Followers

Showing posts with label sekolahku. Show all posts
Showing posts with label sekolahku. Show all posts

Friday, July 11, 2014

Muridku Kaki Bodek ;)

Assalamualaikum...

wahhh nampaknya ada improvement skit ye dr segi tahap kerajinan tuan blog menghapdet hihi..

kebetulan baru habis scan document.....terasa gatal plak nak pot pet pot pet kat sini.

sekejap jer dah masuk bulan 7 kan......cepat betul masa berlalu...... dah bulan 7 tapi cikgu masih mengajar topik dua kat murid2 istimewa cikgu. Maklumlah nama pun murid istimewa kan....nak nak plak ajar matematik, kena paham konsep asas betul2....baru bleh nak ajar topik seterusnya. ni cikgu punya style la...lain cikgu lain gayanya....

satu kelas murid cikgu paling ramai pun 7 orang....paling sikit 4 orang......tu belum kira yang kerap tak datang....kadang2 satu kelas tu ada sorang jer yg hadir.............menyanyi riang la cikgu hehehe.....sebabnya bleh fokus betul2 kat murid tu. Kelas pendidikan khas tak bleh ajar ramai2. karang murid ke mana, cikgunya ke mana..... ala macam kelas pemulihan jugak la, mana ada ajar murid ramai2 sampai 30-40 orang kan.

Ada orang kata, senang la nak ajar sebab murid sikit. Oh janganlah kata begitu. Sebab tidak mudah la makanya bilangan yg kecil diperuntukkan utk satu kelas. Nak tau susah ke tak ajar murid2 istimewa ni, lebih kurang ajar murid2 yang lemah dalam pelajaran la. contohnya ajar kelas murid yang pandai-pandai dengan kelas murid yang lemah. Murid pandai, cikgu ajar macam naik jet. Ajar sikit je, diaorang dah faham. Tp kalau kelas corot, cikgu ajar ibarat naik beca. Untuk murid pendidikan khas pulak, cikgu ajar ibarat jalan kaki....... ada yg bleh jalan kaki cara pecut.....ada jugak yg ala ala melenggang kangkong....haaa tu diaaaaa gambaran serba sedikit hehehe....

kiranya untuk murid pendidikan khas ni cikgu kena banyakkan latih tubi. sebab tu la lambat nak habiskan satu topik.  itu belum sentuh bab tingkah laku lagi. kadang murid cikgu ni ada yang laju jer buat latihan, so bila cikgu nak ajar secara one to one, cikgu akan sediakan berlambak2 lembaran kerja......haaa buat la diaorang sampai muka kuning, merah, hijau hehehe... one to one ni antara kaedah yg paling berkesan utk ajar murid khas (pd cikgu la) . sambil duk ajar, kdg2 cikgu terjerit2 bagai mak lampir......dudukkkk!!!! masukkk!!!! diammm!!! hahahaha.....duk tengah ajar, tup tup ada yg berlari sana sini, keluar kelas la dan terjerit2. Tu belum lagi yang terkencing terberak.......alhamdulillah la sekarang guru pendidikan khas di bantu oleh pembantu pengurusan murid .....depa ni la yg banyak memudahkan kerja2 cikgu.... :)

bayangkan sebelum adanya jawatan pembantu pengurusan murid ni, kadang cikgu sakit perut nak terkucil pun terpaksa tahan..... mana taknya risau kot ada murid yang lari keluar atau cederakan diri. Haaa sapa kata mudah nak jadi cikgu khas ni. Yang kata cikgu khas goyang kaki pun ada. Tak baik la cakap cenggitu kan....kita ni masing2 ada tanggungjawab dan peranan yg tersendiri kan kan kannn.....

bercakap tentang buku latihan/ aktiviti murid khas ni plak, kalau nak cari kat kedai khas utk murid istimewa ni sangat la payah nak jumpa kat malaysia ni. selalunya cikgu akan guna buku preschool , selebihnya cikgu suka buat sendiri. bayangkan cikgu nak ajar operasi tambah dalam bentuk lazim. cikgu terpaksa sediakan petak dan terangkan satu-satu berulang kali supaya murid faham macam mana nak tulis dalam bentuk lazim. bila dah faham baru lah cikgu mintak diorang tulis dalam buku tulis dan kemudiannya pada lembaran kerja yg tak ada petak. memang kena step by step ajar murid istimewa ni. Dah kuasai, barulah ubah topik baru....lepas sebulan ajar, tup tup tak ingat semula apa yg dah diajar,huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa maka bertabah lah cikgu anis menerima dugaan ini.....

Apa pun dugaannya, cikgu tetap enjoy ajar murid2 istimewa ni. Nak tau kenapa??? depa pandai bodekkkk.....ada sorang murid ni nama mesranya kak teha.....uishhh asal cikgu anis masuk kelas jer mesti ampu baek punya la....."cikgu anis, saya saaaaaayanggg cikgu anis" tak pun, "cikgu anis, cikgu ni cantikkkkkk la" atau "cikgu, saya rrrennnnnduuuu cikgu " dan yang paling tak tahan......" cikgu anis tahu tak, cikgu anis ni sebijik macam dato' siti nurhaliza! " wakakakakaka cikgu gelak sampai keluar ayaq mata la kalau dia cakap lagu tu...... tang mana tu yg sama kak teha oiiii.....kalau dato siti dengar ni  mau nanges tak berlagu tujuh hari tujuh malam ni hahahaha...

Monday, June 17, 2013

Cikgu Anis dan a,b,c

Assalamualaikum

Hari ni cikgu saja nak uji murid2 3 cempaka. Alaa nak uji a,b,c jer pun hihi. Kelas ni ada yang sindrom down dan autisme. Tapi diaorang ni semuanya boleh bercakap. Legaaa sangat sebab cikgu tak perlu nak syiok sendiri cakap sorang2 macam kelas 1 yg memang sunyi sepi.

Topik hari ni sebenarnya cikgu nak ajar tentang greetings. Tapi sebab masih lagi dalam proses nak kenal kelemahan dan masalah murid2 cikgu. Cikgu ajak diaorang nyanyi lagu a,b,c....... wahhh pandai diaorang nyanyi. Siap goyang2 badan lagi. Tapi susunan memang lintang pukang la hehehe. Ada la sorang dua yg nyanyi dengan betul.

Sampai bab menulis pulak, cikgu tanya, siapa pandai tulis huruf 'a'? Semua angkat tangan dan tak sabar2 nak tulis kat whiteboard. Cikgu pilih sorang murid sindrom. Bersungguh benor nak tulis kat whiteboard. Cikgu pun tak sabar nak tengok dia tulis 'a'. Dengan penuh bergaya dia amik marker cikgu dan tulis. Sekali  dia tulis huruf 't' daaaaaaaaaaaa hehehe. Bila cikgu tanya huruf apa tu. Dengan penuh yakin dia jawab, ini huruf 'a' cikgu.......... hohohoho.............

Sudahnya sorang pun tak berjaya tulis huruf 'a'.....hehehe kalau la cikgu dapat amik gambo hasil tulisan huruf 'a' tu tentu lagi syiok. Geli hati cikgu tengok rupa 'a' yg tak der langsung rupa 'a' hehehe . Sudahnya cikgu tak jadi ajar greetings. Untuk 30 minit tu cikgu ajar jer mengecam dan menulis huruf 'a'. Sebelum tamat kelas, cikgu try test, cikgu tulis huruf 'a' dan 'b' pastu suruh diaorang cari mana huruf 'a'. Sekali diaorang tunjuk huruf 'b' la pulak. Haduihhhh tepuk dahi ler cikgu huhuhu. Tak per tak per...esok masih ada. Esok kita ganyang 'a' cukup2 sampai anak2 cikgu kenal huruf 'a' yer...hehehe

Sunday, December 30, 2012

Kenapa Cikgu Mohon Unpaid Leave (cuti tanpa gaji) ??

Assalamualaikum.

 ehsan google

Hurm kejap jer dah nak habis tahun 2012. Rasa macam belum puas lagi nak berlama-lamaan di Brunei ni....huhuhu. Bermula 1 jan 2013, bom jangka cikgu akan mula berdetik. Mengira saki baki cuti yg masih bersisa................perghhhh ayatku hahaha.  

Eh, eh ayat macam tak nak balik jer. Pada hal kata sunyi duk sini, teringat tanah air terchenta la,gitu la gini la. Pd hal tak jauh mana pn brunei dari malaysia. 2 jam jer pun kalau naik flight. Kalau dengan kete tak sure la pulak berapa jam sebab belum ada lagi manusia yg cuba merentas Laut China Selatan  ke kepulauan Borneo ni dengan kete rasanya hehehe. tak tau la kot2 ada yg modified kete jadi kapal selam hohoho.

Dah dekat nak balik baru rasa nak crita kenapa cikgu boleh melekat kat Brunei ni kan hehehe. Kalau difikir2kan sekali macam sayang jer amik unpaid leave semata2 ikut suami ke tempat yg tak jauh. Jauh lagi negeri Sabah hoho. Tapi kata suami cikgu, bukankah tempat isteri adalah di sisi suami......opsssss maka sebab itu lah cikgu merelakan diri untuk bercuti dari mendapat sebarang gaji mahu pun bonus. Telan air liur saja lah tengok kawan2 dapat bonus huhuhu. Ada yg berani nak engkar kata suami? eeee cikgu tak sanggup. Nanti dapat denda cash dari maha Pencipta.


Sebenarnya ada sebab kenapa en suami mintak cikgu ikut dia ke sini. Kami ni sebenarnya ditakdirkan bertemu agak lambat. Nak dapat anak pun lambat jugak. walau serba serbi lambat, tp Allah tetap bermurah hati nak bagi macam2 dengan syarat SABAR! SABAR! SABAR! Kalau lah cikgu tak ikut suami ke sini, mungkin suami cikgu tak der peluang nak tengok anak kecik dia ni membesar depan mata. kami tak tahu masih ada lagi tak rezki kami nak punya anak . Maklum lah cik puan yg sedang menulis ni pun tunggu masa nak expired jer. Tak sesubur ladang2 kurma yang lain.belum tentu usaha sekali terus berbuah pohon kurmanya. Maka sebab tu lah cikgu sanggup korbankan kerjaya cikgu untuk sementara waktu ni.

Mungkin benda ni nampak remeh. Hanya yg punya masalah macam cikgu akan mengerti. Dan mungkin jugak dari sudut lain keputusan cikgu amik cuti selama hampir dua tahun ni turut membebankan rakan2 setugas. Bukan cikgu tak pk semua tu. Tapi kata suami lagi, antara rakan dan suami siapa yg perlu didahulukan? Haaaaa jawab,jawab cikgu anis.......... Maka selepas tamat tempoh cuti bersalin 90 hari, cikgu terus sambung dengan cuti unpaid leave. 

Tak silap cikgu bulan 7, 2011 cikgu secara sahnya meninggalkan bumi Malaysia. cewahhh macam la pergi tak balik2. Padahal kerap bebenor balik temankan suami pi meeting. well, i kan 'seketri' en suami hehehe. Kat sini cikgu tak keja pun. Alang2 dah cuti, baik cuti terus. Boleh belajar masak2 dan gaduh2 dgn Firas heeeeeeeeeeee.........

Kenapa cikgu tak berhenti kerja jer? uiiiii kalau diberi pilihan nak la sangat sangatttt. Seronok dapat jaga anak sendiri. Tapi tak semudah itu nak buat keputusan berenti keja. Bertahun tahun cikgu jadi penganggur terhormat kat kg dan berapa kali cikgu duk apply KPLI, bila dah dapat takkan senang2 nak lepaskan. Tambah2 cikgu dah jatuh hati dengan kerjaya sebagai guru Pendidikan Khas ni. Rindu sgt pada anak2 istimewa cikgu tu. Entah2 diaorang pun dah lupa dengan cikgu garang dia ni hohoho. Yang paling sedih cikgu tak sempat nak jumpa sebahagian anak didik cikgu sbb sekembalinya cikgu bertugas, diaorang dah masuk sekolah menengah. Dan paling cikgu risaukan, takut2 cikgu dipindahkan ke sekolah lain......nauzubillah mintak jauh la. Doakan cikgu masih ditempatkan di sekolah lama jika itu yg terbaik buat cikgu  ya kawan2 & sedara2 semua.

oklah, nak pi layan anak bujang pulak. sibuk dok ajak main bola pagi2 buta. byee


Tuesday, May 15, 2012

Cikgu-cikgu Yang Saya Sayangi :)

Assalamualaikum....


wahhhh dalam terkena penyakit malas........terajin plak nak update blog hehehe......
actually baru teringat hari ni HARI GURU.......selamat hari guru cikgu Anis .......ucap utk diri sendiri ....aci takkkk???kui kui kui.......Selamat Hari Guru juga utk semua yang bergelar pendidik........tak kira la cikgu ke cikgi ke pensyarah ke........asalkan tugasnya mendidik anak bangsa........

sempena hari guru ni.........cikgu nak imbas balik detik2 persekolahan cikgu dulu2.........bila terkenang balik rasa nak senyum sorang2......rasanya macam banyak nak catat.....so buat kali ni cikgu nak abadikan dulu kenangan masa tadika dan sekolah rendah.....

masa tadika, ayah cikgu hantar ke sekolah agama PERKIM,berbaju dan bertudung putih, berkain oren.......kat sini lah cikgu mula kenal alif, ba, ta, lancar baca jawi, quran serta mahir tajwid. cikgu belajar kat situ sampai la khatam quran........masa kat PERKIM ni la jugak cikgu dapat sorang best friend yg kekal sampai sekarang......cumanya dah jarang berkontek.....biasa lerr masing2 bz jaga anak n jaga suami kikiki.........dan dia juga seorang guru! hehe.......hari ni saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Noor, Ustz Khadijah, cikgu aini dan lain2 kerana telah didik saya jadi manusia berguna pada hari ni.....jasa kalian terpahat di sanubari....


lepas tu, cikgu masuk darjah satu.......nama sekolah cikgu ialah SRK Islah......tapi lepas tu nama sekolah ni diubah kepada SK Padang Garong 1. Guru Kelas cikgu yang pertama sangatlah comel dan tersangatttt la baik hati + sporting gilerrr........masa tu cikgu siti norzihan masih bujang....berkaca mata dan manis sangat orangnya....beliau adalah cikgu BM......lemah lembut cikgu selalu kalah dengan keriuhan suara kami yg nakal2 ni......penat marah, cikgu akhirnya senyum ajer .....terima kasih cikgu sebab ajar saya sampai saya pandai baca tulis....dan terima kasih juga sebab belanja kawan2 saya makan donat dalam kelas hehehe...:)

cikgu asmah adalah guru matematik dan guru muzik......kalau cikgu norzihan seorang yg lemah lembut, cikgu asmah plak seorang yg sangat bersemangat......suara lantang dan ceria jer orangnya........terima kasih cikgu sebab ajar saya kenal nombor dan buat saya hepi belajar muzik.......kelas sangat havoc bila dapat nyanyi dan menari dengan cikgu:).......cikgu asmah ni memang cikgu yg berpengalaman.....maklum la dah lama dalam dunia pendidikan.....

waktu darjah dua kalau tak silap, cikgu takut sangat dengan miss lim......orangnya cute jer......tapi awas!! orangnya sangat tegas.......hehehe......tegas yg bertempat......nak kami semua pandai, masuk kelas bawak rotannn youuu......eeee kecut perut.....masa tu beliau ajar cikgu maths dan english.......tiap kali siap buat latihan maths....hati sangat la risau....sebabnya kalau salah jawapan, cikgu akan rotan tangan kami ikut bilangan yg buat salah, terima kasih cikgu.....kerana ketegasan cikgu saya pandai mengira ......bila cerita kat mak ayah tentang kena rotan.......tau apa reaksi diaorang? kena gelak berdekah2  huhuhu........kalau sekarang gamaknya dah dapat surat layang la cikgu tu....hurmmm.....

masa darjah 4 ada sorang ustazah masuk ke kelas dengan berpurdah serba hitam.........waktu ustazah tu tengah perkenalkan diri, adalah sepasang kawan cikgu yg duk pot pet pot pet dan gelak2.......tak pasal2 kena marah dengan ustazah......rupa2nya kawan cikgu tu kata ustazah macam hantu......aduiii memang patut la kena marah kannn.......dan kerana kemarahan ustazah tu lah cikgu kekal bertudung sampai ke hari ni.......alhamdulillah.......terima kasih ustazah atas teguran mu itu .....terkena betul kat batang hidung sebab haritu cikgu pi sekolah tak pakai tudung huhuhu (maaf dah lupa namanya)

ada sorang lagi ustaz kesayangan cikgu namanya ust kamaruddin......ustaz ni hensem hihihi.......tegas tapi tak garang.........cikgu suka sangat belajar agama dengan ustaz kamaruddin.........cikgu mesti nak score subjek ustaz..........cikgu sangat suka bila ustaz bercerita tentang sirah nabi........terima kasih ustaz, kerana ustaz saya cintakan agama saya.....:)

masa dulu2 ada subjek alam dan manusia, cikgu dah lupa nama guru lelaki ni.......tapi dia selalu puji hasil kerja cikgu......kebetulan cikgu memang minat melukis dan mewarna......so peta yg cikgu lukis dan warna tu selalunya berwarna warni.......selalu ler dapat pujiankannnn......makin ler berkobar2 cikgu nak belajar......terima kasih cikgu kerana sentiasa membuatkan hidung saya kembang kempis menerima pujian hehehe.....secara tak langsung saya berusaha utk score subjek cikgu:).......so cikgu2 di luar sana....selalulah puji hasil kerja murid anda terutamanya yg anda rasa murid tu malas/ x minat nak belajar....gerenti bleh ubah sikap dan minat diaorang hehehe

alamakk tetiba terlupa pulak nama cikgu ni (kalau tak silap teacher Ruhaidah).....orangnya genit bermuka lawa, sentiasa wangi di mana berada :).......walau pun sekadar melintasi kelas kami, tak pandang pun dah tahu siapa gerangan.......inilah satu2nya guru paling wangi di sekolah cikgu ngeeee.......tapi hati hati......garang woooooo........terima kasih cikgu kerana telah melatih saya jadi seorang pengakap.....kerana gerunkan cikgu.....tahun selepasnya saya resign dari pengakap dan masuk Puteri Islam hehehe......acah jer.....tukar badan uniform sebab rasa tak serasi dengan pengakap.....maklum la ...ai kan lemah lembut orangnya kikiki


mrs chua dan sir lee......dua2 guru matematik yg best.......mrs chua sentiasa anggun dengan kebaya nyonya nye......kecek kelate pekat tau walau pun berbangsa cina.......terima kasih cikgu kerana gigih mengajar saya yg lemah matematik ni.....teacher padmini satu-satunya guru berbangsa india di sekolah cikgu.....orangnya tinggi lampai hitam manis, giginya tersangat la putih! jeles tau.....anggun bersari, rambut kemas berdandan. Terima kasih cikgu kerana melantik saya jadi pustakawan........hingga sekarang saya sukakan buku.........kekadang tu rajin beli tapi tak rajin pulak nak baca huhuhu......sekarang ni anak saya pun dah sukakan buku......hari2 main dengan buku :)

allahyarham sir suhaimi....guru english yang sangat best........kelasnya sentiasa gamat dengan ketawa anak murid......muka punya la serius, badan gagah perkasa......tapi tersangat la lucu orangnya......bercita2 nak jadi polis tapi bergelar guru akhirnya..........tapi sayangnya sir telah tiada, kalau tak silap sakit jantung puncanya.......walau pun sir telah lama memejam mata meninggalkan kami, tapi saya tak pernah lupa jasa2 sir.....sedih.......terima kasih sir kerana pernah melatih saya jadi Puteri Seringgit yang pemalu......sir memang layak jadi pengarah drama.......kami di latih tanpa sebarang teks skrip.....dan drama pendek tu meletup di SK Padang Garong 1 hehehe.....

dalam ramai-ramai guru cikgu, ada seorang bergelar datin.....kami panggil dia cikgu datin hehehe......(alaa lupa jugak namanya).......walau pun datin, orangnya sangat lah baik.......beliau ajar cikgu pendidikan seni.......terima kasih cikgu kerana bersungguh2 melatih dan memberi dorongan kepada saya untuk melukis......saya takkan lupa saat2 menerima hadiah kerana menang dalam satu pertandingan melukis peringkat negeri  (saguhati jerrrrr, no 14 dari 25)........kenapa saya takkan lupa....kerana yang menghulurkan hadiah tu kat atas pentas tak lain dan tak bukan......cikgu datin sendiri , dan cikgu datin siap berbisik, " kan saya dah kata, awak boleh menang.....!!" :)....terima kasih cikgu, saya jadi hebat  kerana cikgu saya seorang yg hebat :)))))....( sila jangan muntah, mode perasan sekejap....hehe)

kepada cikgu2 SK Padang Garong lain yang saya tak abadikan secara khusus di blog ni, kalian juga sangat bermakna buat saya......jasa kalian teguh di hati, melekat di minda.......terima kasih cikgu.....saya sayanggg sangat2 pada semua cikgu saya!!!! SELAMAT HARI GURU

Wednesday, September 28, 2011

Aku Rindu Padamu!

Sesambil jari menaip..
mata dan telinga duk layan cite Temple Grandin..
Sungguh menyentuh hati tengok cite ni...
maklum ler ai kan cikgu pendidikan khas..
sangat la mudah tersentuh kalau tengok cite cite cenggini..
kalau ada kesempatan,korang tengok la cite ni..
memang best...

kisah benar tentang hidup seorang autistik
yang kini dah jadi profesor kalau tak silap..
hurmm..cengkih kan kan kan..
kita yang normal ni pun berapa kerat je yang sampai ke tahap tu..
tabik la kat cikgu sains yang ajar Temple ni...
dia sorang je yg nampak kelebihan Temple..
dia bukak minda Temple
dan sentiasa memberi cabaran utk Temple selesaikan..
kenapa cikgu tu buat macam tu???
sebab dia tau Temple suka mengkaji...
dalam kata lain cikgu tu kenal sape anak murid dia...:)
bukan mudah tau..
dan tak ramai pun cikgu yg macam tu..

hurm bila dok sebut2 tentang anak istimewa ni..
ingatan mesti teringat kat anak2 yang dah 5 bulan
cikgu tak jumpa...
ingat lagi ke depa kat cikgu ye...hurmmmmm
sebelum ke brunei aritu..
sempat cikgu pi jumpa diorang...
sesambil tu bawak firas sebab diaorang teringin sgt nak tengok
anak teruna cikgu ni..

pak din yg nakal tu tetiba jej jadi malu2 dengan cikgu..
asyik tersengih memandang lantai..
mengalahkan anak dara gitu..

pojan je yg sudi datang dekat sebab dia suka baby..
memula senyum2..
pastu cuit2...
pastu nak peluk firas pulak...
cayangg sungguh dia kat baby..

dlm duk melayan pertanyaan
yg mcm2 dari saffura n hasif...
tau2 kotak yg cikgu mintak dari kawan cikgu dah koyak rabak
dikerjakan wong...huhuuhu...
wong ni anak autistik...
dia memang suka gunting dan koyakkan kertas..
kalau nak bg dia duk diam...
cikgu bagi je tugas menggunting..
kalau tak...habis la
segala mak nenek kat di dinding tu
wong koyakkan..
haippppp!!

azmi bekas pakwe cikgu pun malu2
bila jumpa cikgu..
dengar2nya azmi menang pingat emas utk acara
lontar peluru...cayaaalahh azmi!
hurmmm rindunnya kat anak2 istimewa cikgu..
termasuklah arwah naien yang dahkembali  ke rahmatullah..
al fatihah buat arwah...

yg sedihnya..
bila cikgu mula mengajar semula thn 2013 nanti..
pak din,azmi,saffura,hasif,fauzan...semua dah masuk
sekolah menengah..
huhuhu...
rindunyaa kat korang!
korang rindu tak kat cikgu????

Tuesday, August 23, 2011

Khabar Istimewa Daripada Anak Murid

waduh waduh dah lama bebenar cikgu tak tempek cerita anak anak istimewa cikgu..almaklumlah...bermula bulan april yang lepas, cikgu cuti bersalin..pastu terus sambung dengan cuti tak bergaji selama setahun 11 bulan dan tak ingat berapa hari hehe...kiranya cikgu sekarang melenggang perut membelai lemak kat rumah je lah... nak jadi isteri mithali la katakannn..tak sampai hati nak biarkan en suami sorang2 kat Brunei ni...(pada hal risau awek2 Brunei lawa2...betull ambo tok tipu...cun melecun ..putih gebusss gitu)

sejak duk Brunei ni...dah dua kali cikgu balik shah alam...tapi balik pun hanya mendiamkan diri dalam umah..tak sempat lorr nak jumpa jiran2.....ni pun sebenarnya cikgu baru jer balik dari Malaysia...semangat nak menaip datang la pulok...minggu lepas cikgu diberi keizinan oleh en asben untuk balik kampung..yahuuuuuuuuuuu....tup tup cikgu terima panggilan daripada seorang anak cikgu..wahhhh terharu den...dah berapa bulan cikgu anis tak ngajar...tak sangka ada anak murid yang masih ingatkan cikgu anis...

murid : hello ni cikgu anis ke?

cikgu: yup...sape ni?

murid: saffura ni...cikgu apa khabar?

cikgu : sihat alhamdulillah...mak tahu ke saffura call cikgu ni?

saffura : tak tahu

cikgu : seronok ke sekolah?

saffura : seronok

cikgu : ooo mentang2 cikgu tak de..saffura seronok yeeee....tak pe lah...lepas ni kira cikgu berenti keje je la (saje nak uji saffura)

murid : errr  tak best..tak best...(cehhh tak ikhlas)

cikgu : siti dah pindah rumah ke?

murid : dah

cikgu : saffura masih balik sekolah dengan hasif ke?

murid : haah

cikgu : (dah tak de idea nak tanya)...asyik cikgu je tanya soalan..dulu banyak cakap kenapa sekarang tak nak cakap plak

murid : errr saya malu sebab dah lama tak borak dengan cikgu (pulak dah huhuhu)

cikgu: oklah saffura...nanti mak marah plak cakap dengan cikgu lama2...

murid : ok cikgu...errr jap jap....lupa pulak...cikgu dah tahu ke?

cikgu : apa dia saffura?

murid : cikgu, ifa kan ..dia kan...dah datang bulannnn...

cikgu : lerrrr...itu ke tujuan sebenar saffura call cikgu?

murid : haah...saya call ni nak bgtau tu lah...

hurm...ingatkan rindu kat cikgu anis...rupa rupanya nak sebar cerita kawan dia dah jadi anak dara...huhuhu sabo je lahhh

Tuesday, March 1, 2011

Pewangi Ketiak Anak-anak CIkgu...

tadi di sekolah cikgu sempat berborak-borak dengan murid tentang kebersihan diri...memula tu dok sembang tentang penjagaan kebersihan gigi...entah macam mana sampai masuk bab ketiak pulak hehe...cikgu minta setiap murid cium ketiak masing-masing...wangi ke busuk??? hemmm mana ada orang nak mengaku busuk kan kan kan....sama la dengan anak-anak cikgu....tak de nye diaorang nak mengaku....di antara 6 orang anak istimewa cikgu ni, ada seorang tu umurnya dah nak masuk 14 tahun...perempuan pulak tu....so badannya agak berbau...cikgu pun mati kutu jugak macam mana cara terbaik untuk menegur anak perempuan cikgu yang sorang ni...sensitif orangnya...jadi fikir cikgu dengan cara perbincangan secara tak langsung ni boleh memberi kesedaran dan input pada anak anak istimewa ni....sudah tentu ada yang tertanya-tanya...boleh faham ke diaorang ni?? murid-murid yang 6 orang ni kebanyakkannya adalah kategori slow learner....so tak de masalah sangat la ....jom baca apa jawab mereka tentang pewangi ketiak hehe...

cikgu : cuba cium ketiak masing-masing....bau wangi ke bau kurang wangi?:)
murid : wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
cikgu : ye ke wangi?? macam mana boleh wangi tu ?
Hasif : ketiak saya wangi macam perfume dari paris! (wakakaka...hebattt...cam biasa beli jek perfume Paris)

Saffura: ketiak saya pun wangi cikgu sebabnya saya guna pewangi jenama Rejoice! (kuang kuang kuang....satu kelas gelak bila cikgu cakap Rejoice tu jenama syampu..karang silap hari bulan bukan bulu ketiak yg tumbuh...tapi rambut...siap boleh ikat lagi hahaha...bila diaorang gelak tu maknanya diaorang faham la...kalau muka blur blur tu sah la tak paham..)

apa kata murid yang seterusnya plak....
cikgu: macam mana dengan azmi pulak? macam mana azmi pastikan ketiak tak berbau...?

lama azmi berfikir...akhirnya cikgu dapat jawapan ni...

azmi: errr...saya pakai pewangi ketiak ibu saya cikgu! (wakakaka...satu kelas pecah perut sekali lagi...kengkawan azmi siap komen lagi....apa la ko ni azmi pakai pewangi ketiak orang pompuan hehehe...)

hmmm pandai pun korang mengomen ek...padahal jawapan masing2 pun lintang pukang....hehehe

Tuesday, February 22, 2011

Kerana Tuhan Lebih Menyayangimu Duhai Anakku...Part2

Berita semalam masih berlegar-legar di kepala cikgu...sepanjang masa memandu ke sekolah...otak cikgu ligat membayangkan bagaimana suasana kelas pendidikan khas pada hari ini...suramkah? ceriakah? atau seperti tidak ada apa2 yg berlaku... tak sabar rasanya berdepan dengan anak anak cikgu yang cikgu kira sudah semestinya telah maklum tentang Naien...
Sebaik sahaja kaki cikgu melangkah masuk ke kelas pendidikan khas pagi tadi..mata dan telinga cikgu sempat menangkap beberapa orang anak istimewa cikgu  menadah tangan membacakan al fatihah untuk arwah Naien...alhamdulillah sejuk hati cikgu...walau akal anak2 cikgu tidak sebijak anak2 yang lain...tapi mereka masih mengerti erti sebuah persahabatan dan persaudaraan....

Nampak sahaja kelibat cikgu...mereka berebut-rebut menyampaikan berita tentang arwah Naien...cikgu sempat menduga perasaan anak2 cikgu ni tentang pemergian arwah Naien...masing-masing mengaku sedih tapi tak nanges pun!...ok tak pe...tak nak mengaku ye...dalam ramai-ramai yang sibuk bercerita tu...cikgu terperasan mata salah seorang anak cikgu yang bernama Saffura...bengkak!...lalu cikgu bertanya pada saffura tentang matanya...

cikgu : kenapa dengan mata saffura ni..cikgu tengok macam bengkak je...kamu menangis ye semalam?

safura: eh cikgu ni...mana ada...saya tak nangis la....mata saya gatal...jadi saya tenyeh2 cam ni ha..(sambil menggosok2kan matanya)

anak murid mana boleh menipu gurunya....gaya bengkak mata tu pun cikgu dah tahu tu tanda2 saffura menangis...cikgu pun guna muslihat...

cikgu: ye ke ni...ntah ntah saffura nangis sebab Naien tak?
saffura : tak cikguuuuu....mata saya gatal...betulll
cikgu : tapi semalam mak saffura bagitau cikgu saffura nangis lepas dapat tahu tentang Naien ...haa nak tipu cikgu la tu (pada hal cikgu yg tipu...saje pasang perangkap hehe)

saffura : hehehe....haah...sebenarnya mata saya bengkak sebab saya banyak nangis...teringat kat Naien...sedih Naien dah tak de...

ikhlas jawapan saffura...tiba-tiba hati cikgu turut rasa tersentuh....tapi biasa la...kena control bila depan murid-murid hehe...tak lama selepas tu....hampir semua murid mengaku menangis bila dapat tahu tentang Naien yang tidak akan kembali lagi...ada yang bagi tahu menangis sambil peluk bantal...ada yang mengaku menangis dalam bilik sorang2...ape pun gaya mereka menangis...semua tu tak penting...yang penting...anak istimewa cikgu punya perasan yang sangat murni...kasih pada sahabat...mengerti tentang sebuah kehilangan...

cikgu sempat bertanya lagi pada saffura kenapa saffura menangis sampai bengkak-bengkak mata?saffura sayang Naien ke? Nak tahu apa jawab saffura?

saffura: saya sayang Naien...suka sangat ada kawan macam Naien...
cikgu : kenapa?
saffura : dulu saya pernah terpukul Naien....tapi dah mintak maaf...Naien sikit pun tak marah...bahkan Naien kata....walau sebanyak mana pun ko buat salah kat aku...aku akan sentiasa memaafkan ko...

Oh Naien...luhurnya hatimu nak....terkedu cikgu mendengar cerita Saffura....hampir2 benteng air mata cikgu pecah lagi....semoga anak anak cikgu yang lain juga punya hati sebaik Naien...dan buat arwah Naien doa cikgu agar rohmu bahagia di sana...

Monday, February 21, 2011

Kerana Tuhan Lebih Menyayangimu Duhai Anakku...

Buntu dan tidak tahu bagaimana mahu memulakan penulisan pada kali ini...rasa terkejut...terkilan...sedih masih lagi menyelubungi diri cikgu.....dan cikgu percaya...rakan-rakan seperjuangan serta anak-anak didik di Program Pendidikan Khas turut merasai perkara yang sama...Baru semalam cikgu dibuai dengan mimpi indah...namun tidak sangka hari ini cikgu bakal menerima satu berita yang amat memilukan hati...

Semalam cikgu mendapat tahu anak istimewa cikgu akan dimasukkan ke ICU Hospital Sg. Buloh...dan cadangnya selepas sekolah cikgu bersama kawan-kawan akan bergegas ke sana...namun hajat kami tidak kesampaian kerana tuntutan tugas dan kewajipan seorang penjawat awam perlu menghadiri mesyuarat guru yang tidak kurang pentingnya...maka kami sepakat untuk menunda hajat tersebut pada keesokkan harinya...sepanjang mesyuarat berlangsung...fikiran cikgu hanya terfikirkan Naien...namun cikgu yakin Naien pasti akan kembali pulih seperti sedia kala...dalam pada waktu itu juga, cikgu berkesempatan menghantar sms kepada ibu Naien untuk bertanyakan khabar dan memaklumkan bahawa kami cikgu-cikgu tidak dapat bertemu dengan Naien pada hari ini....

Baru petang tadi ibu Naien sempat membalas sms cikgu...meminta cikgu2 semua mendoakan kesihatan Naien...dan pada waktu itu, hati cikgu masih yakin bahawa Naien pasti akan sembuh dan kembali bersekolah seperti biasa...sudah lama rasanya cikgu tidak mendengar celoteh Naien...rindu pada gelagat Naien yang macam-macam..."amboiii...tak sayang mulut nampak!"...itulah tag line Naien setiap kali diperli cikgu atau kawan-kawan...namun mulai detik ini cikgu tidak lagi berpeluang mendengar ungkapan sebegitu dari bibir mungil Naien..pasti cikgu rindu!..rindu pada Naien...rindu pada segala-galanya tentang Naien...!

Semasa Maghrib sedang meniti waktu, cikgu menerima panggilan dari rakan setugas cikgu...bagaikan tidak percaya...cikgu rupanya telah kehilangan seorang anak istimewa...sedih bukan kepalang...punah segala harapan untuk melihat Naien kembali semula ke sekolah...tidak mampu berkata apa2...hanya kesedihan melanda diri...memaksa dua mata agar tidak menangis...namun tidak berdaya sama sekali...wajah Naien bermain di mata...suara Naien berlagu riang di telinga....sungguh cikgu rindukan Naien..

Selesai sedekah bacaan Yassin buat Naien...hati cikgu kembali tenang...redha dengan pemergian anak cikgu yg amat dikasihi...namun hati cikgu kembali terusik menerima panggilan daripada ibu-ibu murid lain berceritakan tentang keadaan arwah Naien sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir...masih berupaya menahan sendu....tapi untuk seketika cuma...tidak berdaya menahan air mata apabila mendengar cerita bagaimana Naien meminta ibu ayahnya bersabar menerima takdir ini...
"Sabarlah ibu....adik mintak ampun dengan ibu...."...dan saat itu....cikgu menangis untuk kesekian kalinya....Naien, betapa tabahnya dirimu...mengapa kami semua tidak sekuat dirimu menerima sesuatu yang telah tersurat ini....??

maafkan cikgu Naien....cikgu tak berkesempatan untuk bertemu dengan Naien buat kali terakhir...tak berpeluang memohon kemaafan di atas segala kekurangan selama cikgu mendidik Naien... cikgu kehilangan seorang anak yang pandai mengambil hati dan bersuara emas seperti Naien...telah cikgu halalkan segala ilmu yang dicurahkan selama ini.....moga ilmu itu menjadi peneman hidupmu di sana...

Dan kerana Allah lebih sayangkan dirimu anakku....maka kesempatan untuk kita bersama hanyalah ssesingkat ini...namun begitu...cikgu tetap bersyukur dan berbangga kerana pernah diberi peluang menjadi gurumu....semoga dirimu sentiasa damai dan aman di sana...tenang bersama orang2 yang beriman... di syurga yang telah dijanjikan Allah...al-fatihah

Monday, February 14, 2011

Kuasa Power Rangers di Kelas Pendidikan Khas...

hari ni bertambah sorang lagi anak istimewa cikgu...alhamdulillah...murid lelaki berumur 7 tahun...

memula masuk kelas....tengok gaya cam ok jek...so cikgu pun panggil la anak baru cikgu ni ke depan kelas dengan niat nak kenalkan kepada murid-murid lain...masa dia terkedek kedek ke depan kelas..cikgu dah perasan mulut dan memek mukanya dah mula menunjukkan tanda2 hujan lebat akan melanda kelas pendidikan khas...huhu...tapi cikgu buat dekkkk je...cikgu tanya nama...tak jawab la plak...so cikgu ignore je tang nama tu...cikgu bagitau murid2 lain yang diaorang terima seorang adik baru hari ni...uihh kemain gumbira la depa semua...tapi berbeza dengan anak murid cikgu yang baru ni....nangessss la pulakkkk...sudah memang ku agak tadi...ingatkan bleh la ku tepis mendung yg tak diundang tu..rupa-rupanya basah jugak pipi anak baru cikgu ni...kalau setakat basah tak pe  la jugak...ini meraung2 menjerit jerit...'tak nak sekolah!...tak nak sekolah!'...adehhhh

ish macam macam umpan la cikgu bagi...anak2 cikgu yang lain pun turut membantu...depa siap bgtau seronok sekolah kat sini..ada banyak mainan,boleh masak2,jahit menjahit...pergi jalan2..naik bas...tapi satu pun tak jalan...pastu, cikgu mintak pulak Pak Din datang memujuk....bukan setakat adik barunya dipujuk,siap dengan cikgu2 anis sekali Pak Din pujuk..dipeluk2nya cikgu....ketiak cikgu pun dia nak cium...haishhhh apa kesssss...haduiiii yaiii....silap orang la Pak Din....last-last cikgu amik keputusan...biar aje lah dia menangis sampai puas...penat karang tahula dia berenti sendiri....so cikgu teruskan dengan proses pengajaran cikgu pada hari tu....susah jugak nak mengajar..mana tidaknya...volume anak baru cikgu tu hampir2 mengalahkan volume soprano cikgu....sabar aje la...kesian anak anak cikgu yang lain..nampak sangat kat muka diaorang macam keliru dan tak tahu nak buat cam mana supaya adik barunya senyap...cikgu faham sangat...diaorang semua tak dapat nak fokus dengan apa yg cikgu ajar...cikgu nak paksa2 suh pi duduk pun parentsnye still dok ada...tak sedap jugak..karang dipikirnya cikgu cubit anak diaorang..tak ke naya...so biar je lah utk sementara waktu...

dek kerana semua orang buat tak tahu dan ternampak kelibat si ayah....tiba-tiba anak baru cikgu tu naik hangin...ditolaknya meja...menjerit2 'tak nak sekolah! tak nak sekolah!'...time tu terasa gak nak bagi sebijik....tapiiii  sabo saboooo sabooooo.....bukan apa...geram sebab dia dah mengganggu anak2 cikgu yang lain...pucat lesi muka anak2 cikgu ...cikgu buat tak tahu je...cikgu tarik meja tu jauh dari anak baru cikgu tu..bukan apa..takut ditolaknya pulak meja tu terkena murid lain....masa tu...anak2 cikgu yg lain cam terkejut..ye lah tiba2 je mengamuk...mungkin sebab tak de orang nak layan tangisan madu dia...maka naik hangin la....mak dan ayahnya kawan cikgu suruh balik..kalau tunggu..lagi susah la jawabnya....sebaik aje mak dan ayahnya balik...cikgu2 pun tarik anak baru ni ke tempat duduknya..uishhh susah jugak...terpaksa la ditarik tanpa kerelaan hati....satu kelas sunyi sepi...gerun gamaknya anak2 cikgu yg lain tengok adegan tu....terkelip kelip bagai lampu lip lap mata sorang sorang hehe

selepas anak baru tu duduk....kawan cikgu pun apa lagi...bawak keluar la segala permainan yg best2....tapi dia jual mahal beb...kawan cikgu bagi dia main...perghhh di tolaknya mainan tu...pastu volume tu makin meninggi..siap tolak tolak meja plak tu...haper lagi..cara lembut tak jalan....haaa kena jerit dengan cikgu2 sekali...baru kelu seribu bahasa...kekadang terpaksa cikgu menggunakan kuasa power rangers utk mengurangkan sikap negatif cenggini....baru ler dia reti nak senyap....hehe...lepas tu...kawan cikgu buat2 seronok bermain dengan alat mainan tu...makin lama...anak baru cikgu tu makin leka...lama2 dia pun ikut main sama....walau pun belum mahu bercakap...tapi anak baru cikgu dah tunjuk reaksi positif...apa idaknya..semua cikgu bagi ubat pujian berbakul2...terus ok jadinya...penat wooo dok puji2 ni..tapi alhamdulillah bila ditanya suka tak sekolah kat sini....terus dia angguk...senang hati cikgu....cikgu tanya lagi...nanti pasni nak datang sekolah tak? dia angguk lagi....alhamdulillah...

moralnya:
bukan senang nak berdepan dengan karenah anak2 murid yg tak nak ke sekolah ni...kalau anda seorang ibu/bapa...jgn risau utk tinggalkan anak2 pada guru..biarlah anak anda meraung sampai tahap berguling ala hindustan sekali pun...biarkan aje anak anda dengan guru...guru ada cara utk mengatasi situasi macam tu...selagi parents dok tunggu or mengintai2 dari luar tingkap....anak2 lagi la nak meraung meraih simpati...cikgu pun susah nak jalankan kerja2 memujuk dan menggunakan kuasa power rangers hehe...kalau cikgu marah atau tengking....jgn la parents cepat melenting atau terpelanting....ada kalanya cara lembut tak jalan..maka berubahlah cikgu menjadi power rangers bertahap kuasa kuda tercucuk duri....bila masalah settle..kami akan kembali menjadi manusia biasa....cikgu tu dirinya punya hati seperti seorang ibu dan bapa..tiadalah niat kami menengking dan marah itu kerana membenci...tapi hakikatnya kerana ingin membentuk dan mendidik anak ibu2 dan bapak2 menjadi insan berguna....wassalam

Thursday, February 10, 2011

Pak Din 2011

Sebelum pinggang cikgu diserang sakit sakit yg tak diundang...cikgu nak cepat2 kongsi cerita tentang perkembangan dan gelagat anak2 istimewa cikgu yg dah berkurun cikgu tak cerita...

Masih ingat dengan Pak Din?....menjelang tahun 2011 ni Pak Din dah menambah vocab baru...datang-datang sekolah jek Pak Din bahasakan dirinya 'aku'...entah dengan siapa la dia belajar perkataan tu...kalau ditanya pensel siapakah ini? mesti Pak Din jawab 'aku'....bila cikgu jeling seribu...Pak Din cepat-cepat tutup mulutnya...tahu cikgu tak suka....tapi memang susah nak diubah...mungkin Pak Din dah terbiasa membahasakan dirinya 'aku' di rumah....sekarang ni...kalau cikgu jeling jer...Pak Din cepat-cepat menukar 'aku' kepada 'aya'..(saya la tu hehe)....selain tu, Pak Din dah makin pandai amik hati cikgu-cikgu.....setiap hari ada saja gelagat Pak Din yang membuatkan cikgu naik berang....tapi malangnya marah cikgu takkan lama....sebabnya tiap kali kena marah...Pak Din dengan senyuman paling manisnya memanggil cikgu ...'awekkk....awekkkk' ...akhirnya cikgu nak marah pun tak jadi huhuhu....

Satu lagi tabiat Pak Din....sangat rajin membantu cikgu....dari tahun lepas lagi....kalau lepas makan, Pak Din lah orang paling sibuk memungut pinggan dan gelas cikgu...kekadang tu cikgu tak sempat habis makan lagi dia dah sibuk dok tarik pinggan cikgu...kalau cikgu lambat....Pak Din membebel bebel mengalahkan Guru Besar huhu....bukan setakat pungut...siap nak basuh lagi...!! Sekarang ni plak...bukan setakat rajin di kantin..kat dalam kelas lepas buat apa apa aktiviti, Pak Din lah satu satunya anak murid cikgu yg akan pungut semua hasil kerja kawan kawan dan letak kat atas meja cikgu...tak perlu disuruh...memang Pak Din akan buat sendiri...dek kerana terlalu rajin, satu hari tu....Pak Din siap tanggalkan hasil kerja yg di gantung kat langsir menggunakan penyepit kain...memang kawan cikgu nak lekatkan kat situ utk disambung pada esok harinya....apa lagi...kawan cikgu pun saje je buat buat marah kat Pak Din...sengaja nak tengok apa reaksi Pak Din...rupa-rupanya Pak Din dengan gigih pi pasang balik hasil kerja tu....sehabis daya Pak Din cuba lekatkan balik benda alah tu....disebabkan Pak Din tak tahu macam mana nak guna penyepit baju tu ...macam2 kaedah la Pak Din guna...sampaikan tingkap yg tak de kaitan pun habis ditutupnya...geli hati tengok kegigihan Pak Din...akhirnya kawan cikgu yang pasangkan semula hasil kerja tu....tersengih2 la Pak Din...hehe

hari ni plak tiba tiba Pak Din hilang dari pandangan cikgu2...dok syiok syiok mengajar murid2 lain mengecop corak....tup tup Pak Din hilang....rupa-rupanya dia senyap-senyap kat bawah meja sambil sharp semua pensel2 warna kawan-kawan....Pak Din ni sebenarnya sangat suka mengasah pensel...memang hobi dia la tu...lepas kena marah....dengan penuh kerajinan Pak Din menyapu bersih lantai yg penuh dengan habuk pensel....ingatkan mimpi apa la si Pak Din ni tiba2 menyapu lantai....rupa-rupanya baru lepas kena warning har har har.....

setakat ini lah dulu serba sedikit cerita anak istimewa cikgu....sebenornya banyak lagi nak tulis...tapi pinggang ni bagai digigit2 dah...len kali la plak ye...bubaiiiii

Saturday, January 15, 2011

Tahi Lalat Ba Vs Parut Jerawat

Hari ni genapla 3 hari cikgu anis jadi orang bisu huhuhu...balik je dari sekolah...maka esok paginya pulak baru cikgu anis bercakap...en asben ke brunei 10 hari...maka 10 hari la cikgu anis bagai orang bisu di rumah sendiri...

diam tak diam...dah 15 hari rupanya bernyawa di tahun baru 2011...sekejap je masa berlalu...teringat plak hari pertama persekolahan tempoh hari...glamer giler cikgu anis n kawan cikgu...dok tengah syiok syiok mengajar...ntah dari mana datang dua orang insan yg tak dikenali....sorang bawak kamera besaq...sorang lagi bawak perakam video besaq...dua dua dok tropong cikgu tgh mengajar...haduihh nak marah jugak la orang mai rakam proses pengajaran kita dalam keadaan tiba-tiba cenggitu...bukan apa...kalau habaq awai awai tu...bleh la cikgu pakai baju merlip merlap...make up setebal 3 inci...biar kalah dato ct nurhaliza tu hehehe...
Rupa rupanya dua orang insan tu datangnya dari kementrian..sesambil daftar anak masuk Prasekolah...sempat plak buat rakaman secara live! huh berpeluh cikgu....sib baik proses pengajaran ari tu lancar...bahan pun lengkap...murid pun sporting...legaaaaaa...lupa plak nak tanya...masuk channel berapa...astro kot kekekeke..

Nasib baik la sekejap je depa buat rakaman tu...lepas waktu rehat...cikgu mengajar plak mata pelajaran Pendidikan Agama Islam...uishhh jadi ustajah la plak...ustazah celup yg ada parut jerawat kat bawah bibir...huhuhu lambat bebenor nak hilang parut jerawat ni...gara-gara parut jerawat ni, tak pasal pasal murid jadi konfius dengan pengajaran cikgu ..topik aritu membunyikan  'aa' dan 'ba' ...alhamdulillah senang je murid cikgu nak cam 'aa'....bila dah kenal 'aa'...cikgu teruskan dengan 'ba' plak....cikgu ceritakan ciri-ciri 'ba'....bentuk macam perahu dan ada tahi lalat di bawah serta berbaris di atas....sekali lagi alhamdulillah murid dapat membunyikan 'ba'....sebagai penutup proses pengajaran...cikgu saja nak uji ingatan murid-murid....apakah bunyi huruf yg rupanya macam nombor 1 dan berbaris di atas ni?....semua pakat jawab 'aa'....bagus bagus.....cikgu tanya bunyi yg seterusnya pula sambil menulis huruf ba berbaris di atas...apakah bunyi huruf yg macam sampan dan ada tahi lalat di bawah....jawab salah seorang murid....cikgu anisssssssss....huk alohhh...mentang-mentang la parut jerawat cikgu terang benderang kat bawah mulut ni....ada plak yg ingat tahi lalat...dah la tu...tak pasal pasal bunyi 'ba' bertukar kepada 'cikgu anis' hua hua hua...nak tergelak pun ada..bengkek pun ada...

Tuesday, November 2, 2010

Dialog Lucu Anak Muridku..

Kalau nak tau, tetiap ari ada saja dialog2 lucu yg terkeluar dari mulut anak-anak istimewa cikgu anis ni...tapi malangnya setiap kali balik ke rumah...cikgu anis asyik terlupa dialog2 tu utk ditulis kat blog syiok sendiri ni...

Antara dialog yang cikgu ingat :

DIALOG 1:

kalau ada kelapangan waktu, cikgu anis memang suka menyembang dengan anak2 istimewa cikgu...jumaat lepas cikgu sempat berborak tentang nama baby...saja jek nak dengar buah fikiran murid2 cikgu ni...

cikgu anis : fiqa,kalau cikgu dapat anak perempuan, apa nama yg fiqa nak bagi?
fiqa : hmm kalau perempuan, katrina,kalau lelaki,zakuan (dalam hati cikgu..amboii katrina tuuu...)

cikgu anis: hasif?
hasif : err kalau lelaki namakan Haris, kalau perempuan...hmm Aspalela..ok tak cikgu?:)(Aspalela la pulak huhuhu)

cikgu anis :azmi plak macam mana...ada cadangan nama lain tak utk anak cikgu?
azmi : (biasa la sebelum jawab soalan,habit azmi mesti garu kepala yg tak berkutu tu) haa...kalau perempuan taruk la nama siti nurhaliza, kalau lelaki plak datuk K..

haduii la...kuat betul pengaruh dato siti dengan datuk K ni....


DIALOG 2:

Cikgu-cikgu khas ni kekadang suka menyakat murid-murid...bukan apa,seronok dengar jawapan balas diaorang...kekadang tu cikgu yang dok mengajar di kelas sebelah pun bleh terkekeh kekeh ketawa...hehe..dialog kali ni cikgu anis dah terlupa macam mana bleh terjadi tapi masa tu sesambil diaorang buat latihan dalam kelas...macam ni lah lebih kurang yg sempat tertangkap di telinga cikgu anis:

azmi : esok-esok aku nak kawin 3

naien : amboi-amboiiii ko nak kawin 3 ye...aku pulak nak kawin 6...!!

cikgu-cikgu : kah kah kah...(apa lagi...kami ketawa tergolek2...sempat lagi tu pk bab kawin...bukan 1 bukan 2..tapi 6....mazhab mana la plak tu naien oiii hehe)


DIALOG 3:

ni plak dialog lucu naien tentang gigi..kalau tak salah cikgu, gigi naien baru jer tercabut....maka berceritalah naien...

naien : aku rasa minggu depan gigi palsu aku ni tumbuhlah..

cikgu anis : apa naien? gigi palsu?

naien : ha la...gigi saya ni baru tercabut...minggu depan tumbuhlah gigi palsu saya ni cikgu..

tak pernah2 manusia di muka bumi ni tumbuh gigi palsu..tapi si naien ni tetiba bleh tumbuh gigi palsu hehehehe...


DIALOG 4 :

Memandangkan setiap hari Jumaat ada subjek Pendidikan Jasmani...maka setiap kali sebelum hari Jumaat murid2 akan bertanya pada cikgu sama ada perlu pakai baju sukan atau uniform sekolah...

saffura : cikgu...cikgu...hari JUMAHAT pakai apa?

cikgu anis : apa dia saffura..bleh ulang sekali lagi?

saffura : ishhh cikgu ni ...saya tanya hari JUMAHAT nanti pakai apa? baju sukan ke baju sekolah?

sejak bila pulak la hari JUMAAT bertukar kepada hari JUMAHAT ni saffura oiii...cikgu mintak saffura buat latih tubi menyebut hari Jumaat..tapi akhirnya...Jumahat jugak yg saffura sebut...kesian saffura

Wednesday, October 13, 2010

Jawapan Yang Tak Terduga Dek Akal...

Hari ni tangan tiba-tiba terasa sangat gatal untuk menaip kat blog yg dah berhabuk ni...berhabuk sbb dah lama tak menjenguk :)...

Pagi tadi,anak murid cikgu anis belajar mata pelajaran sains dengan cikgu Naza (kawan cikgu anis)..Topik Tumbuhan kalau tak silap...dalam topik tu, kawan cikgu explain kat murid-murid istimewa ni tentang pokok kelapa....maka ceritalah cikgu naza tentang pokok serba guna ni dari akar sampai la ke buahnya....ternganga-ngangalah anak murid mendengar penerangan cikgu naza...kusyuk!

Apabila cikgu naza menyebut perkataan sabut kelapa...rupanya ada murid yang tak tahu apo ko bondo la sabut kelapo itu....dah jadi tanggungjawab cikgu,perkara yg murid tak tahu tu perlulah diterangkan...maka cikgu naza pun berilah gambaran paling mudah supaya murid boleh mengenali bagaimana la rupanya si sabut kelapa itu....kata cikgu naza...sabut kelapa tu warnanya coklat,rupanya berbulu-bulu kasar bila dikopek dari tempurung kelapa....barulah murid-murid faham...rupanya dah biasa tengok sabut tu,cuma tak tahu dipanggil apa....

Sebelum cikgu naza menamatkan pengajarannya, sempatlah cikgu naza bertanya satu lagi soalan kepada murid2.....:

cikgu naza : siapa tahu apakah kegunaan sabut kelapa?

saffura : err...sabut kelapa tu macam berbulu-bulukan...haaa saya tahu...sabut kelapa tu kegunaanya adalah untuk menambahkan bulu-bulu kita....:) (jawab saffura dengan penuh yakin)

Dek kerana menerima jawapan yang tak terduga dek akal itu, maka terkedulah cikgu naza...hehehehe....entah macam mana la si saffura ni dapat idea nak jawab macam tu....tak taulah bulu apa yang dimaksudkan tu...pada firasat cikgu anis mungkin saffura maksudkan bulu roma agaknya ...takkan bulu ketiak plak kot hehehehe....apa pun saffura memang hebat (slogan untuk murid yg boleh jawab soalan) sebab berani menjawab soalan cepu emas cikgu naza...hihi:)

Wednesday, August 4, 2010

Fakhrul yang Sakit...Pak Din yang Prihatin

4 Ogos 2010:

Hari ni Fakhrul diserang epilepsi (sawan) sekali lagi ....kali ni anak cikgu anis ni jatuh ke lantai kantin secara tiba-tiba...keadaan tiba2 jadi gawat...waktu tu,cikgu anis n kengkawan tengah syok menikmati makan pagi...

"berdegup!" rupanya fakhrul jatuh lagi...gara2 diserang epilepsi..kuat betul bunyi kepala fakhrul terkena lantai kantin...cepat2 cikgu anis n kengkawan menghampiri fakhrul yg mulutnya dah mula berbuih2...kali ni dah masuk dua kali Fakhrul diserang epilepsi..

selalunya kami biarkan fakhrul berhenti dari epilepsinya barulah tubuh kecil tu direhatkan di bilik guru...bukan kerana kejam...tapi itulah ilmu yg kami perolehi.. bukan sebuah atau dua buah buku...tapi dah kerap cikgu anis jumpa cara merawat kanak-kanak epilepsi ni...tapi tadi...seorang kakak tu cuba membantu....diregangkan jari jemari fakhrul,diurut2nya pada bahagian bawah ketiak fakhrul...tak cukup dengan itu...diberinya fakhrul minum kopi dan diletakkan hujung sudip plastik ke mulut fakhrul...selepas fakhrul berhenti dari epilepsinya...fakhrul menangis seperti kesakitan....cikgu anis minta buangkan sudip tu kerana mengikut pengetahuan cikgu anis....semasa epilepsi,tidak boleh memasukkan sebarang benda ke dalam mulut pesakit kerana dikhuatiri akan lebih mengundang kecederaan...juga tidak boleh diberi sebarang minuman kerana bimbang akan menyekat saluran pernafasan pesakit...tapi tadi segala apa yg cikgu sarankan....tidak dilayan...

hingga ke saat ini,cikgu anis masih keliru...harap2 ada yg sudi berkongsi pengetahuan tentang menghadapi saat diserang epilepsi..


4 Ogos 2010 :

semalam, fakhrul diserang epilepsi di dalam kelas,....Pak Din yg merupakan seteru Fakhrul setia di sisi temannya itu...bukan setakat meneman tapi diusap2nya kepala Fakhrul...puas disuruh ke tepi..tapi Pak Din tetap buat dekk...mungkin Pak Din faham seteru yg tetap dianggap sahabat itu sedang menahan kesakitan....sungguh tidak sangka,Pak Din beriya membaca doa utk Fakhrul...menadah tangan dengan mulut terkumat kamit..hanya Pak Din saja yg tahu apa yg didoakan...sungguh tersentuh....dipicit2nya badan Fakhrul...dipujuknya Fakhrul minum air....sungguh syahdu saat itu...




cikgu2 sengaja cadangkan Pak Din menelefon mak Fakhrul....dengan penuh usaha Pak Din berlakon seolah2 sedang bercakap dengan mak Fakhrul..."mak...eyul akit...atang olah pat..kena alik mah" (mak...fakhrul sakit...datang sekolah cepat...Fakhrul kena balik rumah)...lebih kurang macam tulah dialog Pak Din....pastu cikgu bagi kunci kereta pada Pak Din...sengaja nak tengok apa tindakan Pak Din....rupanya bukan setakat kunci kereta..beg cikgu pun Pak Din sangkut ke bahunya.... siap bagi arahan suruh cikgu dukung Fakhrul ke kereta sebab Pak Din nak drive Fakhrul balik ke rumah...kami saje buat2 tak nak dukung Fakhrul...terjerit2 Pak Din marahkan cikgu....dileternya puas2...sakit hati gamaknye cikgu tak nak membantu...





memang kelakar mengingatkan gelagat Pak Din ketika itu...tapi...hakikatnya hati cikgu2 amat tersentuh dengan keprihatinan dan rasa tanggungjawab Pak Din...itulah kasih sayang seorang anak istimewa....biarpun akal tidak sempurna, tapi jiwannya bersih hatinya luhur....kalau seorang anak OKU prihatin terhadap seorang kawan yg selalu membulinya....bagaimana kita seorang yg normal....apakah kita memiliki sekeping hati yg tulus seperti Pak Din? Tepuk dada...tanyalah hati..:)

Thursday, July 29, 2010

Panjang Akal Yang Tak Panjang:)

Dah lama tak cerita tentang anak-anak istimewa cikgu anis kan....arini termeletup di hati rasa nak menulis tentang anak-anak cikgu yg memang istimewa tapi jgn tak tau anak-anak cikgu anis ni tersangat la panjang akalnya bila nak mengelat...:)

tak lama lagi bulan 8 nak menonjolkan diri...maknanya dah hampir 8 bulan cikgu anis ajar subjek matematik di kelas pendidikan khas ni....bulan lepas cikgu anis dah mula ajar topik baru iaitu topik Operasi Tolak dalam lingkungan 10 menggunakan objek...bila anak-anak cikgu dah nampak cam paham tentang konsep penolakan...baru la cikgu anis mula ajar menolak menggunakan jari....dalam 7 orang anak cikgu anis tu..2 daripadanya cikgu anis latih hafal sifir sebab anak2 yang 2 orang ni memang advance..

semalam cikgu anis minta saffura hafal sifir 7 ...maka terkial-kial lah anak dara cikgu menghafal sifir 7...sampai terjerit-jerit marahkan kawannya yg tergelak kuat dengar celoteh cikgu anis..kesian saffura....utk meredakan keadaan,cikgu anis bagi hadiah istimewa utk kawan-kawan saffura....anak-anak cikgu anis dah faham benar kalau cikgu kata nak bagi hadiah special....hadiah tu tak lain dan tak bukan...latihan ler hehe...saffura pun nampak lebih aman menghafal sifir 7 nya...tapi tak lama selepas tu....

saffura: cikgu..boleh tak saya hafal sifir ni kat rumah?

cikgu: kenapa?

saffura: saya tak boleh nak hafal sifir kat sekolah...

cikgu: kenapa pulak tak boleh?

saffura: tak boleh la cikgu...kalau kat rumah ada susu...bila ada susu baru saya boleh hafal sifir...kat sekolah tak de...macam mana saya nak hafal sifir

cikgu: ye ke ( dalam hati dah nak tergelak tergolek-golek dengar alasan nak ngelat hafal sifir)

saffura: haah...esok je la ye cikgu saya hafal sifir 7 ni...esok saya bawak susu ke sekolah...mesti boleh hafal punya

geli hati cikgu anis...macam-macam alasan bila dah malas nak hafal sifir.. hehehe...

arini saffura puasa sunat...tak tau la mimipi apa datang pagi2 ke sekolah terus buat announcement :"cikgu...saya puasa arini"....alhamdulillah...bagus anak cikgu ni rajin puasa...tapi mimpi apa terajin puasa plak ni...nak tau apa jawab saffura?

saffura: sebenarnya saya tak de niat nak puasa...tapi pagi tadi ibu saya kejutkan saya...pastu ibu baca doa (niat puasa)...saya pun ikut baca jugak...sebab saya dah terbaca doa tu dengan penuh niat di hati...jadi terpaksa la saya puasa...

kah kah kah...tergelak sakan cikgu-cikgu dengar jawapan saffura....adeh...gelak sampai sakit perut...saffura anak dara cikgu anis yg memang banyak mulut,tp panjang akalnya..:)..

Tuesday, July 20, 2010

LEGAAA...

Alhamdulillah hari sukan sekolah dah pun selesai....seminggu cikgu anis bekerja mengalahkan cikgu2 sesi petang....pi keje kul 7.00 pg....balik keje kul 7.00 mlm,dah macam keje office hour pun ada...sekali dua terbabas sampai kul 8.00 mlm....dan saat2 akhir persediaan sukan...buat keje dari petang sampai la ke 1 pagi semata2 nak menghias khemah rumah sukan tahap gaban....hajat di hati tak dapat no.3...jadi juara pun ok lah hehehe...dan alhamdulillah...impian menjadi kenyataan..penat lelah berbaloi..khemah pasukan rumah merah dinobatkan sebagai khemah tercantik.....(jgn tak tau....menghias dalam gelap gulita,hanya bertemankan lampu gasolin berkuasa bateri...canggihh)...semua cikgu rumah sukan sanggup berhabis duit seadanya utk nak menang,kali ni rezki rumah Merah..insyaAllah dilain waktu Juara akan tetap jadi milik Rumah Merah juga..ekekeke

Jom layan gambar-gambar di sekitar SUKANTARA dan SUKAN TAHUNAN KALI PERTAMA...


ni lah gambar terjunan Azmi yg paling cun sempat cikgu anis snap...susah woo nak dapat post melayang cam superman ni..


saffura mewakili kategori perempuan pen khas bg acara lompat tinggi...tak sangka saffura yg bermulut becok ni hebat melompat:)


ni dia penyokong-penyokong azmi ...go azmiiii!..peaceeeeeeee



Pak Din masih sempat membuli kaki cikgu anis....huhuhu


perbarisan murid khas bersama murid aliran perdana....




gaya2 hensem anak-anak cikgu anis... bersedia utk acara lumba lari 50m


tu dia rantai emas milik azmi....pingat emas lompat tinggi pendidikan khas, pingat emas larian 50m pend. khas,pingat emas lompat jauh pendidikan khas dan pingat emas lontar peluru pen khas....untuk lontar peluru ni...kalau bertanding dengan murid normal pun azmi tetap juara sebab lontaran azmi lebih jauh dari murid normal 5.85m....cayaaalah azmi....apa lagi azmi pi la tuntut aiskrim dengan kawan2 kat aliran perdana tu....azmi dah dapat kalahkan diaorang hehe...




ni ler khemah rumah merah yg dah hilang seri...belon pun dah hilang,kain pun dah terlondeh




ni plak antara pasukan rumah merah yg masih setia...ehemm sapa la yg buat papan tanda rumah merah tu




tadaaa....rumah merah mendahului rumah2 lain....beza tak jauh dari rumah hijau...pesaing sengit tu...

Wednesday, July 7, 2010

Bila Pak Din dan Pojan Belajar Mengira...

Dah lama cikgu anis tak bercerita tentang Pak Din...Pak Din sekarang dah bersunat tau...tapi perangai cam tu lah jugak...kuat mengusik cikgu...

kali ni cikgu anis tak nak cerita tentang Pak Din bersunat....tapi nak cerita betapa siksanya mengajar Pak Din dan kawannya Pojan (bukan nama sebenar tapi nama glamer di kelas khas hehe)mengira...sekarang ni Pak Din dan kawan2nya tengah belajar mengecam dan mengira objek dalam lingkungan 7...jgn terkejut la ye...dah lebih setengah tahun pun...murid cikgu anis baru dok belajar mengenal nombor bulat...tu pun baru nombor 7...yg betul2 mengenal nombor 1-7 pun hanya 2orang aje....yg 4 orang lagi sabooo ajelah:)...

hari ni cikgu anis ajar Pak Din dan kawannya main nombor berantai...murid kena padankan nombor mengikut bilangan objek...bila sampai turn Pak Din mengira..."satu,uwa...pokok,umah,mak..." dan macam2 lagi lah yg disebutnya...bila kena marah...bukannya nak insaf...lagi Pak Din mengarut macam2....terpaksa la cikgu anis ugut..."nak pi mandi laut tak?"....terus terbeliak mata Pak Din dengar mandi laut (hobi di waktu lapang Pak Din walau pun takut air sebenarnye ekekeke)..kepala cepat aje mengangguk....pastu baru la nak mengira dengan betul...kalau tak jenuh cikgu anis dok suruh sebut betul2....asyik merapu jek keje Pak Din...

Pojan kawan Pak Din ni lagi mencabar kesabaran cikgu anis...bila ajar mengira...mula la dia sibuk tunjuk rambut la...gigi la...mata la...buat bunyi motor la,picit hidung la...kalau nampak cikgu pompuan lalu kat tepi kelas...cepat2 Pojan pi bagi salam n hadiahkan flying kiss..kadang2 tu siap lambai2 lagi kat cikgu tu suh datang dekat sbb Pojan nak peluk...(amboii leh tahan gatal gak anak aku yg sorang ni hehehe...).sampai cikgu pompuan pun naik risau nak lalu kat kelas khas hehe..Pojan tak macam Pak Din yg boleh diugut...si Pojan tak makan samannye...cakap la ape pun...dia tetap dengan aksi dan gelak tak bertempatnya...ada aje benda yg nak digelaknya...Pojan tak bleh bercakap...tapi punya semangat nak bercakap..makanya tiap kali Pojan bercakap...cikgu anis n kengkawan blurrr sbb tak paham dengan bahasa aras tinggi Pojan...Pojan plak mesti gelak kuat2 bila tengok muka blur cikgu...siap ketuk dahi lagi ...tu tandanya...lain yg dia cakap...lain plak yg cikgu translate..

biarpun Pojan seolah2 tak dapat apa2 yg dipelajari...cikgu anis tetap dok ulang2 menyebut nombor pada Pojan...dengan harapan...biarlah hari ni Pojan tak boleh menyebut apa2 dengan betul...sape tahu tiba2 satu hari nanti Pojan bukan setakat boleh sebut tapi siap dapat cam dan tulis nombor dengan betul lagi...tak gitu Pojan?:)

Saiz Bukan Jadi Ukuran

Err tak tau la tajuk kat atas tu sesuai ke idak dengan cerita cikgu anis kali ni...tapi sipi2 tu macam dah nak kena ...:)

Semalam kawan cikgu anis dok menggeleng2 kepala lepas selesai mengajar subjek Bahasa Melayu....topik yang diajar semalam ialah berkenaan dengan tanda baca....kelas yang diajar tu ada muridnya yang dah boleh membaca...tak kurang juga masih ada yg mengeja sepenuhnya..walau apa pun....ini menunjukkan murid telah pun mengenal huruf vokal dan konsonan....siap bulih menyalin lagi...

menurut kawan cikgu anis... dia terkejut pun ada...geli hati pun ada...selama ni kami semua mati2 ingatkan murid kelas Jed ni dah arif tentang huruf besar dan huruf kecil..bila belajar tanda baca...barulah tahu rupanya murid2 kami ni masih tidak faham apa yg dimaksudkan dengan huruf besar dan huruf kecil.....

nak tau apa yg ada di fikiran murid2 ni bila cikgu mintak tulis huruf a besar(A) dan a kecik(a)? 'a' besar....'a' nye ditulis dengan saiz besar yg amat (sepatutnya ditulis 'A')...yg kecil 'a'nye ditulis kecikkkkk aje mengalahkan saiz kuman (sepatutnya ditulis 'a')....hehe...bila cikgu kata salah....semua buat muka blur..pelik gamaknya dikatakan salah..pada hal dah tulis sebesar2 alam..sekecik2 kuman....camno tu??nak salahkan diaorang pun tak bleh...sebenarnya penggunaan istilah huruf besar dan huruf kecil tu telah mengelirukan murid2 cikgu anis...so sekarang ni kawan cikgu anis dok pulun bagi latih tubi menulis huruf besar dan huruf kecil kat murid2 Jed...... harap bersabar ye kengkawan hehe

Wednesday, April 28, 2010

Gelagat Pak Din n Kengkawan

Sejak pak din dah sihat ni....kenakalannya kembali menghuru harakan kelas pendidikan khas....tak habis habis nak usik cikgu2 yg come lote semuanya...bila pak din demam...cikgu plak rasa kesunyian...

pak din ni sebenarnya boleh dikatakan glamer sejak cerita hangat tentang gelagatnya di blog cikgu anis ni...ramai gak yg dok mintak suh tempek gambar hensem pak din...insyaAllah hari ni peminat2 pak din bleh la layan gambar pak din yg paling hensem di abad ini hahaha....apa pun sesambil layan gambar pak din n the gang..cikgu nak kongsi skit tentang aktiviti yg dijalankan di pendidikan khas sk jalan u3...mana tau kot2 bleh bagi inspirasi kat cikgu2 yang lain...jom kita layanzz gambar...

Aktiviti Kemahiran Hidup : Penyangkut Kunci
Pembimbing : Pn. Norzilawati
kelas : Kristal



untuk pengetahuan semua, inilah Pak Din the most hencem boy in the world hehe...comelkan senyuman pak din...waktu ni pak din tengah melicinkan blok kayu menggunakan kertas pasir...blok kayu ni akan digunakan utk buat penyangkut kunci..sori ler baru teringat gambar penyangkut kunci yg dah siap lupa nak amik la plak...nanti cikgu anis update len kali ek...




ni plak gambar kawan pak din yg tgh kusyuk menebuk lubang utk letak panyangkut (bentuk cam mata kail)...nama manjanye...abang amar...abang amar ni memang pemalu orangnya...nak amik gambar pun susah...asyik tunduk memanjang...kalau menulis pun sama...dagu mesti kat atas kertas...kalau nak suh angkat kepala...cikgu kenala panggil 'amar handsome boy mana ye?'...nanti abang amar akan cepat2 tegakkan kepalanya dan tersenyum sampai ke telinga...kuat perasan betul..amar ni kalau bercakap...suara dan gaya pertuturannya mesti cam kartun...(pengaruh kartun menguasai diri hahaha)

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZYBkh35IoWYIIt9SAkLiqbcE3VryntbIvgJCYupUnrSNjvcaHKAEJcK1ccNo40cqZXNV3klnIU0k7kF9jKQLkm-NDFzi_pbY3KnmByl1vtwqvxbZH-PRKK3-AJXTkkHxLotYi7WMAppQ/s1600/5.JPG">
ni plak gambar pak din nak tunjuk 'peaceeeeeee'....orang lain buat peace pakai dua jari jek...tapi pak din punya peace sampai 5 jari hehe...sesungguhnya pak din adalah seorang pencinta keamanan paling tegar...5 jari beb hehehe

Aktiviti Pendidikan Muzik : Nyanyian dan Lakonan Bangau oh Bangau
Pembimbing : Aku lerrr
kelas : Jed

ni plak geng2 kelas sebelah pak din...murid kelas jed ni kiranya murid yang kurang lemah berbanding kelas kristal...so senang la skit nak ajar menyanyi dan berlakon memandangkan murid2nya tidak mempunyai masalah pertuturan..rata-ratanya adalah slow learner....ni ler gambar watak-watak dalam drama sebabak di radio era Bangau oh Bangau...jom layan gambar sproting murid-murid cikgu anis...


gambar si rumput,ikan dan ular...topeng ni murid-murid warnakan sendiri dengan crayon...pastu cikgu anis ratakan dengan tisu supaya nampak lebih kemas.



ni plak gambar si kerbau n katak..seronok bebenor diaorang dapat pakai topeng...sampai berpeluh2...



si bangau kurus n kayu api basah.....


yang ni gambar kelas pak din...geng2 pak din pun terliur nak mencuba pakai topeng2 ni...selagi tak bagi pakai...maka tak dapat la cikgu anis melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu...dah bagi pakai bukan main seronok plak diaorg...sampai waktu nak balik baru pak din benarkan cikgu anis tanggalkan topeng...

walau pun diaorang ni tak sehebat kanak2 normal...tapi cikgu kagum dengan kalian...anak-anak cikgu ni boleh berlakon dengan dialog ciptaan sendiri...walau pun agak berserabut...tapi cikgu bangga...sekurang-kurangnya cikgu tahu anak-anak cikgu tak kurang hebatnya berbanding murid di aliran perdana...tahniah anak-anakku...:)..nanti kita berlakon lagi ekk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...