Followers

Showing posts with label Tempat Makan. Show all posts
Showing posts with label Tempat Makan. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Restoran Kapal Terapung Atas Sungai Kelantan

assalamualaikum....

lama rasanya cikgu tak pot pet pot pet kat sini....
bukan takat pot pet pot pet, rumah kawan2 pun tak pi terjah. mintak maaf sgt2...
terima kasih sbb kwn2 ambil berat ttg cikgu....terharuuuu huhuhu..

sekarang ni cikgu kat kg, balik berubat. result blood test aritu dah keluar...
alhamdulillah bukan tiroid, sel darah merah  pun ok. malangnya cikgu belum sihat sepenuhnya....
masih mencari apa yg tak kena. Masa cikgu mcm ada kaitan dgn saraf  sbb bila umi cikgu urut terasa mcm ada renjatan letrik gitu...

sekarang ni tgh nak set appointment dgn doktor kat sini. Doa2kan cikgu sembuh sprt biasa ye...
hati ni sgtla tak keruan bila jadi mcm ni. Tekanan darah cikgu pun naik turun tak menentu...

Asyik duk cerita tentang sakit pun tak syiok jugakkan...
So arini cikgu nak share satu tempat makan yang menarik tapi bikin hati sentap, mata bagai nak terkeluar tengok harganya hihihi. Ni cikgu la ....korang duit berkepuk tentu tak kisah punya :)

Inilah Captain Restaurant. Letaknya kat tepi sungai Kelantan. tempat makan ni unik tau sebab bentuknya macam kapal. Satu kat darat satu kat atas sungai. Yang kat sungai tu kena booking dulu. 

 




Selain tu boleh jugak nak pancing udang galah. RM5 sejam dan harga udang tu pulak RM8 untuk 100gram. Tu kiranya dah termasuk dengan harga upah masak sekali. 





Kami order ini jer...............jus mangga dan jus nenas, untuk firas aiskrim.....yummyy yummyy........jom skodeng harganya pulak......





Apa macam? Hati ada mau sentapkah tengok harga air2 ni? Cikgu sentap tau...... Nak buat macam mana, tuan kedai ni beli tanah dengan harga yang sangat tinggi. So harga makanan dan minuman pun kena la up huhuhu


inilah budak paling happy sebab suka tengok sungai dan kolam udang tu.
Sape2 yang teringin nak booking atau nak merasa makan kat atas sungai, bleh la contact kat sini....


Friday, January 11, 2013

Restoran Selera Malaysia di Brunei

Assalamualaikum

Breakfast apa pagi ni?? ^_^
Hari ni cikgu breakfast kat rumah jer sebab en suami ada kursus la pulak huhuhu....
Selalu kalau hari minggu macam ni pagi-pagi lagi cikgu keluar berjimba2 satu family.
Hari minggu hari cikgu cuti main masak-masak horrayyyy.........
Tapi kekadang tu mati kutu jugak nak pk makan kat mana.
Biasanya tempat peberet kami breakfast ialah kat sini......

 AMANAH HARITH MALAYSIAN RESTAURANT

 Haaaa jangan tak tauuu, makanan Malaysia pun ada kat sini. Cumanya tak banyak la. Ala kalau datang sini jangan risau lah bab2 makan ni. Masakannya tak jauh beza pun dengan tempat kita. Cumanya setakat ni cikgu belum jumpa nasi kerabu, nasi dagang...................pendek kata masakan pantai timur malaysia payah la nak jumpa. Laksa penang pun ada tapi nak jumpa yg sedap tu agak susah.
Haaa orang kelate yang minat berniaga tu, mai mai la bukak kedai makan kat sini. Ramai jer orang Malaysia yg duk keja sini tau.


Restoran Amanah Harith ni letaknya kat Jerudong. Menu yang best kat sini , bagi cikgu sekeluarga la kan ialah nasi lemak. Memang sedap! Owner kedai ni orang Malaysia dari Johor dan kawin dengan orang Brunei. Kat sini ada gak buffet. Boleh tahan sedap jugak menu2nya. Bak kata orang,kalau datang ke sini memang rasa macam duk Malaysia la hehehe. Cuma pekerjanya ajer orang Filipina dan Indonesia mari ^_^



Restoran ni ada satu lagi cawangan baru di City Square, Berakas. Restoran baru tu lebih besar dan selesa. Maklumlah tempat baru kan kekeke. Restoran ni letaknya luar sikit dari pusat bandar Brunei. Tapi tak jauh mana pun selagi namanya masih dalam Bandar Seri Begawan. Brunei bukannya sebesar mana pun kan. Kalau dari pusat bandar just amik highway ke Jerudong. Kalau stay kat Hotel Empire, memang dah dekat sangatlah. Tapi kena naik kete la jugak hehehe. Kedai ni tepi jalan raya jer. Memang senang nak jumpa, tapi agak susah nak parking sebab tempat parkingnya terhad.
Klik SINI kalau nak tengok google mapnya.

Ehemmm En. Shahdan, silalah belanja cikgu makan free untuk sebulan yer sebab promote restoran ni kih kih kih.

Selain restoran ni, ada satu lagi restoran yang kami suka pi breakfast dan makan petang. Namanya Restoran Aneka Rasa. Lain kali cikgu citer apa bestnya restoran ni yer. Kesian korang nak baca panjang2. Nanti nak blogwalking ke blog lain pulak kan. Sori yer dah membebel pjg di pagi hari hehehe. Bukan apa, just nak share info utk sape2 yg nak mai sini. Nanti senang la cikit nak cari tempat makan best2........
oklah.........byee




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...