Followers

Tuesday, December 25, 2012

Stroller Super Duper Ringan Idaman Hati

Assalamualaikum.

Balik Malaysia hari tu, cikgu n en asben dah nekad nak cari stroller baru untuk firas.
Al maklumlah stroller cap ayam Firas tu tunggu masa nak roboh jer. Tersangat la segan nak sorong ke hulu ke hilir dengan keuzurannya. Roda pun dah tak berapa larat nak pusing2. Terpaksa guna kederat yg kuat nak corner2.Apa pun dirimu sangat berjasa wahai stroller cap ayam. Jutaan terima kasih atas jasamu(ayat nak jaga hati stroller cap ayam hu hu hu)

Jenuh jugak la mencari. Dari Brunei ke Ipoh sampai ke Kolumpo tak jugak jumpa yg memenuhi syarat. Nak yg ringan, ada bar kat depan, ada tali pemikul, tahan lasak, boleh recline, boleh lipat jadi payung dan semestinya bukan ribuan hengget. Hamikkk banyak bebenor syaratnye kikiki. Last2 terjumpa satu stroller brand sweet cherry yg memenuhi syarat utama hehehe. Harga pun murah jer. Tapi kata en asben takut tak tahan lama la pulak. 

Lipat ala payung la payung.....hehehe......

Kami ke AEON (dulu Jusco) Bukit Tinggi. Sampai sesat barat tapi tak der gak yg berkenan di hati. Last2 cikgu melenggang kangkung dengan Firas ke Isetan KLCC. Cikgu di introduce kan dengan Graco. Paling ringan katanya, just 4.5kg. Angkat sebelah tangan pun boleh naaaa. Dah tergoda! Tengok2 bila lipat tak jadi payung macam McLaren punya. Hurmm............... tengok harga erkkk bleh tahan gak reganya, tapi ada less 20%. Tak beli jugak. Kechiwaa apek tu.

Sehari sebelum balik Brunei, cikgu n asben kira nekad betul2. Kali ni mesti beli jugak stroller baru. Dan akhirnya...... Tadaaaaaaaa....................kami beli yang ni...............

*

*

*

*

*

Graco Citilite-R

Hehehe.......akhirnya kami beli Graco yg macam kat Isetan tu. Tiga kedai kami pi teropong si Graco ni. Akhirnya Parkson Sunway yg dapat merasa duit ayah Firas hohoho. Kalau apek kat Isetan tau, gerenti jeling tajam kat cikgu . Kemain lagi dia promote Graco tu kat cikgu, tapi cikgu jual mahal hohoho. 

Firas punya kaler hijau. Itu pun yg last stock. Tiga2 kedai yg pi tu semuanya last stock. Harga asal RM 800++ (lupa), after discount dapat la RM600++. Mahal cikit tapi setakat ni puas hati. Kalau boleh nak berebut jer dengan en asben tolak firas dengan stroller ni hahaha. Sampai macam tu sekali hebatnya stroller ni kan. Pssstttt, tapi ada gak kurengnya. Kalau nak tau komen tulus ikhlas cikgu ttg stroller ni, tunggu entry seterusnya.........now nak pi membelai hikan dan hayam kat dapur. Ish nak masak apo yer............Gulai Ikan ala Graco kah? hahahaha...........byeee

14 comments:

Umialya said...

akak sblm ni guna jenama Anakku jer.. jnji murah, ho'ooo

Unknown said...

Arif guna hat Peg-Perego. Alhamdulillah, tho berat sikit tp mmg tahan lasak. Dh 4 tahun masih guna lagi. Setakat debu & sticker katebang jgn citer la. Mmg usung sana sini la.

OneSimpleMother said...

Lupa nak tnya, apakah yg telah berlaku kepada mc laren firas...? :)

NoEn said...

sukanya dapat stroller baru ;)

CeqGu said...

Kak sham,nak cari yg murah jgk, tp xmemenuhi kriteria . Tpaksa la kami pejam mata beli yg ni hihi

CeqGu said...

Kak mas,mc laren sihat lagi. Tp berat nak usung ke sana sini. Mclaren 7 kilo,, graco baru 4.5kilo.

Aisy Nasiha said...

wah dpt yg ni mesti seronok.. tp pikirkan kosnya, sy pakai ajelah yg mana ada...
chegu tak pe, yg penting tahan lasak, nati adik2 boleh juga pakai...

Si Matatajam said...

Cantik stroller tu..pergh! Bleh tahan harga tu yek...hmmm..

Oyis said...

handle dia bole pusing x? maksudnya, nak bg firas ngadap ke luar (bkn muka kita) bole ke? tgh cari2 stroller jg ni

CeqGu said...

Oyis: haah boleh . Tp utk budak besar mcm tak berapa nak selesa jer rasanya. Nampak mcm kecik jer.ke k.anis jer yg perasan mcm tu padahal muat jer

CeqGu said...

Aisy nasiha & m: uishh ketar tgn gak tu nak bayar. Tp memandangkan kami ni kerap travel, mmg kna cari yg tahan lasak n ringan. Kalau x, senasib ler dgn yg lama,4 bulan pkai dah rosak huhu

@LeenShamsh said...

cikgu..um teringin nk yg double tu..mahaiiii sgt..bile doble senang nk bawak 2 boboyeh ni

CeqGu said...

um: haah bila dah bertambah anak, harus di pk jugak tu stroller double hehe. tp elakkan beli yg stroller kembar sebelah, nanti susah nak masuk lif :)

d-Ya said...

tq for sharing pro n con stroller ni.ni tgh pening nk pk nk beli stroller yg mane~waaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...