Followers

Wednesday, July 1, 2009

Check Gigi Paling Gempaqqq!!


salah seorang murid istimewa tengah di periksa giginya sambil ditemani rakannya yg kusyuk membaca kad rawatan (boleh ke baca kad tu?Action je lebih ni hehe)

Hari ni anak anak istimewa kita akan menerima rawatan gigi. Memandangkan dah ada pengalaman bawak anak anak istimewa ni check gigi tahun lepas, so dah bleh detect la yang mana ok dan akan bermasalah time nak check gigi.

Cik Mas ingat lagi tak entry kat blog kita dulu yg tajuknya "Tak Mau Laaa"...Anak istimewa kita yg tu masih tetap sama la...terjerint-jerit walau dah dipujuk macam macam...dia tetap akan cakap :

"tak mau check gigi! tak mau laaa...takutt wooo.."

Last-last kami terpaksa cakap "bukan check gigi maa,mau check hidung saja"...

dua tiga kali pujuk cam tu barulah dia nak masuk dalam bilik rawatan tu. Itu pun dua tiga orang cikgu gak la nak kena tarik dia. Nampak je cam lembik, tapi bila dah takut dari mana ntah datang tenaga anak murid kita yg sorang ni. Nurse pun tergelak bila cikgu-cikgu dok cakap nak check hidung. Nak suh baring kat kerusi pun satu hal, bila nampak je nurse pegang alat (apa ntah namanya alat yg ada cermin bulat tu) terus terjerit-jerit dan menepis-nepis tangan nurse dan cikgu2 yg dok pegang kaki tangan dia. Merah padam muka anak istimewa kita ni bila kena paksa suh nganga mulut. Tapi kiranya ada improvement gak la sebab kali ni berjaya sampai baring atas kusi dan bleh nganga mulut. Dah abis check gigi, dia membebel tak habis2 tak puas hati kena paksa check gigi...hehehe...


Ni gambar cikgu tengah pujuk Chee. Terlindung pulak dengan kawan-kawannya yg siap sedia menunggu turn check gigi.


Ni satu lagi kes terkini lagi sensasi...

Tiga dara sunti yg tak makan pujuk untuk check gigi...

Anak murid kita yg pakai seluar hitam berjalur pink ni sebenarnya rileks je. tak de menunjukkan aksi-aksi jeritan atau raungan tapi 'kakak angkat' dia (yg duduk di sebelah) terover over plak dok pujuk adik angkat dia ni. Siap peluk-peluk lagi dari luar bilik sampai la dah masuk bilik rawatan, si kakak angkat ni dok memujuk ala-ala tak nak 'adik angkatnye' tu takut check gigi.

"Adik angan akut ye....tak akit pun...jappppp jee...tu mama ada...angan akut yee" sambil tangannya dok tunjuk2 kat cikgu.

Geli hati sungguh tengok kesungguhan si kakak angkat memujuk. Si adiknye buat selambe dekkk je. Sampai turn si adik angkat, dia pun menyibuk sama dok kat tepi kerusi. Cikgu-cikgu sibuk memujuk adik angkatnya suh buka mulut, dia pun sibuk gak la nak memujuk jugak.

"Nape ni...nape....angan angis la, mama ada tu ha...tak akit pun...."

Memang lawak gile la tengok kesungguhan si kakak ni. Yang lagi kelakarnye, tukang pujuk tu pulak yang tak nak giginya di check. sampai ke sudah tak nak baring atas kusi..tak dapatla nak check gigi si kakak angkat yg prihatin pada gigi orang lain, gigi sendiri tak bagi plak nurse check...walau pun si adiknye meronta-ronta dan nangis, sekurang-kurangnya dapat gak la nurse tengok gigi dia. Si kakak angkat plak langsung tak dapat check pada hal dia la yg terlebih lebih memujuk........tak pasal pasal bilik rawatan gigi yg sunyi sepi tu jadi kecoh dan gempaq dengan telatah anak anak istimewa kita ni. Nurse pun bleh terkekek kekek ketawa :)


Tengokla gigi saya dah cantik!

6 comments:

Té la mà Maria - Reus said...

very good blog, congratulations
regard from Reus Catalonia europe
thank you

noris said...

geli hati baca alkisah budak2 ni ye... comel... cikgu pon comel, check idung saje... hehe, esok2 klo aisyah takut dentist nak pinjam ayat ni deh?

cik mas said...
This comment has been removed by the author.
cik mas said...

kehkehkeh.. klakar betulla si kakak angkat tu. tu cubaan memujuk diri sendiri tu sbnrnya.. tapi tak berjaya. jgnkan anak istimewa, orang normal pun ada yg takut jmpa denstist tau..hihihi

Areniece said...

camtu lah noris anak anak murid kak anis. time kelakar tu terasa geli hati, tapi time depa buat perangai..aduhh hilang jugak sabar ni.
cam mana ntah terkeluar check idung tu...tapi ari ni bila kak anis ajak pi check idung, budak tu dah tak nak..dia dah tau cikgu nak kenakan dia hehehe

Areniece said...

si kakak angkat tu memang cam tu kak mas..dia suka dengan kawan kawan yg lebih muda dari dia. nanti dia akan layan kawan dia tu cam baby. pernah sekali dia siap nak buka baju dan act cam ibu nak susukan anak kat adik angkat dia tu...penat kami gelak tengok telatah dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...