Followers

Monday, April 29, 2013

Berita Hangat : Cikgu Bertemu Dato' Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum....

Panasss panassssss...... apa yang panasnye?
Actually cikgu baruuuu jer terserempak dengan Dato' Fadzilah Kamsah dan isterinya kat brunei ni.
Tak sangka sungguh. Baru jer beberapa minit bersua muka dan sembang2 dua tiga patah.

Al kisahnya suami cikgu teringin nak makan eskrim. So kami pun singgah la kejap kat Restoran Season yang letaknya kat level 2 di hotel ni. Waktu nak bayar tu, terdengar suara orang malaysia duk cakap2, pastu pelayan restoran panggil orang tu dengan title Dato'. cikgu n suami pun cepat2 la intai siapakah gerangan rakyat malaysia yang berpangkat Dato' ni. intai punya intai , laaaaaaaa ehhhh rupa2nya penceramah motivasi paling hangat dan glamer kat malaysia. Rasanya satu malaya pun kenal dia. Orang tu tak lain tak bukan Dato' Fadzilah Kamsah. Eeeeeeee sukeee sukeee sukeeeeeeeee!!!

cikgu sempat gak la sembang2 dengan Dato'. cikgu tengok dia nampak lagi muda dari dalam tv. Wah kembang kempis hidung Dato' kena puji dengan cikgu anis kikiki. Dato' datang dengan isterinya. Sebelum tu memang cikgu ada selisih bahu dengan Datin. sebab tak pernah tengok isteri Dato' , so tak kenal la kan.
Lepas borak kejap, Dato' pun mintak diri. Kami pun nak balik ke bilik. Elok sampai dekat lif, nampak dato' n datin tgh masuk lif. Segan pulak cikgu nak naik sekali. Kami semunyi disebalik dinding takut dato' nampak kikikiki. Ntah kenapa tetiba rasa segan pulak, padahal dah rancak menyembang. Adakah itu bermakna cikgu laki bini jenis yg pemalu? auuuwwwwwwww!!

Terlupa pula nak tanya dato' stay kat hotel yg sama dengan cikgu atau kat mana. Tak per lah ...tak penting pun kan kan kan. Elok kami keluar dari lif nak menuju ke bilik. Tup tup ternampak kelibat dato' dengan datin. Laaaaaaaaaa dato' pun stay kat hotel ni rupanya. Dah la tu satu level pulak dengan cikgu. Cikgu dengan suami duk tahan gelak sbb tak sangka kami satu level. Cikgu n suami  jalan pelan2 di belakang dato' n datin. Sengaja nak tengok dato' stay kat bilik mana. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiii................... alahaiiii duk depan bilik cikgu rupanya wakakakaka. Cikgu laki bini gelak sakan. Tak tau pasai apa. Tapi terasa nak gelak jerrrr. Kata suami cikgu, esok pagi nak pi koje bleh la dia nak hai hai bye bye kat dato' yg glamer ni hehehehe.

ok itu jer cikgu nak cerita. Ish rasa nak pi ketuk jer pintu bilik dato' nak pi bagitau, dato' datin saya kat depan bilik jer. kalau datin bosan2 , mai la sembang kat bilik saya hohohohoho........ aci dak ? aci dak?

13 comments:

izan mama mia said...

nnt kim salam kat dato yer..akak pun minat gak...

nurbijen said...

aci sangat....
kita pun jeles boleh sembang bukan main lagi dgn dato' :)

Cik Matahariku said...

rasa kelakar baca entri ni, gitulah gamaknya kl saya jumpa selebriti mcm sdri jmpa Dato`...hahha..

Ummi Iman said...

Depan bilik je rupanya. Kelakar pula sampai menyorok :)
CA dah tgk jawapan saya bg pertanyaan CA tu. Cuba CA ambil pil kalsium. Mana tahu boleh membantu masalah CA tu.

hainom OKje said...

bestnya ceqgu ...tanyalah soalan banyak2 haha... eh apa salahnya ceqgu...kot2 datin tu boring...kalau org offer gitu suka gaknya...
Dah balik ke belum?

zahirian said...

ambik gambor la kak..alang2 dah bertentang mate..hii

Kesuma Angsana said...

amboi seronoklah dpt jumpa dato tu.. boleh korek2 ilmu !

ieda immi said...

wahhh .. x der pic ke dik ??

Nurul Ain Zulkarnaind said...

wah terujassss

klo yong pun malu2 gitew hehehe

intanfirdaus247 said...

wah wah anis...syoknya dapat jumpa penceramah motivasi ...

Mia Kassim said...

wahhh...glemer sekejap tapi sayang takde gambar pulak kan....hehe

Nora Karim said...

wah bestnya jumpa face to face!!

QasehnyaRania said...

bestnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...