Followers

Tuesday, December 25, 2012

Kenapa Cikgu Takut Naik Kapal Terbang?

Assalamualaikum.

I'm back!! 
Kah kah kah rasa nak gelakkan diri sendiri jer baca ayat kat atas tu. Macam la ada orang peduli.....hehehe
Entry kali ni semua gambar adalah dari hasil carian en google.


Semalam kami selamat tiba di bumi Brunei yang kecik dan comel....ahakss!
Ayat macam la duk jauh bebenor. Padahal Sabah lagi jauh dari Brunei hehehe.
Walau pun amik masa dua jam lebih, penat tu tetap terasa. 
Sejak duk Brunei ni, memang cikgu kerap la naik kapal terbang.
Bukan nak menunjuk, tapi memang wajb dah la kan kena naik kapal terbang bila
nak balik mesia, takkan nak naik kapal selam pulak kan.....hohoho. 
Semalam kami naik Royal Brunei Air.

 Semua penumpang otomatik akan baca doa naik kenderaan kalau naik RBA ni sebab sebelum berlepas, akan ada bacaan doa....baguskan. Kalau la MAS pun buat macam ni kan bagus. Rasa lain  tau.........cam selamat jer perjalanan tu. Ni pendapat orang yg takut naik kapal terbang macam cikgu la hihihi

 saja suka suki nak tempek gambar pramugari RBA.

Walau dah kerap terbang di awan (cewahhh ayatt), tapi cikgu tetap berdobar2 tiap kali nak naik kapal terbang. Nak nak bila kena naik sorang2. Ingatkan bila dah selalu tu, makin kurang la takutnya. Rupanya tidak. Takut memanjang!

Cikgu memang takut sesangat kalau ada air turbulence. Mesti kapal terbang goyang-goyang.
Time tu mulut mesti terkumat kamit duk baca doa. Pastu terpk2 la kalau kapal terbang ni ditakdirkan ada masalah, apala nak buat. Terbayang2la wajah orang2 tersayang. Dosa2 yg bertimbun. Ya Allah memang rasa insaf giler2. Haaa sampai macam tu sekali  jadinya, walhal orang lain rilex jer.

Dulu cikgu ingatkan, air turbulence ni waktu hujan jer. Rupa2nya kalau cuaca elok pun ada jugak. Bila gegar2 tu, pastu keluar lampu merah suh pakai seat belt, maknanya kapal terbang tengah tempuh air turbulence la tu. Memang cuak la. Time tu, en asben akan kempunan ler tak dapat nak minum kopi panas. Yup, minuman panas akan dihentikan untuk sementara waktu atau terus tak bagi sebab takut tumpah. Pernah tau tengah duk makan tu tetiba ada air turbulence, bergegar meja. Sampai tahap kena pegang la gelas sbb takut air tumpah.


 
Eh F.A ker model ni ?

Cikgu pernah naik Air Asia. Cuaca elok jer. Tengah duk sembang2, tiba2 berdezupppp kapal terbang tu macam nak jatuh. Semua orang terjerit. Makkk aiii rasa macam badan kat bawah, jantung tertinggal kat atas jer. Semua orang terkejut. Itu namanya air pocket. Cikgu paling seram sejuk kalau berlaku air pocket. Benda ni ada kaitan gak la dengan air turbulence.



 oppsss! Pose belakang la pulak ;p

Ada sekali tu naik Fire Fly. Dari mula terbang sampai le mendarat, kapal terbang tu gegar memanjang. Masa tu pulak hujan. Bukan gegar sikit2 tau. Memang ketar gigi dibuatnya. Fire Fly kan bukan boeing, pastu kecik plak saiznya. Kalau dah bergegar tu, tak yah cakap la cam na rasa. Kalau boleh nak suruh pilot tu tekan minyak n bawak laju2 supaya cepat sampai keh keh keh. Pilot pun sampai tak dan nak pot pet pot pet. Selalunya mesti diaorang akan introduce diri n pot pet pot pet tentang kelajuan, ketinggian dan cuaca masa tu. Mesti diaorang pun stress kan.

cik firefly, cik MAS, cik Air Asia
 Hurmmm rasanya depa ni kena tukar uniform yg lebih anggun dan bergaya cenggini....

 credit to froyo.com

Tu sebahagian pengalaman yg cikgu bleh share. Sebenarnya banyak lagi. Takut korang malas nak baca plak hehehe. Err jangan plak ada yg takut naik kapal terbang yer. Baca doa dan yakin Allah pelihara perjalanan kita, insyaAllah selamat. ^_^


5 comments:

OneSimpleMother said...

akak pun cuak sebenarnya naik kapal terbang tapi kontrollllll... hehehe.. takut nk tgk bawah sebab gayat :)

CeqGu said...

oh kita sememangnya sesuai jadi jiran yg sehati secuak ekekeke.rindu pada mu kak. rasa sunyi jer bila balik brunei

umialya said...

akak sokong cadangan last sekali, barulah anggun & bergaya

Nora Karim said...

ceqgu saya pernah sekali je naik kapal terbang.. tu pun encik hubby bawa masa honeymoon... sbb nak kasi saya merasa naik kapal terbang... ke kuching je pun... saya ni gayat+mabuk kalau naik kapal udara n kapal air... heheheh

CeqGu said...

Kak tini: kan kan kan

Nora : alhamdulillah merasa jgk. :).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...