Followers

Monday, April 1, 2013

Kesian Firas

Assalamualaikum.

Dah dekat seminggu firas batuk2. Kuat pulak tu. Kesian sgt . Mcm nak terkeluar anak tekak. Sampaikan terganggu tido hero kecik ni. Nak buang kahak tak ler pulak pandai. Jenuh duk ajar, puiiii ajer yg keluar hihi.

Kembar firas pun batuk jugak, firas kongsi ubat batuk dgn sepupu dia ni. Dah jenuh cikgu bg firas mkn ubat batuk tu, tp tak kurang2 jugak batuknya.elok ayah firas sampai ke kota bharu, kami bawak firas pi klinik. Mati kutu gak nak cari klinik pakar kanak2 kat kota bharu. Lepas tanya pakcik google jumpa la dua tempat. Satu kat an nisaa' dan satu lagi klinik TMC   tak jauh dari pasaraya billion.  Cikgu decide nak ke klinik TMC  sbb ramai yg komen bagus.

Kebetulan hari tu sabtu, ramai la pulak pesakitnya. Dah la x buat appointment, so terpaksa la dtg esoknya. Kali ni siap2 buat appointment. sekali firas pulak xnak balik. Dia nak main2 kat klinik tu. Berkenan sungguh dia kat bangku IKEA hak kecik2 . Rajin dia duk susun2 kerusi tu. Happy giler dpt main.

So esoknya kami pi lg ke klinik tu. Mujur ler tak seramai hari sebelumnya. Kat sini doktor yg panggil nama pesakit hihi. Lepas cerita sok sek sok sek kkeadaan firas kat doktor, doktor pun selak baju firas. Hurmmmmm doktor kata firas dah kena asthma huwaaaaa......cikgu n asben mcm terkedu seminit. Mcm xpercaya pun ada.xnampak pulak firas mcm org kena asthma. Kata doktor, kalau kanak2 bwh umur setahun, keadaan mcm ni adalah disebabkan virus. Tp utk kanak2 umur lebih setahun, keadaan mcm firas ni dah dikategorikan sbgai athma....huhu...sedeyyy.....tahun ni mmg family cikgu diuji dengan segala macam sakit....alhamdulillah,allah sayangkan kami. Moga kesihatan suami cikgu dipelihara hendaknya.

Padanla batuk firas x ok2 walau dah mkn ubat batuk. Doktor bg dua pilihan sama ada nak guna ubat jenis sirap atau gas. Kalau yg gas lebih bagus tp kena spend duit lebih sikit utk beli alat penyedut . Kami pilih ubat gas. So total semua termasuk ubat batuk mama firas ialah rm140. makanya bertambah lagilah aksesori firas utk dibawa ke hulu ke hilir. hurm ingat dapat ler guna kad ING, tp kat klinik ni tak terima la pulak.....jadinya bayar ler sendiri2....

Sekarang ni firas masih lagi batuk2. 4 jam sekali nak kena bagi dia sedut gas tu. Tuhan saja la tahu payahnya nak bagi dia sedut gas tu. Kawan2 doakan firas segera sembuh ye....huhu mama sedih ni...

14 comments:

nurbijen said...

Lor, kesiannya firas... Semoga Firas cepat baik... Be strong yer, Anis....
Danish dan Aisyah pun memang asthma dari kecil... Tapi Alhamdulillah, bila mereka masuk umur 3 tahun dua dua dah ok....
Anis biasa tak guna Minyak Mestika? Saya selalu juga letak kat dada dan belakang Danish supaya dia lebih mudah bernafas dan kahak pun lebih cepat kering...
Baik kan Dr Zam, pakar kanak2 kat TMC tu? cara dia consult pun kita rasa yakin jer... Saya kalau kat KB pun selalu bawak anak2 ke sana hingga doktor pun dah kenal kami... kalau jumpa kat supermarket pun siap boleh sembang lagi... hihihi

umi alya said...

teruk ke tahap asma Firas sampai doktor bekalkan inhaler?

mungkin dia allergik ngan keadaan sekeliling, maksudnya skrg inikan panas melampau, mungkin tersedut debu2 yg berada disekeliling.

Alergik ngan bulu2 binatang (kucing) @ makanan?

Nota: alaaaaaaaa hadiah cenderahati jer, sekadar suka2, kalu akak terjumpa sudip ajaib, pastinya akak beli daa ntuk cikgu anis

Aisy Nasiha said...

kesian firas, kena lebih beehati hati selepas ni..benda berbulu, makanan sejuk kena elakkan tu...

BUNDA a.k.a KN said...

assalam, moga dipermudahkan segala urusan olih Nya..

Mia Kassim said...

Semoga firas cepat sembuh ye.....anak aku pun yang sulung tu pun sama, kalau batuk memang terpaksa gi hospital sedut gas nak cairkan kahak....

hainom OKje said...

ceqgu anak okje yg kecik tu pun pernah kena athma masa dia kecik dulu...rasanya dlm 2-3 tahun .... pernahlah jugak sedut gas kat klinik tu.... tapi bila semakin besar nampaknya semakin jarang dia kena lelah tu... kalau batuk lama mmg boleh jadi kena lelah... juice, air gas kena jauhkan dulu kot!

izan mama mia said...

mg cepat lega yer firas.... cian bebudak kalau batuk,..sampai merah2 muka..

Tuan Juhaida said...

Sabar anis ye.aunty doakan firas cepat sibat!

iietamalek said...

Jiran sy cakap, ubat yang ventolin tu elok.saya nak cari kat farmasi, bagi zhariff makan..takut juga kan, sebab zhariff pun nak dkt 2minggu tak baikbaik.

CeqGu said...

Nur: ooo nur pun biasa kat situ yer. Anis 1st time pi situ. Harapnya ni kali ptama dan terakhir la firas kena asthma

K.tini: boleh jadi juga alergik. Inhaler tu lebih bagus dr ubat sirap. Gas senang skit nak sampai ke seluruh paru2. Skrg ni batuk firas dah xteruk mcm sebelum ni.rasa lega skit.

Aisy: air gas mmg xminum, tp ais mmg peberet dia la tu.

Okje: tu ler cikgu xsangka la batuk sampai tkena asthma sbb firas xderla tercungap2 mcm semput. Tp lps tgk dada dia baru tahu dia dah kena asthma.

Izan,ida: thanks atas doa kalian

Iieta: better bawak jumpa doktor segera la

aTieYusof Family said...

Sian nya Firas.. moga2 cepat sembuh ye cyg.. rajin2 makan ubat ya..

Azrul Izam RD said...

Salam perkenalan Ceqgu..

Nauzubillah min zalik... Semoga Firas dijauhkan segala yang buruk-buruk dan segera sembuh..


| 7 Rahsia Takaful Pendidikan
>> http://takafulpendidikanterbaik.com/

Nora Karim said...

kesiannya firas... moga cepat sembuh ya...

intanfirdaus247 said...

harap2 Firas cepat2 sembuh sepenuhnya..cian iras

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...