Followers

Wednesday, December 5, 2012

TEMPAT MENARIK UNTUK BERCUTI

Assalamualaikum.....

Cuti oh cuti, nak gi mana yer..............anak-anak dah bising ni duk tanya kita nak gi mana cuti sekolah ni........takkan nak lepak kat rumah jer kan. kepada yang masih duk kerut-kerut dahi dan duk garu-garu dagu berfikir kat mana nak pi bercuti, ni cikgu ada beberapa tempat nak suggest untuk korang bawak anak-anak ..........suggest jer pun...................kalau tak nak pergi pun tak per.......... ;)


Legoland Malaysia :

 

 
credit to www.yomadic.com
Memandangkan tempat ni baru jer dibuka kat Nusajaya, Johor, makanya cikgu cadangkan bawaklah anak-anak ke sini. (errr cikgu pun belum jejak kaki ke situ kikiki). Tapi jangan terkojut pulak bila tengok reganya....cecah ratusan hengget gitu...................nak selamat atau murah sikit, korang beli tiket online (7-days advance booking naaa). Nak tau tentang Legoland dan rega tiketnya bleh klik kat SINI

Puteri Harbour Theme Park :

credit to www.destinationatlantis.blogsot.com

credit to www.thestar.com.my

Cikgu baru tahu sebenarnya kewujudan tempat ni. Tu pun setelah kawan cikgu pi sana. Tempatnya kat Nusajaya jugak. Theme park ni terdiri daripada dua park iaitu Sanrio Hello Kitty Town dan The Little Big Club. Kata kawan cikgu, tempat ni menarik ala-ala Kidzania la jugak.........cuma Kidzania tu sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas yang dah tahu 'play and learn'. Kat sini pulak sesuai untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun. Satu lagi bezanya dengan Kidzania, kat sini orang dewasa dibenarkan untuk join temankan anak-anak bermain............cikgu sukeeeeeeeee tu hehehe......... kalau pergi time hujan atau tak nak berpanas, kat sini lebih sesuai berbanding Legoland sebabnya semua aktiviti adalah indoor. Legoland pulak aktivitinya outdoor.

Satu lagi berita BAIK punyer tentang Puteri Harbour Theme Park ni ialah, harga tiketnya JAUHHHHH lebih murah dari Legoland. Boleh dapatkan info dan check harga tiket kat SINI 
Jangan lupa bawa sekali Mykad korang untuk dapat harga istimewa!



Kidzania Kuala Lumpur :

 
credit to www.wonderfulmalaysia.com

 credit to www.parkworld-online.com

Kidzania terletak di Curve NX, Mutiara Damansara. Tempat ni adalah indoor theme park untuk kanak-kanak belajar sambil berhibur. Di sini, kanak-kanak boleh merasai apa yang dilakukan oleh orang dewasa. Bekerja dan dapat duit!! Secara tak langsung membantu kanak-kanak memahami dunia orang dewasa. Pilih jer nak jadi apa, doktor? nurse?chef?pilot?polis? semua ada. Kalau tak silap mereka ada sediakan hampir 90 aktiviti menarik untuk kanak-kanak yang pergi kat situ. Di ulang yer just untuk kanak-kanak. Mak ayah sila bayar tiket anak pastu duk diam diam hehehe. Jangan risau, anak-anak kita nanti akan dibimbing dan dipantau oleh Zupervisor :). Ada bagusnya jugak diaorang buat macam tu, mungkin nak anak-anak ni lebih berdikari dan benar2 merasai bagaimana menjadi orang dewasa. Oh ya, kanak-kanak ni akan di led dalam bahasa inggeris. Ramai yang pergi kat sini kata memang seronok!. Tapi harganya lebih mahal dari Puteri Harbour Theme Park. Sila check kat SINI

Universal Studio Singapore (USS) :


Rasanya dah ramai yang tahu tentang USS ni kan.Bagi cikgu tempat ni memang best! Cikgu rasa lagi best dari Disneyland Paris yang cikgu pi lepas raya hari tu. Sangat-sangat happening.........Kat sini ada 7 zon yang boleh dilawati. Semuanya best-best. Korang dinasihatkan bawaklah baju spare kalau nak pergi sini sebabnya ada zon yang menyebabkan baju korang basah! hehehe............. Agak rugilah kalau bawak baby sebab banyak games yang korang tak leh main. Selain boleh membeli belah dengan harga yang boleh juling mata terjelir lidah (mahal ler tu), korang jangan miss tengok show. Memang terbaik punya. 

Time cuti sekolah tak payah cakap la memang gerenti beratur panjang. Tapi bila dah tengok show nye, terus korang lupa tentang penat beratur lama tu. Antara show yang cikgu nak suggest, korang tengok la show kat dalam Istana Shrek di zon Far Far Away. Korang bukan setakat dapat tengok kartun shrek, tapi siap boleh rasa macam mana naik kuda, lelabah merayap di kaki dan basah terkena air liur donkey pada hal korang hanya duduk di kerusi...... 

Di Zon Hollywood, korang dapat jumpa dengan macam2 karektor, Kungfu Panda ada, Woody Wood Pecker pun ada...........nanti korang sure berlari ke sana ke sini sebab nak kejar karektor2 ni untuk amik gambar......mak budak lebih2 lagi yer.....budak2 cool jer hihihi........kena beratur tau nak amik gambar....kelas gitu. Di zon New York plak korang bleh tengok show tentang pembikinan filem. Menarik jugak. Di zon Lost World korang bleh cuba river raft ride..........cikgu frust sangat aritu tak dapat merasa naik benda alah ni sebab firas masih baby time tu. Kat sini korang akan basah tau....tapi tak der la basah lencun. Harga tiket plak tak der diskaun walau pun dibeli secara online huhuhu.
Nak kkabo sikit yer tentang makanan yang dibenarkan bawa masuk kat sini, korang translate ler sendiri yer........:
Acceptable items:
  •  Bottled water
  •  Any food required for medical purposes and medically–indicated nutritional supplements
  •  Any food required for special dietary needs
  •  Baby food/baby formula
  •  Soft-sided insulated bags no larger than 8.5” wide x 6” high x 6” deep (216mm x 152mm x 152mm)
Prohibited items:
  •  Picnic lunches
  •  Alcohol
  •  Hard-sided coolers and glass containers
  •  Soft-sided coolers larger than 8.5” wide x 6” high x 6” deep
  •  Coolers, suitcases, and bags with wheels

Satu lagi nak habaq..........pergilah dari pagi sebabnya tempat ni luas dan korang mesti nak merasa semua benda yang ada kat dalam ni. hari tu cikgu pergi pagi, petang baru balik hotel. tu pun tak semua yang cikgu pergi. Oh ya, kat situ ada disediakan tempat solat. Dan kalau rasa nak solat kat hotel atau nak gi lunch ke, korang dibenarkan keluar dan masuk semula tanpa sebarang bayaran.....Kalau nak tahu lebih banyak tentang USS ni boleh baca ENTRY ni. Untuk ke website USS sila klik kat SINI


Singapore Night Safari :


Satu lagi tempat menarik yang cikgu dah pernah pergi ialah Night Safari...........Besttttt............tempatnya sebelah jer dengan Singapore Zoo. Kalau korang dah selalu sangat dengan zoo, apa kata kali ni bawak anak-anak ke Night Safari plak. Kat sini kita dapat tengok macam macam binatang pada waktu malam dengan menaiki tram macam dalam gambar tu. Kalau tak puas tengok binatang dengan tram ni, korang boleh jugak nak jalan kaki pusing-pusing sekitar kawasan ni. Selain binatang, korang jugak boleh tengok macam-macam show. Antara yang famous adalah show main api. Tapi kalau hujan, show mungkin cancel huhuhu.....so plan le ker sana time tak hujan yer.

credit to www.grumpysgetawayguide.com

Kalau nak maklumat lanjut sila klik SINI


Ok itu ajerlah 5 tempat yang cikgu rasa menarik untuk dilawati setakat ni. Agak memerlukan ongkos yang tinggi jugak la kan. Tapi kalau korang dah lama plan, tentu dah lama menabungkan :)......
oklah selamat membuat pilihan..........tadaaaaaaaaaaaa










3 comments:

syafisyifa' said...

Tudiaaaa mcm2 tmpat tuuuuu hohi

CeqGu said...

pi jangan tak pi.....hehehe

latifah suleiman said...

terima kasih atas info.
skrg tgh cuti sekolah..pening juga nak fikirkan nak bawak anak2 kemana.

kalau rasa nak bajet..memang pilih yg dalam negeri..tapi kata orang..jauh berjalan luas pandangan..ye dak..

kalau boleh nak jugak bawak2 anak2 jauh ditempat orang..insyaAllah.

again, thanks share ttg tempat2 percutian menarik dengan kami.




salam kenal buat tuan rumah.
che'Pah
www.latifahsuleiman.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...