Followers

Thursday, December 27, 2012

Port Baru Untuk Tidur Lena

Assalamualaikum

Anak mama n ayah yang soleh dan bijaksana ^_^ , semoga di bawah rahmat dan barakah allah sentiasa hendaknya....

Semalam tengah cikgu syiok2 duk dengar ayah firas meluah perasaan tentang hal kerja, tiba-tiba Firas yang tido tu nanges. 
Dia nampak ajer cikgu kat meja makan, terus dia bangun merengek2.
Adegan biasa la tu. Kalau tido tak sah kalau tak terjaga 2,3,4 kali nak menyusu. Iyerrr walau umur dah nak masuk dua tahun, Firas memang kerap jaga.
Mungkin sebab dia lapar agaknya. Jenuh mamanya menerai resepi, kadang dia makan, kadang sikit ajer sentuhnya, dan kadang2 tu pandang pun tidak. Huhuhu kecik hati mama tau!
Susu badan plak kan senang hadam, cepat la lapar. Ditambah plak tak syiok kalau tak dapat nyot nyot gamaknya.
Dengan sebelah tangan cikgu angkat la firas ke riba. Dalam mamai mamai tu dia mintak nak 'syusyu'. Pun adegan biasa berlaku jugak time cikgu tengah kusyuk makan. Mesti nak syusyu. Saboooo jer lah. Bila dah kenyang, tau pulak dia turun sendiri. Pastu pi peluk kaki ayah dia.
Tengah ralit2 mendengar rintihan en asben, tiba2 cikgu ternampak......

 Firas dah terlena kat bawah meja makan!


 Close-up cikit.............tu diaaaaa lena kat bawah meja beralaskan tikar. Kesiann anak mama. Firas ni memang tak bleh tido tanpa mama di sisi huhuhu. Kalau dia jaga, mesti mencari mama juga. Biar ler ayah ada kat sebelah pun, mama jugak yang dicari.


Ni gambar pagi tadi. Celik mata jer mintak biskut. Tengok2 dah berterabur atas comforter huhuhu

4 comments:

umialya said...

alahai, comelnya..

hainom OKje said...

Ibu ngan anak memang tak boleh dipisahkan.... apa lagi kalau masih menyusu... ayah memang tak laku he...he...

Sok kalau dah besar lagi-lagi dah kawen... emak mmg tak laku dah cheqgu!

AIN NAZRI said...

kiut ajer dia lelap bawah meja.. janji dekat ngan mamanya.. hehe

CeqGu said...

okje: betul tu hahaha. para ayah jgn mareee yer.elehh depa lg suka kannnn

ain: tu ler. pada hal 24 jam duk gaduh dengan mama. tapi last2 mama jugak yg dia cari hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...