Followers

Thursday, December 20, 2012

Salah Terjah Bilik Hotel La Pulak!

Assalamualaikum

Psssstttttt.........Pssssttttttt.......
Hari ini dalam sejarah hidup cikgu. Tak pernah lagi sepanjang duk hotel, travel sana sini jadi macam hari ni. Rasa nak gelak ada, rasa nak nanges pun ada.

Hari ni cikgu keluar window shopping dengan Firas. Lepas lunch kat KLCC, melenggang kangkung lah dengan si bujang yg bijak bestari tu hehehe. Lama jugak kami melenggang-lenggang. Mama dah habis tilik barang, Firas pulak tak nak balik sebab nak main kat sudut permainan di Isetan.

Adeh, cikgu dah penat sangat2 tapi si bujang kecik tu tetap nak main. Dah dipujuk berkali2 pun tak jalan jugak. Akhirnya cikgu buat2 nak tinggalkan dia kat situ. Cikgu nak balik sorang2. Ingatkan berjaya la kan. Sekali dia buat tak kisah. Lantak la mama dia nak balik ke tak. Yang penting dia nak main lego huhuhu.

Akhirnya terpaksa guna kuasa veto. Menjerit tahap maksima la si kecik itu. Semua orang pandang2, tapi cikgu buat dunno jer lah. Dah biasa sangat dengan jeritan cenggitu. Lagi pun rasa dah tak larat bebenor nak melayan kerenah si kecik tu.

Mujur ler hotelnya sebelah KLCC jer. Sekejap jer jalan, dah sampai hotel. Tak sabar nak membaringkan diri ni. Masuk dalam lif, picit level 17. Tinggg ! (bunyi lif daaaa)...
Cepat2 tolak stroller firas keluar dari lif. Jalan laju2 nak ke bilik. Letih sangat2 dah ni. Sambil jalan sambil mata duk cari bilik no 1704. Elok sampai depan pintu bilik 1704, cikgu rasa pelik. Aihhh tadi rasanya bilik kitaorang sebelah kanan. Awat tetiba bilik 1704 ni duk sebelah kiri plak. Cikgu try masukkan kad kunci. Keluar lampu merah! Adeh.............. tak bleh masuk ler jawabnya. Try dua tiga kali tetap gak tak leh. Sah sah lah ni salah bilik. Jenuh pk apa no bilik cikgu ni. Last2 amik keputusan call en asben. Masuk inbox la pulak. Gerammmmnya!  Dua tiga kali try tetap tak dapat. Nak nangesssss!!!

Lepas cool kan diri, cikgu ajak firas pi level 14. Cikgu yakin sesangat nombor bilik tu ada nom 1,7,0,4. Cuma lupa susunannya. Padahal pagi tadi en asben dah ingatkan cikgu.Cikgu pun dah siap tulis kat borang laundry. Ntah macam mana bleh lupa jugak.

Sampai kat level 14, cikgu cari nombor bilik 1407 pulak. Haaaaa bilik ni memang duk sebelah kanan. Try masukkan kunci. YESSSSSSSSS!!!! Berjayaaaaaa. Alhamdulillah.....legaaaa sangat2. Pah tu rasa macam nak gelakkan kat diri sendiri. Haishhh mesti laki ku geleng kepala bila dengar cerita ni hohoho.

6 comments:

syafisyifa' said...

Hihihinla yaka....penat sgt tu hihihi

izan mama mia said...

saya palaing begang bila cool suami masuk mesej box tau !!
ish..kalau saya pun mau nak meraung kalau lupa no bilik..hihihi tapi lucu jugak kan

Cik Lady :) said...

hehhee.. kene cool selalu :)

ID facebook ni biasanya orang cari masa kita nak pasang aplikasi komen menggunakan akaun facebook di blog kita sis.. hehe..

CeqGu said...

pejah : memang penat huhuhu

izan: betul izan, rasa nak telan jer tepon tu

Nora Karim said...

heheeh penat sangat la tuh... sampai dah tak ingat susunan nombor tu.. hehe

CeqGu said...

nora : memang tersangatler penat hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...