Followers

Tuesday, December 18, 2012

Cara Yang Betul Menanggalkan Pacat dan Rawatannya

Assalamualaikum.
Semalam umi cikgu sibuk bercerita tentang satu makhluk yg satu ni. Makhluk halus yg boleh berubah jadi tak halus hohohoho. Pagi ni terus google n share dengan korang semua.

Tentu korang kenal dengan makhluk hensem yg suka hisap darah ni. Errr hensem ker??? Tak kiralah darah menatang ke darah manusia ker yg penting berdarah panas. Memang peberet dia lah. Meh sini cikgu perkenalkan, inilah dia ......................

*

*

*

*

*

Encik Pacat, sedara kepada Edward Cullen and the gang. Pacat darat ni kecik jer saiznya tapi boleh membesar sehingga 10 kali ganda selepas hisap darah korang. Darah cikgu dia tak mau sebab manis sangat hohoho. Takut terkena kencing manis ler tuuu keh keh keh.

Sesapa yg takut/geli dengan makhluk ni, meh cikgu share CARA NAK SELAMAT dari di mengorat oleh makhluk ni :
- sila pakai stokin atau seluar panjang
-sapukan tangan dan kaki dengan minyak panas atau minyak cap kapak

Jangan risau kalau kena gigit dengan encik pacat ni. Kadang2 kita tak perasan pun kena gigitan cinta dari encik pacat ni sebabnya masa kena gigit tu encik pacat sebarkan anestetik. See baiknya la encik pacat ni kan hohoho


ni plak CARA YG BETUL MENANGGALKAN PACAT DAN RAWATANNYA ...

- Pacat akan terjatuh selepas kenyang. But if korang mahu mengalihkan ia sebelum kenyang, korang kena kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.

- Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit. Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit. ( eeee tok sah harap la cikgu nak pegang n tarik sendri, geli!)

- Selepas mencabut pacat, pastikan korang bersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan. Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa.

- Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen antiserangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit. Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut.

- Jika ia menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, korang mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh membawa kesan parut atau cela di muka.

- Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut, gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur.
Jika terpaksa, gunakan objek keras.

Sumber : Tuudia

Phewwwww!!! lega lepas habis buat entry ni. Eeeee geli tak tertahan tau. Nak nak time tempek gambar menatang ni.......ish geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Semoga info ni bermanfaat untuk semua....byeeeeeee!









6 comments:

umialya said...

kecik2 dulu akak sering kena gigit dek pacat, dah berumur2 ni gelilah pulak.. (dasar manusia lupa asal usul, hihihi)

CeqGu said...

kak tini: anis sampai bila2 akan tetap geli...dulu kini dan selamanya hehehe

syafisyifa' said...

Geli hihihi....asyik terfikir dr kecik sampai skrang kalaulah lintah/pacat masuk kat kemaluan ya Allah takutnya...rasa ada drama lama2 pasal ni...ish ish geruuunnn

Kesuma Angsana said...

KA pun takut pacat2 ni hehehe

Si Matatajam said...

X sanggup M nak tarik pacat tu..mmg menjerit panggil org lain tolong la jawabnya

CeqGu said...

pejah: dulu pernah terbaca ada kes lintah membiak dalam perut akibat makan kangkung. Lepas tu terus stop mkn kangkung. Tapi la ni dah makan balik hehe

KA: kalau ensem macam edward cullen tu gerenti tak dak orang takut kan hehehe

M: kita serupaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...