Followers

Wednesday, July 22, 2009

Jom Main Semunyi-semunyi...


Cuba kengkawan tengok betul betul....apa yg ada di sebalik tiang tu.....?
Hehe...itulah dua orang anak istimewa (sindrom down) kita yg suka main semunyi-semunyi setiap kali lepas rehat. Lepas makan jek mesti depa berdua ni nak berlari...puas ditegur tapi tak makan saman. Yang kelakarnya, depa beriya berlari sebab nak semunyi daripada cikgu anis. Nak ajak main semunyi-semunyi la konon...ishhh tak kuaseee cikgu nak main semunyi-semunyi di sebalik tiang...dah la tu semunyi macam tak semunyi hehehe....kekadang tu, bila kita nak pi dekat tempat persembunyian depa, tetiba je depa lari plak ke lain..huh penat ler cikgu nak menjejak depa berdua ni...bila dah tak larat...cikgu anis jadi mangsa gelak depa berdua ...gelak sampai sakit perut tu....

Ekceli depa berdua ni bukan pasangan bercinta...tapi depa ni adalah sepupu sepapat....depa sangatla rapat macam kembar siam...berjalan nak sama-sama, makan pun nak sama-sama....tapi agak malang sikit la sebab yg perempuannya queen control ...dah la tu lagak dan gayanya ganazzz cam budak laki...hehehe....jgn tak caye, yg pompuan ni ler selalu ajak cikgu main lawan-lawan...yg lakinye pulak pantang dengan muzik, maka bergoyangla seluruh badan dari kaki ke kepala...cuba tengok aksi joget dengan aksi miming ni...



Tengok ler gaya nasyid...menari bagai nak rak hehehe..ni ler gaya nasyid alaf baru....yg pompuannye..tak abis abis ngan gaya queen control....




Ni plak tengah perasan nak jadi Mawi...peminat no 1 Mawi la katakan...miming pun jadi lahh...dah la tu remote control dijadikan microphone..kalau nak tau...remote control tu memang selalu jadi rebutan time depa ni nak menyanyi...sebenarnya nyanyian adalah salah satu terapi untuk kanak-kanak yg ada masalah pertuturan.




waktu tengah senaman pun tetap nak bersama gak...tengok ler gambar yg dalam bulatan tu...yg pompuan kat depan, yg lakinye kat belakang.....(sori ler gambo tak clear)


info :
Kanak-kanak sindrom down biasanya menghadapi masalah pertuturan kerana mempunyai lidah yg agak pendek dan tebal...kanak-kanak yg mempunyai masalah pertuturan biasanya rendah diri dan malu untuk berkomunikasi. Menerusi aktiviti yg dilaksanakan di Program Pendidikan Khas...kanak-kanak yg tak mahu bercakap dan tidak suka bersosial/bergaul biasanya akan menunjukkan perubahan yg positif. Mungkin juga mereka merasakan diri mereka dapat diterima dan kekurangan mereka dapat difahami oleh rakan-rakan istimewa di program ini.

2 comments:

Unknown said...

assalammualaikom....

salam PPKI....
buat permulaan tiada komen cikgu tapi blog nie menarik dan berinfomasi. pengalaman guru-guru pk sangat berharga, dan patut dikongsi untuk rujukan rakan2 lain. Guru yang dapat mengajar kita guru PPKI ialah pengalaman....

*murid SD lah yang paling kerap buat kita tersentuh.

CeqGu said...

yup betul tu cikgu azrin...:)..betulkan nama azrin...kita pernah jumpa beberapa kali, almaklumla kita ni sedaerah..saya ni masih baru dalam bidang ni..suraya beruntung ada cikgu2 pen khas macam cikgu azrin....saya sangat jelessss!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...