Followers

Sunday, December 30, 2012

Kenapa Cikgu Mohon Unpaid Leave (cuti tanpa gaji) ??

Assalamualaikum.

 ehsan google

Hurm kejap jer dah nak habis tahun 2012. Rasa macam belum puas lagi nak berlama-lamaan di Brunei ni....huhuhu. Bermula 1 jan 2013, bom jangka cikgu akan mula berdetik. Mengira saki baki cuti yg masih bersisa................perghhhh ayatku hahaha.  

Eh, eh ayat macam tak nak balik jer. Pada hal kata sunyi duk sini, teringat tanah air terchenta la,gitu la gini la. Pd hal tak jauh mana pn brunei dari malaysia. 2 jam jer pun kalau naik flight. Kalau dengan kete tak sure la pulak berapa jam sebab belum ada lagi manusia yg cuba merentas Laut China Selatan  ke kepulauan Borneo ni dengan kete rasanya hehehe. tak tau la kot2 ada yg modified kete jadi kapal selam hohoho.

Dah dekat nak balik baru rasa nak crita kenapa cikgu boleh melekat kat Brunei ni kan hehehe. Kalau difikir2kan sekali macam sayang jer amik unpaid leave semata2 ikut suami ke tempat yg tak jauh. Jauh lagi negeri Sabah hoho. Tapi kata suami cikgu, bukankah tempat isteri adalah di sisi suami......opsssss maka sebab itu lah cikgu merelakan diri untuk bercuti dari mendapat sebarang gaji mahu pun bonus. Telan air liur saja lah tengok kawan2 dapat bonus huhuhu. Ada yg berani nak engkar kata suami? eeee cikgu tak sanggup. Nanti dapat denda cash dari maha Pencipta.


Sebenarnya ada sebab kenapa en suami mintak cikgu ikut dia ke sini. Kami ni sebenarnya ditakdirkan bertemu agak lambat. Nak dapat anak pun lambat jugak. walau serba serbi lambat, tp Allah tetap bermurah hati nak bagi macam2 dengan syarat SABAR! SABAR! SABAR! Kalau lah cikgu tak ikut suami ke sini, mungkin suami cikgu tak der peluang nak tengok anak kecik dia ni membesar depan mata. kami tak tahu masih ada lagi tak rezki kami nak punya anak . Maklum lah cik puan yg sedang menulis ni pun tunggu masa nak expired jer. Tak sesubur ladang2 kurma yang lain.belum tentu usaha sekali terus berbuah pohon kurmanya. Maka sebab tu lah cikgu sanggup korbankan kerjaya cikgu untuk sementara waktu ni.

Mungkin benda ni nampak remeh. Hanya yg punya masalah macam cikgu akan mengerti. Dan mungkin jugak dari sudut lain keputusan cikgu amik cuti selama hampir dua tahun ni turut membebankan rakan2 setugas. Bukan cikgu tak pk semua tu. Tapi kata suami lagi, antara rakan dan suami siapa yg perlu didahulukan? Haaaaa jawab,jawab cikgu anis.......... Maka selepas tamat tempoh cuti bersalin 90 hari, cikgu terus sambung dengan cuti unpaid leave. 

Tak silap cikgu bulan 7, 2011 cikgu secara sahnya meninggalkan bumi Malaysia. cewahhh macam la pergi tak balik2. Padahal kerap bebenor balik temankan suami pi meeting. well, i kan 'seketri' en suami hehehe. Kat sini cikgu tak keja pun. Alang2 dah cuti, baik cuti terus. Boleh belajar masak2 dan gaduh2 dgn Firas heeeeeeeeeeee.........

Kenapa cikgu tak berhenti kerja jer? uiiiii kalau diberi pilihan nak la sangat sangatttt. Seronok dapat jaga anak sendiri. Tapi tak semudah itu nak buat keputusan berenti keja. Bertahun tahun cikgu jadi penganggur terhormat kat kg dan berapa kali cikgu duk apply KPLI, bila dah dapat takkan senang2 nak lepaskan. Tambah2 cikgu dah jatuh hati dengan kerjaya sebagai guru Pendidikan Khas ni. Rindu sgt pada anak2 istimewa cikgu tu. Entah2 diaorang pun dah lupa dengan cikgu garang dia ni hohoho. Yang paling sedih cikgu tak sempat nak jumpa sebahagian anak didik cikgu sbb sekembalinya cikgu bertugas, diaorang dah masuk sekolah menengah. Dan paling cikgu risaukan, takut2 cikgu dipindahkan ke sekolah lain......nauzubillah mintak jauh la. Doakan cikgu masih ditempatkan di sekolah lama jika itu yg terbaik buat cikgu  ya kawan2 & sedara2 semua.

oklah, nak pi layan anak bujang pulak. sibuk dok ajak main bola pagi2 buta. byee


9 comments:

umialya said...

awal2 pagi Cikgu Anis bagi mood sedih, huhuhu

(tarik nafas panjang, ayuh... bangkit cepat, banyak kerja nak kena siapkan tu...)

OneSimpleMother said...

pastinya terasa sesuatu masa nak balik nanti. akak masa dok kapal 7 bulan jer tu pun rasa macam sediiiiih jugaklah masa nak balik tu. padahal atas kapal tu bukanlah seronok mana pun. serba serbi kekurangan.. :)

CeqGu said...

Kak tini : haha soriiii tak prihatin sungguh diriku ini. Mood menghitung hari dah nak mula kak,sekarang asal keluar ke bandar jer sibuk snap gambar sana sini. Xpa jap2 lg anis buh entry happy plak hihi

Kak mas : huhuhu tempat jatuh lg dikenang, inikan pula tempat cincin kawinku hilang

m4rilyn said...

nanti boleh wish selamat kembali bertugas. dari memula Anis bercuti kita dah asek baca blog.

anw.. xpe at least ada pengalaman kat negara orang yang nanti dapat share dengan saudara mare kawan2 dan anak murid...esp anak murid la..bagi dorang semangat :)

amirini said...

Pengorbanan yang amat berharga ni Cikgu... Inysa Allah.. akan diberi ganjarannya..

Aisy Nasiha said...

betul tu...kadang2 kitq mmg kena buat pilihan yang sukar. Alhamdulillah cikgu dh dikurniakan anak. Boleh tgk anak membesar di depan masa sementara cuti ni...nampaknya cikgu dah buat pilihan yang tepat demi kebahagiaan keluarga cikgu...

Nati balik sini sambung lagi mendidik anak2 istimewa tu ye...

CeqGu said...

eli : thankssss....tak sangka eli pembaca setia blog cabuk cikgu anis hehe

amirini: insyaAllah :)

Aisy : alhamdulillah, sudah tentu akan sambung ajar anak2 istimewa tu. rindu kat diaorang

Oyis said...

6 bulan bole kata lama lg tu. noris x sampai sebulan dah ni kak anis nak balik msia... uwaaa....!!! tp i faham, tmpt jauh lg dikenang kan kak anis.

also psl CTG tu, keputusan terbaik dah tu, x perlu dikesalkan. abg saiful lg la, 4 thn lebih CTG sbb ikut noris belajar. dah la dia lelaki kan. kalo nak kira, dah brp kali bonus dah terlepas, brp tahun servis x kira sedangkan usia meningkat, dan brp kali tgk rakan2 sejawatan yg sama lama berkhidmat masing2 dah naik tgga kerja. mmg sbg spouse, rasa bersalah sbb org berkorban karier utk kita. abg syed pon mesti sama ni, kalo dia x ucap pon, noris rasa dia mesti appreciate sgt2 pengorbanan kak anis tu. harta dan pengkat di dunia bole dicari, tp kerukunan rumah tgga tu, xleh dijual beli. in shaa Allah rezeki lain menanti buat those yg sabar.... sama2 kita berdoa

CeqGu said...

oyis: betul tu noris. rumahtangga dan keluarga no 1. doa2kan la jgn dipindahkan kak anis ke sekolah yg jauh2. harap2 dapat kekal kat sekolah lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...