Followers

Friday, July 24, 2009

Tips Elak Lemak di Pinggang..

Beberapa menjak ni cikgu anis tetiba jek ada motivasi nak melansingkan badan yg tak berapa lansing ni...sesape yg ada masalah nak menguruskan perut..jemputla baca info yg di copy n paste dari blog anizyn ni....bila dah baca nanti baru tau rupanya lemak kat badan ni pun bermacam jenis....

Masalah perut buncit tidak mengira jantina — ia boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Bagaimanapun, kebanyakan wanita mempunyai bentuk badan ‘buah pir’ di mana pengumpulan lemak lebih tertumpu pada pinggul dan paha.

Malah, wanita yang lebih sensitif terhadap penampilan akan berusaha mengekalkan bentuk badan.

Baik lelaki atau wanita, berperut buncit bukan perkara membanggakan. Namun apabila usia meningkat, usaha mengurangkan lemak di pinggang dan menurunkan berat badan biasanya payah dan mengambil masa lebih lama.

Bagi wanita, pengumpulan lemak pada pinggang biasanya lebih ketara dengan peningkatan usia, terutama selepas menopaus. Selepas menopaus, lokasi pengumpulan lemak berpindah daripada di bawah lengan, paha dan pinggul ke pinggang.

Berita baiknya, tidak kira apa pun bentuk badan, apabila anda bersenam secara teratur dan menjaga pemakanan, bahagian paling cepat susut dan hilang ialah lemak di pinggang. Lemak pada bahagian lain akan menyusul kemudian.

Mengapa perlu hilangkan lemak di pinggang? Lemak di pinggang atau kegemukan sentral (tengah) adalah petanda kurang baik kerana ia boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Lemak ini dipanggil lemak viseral. Cuba cubit lemak di pinggang anda. Lemak yang boleh dipegang ini di namakan lemak subkutaneus iaitu lemak di bawah kulit. Lemak viseral ialah lemak yang kita tidak dapat lihat; yang terkumpul di keliling organ. (hohoho baru tau ada lemak viseral dan lemak subkutaneus)

Orang gemuk biasanya mempunyai banyak lemak yang mengisi ruang di antara dan mengelilingi organ. Ia perlu ‘dihilangkan’ kerana boleh menjejaskan fungsi organ dan dalam kes serius, ia menyebabkan organ gagal berfungsi.

Lemak viseral ada di lapisan lebih dalam, tetapi ia lebih mudah dibakar berbanding lemak subkutaneus melalui senaman, kata pensyarah pemakanan Universiti Penn State, Dr Penny Kris Etherton.

Lemak viseral dikaitkan dengan masalah kolesterol tinggi, trigliserida tinggi, tekanan darah tinggi dan terlalu banyak insulin. Pakar perubatan juga menggelarnya ‘lemak pembunuh’.

Lemak di pinggang lebih berbahaya berbanding tempat lain. Lemak viseral meningkatkan risiko untuk mendapat:

# Penyakit jantung

# Kencing manis

# Sindrom metabolik

# Masalah pundi kencing

# Tekanan darah tinggi

# Kanser usus

# Merangsang keradangan

# Dikaitkan dengan proses pengerasan salur darah (menyebabkan lebih mudah mengalami masalah jantung)

Penyelidik mendapati sel lemak di pinggang adalah sel aktif. Ia boleh menghasilkan hormon dan bahan lain yang boleh menjejaskan kesihatan.

Contohnya, ada sel menghasilkan hormon yang merangsang masalah kerintangan terhadap insulin (menyebabkan sel tidak sensitif kepada insulin yang bertugas mengangkut gula dari darah ke dalam sel).

Ada pula sel lemak menghasilkan hormon estrogen yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Bagaimanapun, penyelidik masih mencari jawapan bagaimana hormon berlebihan ini boleh menjejaskan kesihatan tetapi yang pasti, berlebihan sel lemak di pinggang mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.

Mungkin ada yang terfikir untuk menjalani proses sedut lemak. Menurut Perunding Pembedahan Plastik dan Kosmetik Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Lim Chai Leng, proses ini hanya untuk membuang lemak subkutaneus di bawah kulit dan bukan lemak viseral. Lemak viseral masih tetap ada dan hanya hilang melalui senaman. (tok sah la sedut-sedut....karang lain plak jadinye...)

Menurut Perunding Kanan Endokrinologi, Universiti Malaya, Profesor Dr SP Chan, tahap kesihatan seseorang tidak akan berubah dengan pembedahan sedut lemak kerana ia hanya untuk tujuan kosmetik supaya nampak cantik.

Untuk meningkatkan tahap kesihatan, seseorang itu perlu bersenam dan menjaga pemakanan, terutama bagi individu yang berisiko tinggi mendapat kencing manis seperti mempunyai ahli keluarga menghidap penyakit berkenaan.( huhuhu family kita ada yg kencing manis)

Siapa yang berisiko mengalami masalah ini? Seseorang itu dikatakan mempunyai simpanan lemak viseral jika ukuran pinggangnya melebihi 98 sentimeter (40 inci) bagi lelaki dan 83 sentimeter (33 inci) bagi wanita. (ukur jangan tak ukur)

Walaupun orang yang gemuk dan obes mempunyai lebih banyak lemak viseral, tidak bermakna individu dengan berat badan normal tidak mengalami masalah ini. Ada ramai orang yang tidak gemuk tetapi berperut buncit. (hmmm...aku antaranya)

Kajian menunjukkan lelaki dan wanita berusia 70 tahun ke atas dengan berat badan normal tetapi mempunyai banyak lemak viseral berisiko tinggi mendapat kencing manis.

Walaupun kajian itu ke atas warga tua, ia juga boleh dijadikan peringatan kerana kini ramai golongan muda menghidap kencing manis.

Tiada cara mudah, pil ajaib, makanan atau senaman khusus yang mampu menghilangkan lemak di pinggang. Malah, senaman khusus seperti angkat tubi juga tidak akan membuatkan perut anda kempis. Cara terbaik untuk mengurangkan lemak di pinggang ialah:

# Bersenam — Senaman aerobik seperti berjalan cepat, menari, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau berenang boleh membantu membakar lemak di pinggang dengan cepat. Untuk lebih berkesan, lakukan senaman lima kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 60 minit setiap sesi.

Lebih lama dan bersungguh-sungguh anda bersenam, lebih banyak lemak di pinggang akan hilang. Senaman yang tertumpu pada bahagian tertentu tidak akan membantu. Senaman ini perlu mampu meningkatkan degupan jantung anda.

Kajian Pusat Kanser Fred Hutchinson di Seattle menunjukkan wanita gemuk yang bersenam secara teratur boleh mengurangkan antara 3.4 peratus hingga 6.9 peratus lemak viseral (bergantung kepada kelasakan senaman) tanpa mengubah pemakanan mereka dengan penurunan berat badan sebanyak dua kilogram. Lebih cergas senaman dilakukan, lebih banyak lemak viseral dapat dihilangkan.

# Makan makanan mengandungi banyak serat. Serat bukan saja membuat anda cepat kenyang, tetapi kenyang lebih lama. Ia akan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan. Elak makanan ringan dan banyak lemak.

# Dapatkan tidur secukupnya. Tidur terlalu sedikit (kurang enam jam) atau terlalu banyak (lebih lapan jam) menyebabkan badan menghasilkan berlebihan hormon tekanan, kortisol. Hormon ini merangsang penyimpanan lemak di pinggang.

# Belajar mengawal tekanan melalui pelbagai pendekatan, termasuk bersenam. Ia dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang sekali gus membantu memudahkan anda mengatasi masalah kegemukan secara keseluruhan.

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

moralnya :
moh la kita bersenam...cik ila jadi ketua ye...cik mas jadi pembantu ...kak ina kl jadi perancang makanan sebelum bersenam, cik alyyani jadi tukang kira dan cikgu anis tukang jaga radio hehehe...

Wednesday, July 22, 2009

Jom Main Semunyi-semunyi...


Cuba kengkawan tengok betul betul....apa yg ada di sebalik tiang tu.....?
Hehe...itulah dua orang anak istimewa (sindrom down) kita yg suka main semunyi-semunyi setiap kali lepas rehat. Lepas makan jek mesti depa berdua ni nak berlari...puas ditegur tapi tak makan saman. Yang kelakarnya, depa beriya berlari sebab nak semunyi daripada cikgu anis. Nak ajak main semunyi-semunyi la konon...ishhh tak kuaseee cikgu nak main semunyi-semunyi di sebalik tiang...dah la tu semunyi macam tak semunyi hehehe....kekadang tu, bila kita nak pi dekat tempat persembunyian depa, tetiba je depa lari plak ke lain..huh penat ler cikgu nak menjejak depa berdua ni...bila dah tak larat...cikgu anis jadi mangsa gelak depa berdua ...gelak sampai sakit perut tu....

Ekceli depa berdua ni bukan pasangan bercinta...tapi depa ni adalah sepupu sepapat....depa sangatla rapat macam kembar siam...berjalan nak sama-sama, makan pun nak sama-sama....tapi agak malang sikit la sebab yg perempuannya queen control ...dah la tu lagak dan gayanya ganazzz cam budak laki...hehehe....jgn tak caye, yg pompuan ni ler selalu ajak cikgu main lawan-lawan...yg lakinye pulak pantang dengan muzik, maka bergoyangla seluruh badan dari kaki ke kepala...cuba tengok aksi joget dengan aksi miming ni...

video

Tengok ler gaya nasyid...menari bagai nak rak hehehe..ni ler gaya nasyid alaf baru....yg pompuannye..tak abis abis ngan gaya queen control....


video

Ni plak tengah perasan nak jadi Mawi...peminat no 1 Mawi la katakan...miming pun jadi lahh...dah la tu remote control dijadikan microphone..kalau nak tau...remote control tu memang selalu jadi rebutan time depa ni nak menyanyi...sebenarnya nyanyian adalah salah satu terapi untuk kanak-kanak yg ada masalah pertuturan.




waktu tengah senaman pun tetap nak bersama gak...tengok ler gambar yg dalam bulatan tu...yg pompuan kat depan, yg lakinye kat belakang.....(sori ler gambo tak clear)


info :
Kanak-kanak sindrom down biasanya menghadapi masalah pertuturan kerana mempunyai lidah yg agak pendek dan tebal...kanak-kanak yg mempunyai masalah pertuturan biasanya rendah diri dan malu untuk berkomunikasi. Menerusi aktiviti yg dilaksanakan di Program Pendidikan Khas...kanak-kanak yg tak mahu bercakap dan tidak suka bersosial/bergaul biasanya akan menunjukkan perubahan yg positif. Mungkin juga mereka merasakan diri mereka dapat diterima dan kekurangan mereka dapat difahami oleh rakan-rakan istimewa di program ini.

K.U.D.A = kuda ke ayam???

11.30 pg tadi kita ke kelas Cerdik untuk mengajar Kemahiran Hidup. Tajuk hari ni adalah sambungan daripada minggu lepas iaitu Haiwan Peliharaan. Minggu lepas kita perkenalkan kucing sebagai salah satu contoh haiwan peliharaan. Hari ni plak kita perkenalkan ayam. Seronok betul depa ni tengok gambar ayam...ada ayam jantan, ayam betina...anak ayam pun ada...sampai nak lunyai gambar-gambar tu. Kalau la bawak ayam yg real, rasanya ayam pun takut dengan depa ni.

selepas bercerita tentang ayam. Kita pun nak ajar mengeja la pulak...

cikgu anis : sape pandai eja AYAM sila angkat tangan.

Dalam 4 orang murid yg datang, salah seorang daripadanya (si comel prader willi) dengan penuh yakin dan semangat membara mengangkat tangan untuk mengeja AYAM.

si comel : saya tahu macam mana nak eja AYAM , cikgu(dengan gaya ala-ala professor serba tau)

cikgu anis : ok cuba awak eja....(macam bleh agak je jawapannya)

si comel : eja AYAM ye cikgu....errr....K.U=ku......D.A=da.....AYAM......

cikgu anis: laaa...KUDA dah jadi AYAM la pulakkk....pandaiiiiinyeeeee...hehehe...

Moral :
Macam tu la bila nak mengajar anak-anak...kalau boleh elakkan dari mengatakan 'SALAH'...perktaan tu sebenarnya akan memudarkan minat anak-anak dan takut untuk memberi jawapan . Walau pun salah, berilah pujian atas keberanian anak-anak kerana berusaha memberi jawapan. Kemudian barulah beri jawapan yg betul pada mereka...pujian adalah cara yg paling baik utk menarik minat anak-anak untuk terus belajar. Bukan nak kata kanak-kanak je yg suka pujian, org dewasa pun sama gak...kalau tak caya cuba ingat balik...kalau suami puji isteri...mesti lobang hidung terbukak luas...betul tak...so lepas ni kalau nak suruh anak-anak siapkan homework ke apa ke...cubalah dengan cara memuji..udah udah la membebel...buat sakit telinga depa je...

Tuesday, July 21, 2009

Cara-cara Makan Buah Rambutan...

Pagi tadi ada satu kisah yang nak marah ada, nak tergelak pun ada. Al kisahnya macam ni...

ingat lagi tak anak murid kita yang Prader Willi tu...ari ni dia bawak 4 biji buah rambutan. punyala simpan elok2 rambutan tu. kawan-kawan nak mintak sebiji pun dia tak nak bagi. Nak jadi cerita, lepas makan nasi lemak, dia pun berhajat la nak makan buah buah rambutan tu. Malangnya si comel ni tak pandai plak nak buang kulit rambutan yg memang tengah ranum tu. Dek kerana terkial-kial cuba membuang kulit yg penuh dengan bulu-bulu itu, maka seorang kawannya berasa sangat kasihan. Lalu si kawan pun meminta izin si comel ni untuk menunjukkan cara-cara memakan buah rambutan. Dengan senyuman paling manis, si comel mengizinkan...Si kawan pun ambil la sebiji buah rambutan n mula menerangkan cara-caranya .....

1. memula pegang buah rambutan ni dengan tangan macam ni...
- si comel mengangguk tanda faham

2. pastu gigit kulit rambutan ni dengan gigi
- angguk lagi

3. buang kulit rambutan dan...
- mata dah berkedip-kedip

4. akhir sekali masukkan buah rambutan ke dalam mulut macam ni....habisss...(sambil menutup mulut yg penuh dengan sebiji buah rambutan)

- apa lagi meraung-raung la si comel tu sebiji rambutan dah selamat masuk mulut si kawan....hahaha..bijak...bijakk...sungguh bijak si kawan ni mengambil peluang. Tu ler saper suh kedekut

bila ditanya kenapa buat macam tu, rupa-rupanya si kawan ni memang dah terliur sangat dengan rambutan tu...kalau mintak sah sah tak dapat...so dia gunala trick ni...hehe...dalam nak marah tu sempat gak la tergelak . niatnye baik tapi terpesong la pulak hehe... yg si comel tu plak, selagi tak dapat ganti buah yg dah dimakan tu, selagi tu la menangis teresak-esak....sampai sakit telinga dibuatnya.....sudahnya dua dua kena marah dengan cikgu anis n masing-masing saling bermaafan....depa ni gaduh kejap je, pastu berbaik la...legaa

Thursday, July 2, 2009

Alahaii Berebut La pulakkk...

Hari ni ada cerita tragis kat kelas pendidikan khas. Kita pun agak terkejutla dengan perkembangan anak-anak istimewa kita kali ni.

pagi tadi selepas ada perbincangan sikit dengan Guru Besar, kita pun menghayun langkah ke kelas. Dalam kelajuan langkah yg lebih laju daripad kura-kura, kita melintasi kelas Amanah (kelas murid istimewa yang level IQ nya paling ok antara 4 buah kelas). Sebelum sempat kaki di susun ke bilik guru, mata kita sempat menangkap seorang anak dara kita yang mix cina+india (sindrom down) sedang menangis teresak-esak lagi sedu sedan. Matanya merah dan wajahnya sedih yang amat. selalunya dia jadi macam tu sebab kena usik dengan kawan-kawan yang lain. Bila disoal selidik, rupanya dia menangis sebab telah di warning oleh kawannya (anak dara kita yang berbangsa Melayu-sindrom down) dari kelas Bijak. Nak tau apa warning si kawan?

"Awak mana boleh kawan dengan Ajemi ! Ajemi tu pakwe saya!Awak kenala cari pakwe lain"
(sebutan sebenar ialah Azmi,kanak-kanak sindrom down memang ada masalah pertuturan, kekadang cikgu pun susah nak paham beb apa yg diaorg cakap)

gara-gara warning inilah anak dara kita yang satu tu menangis sampai merah-merah mata. Geli hati jugak..rupanya dah pandai main cintan cintun anak anak istimewa kita ni. untuk pengetahuan, Ajemi ni memang la ramai yg minat (semestinya di kalangan murid-murid pendidikan khas ler) . Mungkin Ajemi ni mempunyai hati yang baik dan tak suka cari gaduh,maka ramaila awek-awek pendidikan khas yg jatuh chentan kat dia.
Ni dia rupe si Ajemi yg berjaya menawan hati aweks aweks di kelas pendidikan khas.


Aduh segak bergaya..padanla jadi rebutan si dara...


Kita pun tanyalah si kawan yg warning tu...

Cikgu Anis :Mana Mira tau Azmi suka kat Mira?
Mira : Saya tahula sebab Ajemi cakap suka kat saya. Nanti saya nak kawin dengan Ajemi.
(Dalam hati cikgu yang dah terasa geli geli terdetik : alahai baru umur 12 tahun dah pikir bab kawin...)

Akhirnya kita cuba meleraikan kes perebutan pakwe ni antara dua anak dara. Huh susah juga jadi pujaan ramai ni ye. selepas adegan pujuk memujuk, maka anak dara kita tu pun berenti la menangis. kita pun menyusun langkah kembali ke kelas Bijak untuk mengajar jahitan asas (jgn salah sangka, cikgunye bukan reti menjahit pun. setakat jahit jelujur, silang pangkah tu lepas ler kikiki...selebihnye kena berguru dengan cik mas dan cik ila la jawabnye)

Dalam dok syok syok tunjuk ajar cam na nak buat jahitan jelujur tu tiba tiba datangla seorang posmen dari kelas Amanah.

"Cikgu, ada surat untuk Azmi"

kita pun tanyalah sape yang bagi...kata posmen anak dara kita yg nangis tadi tu bagi. dengar je nama budak perempuan tu. si Mira terus cakap dan disokong oleh kawan-kawan sekelasnya :

"Cikgu, koyak je surat tu.Koyak je... "Haah cikgu koyak je surat tu."
Dalam hati cikgu berkata :"Amboi amboiii...ini dah kes parah. dah pandai main antar antar surat lak dahhhh...Yang si Mira ni plak siap suh koyak surat tu...pastu ada pengikut masing-masing plak tu..aduhaiii anak anakku! "

Si Azmi plak malu-malu. Kita pun amik surat chenta yang dihantar pada Azmi.

"Azmi nak ke surat ni?"
Sebelum sempat Azmi menggeleng kepala tanda tak nak, kita perasan mata Azmi mengerling ke arah mira yg memang tengah stress gila dek kerana ada awek lain cuba merampas pakwe nye...hehehe...takut kena kebas gamakssnyee...

Si Amira tak habis-habis dok suruh kita koyak surat tu...
Nak tau apa isi kandungan surat tu....memang sedih gile...



huhuhu sape bleh baca sila angkat jari....rasanya ajemi je yg tau baca surat ni..hehe

Akhirnya kita bagi nasihat tak boleh gaduh gaduh sesama kawan. masing-masing kecik lagi. belajar dulu baru pikir kawin. Ajemi macam biasa sengih ajela... Mira pulak masih tarik muncung tak puas hati dengan cikgu yg tak bagi main cintan cintun....sabar ye mira...hehehe

Ni dia gambar dua anak dara sunti kita yang kian meningkat dewasa...sorang manis sorang lagi ayu...gerenti Ajemi poning nak buat pilihan ;)


info : kanak-kanak sindrom down ni, perkembangan seks nye macam orang-orang normal, ada masanya juga lebih cepat berbanding kanak-kanak normal. perasaan untuk bercinta, bercerita bab kawin adalah perkara yang boleh dilihat dengan jelas pada anak anak sindrom down. Anak-anak sindrom down juga memiliki perasaan yang sangat sensitif dan manja. mereka juga mudah mendapat penyakit seperti sakit jantung, demam. Selain itu juga boleh menjadi obesiti sekiranya pemakanan tidak dikawal. Mira ni adalah mild sindrom down. Kalau nak tau, anak dara kita ni dah tahu masak nasi, goreng ikan, cuci dan jemur baju...boleh ler sape sape nak buat menantu:)

Wednesday, July 1, 2009

Check Gigi Paling Gempaqqq!!


salah seorang murid istimewa tengah di periksa giginya sambil ditemani rakannya yg kusyuk membaca kad rawatan (boleh ke baca kad tu?Action je lebih ni hehe)

Hari ni anak anak istimewa kita akan menerima rawatan gigi. Memandangkan dah ada pengalaman bawak anak anak istimewa ni check gigi tahun lepas, so dah bleh detect la yang mana ok dan akan bermasalah time nak check gigi.

Cik Mas ingat lagi tak entry kat blog kita dulu yg tajuknya "Tak Mau Laaa"...Anak istimewa kita yg tu masih tetap sama la...terjerint-jerit walau dah dipujuk macam macam...dia tetap akan cakap :

"tak mau check gigi! tak mau laaa...takutt wooo.."

Last-last kami terpaksa cakap "bukan check gigi maa,mau check hidung saja"...

dua tiga kali pujuk cam tu barulah dia nak masuk dalam bilik rawatan tu. Itu pun dua tiga orang cikgu gak la nak kena tarik dia. Nampak je cam lembik, tapi bila dah takut dari mana ntah datang tenaga anak murid kita yg sorang ni. Nurse pun tergelak bila cikgu-cikgu dok cakap nak check hidung. Nak suh baring kat kerusi pun satu hal, bila nampak je nurse pegang alat (apa ntah namanya alat yg ada cermin bulat tu) terus terjerit-jerit dan menepis-nepis tangan nurse dan cikgu2 yg dok pegang kaki tangan dia. Merah padam muka anak istimewa kita ni bila kena paksa suh nganga mulut. Tapi kiranya ada improvement gak la sebab kali ni berjaya sampai baring atas kusi dan bleh nganga mulut. Dah abis check gigi, dia membebel tak habis2 tak puas hati kena paksa check gigi...hehehe...


Ni gambar cikgu tengah pujuk Chee. Terlindung pulak dengan kawan-kawannya yg siap sedia menunggu turn check gigi.


Ni satu lagi kes terkini lagi sensasi...

Tiga dara sunti yg tak makan pujuk untuk check gigi...

Anak murid kita yg pakai seluar hitam berjalur pink ni sebenarnya rileks je. tak de menunjukkan aksi-aksi jeritan atau raungan tapi 'kakak angkat' dia (yg duduk di sebelah) terover over plak dok pujuk adik angkat dia ni. Siap peluk-peluk lagi dari luar bilik sampai la dah masuk bilik rawatan, si kakak angkat ni dok memujuk ala-ala tak nak 'adik angkatnye' tu takut check gigi.

"Adik angan akut ye....tak akit pun...jappppp jee...tu mama ada...angan akut yee" sambil tangannya dok tunjuk2 kat cikgu.

Geli hati sungguh tengok kesungguhan si kakak angkat memujuk. Si adiknye buat selambe dekkk je. Sampai turn si adik angkat, dia pun menyibuk sama dok kat tepi kerusi. Cikgu-cikgu sibuk memujuk adik angkatnya suh buka mulut, dia pun sibuk gak la nak memujuk jugak.

"Nape ni...nape....angan angis la, mama ada tu ha...tak akit pun...."

Memang lawak gile la tengok kesungguhan si kakak ni. Yang lagi kelakarnye, tukang pujuk tu pulak yang tak nak giginya di check. sampai ke sudah tak nak baring atas kusi..tak dapatla nak check gigi si kakak angkat yg prihatin pada gigi orang lain, gigi sendiri tak bagi plak nurse check...walau pun si adiknye meronta-ronta dan nangis, sekurang-kurangnya dapat gak la nurse tengok gigi dia. Si kakak angkat plak langsung tak dapat check pada hal dia la yg terlebih lebih memujuk........tak pasal pasal bilik rawatan gigi yg sunyi sepi tu jadi kecoh dan gempaq dengan telatah anak anak istimewa kita ni. Nurse pun bleh terkekek kekek ketawa :)


Tengokla gigi saya dah cantik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...