Followers

Wednesday, April 24, 2013

Sultan Kelantan Yang Ambo Kasih


Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:



Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia.

9 comments:

nurbijen said...

sayang sultan jugak, humble orangnya :)

izan mama mia said...

psst..gambo sapa tuu

Ummi Iman said...

Ada baca kisah ni. Sultan yg mempunyai akhlak dan tauladan yg baik buat yg lain.

CeqGu said...

izan: psssttt gambar sultan kelantan yg baru. sekali tengok memang tak der rupa sultan kan hehe.....Tuanku mmg sangat humble orangnya

Mama Zharfan said...

memang satu dlm sejuta ...moga2 cepat lah our sultan jd YDPA :) amiin

Lisa Sheila said...

Sultan yg di kasihi rakyat... Sangat humble...semoga Allah selalu merahmati sultan Faris & rakyat jelata sekalian... :)

hainom OKje said...

Mak terharu baca entri ni Ceqgu...tiba2 tergenang air mata... alahai bangganya rakyat kelantan dan alangkah bagusnya kalau sultan semuanya cam tu...

intanfirdaus247 said...

hensem Sultan ni..hensem dengan wajah tenang ..

Kesuma Angsana said...

pernah baca cerita ni juga..terharu sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...