Followers

Saturday, December 29, 2012

Rumah Cikgu di Masuki Toyol

Assalamualaikum

Sebenarnya ini cerita lama. Dah hampir setahun berlalu. Tapi takkan lupa sampai bila-bila huhuhu.
Sebelum cikgu menyewa kat rumah sekarang ni, cikgu dok di satu rumah yg serba lengkap dan cantik. Siap ada hang kebun, hang cuci dan hang dobi. Mujur  hang masak jer takder, kalau tak gemuk macam belon la diriku ini. Kiranya semua tu adalah satu pakej sewa rumah. Best kan.....kami pun memang rapat dengan semua pekerja tuan rumah ni.

lebih kurang kotak cenggi ni la. kecik jer pun. 

kat luar pagar rumah plak ada satu rumah kecik. Kat situ tuan rumah jadikan tempat tinggal sorang pekerjanya. Nak jadi cerita, lepas cikgu balik bercuti dari Sabah, cikgu perasan satu kotak kecik barang kemas cikgu hilang. Jenuh cari tapi tak jumpa. so cikgu assume mungkin tertinggal kat hotel di sabah kot. mujur cincin kawin ada kat jari. Tak lama lepas tu kami nak balik m'sia, so cikgu pun nak bawak balik duit firas utk di bank-in. Masa tu cikgu ingat2 lupa kat mana letak duit firas tu. Rasa2nya kat dalam laci jer. Malangnya tak der. Tak pasal2 kena bebel dengan ayah firas huhuhu

 
gambar hiasan
 
Satu hari en asben plak hilang henpon. dah la opis punya. hati mula syak macam ada yg tak kena jer kat rumah ni. Stp mggu kami mesti keluar jalan2. Before keluar cikgu tarik skit laci supaya tak tertutup rapat. Bila balik laci2 tu semua tertutup rapat! Bincang2 dengan asben, kami bersangka baik, mungkin tukang cuci datang kemas kot. 

Apa pun setiap kali keluar cikgu tetap pasang umpan. Kali ni cikgu letak duit 10 dollar. atas meja make up. bila balik duit tu hilang! Sah.....memang sah la dalam rumah tu ada toyol! toyol botak atau toyol berambut wallahua'lam.

gambar hiasan
 
Akhir sekali cincin kawin cikgu hilang. memang rasa nak marah gila2. cikgu pun mula jadi spy (pengaruh suka baca buku Enid Blyton masa kecik2 dulu la ni hehehe). kali ni cikgu sapu baby oil atas tiles area meja make up. Bila balik, hah! memang betul ada tapak kaki. Agak panjang juga. Memula kami syak tukang kebun sebab hanya dia yg ada kunci rumah tu. Bila tengok saiz tapak kaki yg panjang ni, kami agak kaki orang lain yg kami kenal dan agak rapat. orang ni pernah datang nak pinjam duit dengan cikgu.

Last2 kami decide pasang CCTV. kunun2nya nak tunjuk bukti kat tuan rumah. Sekali dengan cctv tu sekali lesap! dah la pinjam orang punya. haduiii. last2 cikgu surrender jadi spy hehehe. Malam tu jugak en asben suh kemas baju dan kami tinggal kat hotel. Dan malam tu jugak kami jumpa dengan tuan rumah,report apa yg dah berlaku selama duk situ. yg peliknya reaksi tuan rumah tak nampak terlalu terkejut. Ada kemungkinan benda ni pernah berlaku pd penyewa sebelum ni. Akhirnya kami amik keputusan pindah. seminggu kami berkampung di hotel. Tentu ada yg tertanya-tanya kenapa tak report poliskan. Hurmm payah nak cerita. Biarlah jadi rahsia huhuhuhu

12 comments:

umialya said...

dasat punya toyol..

syiela said...

kalau jenis hantu berkepala hitam ni payah juga kan.. sabar ye menempuhi dugaan...

*** cikdu org kedah gak ke area mana.. blk kedah blh halo2 nanti

mama iffaheem said...

Ish ish sapala toyol tu..

Ummu Muhammad said...

anis tak ambek gamba ke tapak kaki tokto tu?nk tgk jugak bentuk die guane..tapi harap2 jgn datg sini udeh..pindah rumah kang

CeqGu said...

UM : hehehe, bukan toyol bogel hak kaler ijau tu, ni toyol pakai baju ada rambut (orang) hehehe

mamaiffaheem: kami syak pekerja tuan rumah yg duk dekat dgn rumah kami tu. sbb dia memang ada masalah kewangan.wallaua'lam

CeqGu said...

syiela: cikgu separa kedah separa kelate hehehe.mak cikgu oarng langkawi. cikgu bleh la ngomong kedah skit2 hihi

CeqGu said...

kak tini: memang itu toyol dah pernah buat perangai dgn penyewa sebelum ni

Oyis said...

pastu mmg kira hilang la cincin kawen? oo syg nya (sentimental value tu). btw, bakpo x report polis? (saja ulang soalan, pressure ke kak anis suh jawab haha)

Ummu Muhammad said...

haha! dasar lurus bebendullah um..tk paham2 org tulis yg tersirat :D

Nora Karim said...

mesti toyol yang dah biasa kat rumah tu... huhuhu... kena bersangka baikkan?!

CeqGu said...

oyis : hahaha tak rasa pressure pun;p. tunggu noris balik malaysia baru cerita hehehe. kebetulan cincin a.syed pun hilang kat hotel baru ni huhuhu. tak per lah, biar hilang cincin, asal masih teguh dengan janji setia cewahhh

nora karim : hehe, yer sangat biasa. kat brunei ni jrg berlaku kes kecurian. tertuduh bukan org brunei dan bukan muslim

syafisyifa' said...

kaklong Cuba pasang ayat ruqyah syariyah tiap ari...insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...