Followers

Tuesday, December 4, 2012

Roti Air Panas


Assalamualaikum





Coppp ini bukan roti canai yer........nak tahu apa ni sila sambung baca.......hehe......
APAAA????!!! malas nak baca?!!
Nak kena rotan ni....... hahaha............ 
Minggu ni mood nak hapdet melonjak-lonjak nampaknya hehehe............... baru tadi sharekan resepi choc brownies yang simple dimple itu........... ni nak share plak resepi Roti Air Panas. Haaa pernah dengar nama roti ni? Cikgu pernah share resepi ni kat facebook. Tak tahu ler depa2 yang mintak tu dah try buat ke tak. Maklum ler masa tu just bagi resepi n tak tunjuk pun step betul2. Semalam kebetulan baki kari kepala ikan duk ada lagi dalam periuk, so en asben pun request suh buat roti air panas.

Resepi ni cikgu menuntut dengan mak mertua tau..... dah berapa kali mintak resepi bila buat tak mau jadi. Bukan sebab susah ke apa ke.........tapi cikgu ni suka menderhaka bahan2nya. So, kalau korang terror masak korang derhaka pun gerenti jadi kot. Cikgu ni amatur jer, tapi berlagak macam pro koh koh koh.......

Ok, tentu korang nak tau apa rasa Roti Air Panas ni kan.......rasa dia saling tak tumpah macam roti canai. Tapi nak buatnya tak susah macam roti canai pun. Korang tak yah nak berpeluh ketiak tebar2 roti ni. Just kena kuat semangat untuk menggelek jer hehehe.......


Bahan-bahan:
3 senduk tepung gandum
secawan air panas bercampur garam
 minyak masak

sikit jer kan bahan-bahannya......
*************************************

cara-cara :

~secawan air panas yang baru mendidih. Di ulang yang baru MENDIDIH.....yang suam suam tak mau yer, gerenti tak jadi punya roti korang. Namanya pun roti air panas kannn.......

~campurkan sedikit garam (lebih kurang 1sudu teh) dalam cawan air panas tadi. Pastu korang try test la kot2 termasin sgt. kalau masin, tambah air panas lagi.

~pastu korang amik mangkuk besar yg kering kemudian masukkan 3 senduk tepung gandum. Ni rupa senduk dan amount sesenduk gandum yg cikgu guna........(haiiih yang ni pun nak tunjuk ke hehehehe)




~step seterusnya tuang air panas sikit2 atau separuh cawan dulu pada tepung. Jangan terus tuang semua tau, karang terlembek pulak dough korang.................. tapi kalau terlembek pepandai la korang tambah gandum.
part gaul tepung dengan air panas ni agak menguji kesabaran sikit sebab air panas kan......paham2 ajer ler...........sape yg sayang sangat dengan jari dia, suruh jer bibik yang ulikan keh keh keh.......kesian kat bibik tau.....korang gaul tu ala-ala ramas-ramas gitu........tuang air, ramas2 sikit, pastu tuang lagi and ramas sambil uli sampai dah tak melekat kat jari yang disayangi tu hehehe....alaaa macam nak buat kulit karipap tu lerr...

~cikgu lupa pulak nak amik gambar rupa dough tu. Dough tu korang tak payah uli sampai licin  macam roti canai tau. Dough tu tu ala-ala masih berbedak pun dah kira ok. Yang penting dah tak lekat kat jari.



~Lepas tu korang cubit dough tadi bulat-bulat biar sebesar satu genggam macam kat gambar atas ni. Ni cikgu terpaksa tutup dengan plastik kejap sebab firas ajak main bola dengan dia plak dah...haishhh

~Ambik seketul dough yang korang dah buat bulat-bulat tu................letak kat atas papan pemotong atau whatever benda yang boleh digunakan untuk dough tadi digelek. Korang gelek dan gelek sampai jadi sekeping macam kat atas tu. Kalau tak jadi rupa bulat, lonjong pun jadilah. Jangan ngade2 nak buat bentuk segitiga pulak............tarik idung baru tau.....hihihi. Lepas tu korang amik 1/2 sudu minyak masak dan ratakan pada seluruh permukaan dough yang dah jadi slim melim .................


~oh ya....lupa pulak. Tentu ada yang nak tahu setebal mana nak kena gelek kan. Agak2 dalam 1mm gitu la kot. tak pun korang tengok gambar kat atas ni.............


~Ok, sekarang dah sampai part melipat. Lipat jer macam dalam gambar ni. Lipat bertindih kiri dan kanan. tak kisah la nak letak kanan atas kiri, kiri atas kanan pun............


sila abaikan imej jari runcing itewww..............
lepas tu lipat pulak bahagian bawah dan atas. Akhirnya akan jadi macam ni.....

*
*
*
*
*


tadaaaaaaaa.......... jgn lupa tekan manja2 skit pada dough tu. Jangan tekan sampai terpenyek pulak. Kesian dough tu tau.  bila dah sampai part ni, terpulang la pada korang nak goreng terus ke atau nak simpan dalam peti utk masak esok hari. Kalau nak terus masak, kita ke step seterusnya..........jeng jeng jengggg.....


korang gelek kali kedua sampai nipis. Jangan terlalu nipis. Agak2 lebih tebal sikit dari gambar yang sebelum ni.

lebih kurang macam ni la ketebalannya.

last step, korang letak mentega kat pan atau kuali. Goreng la sampai garing kalau suka. Oh ya, kalau tak nak guna mentega. guna minyak biasa pun ok waktu nak menggoreng tu.


tadaaaaaaa..............dah siap pun. jangan guna api besar sangat tau, karang hangit pulak rotinya.

Roti air panas ni sedap di makan panas2. Tak kiralah nak cicah dengan gula ke, susu pekat manis ke, gulai ke atau sambal sardin pun boleh. Mak mertua cikgu selalu buat sambal sardin untuk makan dengan roti ni. Menantu dia ni terlebih rajin, selalu buat ni cicah dengan gula jer hik hik hik

SELAMAT MENCUBA............!!! kalau menjadi pasni korang bleh la bukak gerai roti air panas hehehehe

9 comments:

zailamohamad said...

ooo sennag bangat..macam lempeng jek cuma mungkin resepi ni senang sket dr lempeng..

tetiba rasa nak buat

CeqGu said...

memang snang pun.....pah ni tok payoh gi beli roti canai doh....kolestrol pun rendah compared to roti canai hehe

syafisyifa' said...

Oh mcmtu.bagus nibleh kurangkan kolestros mkn roti cnai kdai

CeqGu said...

hahaha betul betul betul

QasehnyaRania said...

sekali tgk macam roti canai..

cik manis cntik la jumlah follower..

123

CeqGu said...

Haah rasanya pun mcm roti canai....mmg cantikkan 123...tp xleh nak terjah sbb takder link

umi alya said...

alaaaaaaaaaaaa akak terliur lak tengok roti ni, tolong le buat & poskan ke sini

Admin said...

Mak mertua kita pun selalu buat. Seb baek ada resepi kat sini. Balik denai nanti boleh buatkan ye cikgu

CeqGu said...

hak hak hak, ceq macam kenai ja admin ni hihi..... rumah kat bukit tu dah siap ke? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...