Followers

Friday, December 7, 2012

Resepi Roti Ala Gardenia




Hari ni cikgu nak share resepi roti ala-ala gardenia ......................atau nama lainnya roti kosong/roti putih.
Resepi ni cikgu dapat dari jiran kat Malaysia nun..........hari tu dia tempek status kat wall mukabuku tentang roti ni. Cikgu suka sangat la sebabnya roti Gardenia kat sini tak gebu macam kat Malaysia. So datanglah minat nak try buat roti. Kebetulan baki yis pun duk ada berpaket paket lagi kat dalam kabinet.

Rupa-rupanya senang jer nak buat roti ni. Cikgu tak guna bread maker pun. Kalau ada agaknya lagi senang kot. Yang ni memang cikgu uli sendiri jer. Sebenarnya cikgu tak der la berpuas hati sangat dengan hasil percubaan pertama ni. Tapi kira ok la utk orang yg tak pandai masak macam cikgu ni kikiki.....

Sape-sape yang tak der bread maker pun boleh try resepi ni........ lupa plak nak habaq, memandangkan loyang yang cikgu guna tu kecik, makanya cikgu kurangkan separuh sukatan untuk setiap bahan-bahan tu. Resepi kat bawah ni adalah resepi asal..... jom tengok resepi :

Konco-konco nya :
420 ml air
3 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula
750g tepung roti  ------> cikgu guna tepung gandum jer
1 sudu teh bread improver ------>cikgu takder stock, so ganti dgn sebiji telur, sila kurangkan air if guna telur
2 sudu teh yis
2 sudu besar susu tepung ------>cikgu ganti dengan susu segar, so sila kurangkan lagi air if guna susu segar

Now  cara nak belasah roti ni pulak :

1. Mula-mula korang  masukkan tepung dalam bekas yang agak besar dan kering. Pastu masukkan telur/bread improver, minyak, garam, gula, yis, susu tepung/susu segar dalam bekas yang ada tepung tu.

2.  Next baru korang masukan air sedikit demi sedikit. Jangan tuang semua terus tau, kadang-kadang air yang disukat tu tak guna semua pun. Kalau dah bleh bentukkan dough, tak perlu tambah air lagi.
Kalau guna resepi yg cikgu dah ubah suai ni, sukatan air MEMANG kena KURANGKAN. Kalau tak nanti dough terlembik. If terlembik jangan susah hati, pepandai la korang tambah tepung. Kalau banyak sangat tambah tepung, korang tambah sikit gula. Kalau tak nak tambah pun tak per. Cumanya takut tawar sangat lah. Karang tak syedapp pulak roti tu.

3.  Then korang uli la dough tu sampai dah tak melekat kat tangan korang. Uli sesambil berzikir gitu hehehe. Kalau still melekat lekit giler-giler (kalau melekat sikit2 tu dah ok la) tu maknanya dough tu mintak korang tambah tepung lagi la hehehe. Senang citer kalau dah boleh bentukkan dough, kira dah ok la tu.
TIPS DOUGH LEMBUT : letakkan dough atas plastik, pastu ramas2 dengan plastik tu dlm 8-10min, keluarkan dari plastik, uli lagi dalam bekas. Insyaallah dough tu akan lembut dan elastik. (cikgu tak buat pun)

4.  Lepas tu korang rehatkan dough tu sampai dia kembang berganda dari saiz asal (aritu cikgu restkan hampir 40min gitu) . Ala tak yah nak amik tali inci nak ukur diameter bagai la. korang tengok saiz dia membesar tu maknanya jadi lah tu hehehe. Masa nak rehatkan dough tu, cikgu tutup bekas dengan kain lembap.

5.  Bila dough dah naik/kembang, kasi tumbuk-tumbuk itu dough. Err bukan nak gaduh dengan dough tau. Tumbuk tu untuk keluarkan angin. Jangan tuan roti yang keluarkan angin sekali sudah ler kekeke.

6.  Lepas tu rest kan lagi dough tu sehingga naik dua kali ganda (dlm 40 minit gitu, tapi aritu dlm 20 minit jer cikgu rehatkan sebab tak sabar nak makan hehehe......

7. Kemudian baru pindahkan dough ke dalam loyang. Ni cara tuan punya resepi. Cikgu punya style, lepas tumbuk2 angin tu, terus pindahkan dalam loyang dan biarkan dough tu rehat kat dalam loyang. Bila dough tu dah naik/kembang sikit, baru masukkan dalam oven.

Bakar dalam oven selama 50 minit dengan suhu 160 darjah celcius (yang ni bergantung pada oven  masing2, nak selamat guna suhu rendah dulu). Rajin rajin la perati roti korang kat dalam oven tu takut2 terhitam plak bahagian atasnya. Dough roti ni akan mengembang tau. so tak payah la buat buat terkejut pulak hehehe.

Loyang bleh guna bentuk apa sekali pun. Tp sebaik-baiknya gunakan bentuk rectangle tu. Nak lagi senang guna yang non-stcik ....kalau tak, mungkin seeloknya alas dengan kertas minyak or sewaktu dengannya.

 Ni ler loyang yang cikgu guna.....tak sure berapa saiznya. If guna resepi asal, sila gunakan loyang yang lebih besar.

Kalau menjadi la roti ni, lepas ni tak payah nak bazir duit beli roti kat kedai dah. Silap aribulan ada yg bukak kedai roti, tercabar la tokey Gardenia nanti hehehehe. SELAMAT MENCUBA.!!

P/S: hari ni try buat lagi tapi guna tepung roti and tak guna air. Cikgu tambahkan sukatan fresh milk utk ganti air. Malangnya kali ni tak berapa nak jadi macam ari tu. Punya la lama dough tu nak kembang. Rasanya berpunca dari silap cikgu jugak, pi letak susu yang baru keluar dari peti sejuk.....huhuhu......xpe, next time akan cuba lagi sampai puas hati.

4 comments:

syafisyifa' said...

Ok thank u....insyaallah nk cuba mpnnt.gudnite:)

CeqGu said...

welcome :)

kekasihhati said...

Salam Cikgu....
loyang cikgu tu sama dgn saya... kalo guna tepung 750gm muat ke... ni first time saya nak buat....

CeqGu said...

Utk loyang saiz ni cikgu buat separuh jer dr sukatan asal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...