Followers

Monday, December 17, 2012

Luahan Sentap Seorang CeqGu !


Petang ni, hati cikgu seredup awan di langit, sedingin angin yg bertiup. Izinkan cikgu meluahkan hati dan rasa yang menjerat jiwa ini agar rasa lebih tenang dan mendamaikan. Harap en suami dan kawan2 tiada yang tersentap dengan entry kali ni.........biarlah seantero dunia mengetahuinya, cikgu sudah tidak peduli!

Sebenarnya telah sekian lama cikgu menyimpan perasaan pada dia. Selama ni kalau nampak dia di sebelah cikgu, diam diam mata ni duk jeling-jeling, duk kerling-kerling. Tak boleh lebih-lebih, nanti ada yang marah! Maklumlah diri sudah dimiliki dan memiliki ! Cikgu sedar diri ini siapa. Bukan wanita kaya, gaya pun tiada. Namun nafsu kadang kala menggoyahkan diri. Sudahnya cikgu pasrah! Dalam diam, dia cikgu sematkan di hati.

Cikgu pendamkan saja perasaan yg membara ini. Cuba melupakan saja tapi payah sekali. Mana mungkin perasaan cinta ini terkubur dengan mudah. Namun aneh, kini perasaan itu tiba-tiba berubah sekelip mata! Sejak bertentang mata dengan si dia yang baru. Tiba-tiba hati cikgu berpaling tadah. Tiada lagi perasaan cinta kepada dia. Tiada lagi perasaan remuk rendam kerana tidak berjaya memiliki dia. Hati ini benar-benar terpaut pada dia yang baru. Seriussssss!! Cikgu sekali kali tidak menipu. Biar pun dia yang baru ini adalah musuh kepada buah hati yg lama, namun keramahannya membuatkan cikgu tidur tidak lena, mandi tak basah. Sejak itu, cikgu tidak pernah berhenti berharap agar cikgu dan dia dapat bersama.

Tapi tiba-tiba hati ini tersentap hebat! Pada saat cinta mulai berputik, muncul pula si dia yang ketiga mengganggu gugat. Sungguh.............hampir tidak berdaya untuk menolak, malah hampir merosakkan perasaan cinta yang mula tumbuh segar di hati ini. Mereka berdua saling memenangi hati cikgu. Dan mereka juga tak lain dan tak bukan  adalah adik beradik yang sangat rapat! Punyai keistimewaan masing-masing dan kelebihan yang sukar untuk cikgu perkatakan. Untuk melepaskan salah satu, adalah perkara yg amat payah untuk cikgu lakukan. Bantulah cikgu, wajarkah cikgu jadikan kedua-duanya milik cikgu? Terlalu tamakkah cikgu untuk mencintai kedua-duanya?



Duhai dua kekasih gelapku Samsung Galaxy Note  S2 dan Samsung Galaxy Tab 2........................sudikah kalian berdua menjadi milikku? huhuhu..................

5 comments:

umialya said...

jeng2... rupanya samsung xxx pujaan hati cikgu

syafisyifa' said...

Hihi angkat ja 2-2 ...no hal hihi

OneSimpleMother said...

oh pasti mereka sangat sudi menjadi milik cikgu anis.. hehehe..

CeqGu said...

umialya: hohoho dari ipad berubah hati kepada adik beradik samsung

pejah: setakat angkat memang boleh, tang nak bayar tu ada masalah skit hehe

kak mas: mereka akan sudi jika diriku ber wang hihi

IntaNBerliaN said...

samsung mmg cantikkan :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...