Followers

Thursday, December 20, 2012

Cara Cikgu Latih Firas Baca Bismillah Untuk Makan



Assalamualaikum

Firas anak soleh yang hebat dan diberkati Allah ^_^,

Pagi ni celik-celik mata jer Firas mintak nak makan. Semalam langsung tak nak jamah nasi. Pagi ni lapar la gamaknya. Dah bukak plastik roti Firas terus ngap roti krim jagung yang cikgu mintak ayah belikan semalam. Alahai anak soleh mama ni, lupa lagi la tu nak baca Bismillah. Bila ditegur, terus Firas angkat tangan kanan.........................


 Tengah baca doa makan la al kununnya tu. Mulut tak baca apa-apa pun. Action jer lebih hehehe. Dalam mulut tu siap ada roti lagi.



Ok dah siap tadah tangan kanan, Firas tadah tangan kiri pulak huhuhuhu. Tak boleh nak tadah dua-dua tangan sekali gus sebab sayang nak letak roti. Takut mama dia amik la tu hohoho


Cenggitu la hero cikgu yg kecik baca bismillah dan doa makan. Bila diingatkan jer terus tadah tangan. Mulut pun terkumat kamit, tapi bukan baca bismillah or baca doa. Tapi sibuk duk kunyah makanan hihi.
Cikgu memang selalu ingatkan Firas dan sebut bacaan bismillah tu betul2. Dia mungkin tak ikut, tapi cikgu yakin dia akan ingat. Tiap kali nak makan, cikgu cuba baca bismillah kuat2 supaya Firas boleh dengar. Kenapa buat macam tu? Sebabnya firas selalu dengar mama n ayah sebut alhamdulillah lepas bersin. terkejut sangat bila Firas bersin, dia akan sebut 'Abillah' (alhamdulillah). Rupa2nya dia dengar dan perati tindakan kami. Alhamdulillah rasa sejuk perut mama ^_^

10 comments:

izan mama mia said...

comel jer firas..cam mia laa jugak,..masih sebut tak betol tapi kalut kalau kalau makan tanpa baca doa dl..hii..nak sikit roti tu firas..boleh tak ??

CeqGu said...

izan: tak per izan. pasni elok la tu sebutan mia. Aunty izan nak roti kena la datang KLCC hik hik hik

syafisyifa' said...

Bufak2 mmg cpt serap apa yg dia tgk/dgr kan kak long.mcm span hihi

Oyis said...

good boy firas!

syafisyifa' said...

Sangat comelll!!! Kakalong dah baca belum psl didikan ibu muhammad al fateh.sgt2 hebat.pejah kagum.

NoEn said...

alhamfulillah...bijak firas

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu.. setuju dgn cara tu... alisha pun sama, bila bersin sbut alhamdulillah, x ajar tp dia dgr kami sebut camtu...

mama aini said...

assalam..comilnya firas..semuga jadi ank yg solih.. amin..

Nora Karim said...

betul CeqGu... anak2 akan tengok dan ikut apa yang kita buat...

CeqGu said...

pejah : dah baca:)

mama aini: terima kasih mama aini:)

nora karim: sebab tu nak anak soleh, mak n ayah pun kena soleh dan solehah jugakkan ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...