Followers

Sunday, April 28, 2013

Resign kah????

Assalamualaikum...

aduhhhh terharunya la dengan feedback kawan2 tentang resign keja. Jawapan adik kakok semuanya menenangkan jiwa raga cikgu hehehe. Terima kasih ye kawan2.

Buat masa ni cikgu tak berniat utk resign. Lepas2 ni tak tahu lah kan kot kot mengikut jejak langkah Puan Zaila kita tu hehehe. Macam jiran kesayangan cikgu cakap la memang sayang nak berenti bila jadi cikgu nak nak keja kerajaan pulak. Bukan senang tau cikgu nak mohon jawatan perguruan ni. 'Tanam anggur' lama gak la baru dapat keja tetap ni. Mengenangkan susahnya nak dapat keja ni lah yg buat cikgu pk berulang kali.

Nak kata suami mampu sangat sangat sangat tu tak juga. Cukuplah setakat menanggung keluarga kecik dan cute kami ni. Banyak juga tanggungjawab lain yg suami kena pikul. Best memang best jadi surirumah. Jawatan kaum hawa antara paling tinggi darjatnya di sisi agama. memang bertuah sape dapat jawatan ni. Tapikan cikgu rindu la nak belai dan manja2 dengan anak2 istimewa cikgu tu. Cikgu rasa bahagia dan bertuah sangat dapat didik ahli2 syurga ni (insyaAllah). Harap firas pun sayang kat abang2 dan kakak2 istimewa dia tu.

Sekarang ni cikgu pasrah sajalah, kalau ditakdirkan cikgu ditukarkan sekolah, cikgu redha. harapnya dapat tempat terbaik utk cikgu sekeluarga. Pas pas (opssss bukan parti politik hehehe) ni kalau timbul masalah atau mungkin asben lama kat tempat orang, baru cikgu nak pk balik offer resign keja tu. Eh eh resign keja pun ada offer ker? hik hik hik. Kecualilah suami keluarkan arahan kuasa veto. Tak yah pk panjang2, maka dengan itu saya yang menurut perintah sebagai isteri solehah (solehah kerrrr????) akan bersedia meletak jawatan saya sebagai guru dan berkhidmat untuk suami yang soleh dan anak2 tercinta...... hehehe boleh gitu?

7 comments:

Si Matatajam said...

Sayang pulak keja tu yek... Tapi kata suami perlu ditaati..

Nurul Ain Zulkarnaind said...

ok la tu~ if msih oke.. keje je

tp jadi surirumah best juga hehe

zailamohamad said...

zaila ni memang dah give up dah dalam mencari kerja..tapi takpe as long as kita ada ijazah, pasni kalau nak kerja balik pon takpe..tapi ntah bilerlah tu..tunggu anak2 besar belaka nampak gaya macam tak laku dahlah degree ambo tu..haha

Iena Norie said...

kalau saya pulak, dah lama pikir nak resign.. huhu.. bila anak2 selalu sakit dan kita yg bekerja cikgu ni pulak susah nk cuti.. macam2 masalah jadi.. semua saya dh harungi.. tebalkan telinga.. tebalkan muka nk mngadap org2 yg bising bila saya cuti.. sedih tau... bila anak2 sakit, saya tpaksa jugak hantar ke nursery.. mmg dah lama sgt dah rasa nak resign..
tapi en. suami saya tak bagi.. byk komitmen kami.. tambah lak saya ni kaki shopping.. jadi duit gaji sendiri tu satu keperluan utk saya.. hehe...
lagi satu, kita kena bersedia utk sebarang kemungkinan.. ajal & pertemuan di tangan tuhan.. kalau jadi apa2, kita kena besarkan anak2 sendiri nnti.. kalau tak bekerja, rasanya susah laaa kan..

*panjang lebar lak... luahan rasa ni.. sbb isu ni dah lama saya fikir.. kikikiii..

hainom OKje said...

Betul tu...sayang le ceqgu kalau nak berhenti....keje kerajaan pulak tu...jangan2 jangan...
Tak apa setiap masalah tu ada penyelesaiannya... sesekali jumpa hubby..kan best....macamlah ceqgu tak biasa hehe

Tuan Juhaida said...

Hihi pikir masak2 tau sblm buat keputusan. kecuali kalau mmg arahan suami, br ikut. Sayang juga nak berenti kejakan sebab kita x dpt jangka apa akan berlaku masa hadapan nanti

intanfirdaus247 said...

apapun buat yg terbaik...intan doakan anis dapat buat keputusan yg tepat..apapun suami mesti didahulukan..pencapaian diutamaakan..akakak..da mcm YB dah ni ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...