Followers

Friday, July 11, 2014

Muridku Kaki Bodek ;)

Assalamualaikum...

wahhh nampaknya ada improvement skit ye dr segi tahap kerajinan tuan blog menghapdet hihi..

kebetulan baru habis scan document.....terasa gatal plak nak pot pet pot pet kat sini.

sekejap jer dah masuk bulan 7 kan......cepat betul masa berlalu...... dah bulan 7 tapi cikgu masih mengajar topik dua kat murid2 istimewa cikgu. Maklumlah nama pun murid istimewa kan....nak nak plak ajar matematik, kena paham konsep asas betul2....baru bleh nak ajar topik seterusnya. ni cikgu punya style la...lain cikgu lain gayanya....

satu kelas murid cikgu paling ramai pun 7 orang....paling sikit 4 orang......tu belum kira yang kerap tak datang....kadang2 satu kelas tu ada sorang jer yg hadir.............menyanyi riang la cikgu hehehe.....sebabnya bleh fokus betul2 kat murid tu. Kelas pendidikan khas tak bleh ajar ramai2. karang murid ke mana, cikgunya ke mana..... ala macam kelas pemulihan jugak la, mana ada ajar murid ramai2 sampai 30-40 orang kan.

Ada orang kata, senang la nak ajar sebab murid sikit. Oh janganlah kata begitu. Sebab tidak mudah la makanya bilangan yg kecil diperuntukkan utk satu kelas. Nak tau susah ke tak ajar murid2 istimewa ni, lebih kurang ajar murid2 yang lemah dalam pelajaran la. contohnya ajar kelas murid yang pandai-pandai dengan kelas murid yang lemah. Murid pandai, cikgu ajar macam naik jet. Ajar sikit je, diaorang dah faham. Tp kalau kelas corot, cikgu ajar ibarat naik beca. Untuk murid pendidikan khas pulak, cikgu ajar ibarat jalan kaki....... ada yg bleh jalan kaki cara pecut.....ada jugak yg ala ala melenggang kangkong....haaa tu diaaaaa gambaran serba sedikit hehehe....

kiranya untuk murid pendidikan khas ni cikgu kena banyakkan latih tubi. sebab tu la lambat nak habiskan satu topik.  itu belum sentuh bab tingkah laku lagi. kadang murid cikgu ni ada yang laju jer buat latihan, so bila cikgu nak ajar secara one to one, cikgu akan sediakan berlambak2 lembaran kerja......haaa buat la diaorang sampai muka kuning, merah, hijau hehehe... one to one ni antara kaedah yg paling berkesan utk ajar murid khas (pd cikgu la) . sambil duk ajar, kdg2 cikgu terjerit2 bagai mak lampir......dudukkkk!!!! masukkk!!!! diammm!!! hahahaha.....duk tengah ajar, tup tup ada yg berlari sana sini, keluar kelas la dan terjerit2. Tu belum lagi yang terkencing terberak.......alhamdulillah la sekarang guru pendidikan khas di bantu oleh pembantu pengurusan murid .....depa ni la yg banyak memudahkan kerja2 cikgu.... :)

bayangkan sebelum adanya jawatan pembantu pengurusan murid ni, kadang cikgu sakit perut nak terkucil pun terpaksa tahan..... mana taknya risau kot ada murid yang lari keluar atau cederakan diri. Haaa sapa kata mudah nak jadi cikgu khas ni. Yang kata cikgu khas goyang kaki pun ada. Tak baik la cakap cenggitu kan....kita ni masing2 ada tanggungjawab dan peranan yg tersendiri kan kan kannn.....

bercakap tentang buku latihan/ aktiviti murid khas ni plak, kalau nak cari kat kedai khas utk murid istimewa ni sangat la payah nak jumpa kat malaysia ni. selalunya cikgu akan guna buku preschool , selebihnya cikgu suka buat sendiri. bayangkan cikgu nak ajar operasi tambah dalam bentuk lazim. cikgu terpaksa sediakan petak dan terangkan satu-satu berulang kali supaya murid faham macam mana nak tulis dalam bentuk lazim. bila dah faham baru lah cikgu mintak diorang tulis dalam buku tulis dan kemudiannya pada lembaran kerja yg tak ada petak. memang kena step by step ajar murid istimewa ni. Dah kuasai, barulah ubah topik baru....lepas sebulan ajar, tup tup tak ingat semula apa yg dah diajar,huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa maka bertabah lah cikgu anis menerima dugaan ini.....

Apa pun dugaannya, cikgu tetap enjoy ajar murid2 istimewa ni. Nak tau kenapa??? depa pandai bodekkkk.....ada sorang murid ni nama mesranya kak teha.....uishhh asal cikgu anis masuk kelas jer mesti ampu baek punya la....."cikgu anis, saya saaaaaayanggg cikgu anis" tak pun, "cikgu anis, cikgu ni cantikkkkkk la" atau "cikgu, saya rrrennnnnduuuu cikgu " dan yang paling tak tahan......" cikgu anis tahu tak, cikgu anis ni sebijik macam dato' siti nurhaliza! " wakakakakaka cikgu gelak sampai keluar ayaq mata la kalau dia cakap lagu tu...... tang mana tu yg sama kak teha oiiii.....kalau dato siti dengar ni  mau nanges tak berlagu tujuh hari tujuh malam ni hahahaha...

Wednesday, July 9, 2014

Nak Naik Abigem Punya Cerita

Assalamualaikum...

salam ramadhan kepada  yg sudi singgah sini.....

ehhhhhh nak taip apa ni?
buntu la pulakk kikikiki....
seriussss, tak tahu berapa kali dah taip...tapi lepas tu delete...hehe

ramadhan kali ni, cikgu rasa agak kepenatan sikit...
mungkin kah kerana cuaca yang agak panas...hmmm...
semalam balik jer dari sekolah terus badan rasa macam tak de tenaga...
tergolek jer atas katil....
nak masak pun tak larat... nak keluar membeli pun malas.
maka plannya berbuka aje lah dengan cendol sirap sejuk dingin....perghhh

lepas solat asar, terus cikgu pi bancuh ice lemon tea utk berbuka puasa....
perghhhhh nyamannn, sedappppp sungguh mengenangkan air masam2 manis sejuk dingin melalui anak tekak yang kehausan hehehe....

hari hari  layan ice lemon tea ni....bukan payah pun....tapi rasanya memang umpphhhh lah...
tak caya try la buat....cikgu guna teko saiz biasa, pastu rendamla satu sachet teh lipton dalam air panas bersama 5-6 hirisan lemon (lemon tau bukan limau nipis/kasturi), pastu buh la gula /air gula yang dicairkan tu...biarkan sejuk n letak dalam peti. nak minum nanti buh la ais.......sedapppppp

hamekkkk...kata tak tau nak tulis apa, siap ngajo buat ice lemon tea plak dah kekeke....padahal orang lain dah lama tau kui kui kui.......
lepas bancuh air, cikgu sambung bergolek atas katil......tak lama lepas tu datang la imam muda cikgu dengan sebiji kusyen merah di celah ketiak.....
firas : nah mama, amik ni...
mama : nak buat apa bantal ni
firas : bagi mama peluk la...
mama : adussss sweetnya anak mama ni....(berbunge2 hati mama time ni  ngeeeee)
lepas tu terus dia keluar pi sambung tgk cite kartun

tak lama lepas tu, firas datang lagi. waktu tu cikgu tengah baca whatsapp suami tentang kapal terbang yg terbabas kat brunei tu.......firas ternampak gambar kapal terbang tu...
firas : mama jom la naik abigem (aeroplane)
mama : mama tak der duit la firas, duit mama dah habis buat beli menan firas tu haa. firas ada duit ke?
Firas : adeeeeeeeeeeeeee. Jap ye mama....

berlari lari firas datang bawak duit nak tunjuk kat mama.
firas : nah mama, ni duit firas. nanti kita naik abigem ye mama
mama : hahhhhhh!! duit ni nak beli tiket abigem? fengsannn!!

sorry nak oiii, mama tak mampu nak tahan gelak bila firas hulur duit 5 sen utk beli tiket abigem....
kalau la semurah itu harganya nak, wajib hari hari mama pi koje naik abigem huhuhu





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...