Followers

Sunday, December 9, 2012

Puding Roti Berkuah Yang Sedap

Assalamualaikum....


Ada tak sesapa yang suka makan puding roti?
Hari ni cikgu try buat puding roti resepi Kak Nani Rostam, dari blog Model 80-an...
Tengok ramai benor yang memuji kesedapan puding tu,hati pun terus ler rasa teruja nak try buat.
Nak, nak stock roti yang cikgu buat tu duk ada lagi. Memandangkan roti yang cikgu buat kali ni tak berapa nak gebu, so cikgu pk ada baiknya dikorbankan saja roti tu.
Ehhhhhhh, bukan maksudnya dibuang, tapi dikorbankan jadi puding roti lah.

Komen cikgu tentang puding roti ni ialah SEDAP!
Masa tengah masak tu, harummmmmmmmmm semerbak rumah cikgu dengan bau cinnamon.
Tapi cikgu ada tambah chocolate chips antara lapisan roti tu.
Saje nak tambahkan kelainan sikit. Sedap jugak rasanya.
Actually masa pi Bangkok ari tu, hotel yang cikgu stay tu buat puding roti guna roti croisson inti chocolate.
Sedapppp sangat sangat!! Itu yang gatal tambah choc chips tu......

Pastu kebetulan ada pulak baki almond dan kelapa kering, so cikgu tabur cikit.
Hasilnya, bahagian atas puding jadi garing-garing..................SEDAPPPP! Ala-ala makan biskut kelapa gitu hehehe. Itu sekadar nak perabiskan stok. Korang tak bubuh pun tak per.........

Jom tengok resepinya :

Bahan-bahan :


10 keping roti (if nak lagi sedap guna roti butterscotch/croisson)
2 cawan fresh milk (full cream punya)
2 cawan whipping cream
1 cawan gula (next time cikgu nak kurangkan skit sukatan gula ni. Tadi buat rasa cam manis sangat. Mungkin sebab cikgu guna non dairy whipping cream kot, non dairy whipping cream kan dah manis, atau mungkin jugak sebab telur yg cikgu guna tu kecik....)


6 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
4 sudu teh butter
1 sudu teh serbuk kayu manis
brown sugar (optional)

Cara-caranya :


Tak guna butterscotch pun, guna roti yg buat sendiri tapi kurang gebu.

Sapukan bekas kaserol /loyang dengan butter. Kalau nak cantik elok la pakai kaserol. Kemudian susun roti dalam loyang tersebut. Suka hatilah nak susun macam mana pun. Kalau nk kelainan skit, bleh la taburkan chocolate chips antara lapisan roti tu.



 Masukkan susu segar, telur yang telah dipukul, whipping cream dan esen vanilla.


kacau hingga sebati



 Tuang adunan ke atas roti yang telah disusun. Tekan-tekan skit roti tu. Biarkan roti menyerap adunan selama satu jam.


 Setelah roti kembang, taburkan serbuk cinnamon dan brown sugar. Kalau suka, boleh taburkan choc chips dan buah badam sekali kat atas puding tu.Lepas tu boleh la masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160 degrees selama 30 minit. Tadi cikgu bakar guna 180 degrees sebab tak masak pudingnya.


 Cikgu suka garing-garing macam ni. Rangup jer kat bahagian atas puding ni.


 tak sabar nak ngap puding ni.......hmmmm sedappp.......


Kalau nak makan dengan kuah pun boleh. Ini resepinya :

1 liter fresh milk 
(cikgu guna 2 cawan jer tadi sbb baru nak try)
gula secukup rasa
esen vanilla
(cikgu guna esen pisang, sedap tau)
tepung jagung/tepung kastard yang dicampur air
(tadi buh 1 sudu besar jer. kalau guna tpg jagung, sos ni kaler putih. Kalau nak sos ni kuning, guna kastard)

caranya:

Campur semua bahan dalam periuk. Masak dengan api kecik dan kacau hingga agak pekat.
Siapp!!




 Tuang sos atas puding.....nyum nyumm


Kalau ada buah strawberi atau rasberi tentu akan nampak mengiurkan hihi


9 comments:

umialya said...

betula menggoda

Si Matatajam said...

Ya Allah..terlioq M tengok puding roti ni..mmm sedapnya

CeqGu said...

umialya & M :memang sedap, firas pun kata "dappp" hehe

syafisyifa' said...

Wah nmpak sdp tu....entry bangkok ada buat x...

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Dik,
Salam ziarah dari Kak Sham..
Rajin masak.. beruntung Cik Abang..

CeqGu said...

pejah: nanti bleh try, sedap jugak resepi ni. Mungkin sebab guna whipping cream tu kot. Bangkok punya entry dah ada. tapi masih dalam draft sebab gambar belum transfer kat laptop tua ni hehe

CeqGu said...

waalaikumussalam kak sham.
hihii anis ni bukan rajin sangat pun,kebetulan ada bahan, so buat ler.

Bisness_corelle said...

nak cuba nanti...nampak yummy jer..thanks for sharing cikgu Anis :)

CeqGu said...

welkam and selamat mencuba:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...