kih. Ikat kemas-kemas tau supaya air tak masuk. Pastu jangan lupa tulis nama, no tel dan alamat. Manalah tau kot kot hanyut sampai ke Brunei, bleh ler cikgu tolong pos kan balik hehehehe. Jangan mareeeee, nanti cepat tuweeee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...