Followers

Thursday, December 27, 2012

Cikgu Nanges Sampai Bengkak Mata !

Assalamualaikum.

Pssssssssttttttt! Psssssstttttt!!

Semalam kannnn, cikgu tido jam 2.30 pagi. Buat apa la gamaknya kan..........hurmmm
Cikgu baca blog Mawar Nafastari. Nyesal sungguh rasanya singgah kat blog tu.
Lepas satu entry ke satu entry cikgu baca. 
Payah benar nak stop sebab nak tahu punca kesedihan Mawar.

Aduhaiii, berat hati membaca, berat lagi hati yang menanggung!
Sedih sangat baca kerinduan yg tak pernah padam di hati mawar.
Cikgu nanges sampai bengkak2 mata! Cikgu meletakkan diri cikgu di tempat Mawar.
Oh sungguh tak sanggup! Mohon Allah jauhkan ujian pahit itu dari cikgu sekeluarga.
Cikgu dengan Mawar sama saja. Kami ni jenis manjeeee dan tak independent langsung!
Sampai kena tegur dengan en suami. Tapi cikgu masih buat dekkkk. Manjeee la katakan huhuhu
Bila baca kisah Mawar, cikgu rasa sikit2 kena belajar jadi kuat!
Kena jugak belajar berdikari, nak nak tahun depan  cikgu bersama firas akan tinggal terus di tanah air terchenta tanpa suami di sisi huk huk huk cedihhh!

Baki cuti tanpa gaji cikgu berbaki 5 bulan saja lagi tapi sekarang sudah mulai rasa perit2 dan pahit2 untuk berjauhan dengan big boss tersayang ( erkkk ada yg termuntah kah dengan ayatku ini? huhuhu)

Doa cikgu semoga adik mawar akan terus tabah dan sabar melalui ujian ini bersama kekwa dan embun. Andai air mata mampu menitipkan rasa rindu padanya, menangislah semahunya. Tuhan kita tidak kejam dik. Tentu sekali Dia akan sampaikan rindumu padanya. 
Moga impian mawar,kekwa dan embun tercapai untuk bersama kembali di dunia yang lebih abadi. 
Sob sob sob....aduhhhh rasa nak nanges lagi!!!!
waduhhh cengengnya diriku ini.

Kalau ada yg ingin beri kata2 semangat buat mawar, sila ziarah blog Mawar Nafastari . Thanks to Hainom OKje yang share kisah mawar diblognya.





7 comments:

OKje said...

He..he...ada nama kita kat situ TQ ceqgu...

Tulahkan ceqgu...bila terpandang pada gambar kawen mereka manalah mereka tau yg mereka akan berpisah 3 tahun kemudian... Allahu akbar...

Semoga allah memanjangkan jodoh kita hingga ke syurga, dpt merasai tua bersama suami tersayang!

Unknown said...

mmg sedih..saya lak tak sampai hati nak nak baca....seram kalau jd kat kita kan...mg mawar tabah dan makin tabah...saya pun tak rela berjauhan dgn suami..hihi

CeqGu said...

hainom OKje :camer2 cayang hik hik hik....aamin semoga allah jauhkan kita dari ujian yg berat.

CeqGu said...

izan: memang anis pun dah tak sanggup nak baca. tak sampai hati sbb tak mampu nak tlg apa2. tapi anis yakin waktu akan membantu mengurangkan kesakitan yg dia rasai skrg ni. putus cinta pun sakitnya bertahun, inikan pula putus nyawa huhuhu

Umialya said...

hati wanita..

AIN NAZRI said...

saya suka baca blog mawar. sbb dia bg kekuatan buat saya.. agar bersedia dgn apa yang berlaku.. saya mengagumi kekuatan kesabaran dia

CeqGu said...

ain: baca tu suka, tapi tak sanggup nak bengkak mata hehehe. kata jer tak sanggup, tapi baru kejap tadi singgah lagi ke situ kih kih

kak tini: hati lelaki camna la agaknya ya....hurmm orang laki ni tuhan jadikan diaorang ego melebihi segala.makanya hati yg sedih pun pandai ditutup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...