Followers

Sunday, April 28, 2013

Kisah Gelang Emas Berubah Kejadian

Assalamualaikum....


Hari tu kan heboh orang duk kata harga emas turun. Amboi tak senang duduk cikgu dibuatnya. Maklum ler orang pompuan ni  nak nak ore kelate pulak memang payah la nak pisah dengan emas. Cikgu tak der la minat giler2 dengan barang kemas ni. Tapi orang kata beli emas ni benda yg tak rugi. kiranya nak buat pelaburan esok hari la. 


Petang tu suami cikgu duk ralit main2 dengan firas sambil telinga tu duk tadah berita kat tv. cikgu pulak duk layan facebook. Terbaca la wall kawan cikgu tentang harga emas jatuh ni. Apa lagi teruja la ai khennn. Terus ler cikgu cakap kuat kuat kat en suami "Ehhhhh harga mas (emas) tengah murah la sekarang ni bang".
Sekali en suami punya respon sangat mengejutkan cikgu. Kemain dia teruja. Selalu dia layan tak layan jer, tak pun tukar topik lain yg sangat la tak best hahahaha. Saja la tu takut bini dia buat2 muka manja macam kucing, terus dia cair hehehe. So menukar topik lain adalah wajar gamaknya hehehe.

Tapi petang tu responnya sangat la lain. Sampai cikgu tak percaya tengok muka terkezut en suami. Haaaaa ada can nampaknya nak bergaya dengan gelang emas di lenganku ini hohoho. Hatiku gumbiraaaaaaaaa .....
Mungkin niat di hati nuraninya nak gantikan rantai tangan cikgu yg hilang kat singapore tu kot. Ya bedallll buduuuuuuu.

Pastukan dia tanya, "Mas pergi mana yang murah tu, cuba check tengok" soalannya penuh dengan keterujaan tahap kete lumba F1 vrrrrrrrrooooooooommmmmmmm!!! Tapikan soalan dia tu membuatkan cikgu terjaga dari mimpi yg sangat indah itu. Aikkk awat pelik benar bunyi soalannya. Cikgu jawab la jugak dgn nada konfius, " Errrr emas kat mana2 pun memang tengah murah sekarang ni"  

En. suami tak puas hati dengan jawapan cikgu tu, dia tanya lagi " Yer la, tapi mas offer murah ke negara mana. Cer spesifik sikit". cikgu tergaru2 kepala yg tak gatal. "Abang tanya apa ni, saya cakap tentang harga emas yg blink blink tu tengah murah sekarang ni ha"

"Laaaaaaaaaa abang ingatkan cakap pasal tiket MAS melancong kat mana2 yang murah."
Huwaaaaaaaaaa salah paham rupanya lakiku ini. Masa cikgu tgh cerita tentang emas murah tu kebetulan kat tv duk cerita pasal penerbangan MAS . En. suami pulak dengar gitu2 jer, so dia ingatkan cikgu mention tentang berita kat tv tu la. Hadoiiiiii la, berkocaiiiiiiiiii segala impian nak dapat gelang emas seketul hahahahahahaha.

PERHATIAN!
cerita ini adalah dengan izin suami dan gaya bahasanya telah ditokok tambah dengan garam dan gula juga sedikit asam jawa supaya lebih dramatik kekdahnya hahahahaha.

15 comments:

Nurul Ain Zulkarnaind said...

kih3~

lawak ja yong baca

klo dpt seutas kan besh heheheh

Mama Adam said...

Hahaha... betul. Kedai emas dh mcm pasar. Org beli emas mcm beli ikan. Nk itu, ini, itu. Kira!

umi alya said...

len kali sebutan tu biar terang, mmg le ore klate panggil MAS tp org luar lak EMAS..

Bukankah Cik Abe cikgu orang utara tentunya dia ingatkan MAS tu k/terbang..

akak nak gelak kuat2 jelah.. hahahahihihihihihohohohohoooho......

Ummi Iman said...

:)

Tuan Juhaida said...

Haha secukup rasa ya hihi

zailamohamad said...

hahaha lawak laki cikgu ni..laki ambo sporting juga kalu tahu emas murah dia meme bg beli cuma tahun ni ambo xleh nak beli sebab ada agenda besar dalam famili yang dok aim tahun ni..hihihi

ieda immi said...

ekkeke x per2 ..
aah emas tgh murah skrg nie
tapi x lah murah sgt dik

sini 124.00

Lisa Sheila said...

hehe... emas n MAS lebih kurang je bunyinya ceqgu...tu yg suami ceqgu wat muka terkejut pasal MAS.. nk melancong lagi gamaknya ye..hehe...

hainom OKje said...

Dulu masa okje kawen emas time tu 35 henggit ceqgu... laa ni mak oiiii... 190 lebih...tak tau pulak duk heboh murah ni berapa henggit!

nurbijen said...

hahaha, lawak2..
tapi kalau dapat melancong pun best apa :)
Ramai juga yg post kat facebook mas murah, beli jgn tak beli :)

noris said...

ingatkan dpt kelih brg kemas baru kaka nis dah sat ni.. huhu... yih hilang cincin 2 bentuk ni kak anis. asal beranak jah hilang brg kemas (sbb c-sec sokmo mesti kena cabut yg di badan). beranak aisyah mulo pon hilang 2 jgk cincin. bilo mention ke abe saiful pasal emas murah, dia kata nehi2. dia kata kita cuai... apalah nasib.

CeqGu said...

nur : kena kelik kelate baru syiok beli emas hehe...tapi tu la, akaun tak berapa nak mengizinkan beli emas huhuhu

noris : hihihi, kalau beli tak dak la nak tunjuk kat sini, malu ehhh hehe.b4 c-sec tu tak buang siap2 kat rumah ker?

yong: memang ler beshh kalau dapat

okje: tu ler, dulu2 nak beli tak dak duit....la ni ada duit, tapi tak cukup la pulak sbb emas dah mahal hehe

shiela: kami memang kaki makan angin hehe

k.ieda: asal harga emas jatuh, kira murah la tu hehe

zaila: laki demo ore mana? kalu kelate, memahami skit nilai emas hehe

k.tini: amboi amboiii sakan nooo duk gelak kat cikgu anis hehe

MA: huihhh itu macam ka? banyak duit betul depa ni kan

Kesuma Angsana said...

hehehe lucu ler pulak

intanfirdaus247 said...

akakak..laaa salah faham upernyaaaa ...sorang emas..sorng tiket mas..haha...tp betol memnag tgh murah..intan beli dua bentuk cincin weekend baru n...giler2 dapat murah

Mia Kassim said...

hahaha terus eksaited ko ye suami bagi respons....
sekali tengo mas lain lah ... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...