Followers

Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

Mama Kentut !

assalamualaikum....

hurm tangan cikgu masih kebas2 dan lenguh.....
tapi tetap jugak nk membebel kat sini.
boring la bila dua hero gantengg duk lena...
mentang2 la dpt tido atas katil empuk, si kecik tu pun lena tak hengat...
siap tepis mama sbb xmo kongsi bantal...
nak konker sorang2.....hamboiiii
ini sudah lebeyyyy.....mama punya besday....
firas pulak yg terlebih2.....huhuuu

pg tadi hidung ni selsema plak....
so hidung ni berbunyi la srott...sreet....sroott...sreettt...
tetiba firas tgk cikgu sambil kata  "tentott!" (kentut)
yg tak tahan tu siap bunyi plak "hekkkk!" (cara firas bunyikan kentut hihi)
adehhh tak habis2 nak nyakat mama dia

pssstttttt percayalah cikgu x kentut pun! huhuhu

Dan inilah penyebab utama dua hero ganteng tido nyenyak.....

Thursday, January 24, 2013

Hotel Paling Mewah Di Brunei : The Empire Hotel & Country Club


Assalamualaikum....

Pssssttttt rasanya ni entry terakhir utk hari ni......esok tak tau lagi hahahaha

Kali ni cikgu nak share tentang hotel paling mewah di Brunei. Entry ni nampak mcm pjg tapi tak pun sebenarnya. Ada byk gambar tu pasal nampak cam pjg. Sape tak layan entry ni mmg rugi hehehe.

Hotel ni bukan setakat mewah tapi sangat la besar dan luas.Kalau tak silap ada lebih kurang 9 buah kolam kat sini. selain tu kat sini jugak ada kelab golf, mini cinema, tempat main bowling, gym,gelanggang badminton,tenis dan macam2 lagilah
Hotel ni letaknya kat tepi laut, kalau naik flight nak balik ke Malaysia, selalunya boleh nampak kat cermin kapal terbang. Cantik sangat!

Kalau sape2 nak datang Brunei, kalau tak nak duduk sini pun tak pe, tp jgn lepaskan peluang datang tengok hotel mewah ni. Jangan malu jgn segan, masuk jer. Cakap jer cikgu anis yang suruh datang tengok2 hahahahaha
Nanti kalau diaorang tanya sape cikgu anis, pepandai la korang jawab kah kah kah....

Jom tengok betul ke hotel ni mewah......

 Pintu masuk utama. 

Hotel ni letaknya di Jerudong. Kalau sape2 pernah baca entry cikgu tentang restoran malaysia di Brunei, hotel ni letaknya memang tak jauh dari restoran tu.


Ini ler mini cinemanya. Keluarga kerabat selalu jugak datang tengok wayang kat sini. Kalau tetiba ada kete mewah park depan2 panggung ni, haaa sah sah la tu ada kaum kerabat yg datang tengok wayang.

sebelum jumpa panggung wayang ni, korang akan jumpa bangunan kelab di sebelah kiri. Agak ke dalam jugakla. Sesapa yg nak main gym ke badminton ke golf ke bleh ler ke sini.Cikgu suka sangat mandi kat bilik persalinan kelab ni. Ada jakuzi dan sauna lagi hehehe..... 

Water Fountain kesukaan firas. Mama dia pun suka. Bila dengar air fountain ni kan, terus rasa macam nak tido hehehe. Fountain ni letaknya opposite dengan pintu masuk hotel.

Ini la pintu masuknya. Otomatik dengan kuasa tangan manusia hehehe. 

Jeng jeng jeng...... ini antara gambar di sekitar lobby. Ni gambar yg cikgu amik masa 2011.
Sekarang depa dah tukar dengan sofa lain yg nampak lagi mewah. Lobi ni luas sangat. Kat sini ada kedai kek yang famous dengan kek batik brunei ....

 kek batik yg kaler hijau dan coklat ni hanya ada dihotel empire ni. Kalau tak stay kat hotel ni pun korang boleh pi beli kat situ. Memang glamer abis la kek batik ni hehehe. Kalau ada event apa2, mmg orang selalu order kek batik tu. Rugi sape tak rasa hehehe

Chandelier dengan batu swarovski (errr main hentam jer ejaan, malas nak google, sori la yer kalau silap)



Ni level paling bawah.


Ni tempat breakfast. Makanan boleh tahan sedap dan macam2 ada. Tiles marmar yg digunakan kat hotel ni memang high class punya.


Haaaa ada gak terselit gambar anak raja yg tengah mogok tak puas hati tak dapat main 'kakalam' (kolam) hehehe


 Ni view sebahagian kawasan hotel. Nampak tak laut yg terbentang luas tu? Kalau malam memang boleh nampak lampu dari atas pelantar minyak. Siang hari pun boleh nampak tau.......sayup2 mata memandang gitu. 


 view hotel dari luar

gempak tak bangunan hotel ni......memang macam istana kan


ni antara bangunan bilik hotel yg mengadap view taman dan laut


 
Bilik hotel. Tilam dia bestttt. Empuk gitu.Bantal plak ala2 tenggelam bila letak kepala hehehe

 Dalam toilet pun guna marmar mahal tau. Siap boleh mengintai lagi time nak jadi badak berendam hihihi

Jom tengok view kat luar hotel plak......



 salah satu kolam yg selalu jadi tumpuan mat dan minah salleh. Kolam menngadap laut. Sambil berenang, teropong la ikan duyung brunei keh keh keh


 tak jauh dari kolam tadi tu, ada kolam khas utk budak2 mandi sambil berjimba2. 

 kolam ni plak bersambung dengan kolam yg memula tadi. kat sini korang bleh berkayak.


 ni view kolam dari pandangan atas

Kalau korang nak stay sini, sila jgn amik yang bangunan sea view. Sangat tak cantik biliknya. viewnya pun sekadar lagun jer. tak menarik langsung. cikgu lupa dah apa nama bangunan hotel yg siap ada kolam tu. yg tu                              
siap ada kolam cetek utk budak dan kolam dalam utk dewasa. Memang dekat dengan bilik. Tu yg cikgu suka tu. Cumanya jauh skit dari lobby dan harga pun mahal la skit.

Haaa duk gebang2 tentang hotel ni, tak nak tau ke berapa reganya? hehehe
kalau tak silap cikgu harga penginapan untuk satu malam bagi bilik paling murah ialah $180-$200 ++  (brunei dollar.....utk RM sila darabkan dengan 2 . 4 hehehe)
Tapi kalau nak tau harga lebih tepat boleh check SINI



Friday, December 14, 2012

Roti Prata Onion with Mushroom....Sedappp!!!


Aduhhhh la mengantuknya la mata ni. Semua ni gara-gara kisah SESAT kat tempat Aaron Aziz la ni. Jam dua pagi baru boleh tidur dengan aman. Firas pulak sepanjang perjalanan memang tidur lena. Elok sampai hotel dia bangun plak dah. Orang dah puas tido, mana nak tido lagi walau mama mengulit dengan lagu dangdut sekali pun hohoho.

Pagi ni pukul 10.30 pg baru keluar breakfast. Makanya terpaksa la keluar breakfast kat luar hotel. Mujur la dah biasa kat area ni. So kami pi pekena roti canai kat sini...........


 
 Kedai kopitiam yang ada tanda halal. Kedai ni share dengan kedai nasi padang kat bawah ni...........



Kedai Punggol Nasi Padang

Boleh tahan gak sedap roti canai kat kedai kopitiam tu. Kari ikan untuk cicah roti canai tu sangat2 la kena dengan selera cikgu. Mabelessssss....

Ada macam-macam jenis roti prata.....prata cheese lah, prata banana chocolate lah, prata onion with cheese lag (err ada her, ingat2 lupa)................. yang jadi pilihan cikgu ari ni ialah......

jeng , jeng jengggggg....




Roti prata onion with mushroom, sedappppppp!! Uiksss ape hal siap ada dua garfu ni?? hahaha

So sesapa yang nak mai singapore, korang duduklah kat hotel sekitar Orchad Road ni, senang nak cari makanan halal kat kawasan ni. Nak, nak Hotel Grand Hyatt. Kami just jalan kaki jer nak pi breakfast kat sini. Selain kedai kopitiam n kedai nasi padang tu. Ada jugak kedai halal ayam penyet wong solo dan kedai masakan thai.....

oklah nak pi kenduri dahhh byeeee!


Jangan Pandang Negara Aaron Aziz Kecik Sebarang Kecik!

Assalamualaikum..


Cikgu sekarang kat Singapore. Hari ni nak pi kenduri sedara asben. First time kami drive ke kota Singa ni. Kami bertolak dari K.L pukul 5 ptg. Nak tau pukul berapa kami sampai kat hotel macam kat bawah ni ??






Kami selamat sampai kat hotel Grand Hyatt, Orchard Road ni pukul 1.30 PAGI !! Ni gara-gara terlebih makan langsat agaknya. Sampai kami tersesat sesat entah ke mana2. 

Jangan pandang negera singa si abang Aaron Aziz yg berlakon dalam Adam dan Hawa ni kecik sebarang kecik, rupa-rupanya kalau sesat memang gigit jari jugak! Nak nanges dibuatnya. Sudahlah lupa nak amik no. tel hotel, alat tunjuk arah (GPRS ke apa namanya) pulak tiba2 mati tak bernyawa sbb bateri kong huhuhu.....Ada sekali kami tersesat sampai ke Lim Chu Kang kalau tak silap namanya. Kat situ segala jenis kubur ada. Patutla sunyi jer jalannya................serammmmmmmmmm!!

Tapi syukur, bila sampai staf hotel tengok muka kami yg dah ala-ala karipap kena penyek, bilik kami di upgred ke suite.............Terima kasih Grand Hyatt.......sapa2 nak mai singapore, cikgu recommend duk hotel ni sebab senang nak cari makanan halal dan nak shopping. Kiri kanan ,depan belakang tempat shoping ! hehehe. 

ok nak pi iron baju, tgh hari ni nak pi kenduri. Errrr doakan kami tak sesat lagi yer huhuhuu...

byee!!












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...