Followers

Wednesday, December 19, 2012

Firas Belajar Iqra' Al-Furqan

Assalamualaikum.

Seronok pulak baca blog Ummu Muhammad. Tertarik hati dengan gaya penulisan ummu muhammad ni. Mesti didahului dengan doa yang baik-baik untuk dua orang puteranya. Ish cikgu pun nak ikut jejak jugak lah. Tak per kan ummu muhammad. Benda yang elok tak salah kalau nak tiru kan ^_^

Firas yang soleh dirahmati dan diberkati Allah ^_^

Dah lama tak tulis cerita tentang Firas. Makin melasak sekarang ni. Suka betul panjat-panjat. Hari ni cikgu nak update tentang pembelajaran iqra' Firas. Cikgu guna buku Siri Cepat Membaca Al-Quran atau nama glamornye Al Furqan. Dah lama cikgu beli, sebelum wujudnya firas dalam perut lagi. Beli untuk anak-anak istimewa cikgu kat sekolah. Sesambil tu dah niat, buku tu akan cikgu gunakan untuk anak sendiri kalau ada rezki dapat cahaya mata. Alhamdulillah doa termakbul dan sekarang ni firas dah belajar sampai wau berbaris di atas.
 Sila telengkan kepala masing-masing ye ^_^

Opsss jangan puji dulu. Dalam buku Al-Furqan ni wau baris di atas antara abjad awal. Kiranya tak ikut susunan abjad alif ba ta lah. Dalam buku ni pengarang memperkenalkan bunyi ma,ba,da,na,a terlebih dahulu dan diikuti huruf2 asas lain. Sebutan budak kecik kan selalunya bermula dengan 'ma...ma...ma' , 'ba....ba...ba'. Mungkin sebab tu lah pengarang susun macam tu.

Kenapa Al-Furqan jadi pilihan cikgu? Sebabnya tulisan dia besar-besar. Tak caya tengok ni :

gedabak punya font which is sangat sesuai untuk budak kecik macam firas. Walau pun kat buku Tahap 1 ni ada tulis sesuai untuk anak berumur 3 tahun dan ke atas, tapi cikgu dah start guna buku ni masa firas umur 6 bulan. Kalau beli satu set, akan dapat buku, cd dan jugak flash card. Pembelajaran bermula dengan membunyikan ma, kemudian ba. So masa Firas 6 bulan tu, cikgu kerap gunakan flash card. Memang dah macam rupa belacan flash card tu sekarang. Tapi masih boleh digunakan. Cikgu nak bagi cadangan, korang laminate la siap2 flash card tu kalau nak tahan lama.


 Dah lunyai dikerjakan Firas hohoho


 seterusnya na dan aa. Gambar tu fungsinya nak anak mudah ingat kot. Tapi firas ni bila sampai kat bunyi aa ni mesti dia akan sebut ayam gara2 ada gambar ayam jantan tu huhuhu. Tapi sekarang dah ok. Dia dah kenal alif berbaris di atas tu bunyinya aa. Tapi kekadang dia main hentam jer, aa jadi ma lah, ba lah. sesuka hati dia jer nak sebut. Boring ler tu gamaknya ish ish ish....


terkini firas baca sampai sini dah. Masih belum ingat betul2 lagi bunyi 'wa' ni tapi helaiannya dah koyak rabak hahaha.  Nak kena latih tubi banyak2 kali ni. Tapi tu ler, lately firas macam kurang rajin nak belajar. Dulu pantang cikgu suruh amik buku iqra', kemain laju dia pi amik. Sekarang bleh dia buat tak tahu jer.........haiiiii anak soleh mama ni. Cikgu ajar tak lama pun, adala dalam kurang 5 minit. Lama2 nanti dia bosan. Dah besar cikit, kita tambah lagi waktu belajar tu.

Kekadang tu, bukan mama yang ajar dia, dia pulak yang sibuk nak ajar mama. Siap suruh mama sebut macam dia. Tiru mama la tu hohohoho. Anak cikgu la katakannnn.....hihihi

Sebenarnya kan, kalau cikgu test Firas, mesti dia akan bunyikan huruf berbaris tu sesuka hati dia. Maknanya dia sebut salah la. Tapi ada waktunya semua yg cikgu test tu betul pulak. Jadi cikgu buat kesimpulan, budak kecik macam firas ni bukan tak bleh belajar atau belum bersedia utk belajar. Cuma kadang2 dia mungkin lupa, dan kadang2 jugak dia mungkin sengaja nak main2kan mama dia kerana dia 'kurang rajin' nak belajar waktu tu.
Korang rasa bleh diterima pakai tak kesimpulan tu ? hurmmm apa pandangan korang plak? cer komen...cer komen...................

4 comments:

OneSimpleMother said...

best kan blog ummu muhammad tu. very inspiring blogger.. luqman sekarang ni akak dok pasang cd ja tiap2 hari.. pemaleh punya mak.. hahaha..

Umialya said...

budak2 ni akal dia panjang dgn kata lain cerdik, masa mood ok mmg perfect, time mood agak2 merundum, pandai2lah dia bg alasan

CeqGu said...

kak mas: mama firas lagi pemalas hohoho. wahh nanti bleh firas pi umah luqman tengok cd sama2. best kan kak kalau kita bleh buat macam tu.

kak tini : sangat la betul kak tini. kita pun nak kena pandai naikkan mood dia balik kan. selalunya kalau firas dah tak der mood, anis bagi dia rehat sekejap. nanti pelan2 ajak main sambil selit pembelajaran

syafisyifa' said...

Dulu pnah singgah blog ummu tu....
Semoga usaha kita berhasil&dipermudahkan
Aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...