Followers

Tuesday, April 30, 2013

Nak Tanya Pendapat Boleh Tak???

assalamualaikum...


tskkk.....tssskkk......tsskkkk
tetiba jer cikgu rasa macam sunyi sepi. dua tiga kali dah duk intai kot lubang pintu yg cinonet tu, tp nampak pesen bilik depan cikgu ni dah tak bertuan. Tak sempat nak ajak dato' fadzilah kamsah n datin bergambar. Masa jumpa aritu tak bawak sebarang gadjet yg ada kamera. so tak dapat la nak share gambar dgn korang. 


oklah ari ni cikgu nak tanya pendapat sikit la. Firas sekarang ni suka sangat sangat tiru apa yg orang dewasa buat. Terutamanya bab masak memasak dan bancuh air. Kalau nampak mama dia sinsing lengan baju masuk dapur. Dia pun mula lah sibuk ke dapur jugak. Habis barang dalam kabinet dipunggahnya. Pastu siap amik periuk kuali segala duk main ketuk2 masak style mamak la kunun kununnya.

gambar hiasan ehsan en google

Yang terbaru dia suka nak main dengan cawan dan sudu. Nak bancuh air ler kekdahnya. So hari tu terbelah dua lah piring cawan hotel ni huhuhuhuhu. Silap cikgu ler jugak, masa tu tengah masak, serabut dia duk merengek nak kan cawan, tu cikgu bagi jer dia main. Bila dah jadi macam ni, cikgu terpk la nak beli alat mainan yg ada set cawan dan teko kat Firas. Biar dia main puas2.

gambar hiasan ehsan en google

Semalam bawak la dia pi beli. Terjumpa la set yg agak sesuai dan menepati ciri2 yg cikgu nak. Hampir2 nak terbeli dah, pastu tengok kaler dia pink pink gitu terpk pulak cikgu....................... ishhhhhhhh sesuai ker budak laki main menan yang macam tu. Serba salah la pulak nak beli. Firas memang suka. Terus cikgu kata mahal la Firas. Mujur la firas tak mengamuk. Dia macam faham pulak. Kerut2 n serius jek mukanya duk ulang ayat cikgu. "Mahal....mahal" sambil dia letak semula menan tu. Alahaii kesian la pulak. Alasan mahal tu selalu menjadi kalau cikgu tak nak belikan barang yg dia nak. Kecuali bola, cakap ler mahal ke, buruk ke apa ke, dia tetap nak jugak. Peminat bola yg sangat tegar ni hehehehe...

Hurmmm apa pendapat korang semua, ok ke if cikgu beli set cawan dan teko a.k.a menan budak pompuan kat firas?

16 comments:

Umialya said...

akak rasa kekok lak belikan mainan masak2 ntuk anak2 laki..

firas minat masak2 sbb 24 jam dok bawah ketiak ibunya, lagipun hari2 dok tengok si ibu memasak & bancuh air.

tunggu le sikit masa lagi iaitu apabila dia bertemu ngan kawan2 seusia dan sejenis dengannya, Insya Allah minatnya akan beralih, pasni lasak2 le mainannya, cayalah..

Aisy Nasiha said...

masa Naim kecil dulu, dia pun minat main dgn brg masak ni.. klau kat rumah, periuk, kuali, sudip n lain2 mmg dia je yg pegang, ada masanya kena memujuk rayu dia kalau kita nak guna.... malah, sedara mara pun tahu sebab kalau ke rumah orang pun dia minta kuali n sudip, haha hebat tak?

saya tak pernah beli set mainan, walaupun dia nampaknya seronok main dgn set mainan masak masak dgnkakak sepupunya..... mmg tak nak galakkan dia main macam tu selamanya, alhamdulillah hujung tahun lepas dia dh mula tak main dgn kuali n lain2.

mmg lega rasanya, minat dia sejak usia 11-12 bulan tu dia akhirnya tukar dgn benda lain....

me suya said...

erm nak kata pendapat tu tak jugak la kak long eyh.. ni kira pengalaman tgk anak2 sedara membesar. Suya ada anak sedara yang cam firas masa kecik2 dulu..skrg dah 14thn dah.. Ma Suya memang belikan je die mainan tuh, tapi takda la kaler pink. Pastu aleh2 die tak main pun semua tu.. nak main yg ori gak..feel kot main yg ori.. Tapi skrg, bila dh besar sikit neh nampak minat die memang ke arah kulinari sikit.. Tapi tak lembut pun..Main je squash ng bola..Cuma bila time kita nak masak, die memang suka belajar.. Untungnya, bila pergi camping sekolah die dgn bangga ah tunjuk skill masak.. So firas pun boleh je main semua tu. Sebab firas tinggal kat hotel..nanti balik rumah, main yg kat dapur kak long pulak :p

me suya said...

mana tahu nanti firas jd doktor ke, ustaz ke.. tapi masa sama leh masuk masterchef :)

intanfirdaus247 said...

salam anis..baru singgah sini...sorry lambat mai..huhuhu..merangkak2 intan..hehe...err x der ke menan yg jenis tu kaler lain eh? memang kaler pink ya? tp rasanay x per lah anis..sebab hubby kita pon pakai baju t shirt waner pink..hehe..skrg ni semua org suka try and error...so kalau menan ni rasanya x der masalah kot

Mia Kassim said...

Emmm susahnya nak bagi pendapat.....itulah anak2 kan...macam firas ni dia sorang saja di rumah, teman bermain cuma ceqgu jak kan, sebab tu lah mungkin dia tiru apa yang ceqgu buat semua tu.....
Macam Damia dia agak lasak sikit sebab dia tiru semua yang dibuat oleh abang-abangnya.....

♥Cik Puan♥ said...

firas nak tolong ibu bacuh air yer,...

♥Cik Puan♥ said...

firas nak tolong ibu bacuh air yer,...

nurbijen said...

tak perlu kot nak beli alat mainan pink tu..
Mungkin boleh cari sudip/pinggan/cawan plastik utk firas main masak2 kat dapur...
Lagipun dari pengalaman saya, alat2 mainan macam tu buat anak2 cepat boring.. main kejap jer, lepas tu nak juga sudip dan periuk real kat dapur

Oyis said...

kalo yih la, rasanya x dop masalah. dia budak lg, minat skjp je kot. nnt besar lupa la tu, xde long term efek, insya Allah. lg pon apa salahnya kalo budak laki minat masak. bahagia isteri dia besok :)

sbnarnya, kalo x beli set mainan pon, asal budak mesti gi dapur main jgk kuali ke, sudip ke, periuk tu wat masak2 kan? isu dia sbb pink je la, tp no hal lah... toys spt biasa, kjp je rosak so x de la kekal

klo minta nak pakai skirt ke, err.. hok tu mmg yih akan halang la heheh :P

miss yatie said...

tak sesuai kut mainan budak perempuan untuk budak lelaki, cari je lah mainan lain..janggal rasanya

Anonymous said...

no no...elok firas cikgu beli yg doktor2 puya atau askar2 puya..lasak skit..nti jadi chef plak ank cikgu...hhihii

Nora Karim said...

cikgu, daripada beli yang mainan tu... baik cikgu cari pinggan mangkuk, sudu garfu, gelas/cawan yang plastik...

Anonymous said...

ntahlah for KA ok aje.. dulu2 Along Dan angah sebab umur x jauh beza berkongsi menan2 ni termasuklah peralatan memasak angah,,, but then Along memang suka memasak & masakan dier mmg sedap dari Angah dan dalam masa yang sama Along seorang sportman, so kita kena pandai2lah didik dan pantau ! yang penting sokong minat anak2

OKje said...

Beli je pinggan cawan plastik, bukan yg mainan tu....kalau dia nak main sudip, bagi je sudip kita, yg tu bukan kacakan.....
Ceqgu nk ke tanggug risiko imam muda pilihan seorang sutun? Haha.....
Tp kalau dia pandai massk senang juga kita ceqgu

CeqGu said...

tenkiu tenkiu tenkiu di atas pandangan kawan2 semua. cikgu pun terpk dari cikgu beli mainan baik cikgu beli cawan/gelas yg betul tapi bahan plastik. bleh gak cikgu buat minum kan kan kan hehehe..... cikgu suka kalau dah besar nanti firas suka memasak. cousin cikgu yg laki pun ada yg terror masak. kalah ai tauu....depa tetap lelaki sejati heehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...